28 August 2015

Sambutan Hari Lahir Panda Gergasi di Zoo Negara

Hari Lahir Panda yang ke 9


Hai semua, Assalammualaikum, dan baca episod semalam?
hehehe, kalau belum, ada link di last entry kejap lagi,
sambungan kepada entry semalam, harini kita borak pasal Panda.
Panda Gergasi di Zoo Negara Malaysia.

Kalau orang kata, " ich, buat apa bazir duit mahal mahal tengok panda? "
bagi aku, tak bazir, sbb ini pengalaman, tengok Panda Gergasi depan depan,
nak pergi China ntah bila lah kan, so bila ada kat Malaysia ni,
berpeluang lah jugak kita tengok depan depan.

Bila dpt tengok panda gergasi depan mata,
rasa teruja dia lain macam tau, mmg kita happy sangat bila nampak dia,
walaupun Panda tu tak paham apa kan, hikhiks, panda ni mmg besar, comels,
rasa mcm nak peluk je! kalau lah boleh peluk kan. tetiba #rarawishlist

masuk dalam kawasan " rumah " panda ni,
korang tak boleh bising tau, akan ada staff zoo negara yg
akan pegang tagging " syhhh " hehehe, mmg tak boleh bising dan ckp kuat,
kalau nak snap picture pun tak boleh ada flash, sebabnya?
nanti panda akan STRESS! dan dia akan mengamuk,
staff tu kata, panda pernah mengamuk tau, pokok pokok
yg patah dlm " rumah " dia tu, sbb dia mengamuk lah.
hah takutkan! hehe. comels tp garang, mcm aku. errrrr~

Sambutan Hari Lahir Panda Gergasi di Zoo Negara
' rumah ' Panda Gergasi yang direka KHAS sama seperti habitat asal
sexycited! hehehe
Habitat Panda
Habitat Panda
belum panas Hannah - Princess
Sebelum kami masuk sini, kami diberi briefing serba sedikit tentang panda,
apa makanan dia, dia suka apa, dia dari mana, umur berapa, dan tengok
TAIK dia,hahaha, nanti aku nak buat GA, " soalan dia - apa kegunaan TAIK Panda "
hahahaha. hadiah best best tau! hahaha. sape nak join? hahaha.

lepas briefing, baru lah kami dilepaskan masuk kandang.hehe.
masa masuk tu, Ampunnnnn aku teruja sangat! sejuk~
cantik, segar, ada air terjun lagi tau, mmg dorg decorate sebijik
mcm tempat tinggal asal panda.

masa kami masuk, panda merajuk, dorg kata dia duduk je depan pintu keluar,
muka mengadap pintu, ntah kenapa, rindu dengan anak kot,
yelah, sejak bergelar bapa ni, jiwa kebapaan menyerlah lah kot.
hahaha. Tahniah Xing Xing sbb dh jadi bapak! hehe.

Masa kami masuk, kami hanya boleh tengok Xing Xing je,
sbb Liang Liang kan baru lepas bersalin, dia sibuk lah bertunggu,
berpilis, berbengkung segala.hahahahah. ok tipu. Liang Liang
dan baby dia, dikuarantin kan selama 2 bulan, mmg tak boleh keluar
dan tiada siapa pun boleh tengok, hanya dia dan penjaga dia je,
penjaga Liang Liang ni di latih setahun tau, dia China dan Singapore.
hah bukan calang calang ye! masa kami pergi tu, Perdana Menteri dan
Agung pun masih belum melawat lagi, kalau mereka nak melawat,
dibenarkan lah sekejap. kalau korang! mmg tak boleh lah! hahaha.

tetiba jumpa mek ni!
Panda Gergasi Malaysia
berak!
Panda Gergasi Malaysia
Fu Wa dipinjamkan dr China selama 10 Tahun sebagai tanda simbolik Jalinan Diplomatik
antara Malaysia - China
Sambutan Hari Lahir Panda Gergasi di Zoo Negara
Nama asal Xing Xing di China adalah Fu Wa ( Lucky Doll ) Fu Wa seorang yg
peramah dan mudah mematuhi arahan.


lepas tunggu dalam 15minit macam tu, baru lah Xing Xing keluar,
itu pun, keluar je, terus kencing, siap berak skali, hampeh betul,
tunjuk kami taik dia, hahaha. dah lah kencing banyak.hahaha.
lepas dh kencing berak, boleh lak naik atas kayu, tido lagi,
haih~ malas eh! babap montot kang! Masa ni lah kami dapat tengok
dekat dekat, alaaaaa gerammmmmm!

