Image and video hosting by TinyPic

30 September 2015

Surprise Untuk Suami

Idea Untuk Sambut Hari Lahir Suami


Setiap tahun, untuk sambut birthday suami, mst satu masalah buat aku,
sbb no idea, hahahaha. tapi tahun ni, istimewa sempena Hari Lahir suami aku yang
ke 29 Tahun pada 29hb September, aku nak buat surprise yang best sket untuk dia.
hehehe. Hadiah tak de, so banjer dia makan jelah, lelaki ni susah nak cari hadiah,
tak tau apa yang dorg suka. hahaha ( bagi aku lah )

So, semalam, aku decide nak bawak dia dinner kat Royale Songket,
Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, Royale Songket ni best tau,
mcm mcm hado! nak makan nasi, nak makan western, nak mkn dim sum,
semua ada. so makan sini jelah senang. Walaupun semalam kena menempuh jem,
tapi aku sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.hahaha. balik kerja, trus ke Shah Alam,
sampai sana dah Magrib, terus g solat dulu, then order makan.


Kami makan set Nasi semalam, nak jugak nasi kan! haha.
set tu ada sup ekor, udang santan, Asparagus Goreng, Ayam paprik dan
Ikan Siakap. anak dara aku kan western, xnk mkn nasi, so order Aglio Olio,
dan menu tambahan, amik Chicken Grill apa ntah namanya, lupa sudah,
hahaha. so semalam, kami makan sampai muncit. Sedap makanan kat sini.
Puas Hati lah!


Dan yang best nya kat sini, setiap hari ada Cake Of The Day, so masa suami aku
tak de semalam, aku diam diam g order kek tu, then aku tanya, ada lilin ke?
sbb harini birthday suami saya, dia kata ada, then dia siap tanya, nak tulis apa apa tak?
aku pun mintak dia tulis Happy Bornday Papa! hehehe.

Lepas habis makan semua, dia kemas meja, tgh lepak-lepak borak borak,
dorg pun hantar kek kat suami aku, dia surprise gak lah! hahaha. sbb x expect
pun aku nk order kek untuk dia, alahhhh 1 slice je ponnn! hehehe.
Kek tu sedappp tauuuu! siap ada fruit salad! mmg sedap!
bagus waiters kat Royale Songket ni, dorg mmg lemah lembut je,
senyummm je, suka suka~


Lepas dah habis makan, kul 9am kami gerak balik,
asalnya ada surprise lagi untuk papa kat Hotel, tapi runner tak sempat sampai,
jalan jem sangat, so tukar Plan B, buat surprise kat rumah, sbb kalau aku ajak
laki aku stay lagi, mst dia syak kan. so balik terus rumah.
Sampai je rumah, park kete, runner terus pergi kat laki aku,
bagi pulak Belon dengan Bunga, tanjat boboy lagi skali! hehehe.
dalam hati aku, debor yang hamat.hahahaha.

Full of surprise lah semalam, plus kenyang gila! hahaha.

dan harini pun ada surprise lagi sbb suami aku kena cirit birit pulak harini.
hahaha. kesian dia, ntah kenapa pulak, padahal semalam kami semua makan
benda yang sama, masuk angin maybe.


Kepada suami ku, terimalah surprise yang tak seberapa ni,
tiada hadiah istimewa buat mu, hanya ini yang mampu~
semoga kita berbahagia sampai syurga~ Amin.

p/s : untuk buat makan-makan, or dinner yang simple simple mcm ni,
Hotel Grand Blue Wave Shah Alam, mmg sangat recommended,
harga boleh tahan, makan sedap, tempat best! hehehe. korang boleh lah try!
hehehe.

sekian, xoxo ♥

Akhirnya, dapat juga PETI AIS!!!

Peti Ais Second Hand Murah!


tak habis lagi cerita peti ais aku.hahahaha. ( klik ENTRY SEMALAM )Akhirnya semalam jumpa jugak peti ais aku, semalam laki aku jalan-jalan kedai dekat rumah tu, pastu ada banyak peti ais luar kedai tu, laki aku pun masuk dalam kedai, survey suvvey, sekali, di luar jangkaan, banyak peti ais yg ada! pilih je! punya lah seminggu lebih kami struggle cari peti, call sana sini, last last jumpa yang dekat dengan rumah je.muahehehehe. tu lah dinamakan REZEKI. dapat pulak harga yang lagi murah. 


aku bukan nak peti ais fancy-fancy pon, nak peti ais biasa-biasa je, kalau boleh yang bawah Rm300, asalnya nak je beli baru, tp Menteri Kewangan tak bagi, dia suruh beli yg 2nd je, aku nak je beli baru, sbb budget dah ada, hasil kumpul-kumpul dan duit MENANG GA blog Dramatic Uniq! hehehe.

