18 August 2015

Kenapa A Princess terbalik?

Princess First " A " Letter


tak lama lagi Princess dah nak masuk 3 tahun,
di umur 3 tahun, otak aku asek berfikir, apa sepatutnya budak 3 tahun
tahu, dan apa yg perlu dorg belajar. dulu suami aku cakap,
" takpe, Princess kecik lagi, tahu baca ABC, 123, dah cukup baik "
tapi now dh masuk 3 tahun, aku rasa, dia dah boleh kenal ABC,
dan Menulis, hahaha, over tak?

Actually aku tak push dia, aku selalu santai santai je dengan dia,
macam haritu, kat IKEA, dia nak beli marker kaler kaler,
tapi aku cakap kat dia, kalau beli ni, kakak kena tulis ABC ok,
belajar tulis,dia kata " OK Ibu "

Semalam masa balik School, aku tanya dia,
Kakak, jom main cikgu cikgu nak tak?
ibuu jadi cikgu, kakak jadi murid, pas tu dia buat muka pelik,
dia kata, " tapiiiii kakak tak tinggi " hah tak tinggi?
apa yang tak tinggi? hahaha. tak faham aku.

so balik tu, naik atas, dia amik set pen kaler kaler dia tu,
dia mintak kertas, aku bagi lah, then aku suruh dia tulis huruf A,
memula aku jar dia, aku pegang tangan dia, aku dalam keadaan
bertentangan dengan dia, means A aku lah yg akan terbalik,
TAPI, bila suruh dia tulis balik, dia tulis A yg terbalik,
aku suruh betulkan, dia tetap tulis terbalik,
aku tak fahammmmmmm.hahaha.

lepas tu suruh tulis huruf B pulak, dia dah xnk, nk melukis pulak,
suruh aku lukis Cat, lepas tu, suruh lukis Frog! hah Frog! mana ibuu pandai,
huaaa, bila aku kata aku tak pandai, dia nangis, suruh gak lukis,
so apa lagi, aku google lah, lepas lukis, suka kemahen,
dia kata sama lah ibuu, samaaaaa, ni frog.hahaha.

lepas tulis A semalam, lepas tu terus demam.
dia dah 2 hari batuk dan selsema, budak budak kat Taska semua
batuk selsema, so berjangkit lah tu, hmmm, harini dia x pergi school pun,
kesian pulak, so tinggal lah kt rumah. baru tulis huruf A, dah demam,
esok lah belajar B pulak. hahaha.

mencabar sebenarnya ajar anak ni kan, kena santai santai je,
kalau kita paksa, mmg takkan jadi, jangan stress tentang anak,
wat lex wat peace je. hehe. potty tarining princess masih tergendala,
sbb Sabtu haritu dia x pakai pampers dah, masa main beskal,
dia terkencing, lupa maybe, lepas tu terus ckp,
" ibuu, kakak nk pakai pampers lah, nt kakak terkencing "
huaaaaa, ok lah ok lah, pakai lah eh. maybe sbb dia pun malas
nk fikir pasal tu, hahaha, tak pe, kita cuba lagi this week okay!
chaiyok!




8 comments:

Ummul Azkee said...

mcm adik umul dulu pun mcm tu..dia tulis A terbalik..tpi mmg mencabar nak ajar anak ni..umul tgh mengalami..pening gk fikir cara nk ajar anak blajar,sbb dorng cpt bosan..

nini said...

Hihihi....boleh olak dia buat a terbalik....memang dia follow betul ibu dia punya a

Diana Rashid said...

hahaha..baru A dah demam ye..demam terkejut la tu..ekekek..akak tengok ada rancangan Oh my baby kat 393 kan,anak dia yang umo 3 tahun tu pandai betul.ABC,123 semua dia pandai..

Kalau mikhail bab nyanyi rajin je menghafal..kalau baca kelaut je...malas la apa..ajak menyanyi cepat je dapat.lagu makna alfatihah tu siap nyanyi sambil menari..ajak je baca ABC macam2 alasan..letih la..tak sihat la..sakit kaki la.geram je tengok..

Aeen said...

betul tu bebudak ni xleh push bila kite nak ajar dia...kene releks je kan..kalau paksa2 mmg x lah dia nk ngikut ape kite ajar..

Mek Onie said...

Cuba akak google Disleksia/Dyslexia ,

Alyza Fisol said...

dia copy sebijik2 style ibu tulis terbalik erk...comey princess... :)

http://www.lyzafisol.com/

Mama Kembar 3 said...

Yup btul dgn anak tak leh paksa sgt. Kita kena ikut rentak anak gak. Btw, umur tu tulis huruf terbalik tu normal. Tp kalau dah 7 thn, elok check

eima said...

slow2.... tp ramai yg cuba guna flash kad berjaya ...cam anak sy tak leh ajar flash kad sbb cikgu pesan nanti konfius ..diorg ajar phonic

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...