Tak Sangka jumpa mimi dalam Rumah Panda ni,
aku dari jauh nampak mimi, rupanya dia dh pakat dengan Anez,
hahaha. so berjumpa lah kejap.

lepas tu, tibalah acara Panda potong kek!
hahaha. pandai betul xing xing ni tiup lilin tau!
jangan tak tau! hahaahahaha ok tipu lagi.
ko ingat ada ke nak nyanyi nyanyi lagu happy buffday?
mmg tak de lah, hahaha, di datang kat kek dia tu,
trus je dia ngap segala buluh buluh tu. mana pandang kiri kanan,
kek dia tu, dorg buat guna ais batu, hiasan dengan carrot carrot dan
buah buahan, healthy sangatttt!

Sambutan Hari Lahir Panda Gergasi di Zoo Negara
kek hari lahir Xing Xing
Sambutan Hari Lahir Panda Gergasi di Zoo Negara
selamat hari lahir Fu Wa, semoga pandang umur, dimurahkan rezeki #ehh, bila nak tambah baby! #ehh

Sekian lah cerita aku tentang Panda Gergasi dan Sambutan hari panda
di Zoo Negara, pengalaman yg takkan aku lupa,
kalau orang lain pergi tgk panda, panda tido je, tapi kami,
berpeluang sambut buffday Panda, bestnyaaaaa~ hehehe.
Habis tengok panda, kami pun keluar lah, jalan jalan area situ,
tapi anak dara bertuah aku, keluar je tengok panda, tengok elephant,
dia dah diam je, senyap je, rupanya, dah lena dalam stroller.hahaha.
penat sangat, balik rumah sambung tido, sampai kul 6.30pm,
hebattt hebattt! dengan mak bapak pon lena~ hehe.

eh ada kwn papa lah! hehehe
lena sambil makan gula gula
papa masih excited! hehehe.tq papa!
Terima Kasih buat Ben Ashaari, AJK Kelab Blogger Ben Ashaari,
kak Farah, pihak Zoo Negara, Puan Zuliana, Pihak Cosmoderm,
Food Panda, dan Azwar sbb bg buku ( menang lucky draw )
omei x kasut panda ai! hehehe. Terima Kasih untuk peluang ini.
Semoga kalian dimurahkan rezeki, Amin, Jumpa lagi, bai ♥


Link Berkaitan : Blogger Day Out Zoo negara
Link Berkaitan : Blogger Day Out Cyberjaya

8 comments:

beat said...

sigh...bila nk p nih

yoorin melacolea said...

best rara.. comey je taik panda..macam durian musang king.. buahahaha,..cis.. part dia keluar tu rasa nak..yeayy! waaa!!! jerit nama je kan.. tp x boleh bising..ceh...

SweetLikeWhat said...

tak puas jumpe haritu wei

DRAMATIC UNIQ said...

hahahaha.. keluar2 terus berak ekk.. kuangg asammm Fu Wa... hahahahaa... :p

best nya dapat sama2 moment bersejarah ni..
kena simpan gambar2 ni tau.. nanti Pincess dapat adik leh tunjuk kat dia.. *ehh..ehhh..tetiba*

:p

Noorsha Muhamad said...

bestnyer tgk panda.. =)

Daus Redscarz said...

Oit skodeng panda U'uk. Hahaha.. Nice pic btw..

Tengku Sofia said...

Bestnyer. Anak saya suka panda.

Cikk Mimin said...

siap ada kek tuu, tung laa dpt moment panda tgh berak. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...