Oh lupa nak bagitau, haritu GA kak ain, yang Parody Me tu, aku jadi pemenang tau! thanks korg yang UNDI aku, nanti tuntut coki-coki dari aku eh.hahaha. Alhamdulillah, tak sangka tau, sbb sblm ni x penah menang GA, hahaha. murah rejeki, kak ain pun dah bankin duit menang tu, so duit tu mmg aku simpan untuk beli PETI AIS ni. terima kasih kak ain, semoga terus maju jaya dengan blog, korang jangan lupa singgah blog DRAMATIC UNIQ, entry dia best best, banyak info leh dapat.

ok berbalik kepada cerita peti ais, laki aku survey survey lah tanya peti kat bangla tu, mula-mula dia tengok yang 1 pintu punya je, sbb dia tau, yg double layer mst mahal, tapi tetiba bangla tu cakap, " abang, angkat lah ini piti yais, masih sujuk, murah saja " laki aku tanya harga. skali dia bgtau, " RM120 saja abang " hah! Rm120 jeeee!!! nak terjatuh rahang masa dengar harga tu. terkejut gila laki aku, tu yg dia kelam kabut call aku, dia kata dh jumpa peti, murah pulak tu. aku pun suruh dia hantar gambar.


ini lah piccy yang aku dapat semalam, so ini lah " pati ais " ( dialek bangladesh ) aku, hahahahaha. jadik lah, semalam sampai rumah, laki aku basuh bersih bersih lagi skali, dah lawa dah peti, cuma luar jelah mcm buruk sikit, tapi tu takpe, yang penting aku nak SEJUK, untuk simpan pavlova, hehehe. yang luar tu, nanti aku beli sticker kat mr-DIY, aku tampal je.hahahaha. bijak kan!

so settle lah cerita Peti Ais aku, weeiii jangan tak tau, siap ada warranty sebulan tau! hahaha. harga RM120, siap HANTAR KE RUMAH, siap Warranty sebulan.hehehe. Alhamdulillah, lepas ni leh jual mcm mcm kek lagi, sbb dh ada tempat simpan. nak order, boleh calling calling je.hehehe.

thanks buat kawan-kawan yg banyak suggest sana sini, thank kat My sbb nak jual peti ais dia, lawa lagi, murah gak, tp sbb jauh ke Batang Kali sana, pk 40 kali jugak nak angkut. thanks semua, thanks Shuben ku tersayang! hehehe. esok start project kita ye, tidak tidur lah kita! hehehe.

thanks korg jugak sbb baca entry peti Ais aku.hahahaha. bai. ♥

29 September 2015

Jamu KEMBALI DARA

Tips rumahtangga - Suami tak keluar malam


Maaf jika entry berbaur xxx, pada yang bawah umur, sila jangan baca.
harini aku nak ceita tentang satu product yang aku sendiri guna,
walaupun aku takde masalah dara ni, tapi aku sibuk nak mencuba,
hahahaha. kecoh kejap product ni kat group mak-mak,
semua pakat mencuba, semua pakat-pakat mandi sebelum subuh,
hahahaha. paham-paham jelah~

aku sebab bersalin c-zer, so aku takde masalah ' kelonggaran ' hahaha.
tapi saje nak try sbb product ni juga memulihkan masalah-masalah sakit puan
yang lain, contohnya : keputihan, keputihan, 'berbau' atau lendir berlebihan,
senggugut, period tidak teratur, breast kendur, ibuu-ibuu yang baru melahirkan baby,
and terutamanya kepada sesiapa yang dah 'longgar' and berhajat untuk
'ketatkan' balik dengan kadar segera. hah kadar segera kooo! jangan memain!
hahahaha.


Productnya ialah Shining WOMAN, kami mak mak panggil ubat KETAT.
hahahaha. kesan mmg cepat wei, ko sumbat je, lepas 3 jam, ko try lah!
for sure suami ko berpeluh.hahahahaha.

Korang jangan risau, jamu ni 100% buatan kampung,
menggunakan manjakani and kacip fatimah, tiada bahan merbahaya.
tapi kalau was-was jangan lah guna, kalau TAK was-was,
pasti sedappp yg dpt.hahaha.

