27 August 2015

Melihat Tumbuhan Hijau Untuk Kesihatan Mata

Tips Mudah Menjaga Mata


Senang je nak mata sihat, selalu tengok tumbuhan hijau hijau,
pokok pokok segar, tanaman, bunga bunga, segar kan kalau
dapat tengok pagi pagi, Dedaun yang berwarna Hijau,
mengandungi Klorofil, dan aroma yang sihat pada warna hijau
daun itu, dapat membuatkan saraf kita menjadi tenang~
bila tenang, sihat lah tubuh badan kita selalu~

aku suka bila pergi bercuti ke Manjung, bila kat sana,
kami akan tidur di Swiss garden, kat sana, kalau bangun pagi pagi,
akan ada dengar bunyi kicauan burung, ada beruk,
pokok pokok, rumut nampak segar je pepagi, udara pun nyaman,
tak de asap, takde bunyi hon, takde sesak sesak, INDAH~
ahhh rindunya nak pergi sana.

tapi kalau kat KL, jgn ckp lah, pagi pagi dah nak marah,
hahaha.bau asap, kelam kabut, haih~ bertabahlah~
tu sbb aku ckp kat suami aku, nanti dh tua,
aku taknak duk KL, hahaha. tak nak jadi urban,
nk duk kampung, ecehhh~ kampung mana pun tak tau,
Ipoh pun okay~

masa aku kerja Intel dulu pun, ada satu bahagian,
akan ada gambar daun daun, pokok hijau hijau,
sbb lepas mata stress tgk chip, kena tengok hijau hijau pulak,
kalau tak, mau juling biji mata, hehe.

Pokok Palsu di KAISON


Semalam aku pergi Paradigm mall, pestime sampai sana,
best jugak, dan semua ada kat sana, ada Sephora, H&M,
ada Mark and Spencer, ada Clark, ada semuaaaaa~
mmg boleh cuci poket semua kat sana! paling best sbb ada Kaison!
aku pestime masuk Kaison tu, sblm ni dgr org ckp ckp je,
semalam, heret terus laki aku, " syg jom masuk Kaison "
laki aku kata, " apa tu? " " alahhhh jom jelah ~ "

Kaison
spot that girl~
masuk jeee~ laki aku yg hover, sana suka, sini suka, situ suka,
hahaha. asek asek cakap, nanti kalau masuk rumah kita,
nanti kalau dh duduk sendiri, nanti rumah sayang nk buat mcm ni,
amboiii berangan saje lah semalam.haha. aku pun apa kurangnya,
sama sama lah pasang angan angan~ hahaha.
seronok berangan ni.haha.

semalam adalah rembat beberapa barang, dalam hati nak amik mcm mcm,
tapi haip! jangan membazir! haha, so kami beli selimut,
woi best selimut tu, lembut sangat! tebal, beli bantal kucing utk princess,
pasu palsu untuk ibuu. aku mmg tak lama nak beli satu pokok untuk letak kat
workstation, tapi tak jumpa yg perkenan, semalam kat Kaison,
jumpa yg omei, murah pulak tu,

so skrg aku takde masalah nak tengok benda hijau,
boleh tengok pokok palsu aku ni je, hehehe. tapi xde lah Klorofil
segala, tak de bauan lah~ hahahaha. tapi bila tengok hijau,
mmg mata akan rasa segar, kan kan.

Kaison
penyejuk mata
dan semalam kami berjanji " sayang nanti kita pergi kaison lagi yek "
laki aku " mesti lah pegi " hahahahaha.


sekian, bai ♥

10 comments:

husna zahidi said...

beli pokok hidup yg kecik tu je kak.. letak dlm balang hidupkan dgn ktistal bubbles.. cantekk..:)

Julia Johari said...

Tau takpe...orang laki pun suka Kaison sebab memang semua deco cantik2 dan murah...

beat said...

celak kut...nabi slalu pakai

idzwa kamaruddin said...

memang tak bleh tahan kalo masuk kaison ke daiso ke...rambang!

e k i n ♥ y u s r i said...

laki daku xkan bawak g kaison
huhu
sbb die tau bini die..
hahahaha

nadiah hanum said...

Akak suka pokok palsu ni..senang nak jaga..dah mmg dasar tak reti bela pokok yg hidup tu, layan jer la yg palsu ni..hahaha

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Comelnyaaa. Haritu masuk kaison, rambang mata dibuatnya. Nak beli itu nak beli ini. Kalau ada rumah sendiri lagi syokkk

Diana Rashid said...

tu bukan pasu palsu la Ra..itu pokok palsu..hahahha

Innanie Ariffin said...

kak rara kita dkat KL Festival ni ada Kaison tau. Pantang hari Jumaat memang g sana. Bukan beli pun kadang, just tengok2 je. hahahahaha

DRAMATIC UNIQ said...

nanti nak tumpang tengok pokok ehh...

hehehehee.... :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...