Cara Penggunaan :

shining woman ni ade 2 cara penggunaan, makan boleh,
untuk insertkan dalam faraj pon boleh, 2 in 1 okay!! hahaha

untuk ketatkn dara, just insert 1 biji, untuk masalah lain,
contohnya masalah keputihan, sengugut, sakit pinggang sebab masalah haid,
tegangkan part-part body yang dah jatuh, kena makan,
just maintain makan 3 biji sebelum tidur ye.
tidak pun, 2 biji pagi, 2 biji malam.

ketat seperti anak dara!

RAHSIA ISTERI (dijamin keberkesanannya!)

* 2-3 hari, buatla sekali, masukkan 1 biji kedalam faraj dan biarkan selama mgkin,
nak masukkan bilabila and pukul berapa tak kisah, tapi biasanya,
insert 1 biji tu pagi, xpon petang, basic guide yang paling senang untuk
kesan yang paling superb, macam ni, buang air dulu, pastu insert 1 biji dan
biarkan kat dalam tu selama mugkin. tiba time nak buang air lagi,
keluarkan and cuci faraj macam biasa ok, sebiji hanya untuk sekali pnggunaan je.
lepas je kuarkan dan cuci, memang akan terus dapat hasilnya.
lepas tuuuuu~ kena puji saje lah korang! hahahaha.

PESANAN KERAS!!!

untuk PARA IBU yg tgh MENGANDUNG :

- TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk makan jamu ni.
- tetapi, still boleh insert 1 biji ke dalam faraj untuk tujuan ketatkan.
- untuk ibuu yg tengah MENYUSUKAN baby, wanita yg tgh mengambil sebarang ubat/vitamin/supplement lain atau tgh period :
dibenarkan mengambil jamu ni makan or untuk insert.
boleh kedua-duanya. okay, faham?



selamat mencuba korang! lelaki ckp je tak kisah,
tapi kalau SEDAP, korg suka! betul tak? hahaha.
nak order, boleh WA 019-7564019

dan more info di http://www.beautyalives.com/

Ingin Tahu Rahsia Sihat Keluarga Aaron Aziz?

Dua Susu Sehari, Hadiah Terbaik Untuk Keluarga


Tahukah anda bahawa susu adalah penting dalam Diet Harian kita?
" susu merupakan salah satu makanan yang berpatutan dan sumber nutrisi
paling lengkap untuk seisi keluarga, juga membantu kanak-kanak dalam
tumbesaran dan perkembangan serta memperkukuhkan tulang dan otot untuk
golongan dewasa "
- pengurus pemasaran Dutch Lady.

Pada 22 Sept minggu lepas, aku bersama blogger lain, bersama-sama menjayakan
kempen Dua Susu Sehari untuk menggalakkan keluarga di Malaysia minum
2 sajian susu sehari sebagai sebahagian dr diet seimbang.

Pure Farm milk, aku suka coklat dan stoberi! hehehe

Tanggugjawap Pengeluar Susu Utama Malaysia


Kata Jo-Anne lagi, sebagai pengeluar susu terbesar Malaysia,
mereka bertanggungjawap untuk memberi simbangan dalam pemakanan sihat
rakyat Malaysia, dan membantu membina keluarga yang sihat.

Dutch Lady juga bukan calang-calang ya, mereka telah berkerjasama dengan
Persatuan Pemakanan Malaysia atau NSM dan juga selebriti kegilaan ramai
iaitu Aaron Aziz untuk sama-sama berkempen tentang pentingnya susu
dalam diet harian.

Aaron pon paklawak, suka menyakat Diyana.
"Diyana dan saya mempunyai 3 orang anak dan mereka di peringkat umur dimana mereka masih memerlukan pemakanan yang baik untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka. Oleh itu, pemakanan adalah salah satu keutamaan yang kami tumpukan kepada mereka" kata Aaron Aziz

Aaron kata, dia dan Diyana selalu sibuk dengan kerja, dengan adanya susu Pure Farm ni, anak anak mendapat khasiat
dengan mudah dan segera, dia menggalakkan anaknya meminum susu semasa sarapan, dan dengan itu mereka
dapat meluangkan masa bersama-sama.

Kepentingan Vitamin D


Vitamin D adalah membantu menyerap kalsium, tanpa tahap Vitamin D
yang mencukupi, kalsium yang kita perolehi daripada diet kita,
tidak dapat diserap sebaiknya, dan disebabkan kekurangan Vit D,
kita boleh mendapat penyakit Riket, iaitu tisu tulang tidak dapat berupaya
memineralisasi tulang dan mengakibatkan tulang lembut dan kecacatan rangka tulang.

untuk menangani masalah kekurangan Vit D, kanak kanak seharusnya
menghabiskan masa diluar supaya badan boleh menghasilkan badan secara semulajadi.
memandangkan Vit D larut dalam lemak, kita boleh memperolihi daripada ikan,
ikan kembung, sardin atau jika ada duit lebih, ikan salmon lebih bagus. Selain itu,
kuning telur dan susu juga tinggi dengan Vitamin D.

ni melampau sgt ni.hehehe
Dengan kata mudah di sini, dengan meminum 2 sajian
susu Dutch Lady Pure Farm sehari, anda telah pun memenuhi keperluan
Vitamin D dalam badan seperti yang disarankan oleh KKM.

smooties!

aku pun sendiri masih lagi minum susu, susu tak semestinya perlu diminum
plain sebegitu, kita boleh olah susu menjadi pelbagai, boleh buat smooties,
boleh makan bersama bijirin, dan sebagainya, kita gunakan kreativiti kita
untuk menggalakkan anak-anak minum susu, kita juga akan mendapat khasiatnya.
aku suka Susu Strawberri dan Coklat! nyummmmmm~

tidak ketinggalan! hehehe.
Kempen Dutch Lady PureFarm : Dua Susu Sehari - Hadiah Terbaik untuk Keluarga akan bermula pada 10 Oktober 2015. Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia, roadshow akan diadakan di seluruh negara dengan menyediakan pemeriksaan status nutrisi, menikmati susu dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik untuk seisi keluarga.

TQ Dutch Lady coz inviting me, and thanks for goodies! cute sangat! ♥
Maklumat lanjut mengenai kempen dan roadshow :
Facebook : Dutch Lady Malaysia

Uniknya Birthday yang ke 29 pada 29.9

Haiii, today is my lucky boy birthday, birthday yang ke 29, jatuh pulak pada 29.9 cantek gila tarikh, laki aku mmg adore sgt number 29. Semalam sempat lah kami menanti dekit 12am utk seprais kan papa! Papa lupa buffday dia, memula mcm dah nak menjadi surprise, tp spoil sbb Princess lah, hahahaha. Lagi pun masa nk panggil papa turun bawah, dia dah nampak lilin kat balikan cermin. So papa dah tau ada kek utk dia. Hehehe. Tp papa kata dia still tanjat.kihkih. yang si Princess lak kata, ibuu jom lah bawah happy beday to you papa naik atas ( naik bilik ) sbb papa dia ada dlm bilik masa tu. Apa apa pun, we enjoy last night, tq to mummy yoi sbb belikan kek dan menjayakan seprais.hehe.

Happy Bornday Suami ku, semoga success selalu, lain lain ucapan, i wish dlm bilik jelah eh, xyah wish sini, nt ada org muntah. Hehehe. Happy 29 birthday!!! Tahun depan dh masuk 3 seriessss. Oh nooooo!!!

28 September 2015

Payahnyaaaaa nak cari peti ais secondhand

Alhamdulillah aku dapat tempahan Pavlova yang diluar jangkaan,
Dari bulan puasa haritu, aku dah stop amik order Pavlova, sbb ' malas '
hahahaha. boleh tak gitu, sampai lah bulan September ni,
banyak yang aku tolak, sbb jadual sangat pack. Setiap minggu kenduri tak putus,
then ada satu WA masuk, " saya nk order mini pavlova. 3oct "
Puan nak berapa pcs? aku tanya, " 200 pcs " gulpsss,
aku tolak tolak tolak, last last segedebuk Dia bagi rezeki,
aku fikir, nak amik ke tak, nk amik ke tak! puas aku fikir,
aku tanya dia lagi, Puan serius ke nak order, sbb ada order lain nak masuk,
dia kata " ya, esok sy bankin " then esok mmg duit masuk dalam mebengtoyou!
hahaha, padan muka! nak tak nak ko kena buat!


aku maybe kena bersedia mental dan fizikal untuk buat pavlova ni,
sbb aku rasa 3 hari 3 malam aku kena berjaga utk siapkan 200 biji pavlova,
esok aku dah kena cari segala bahan, telur, gula, dan lain lain,
buah maybe Khamis aku dah kena mencari, Jumaat aku kena siapkan buah buah,
dan JUMAAT tu maybe aku TAK TIDUR, huaaaaa, berikanlah kekuatan
Ya Allah.hahaha. dan aku dengan beraninya keluar modal dan
beli sebijik peti ais yang baru! gila tak gila lah! tapi takpe,
peti ais ni boleh letak rumah kami nanti. Mak mertua aku setuju utuk
aku beli peti ais lagi satu, thank you mama! lepas ni mmg boleh amik
order Pavlova dlm jumlah yang banyak. InsyaAllah.

Tapi tu lah kan, apa yang kita nak mst payah nak dapat, kalau beriye
kita nak benda tu, mmg susah sangat lah nak dapat, kompom!
cuba kalau tak nak, dia lalu lalang je depan mata.geram aku!

dari last week kami survey peti ais, ada yang OK, tapi harga x masuk akal,
ada jugak yg buat iklan, ' peti ais TAK sejuk, masih ok, tapi kena tutup suis
seminggu sekali '
apekahhhhh! hahaha, pitam aku baca iklan kat mudah tu.
ada yg dah nak roboh dah peti nya, harga 300, hahahaha, gila hape!
nak beli kat kak Yana Azfar, tetiba Ujang lak xnk jual, choooiii jang! hahaha

Semalam tengok kat Tesco, ada peti ais kecik, Rm499, kalau ikut hati aku,
nk je beli, tapi laki aku x bagi pulak, dia kata membazir, buat apa beli baru.
haihhh! kalau aku, mmg aku suka yg baru.hahaha.

tadi try lagi usha usha mudah, Peti ais tak sejuk tu masih menghantui aku,
sbb harga dia Rm200 je, 2 pintu, choiii sangat! hahahaha.

last-last kak yana add aku dlm group barang-barang second di FB,
jumpa jugak 2 3 owner nak jual peti, deal punya deal, rm300,
sorg akk ni nak jumpa lepas isyak karang. fuhhh~~ wish me luck korg!
aku nebes sebenarnya ni, hope semunya berjalan lancar.

harini xde entry nak taip, xde mood, office pulak sejuk gila!
so baca lah entry merepek ni, hahahaha.
tunggu aku beli peti cm ni.hahahaha.

APA lagi yang lebih BAHAGIA dari MAKAN di Raya Haji

Raya Haji 2015


Hai korang~ dah masuk tengah hari baru aku sibuk nk cerita pasal Raya Haji kan,
hehehe. Al-maklumlah, masuk office, settle kan kerja-kerja hakiki dulu,
then baru boleh belek belek picture, then baru boleh karang entry,
kalau tak kang, ada yang kena flying kick.hehehe.

Tahun ni giliran kami Raya Haji kat Ipoh, so moh lah kita balik Ipoh,
Rabu tu nak dekat kul 3pm baru kami gerak balik, kereta banyak,
slow je leh gerak, nak dekat maghrib baru sampai Ipoh,
but okay lah, Alhamdulillah. Malam tu tak kemana pong,
bawak mak aku bukak puasa, then bawak anak dara lukis inai kat KTM,
sbb dia dah berzikir nak buat inai, then kelam kabut ke Pasar Kemboja
cari baju raya anak dara tu, kesian pulak dia x de baju raya.hehe.
Hati ibuu kan, mana sampai lah nk tengok anak pakai baju lama.
nak jugak carikan yg baru.

selfie makpak.hahaha
see, ibuu ajak selfie, dia sibuk menguap.hahahaha
Pagi Raya, Opah and papa je yang pergi solat Raya Haji ke masjid,
ibuu ditakdirkan ' cuti ' pulak, hehehe, so duk rumah, gosok baju,
sambil berzikir sebelah telinga anak dara, suruh bangun tak bangun-bangun.
sampai papa dah balik solat Raya pun dia tidur lagi.hahaha.

Kami takde plan kemana pun haritu, cuma bawak mak aku ke Kubur arwah Opah,
then melawat Opah aku lagi sorg di Kampar, then gerak ke rumah Maklong.

mcm biasa, kami x pernah sedondon.hahaha
OOTD PRINCESS
papa in action! hehehe
wuwuwuwuwuw dapdapppp!

Sampai rumah Maklong, langkah kanan kami, dijamu dengan Bihun Sup Tulang,
daging fresh baru lepas sembelih, terus buat sup, sinsing lengan lah suami aku.
hahaha. buh pulak cili kicap pedas tu, perghhhh mmg terangkat lah! sedap gilos.
kenyang jangan cerita lah.hehehe. Anak dara tu bantai sambung tidur,
org dah habis makan, dia baru bangun, papa dia lah melayan,
suap makan atas buai, ngaderrr sangat!

buai legend! dr zaman ibuu dulu.
Mango Pavlova
makan longgok longgok.hahaha
belah malam pulak, ada makan-makan kecil-kecilan rumah maksu ittew,
ada BBQ, ada nasi, ada karipap, ada pizza, ada pavlova, ada mcm mcm.
paling best bila makan Pavlova Manggo, sedap weiii rupanyaaa!
aku tak pernah makan lagi pavlova manggo, lepas ni leh bawak masuk kedai,
hehehe. seyes sedap! TQ maksu for the tips!

Bila berkumpul ramai-ramai gini, kecohnya bukan main,
happy gila sbb dpt cakap jerit jerit.hahahaha. makan longgok-longgok
atas tikar, pas tu sana nangis, sini nangis, sana jatuh, sini nak makan,
hahahaha pitams, kalau arwah opah ada, mst dia geleng kepala.


Hari Kedua Raya Haji pulak kami ke rumah acu, acu masak laksa,
wiwiwiwi favorite aku tuh! sambil tu sambut buffday papa aku,
25hb September buffday papa, beli kan papa sebijik kek,
sape nak buat surprise kat papa kononya. TAPIIIIIIII ------------
boleh pulak acu aku buat lawak, masa papa aku sampai, dia terus ke dapur,
salam-salam semua yang ada, papa aku duduk depan peti ais,
acu aku pun duk tepi pintu ais, lepas salam-salam, papa aku tanya,
" takde kek kek ke? " lepas tu laju je acu aku cakap sambil buka peti ais,
" ada ni kek, dalam peti " hahahahahaha kami bantai gelakkkkk!
dah kantoi, x jadi nk surpriseeee.hahahahaha. acuuuu acuuu mmg lawak dr dulu
sampai skrg.hahahaha.

last-last aku keluarkan kek, pasang lilin, saje je seronok-seronok kan,
then bagi kat papa, papa baca doa doa jampi serapah, then tiup lilin,
cucu nya pon sebok, nk tiup sama.hehehe.

atok Z baca jampi.hehehe
♥ u papa!
adik beradik perempuan and Syazwan debott.hahaha
bawak opah jalan-jalan petang, makan eskrem.hehehe
Hari Sabtu kami nak balik KL dah, kami mmg plan perjalanan,
mmg tak nak stuck dlm jem, sabtu tu kononnya nak balik tengah malam,
tapi masing-masing update JEM JEM JEM, so tak jadi balik tgh malam,
suami aku tidur dulu, last last jam 4am kami gerak balik KL,
subuh-subuh sampai KL, alhamdulillah, x jem langsung.

Petang Sabtu tu, aku buat surprise lagi, kebetulan sabtu tu buffday Anez,
aku sengaja taknak wish kat FB, kat Wasap, hehehe. kami dh janji nk jumpa
kat Padang Polo, nak bawak anak anak main, so aku singgah Secret Recipe,
beli 1 slice kek, 1 slice je mampuuu, hehehehe. bersila je kami tgh padang,
sambil menjemah, sambil makan kopok lekor,
then bukak kek pasang lilin, hehehe. anak-anak memasing muka x puas hati,
jeles lettew mak nak menjemah.hahahaha.

Ipoh masa Raya Haji tu cuaca baik sangat, elok je, masuk je Sabtu,
cuaca dah tak berapa nak elok, dh kabus kabus dah.
rupanya KL lagi teruk cuaca yek, hurmmm, moga Hujan Lebat boleh
pulihkan cuaca di Malaysia, Princess dh seminggu batuk.
pening kepala aku fikir nak bg apa kat dia.kesian sangat.

kek di Secret boleh je beli one slice then tulis gini, jangan x tau tau! hahaha
Happy Bornday anez, semoga dimurahkan rezeki dan sihat selaluuuu~
Padang Polo, menghabehkan borehhh! sume nak!
Sekian jelah cerita Raya Haji, seronok sbb asyik makan-makan-makan,
RIP lah to DIET, hahaha, harini baru diet balik. hope leh cover balik 4kg tu,
hahahaha.

p/s : Hajat aku nk buat Qurban tahun ni tak kesampaian, insyaAllah
tahun depan cuba apply awal-awal. Amin.

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com