23 September 2015

ajak anak main PLAY-DOH dan masuk The Malaysia Book of Records!

Sambutan Bulan PLAY-DOH Yang Julung Kali Diadakan

aku pernah cerita di entry sebelum-sebelum ni, Princess suka sangat tengok
video Play-Doh di Youtube, mmg hari-hari dia akan tengok,
dulu dia suka egg surprise tu, skrg suka Play-Doh, bukan Princess je yang
suka, aku pun suka, kadang-kadang leka bila tengok mereka guna tools
and membentuk Play-Doh tu dengan pelbagai rupa dan bentuk.
Lagi 1 menariknya Play-Doh ni, warna dia sangat terang dan menarik.
Princess selalunya, selepas tengok video di Youtube, dia suka nak tiru
macam mana orang yang dalam video tu buat.hehehe.

ajak anak main PLAY-DOH dan masuk The Malaysia Book of Records!
play-doh party pack! awesome
warna yang sangat meransang minda!

Imaginasi Sihat untuk anak-anak

Kanak-kanak suka sangat berimaginasi kan? Princess mmg suka berimaginasi sendiri,
dalam kata lain, aku suka panggil dia ' drama queen ' hehehe. Imaginasi adalah
peranan yang penting dalam pembelajaran anak-anak, dengan Play-Doh,
imaginasi boleh menjadi kenyataan, anak-anak boleh bermain, mencipta,
eksperimen dan mengukir ciptaan mereka sendiri. Sebab tu lah, berita tentang
Bulan Play-Doh menjadi 1 berita yang sangat mengujakan!
Princess mesti suka!

her excited FACE!

Bermula 21 hingga ke 27 September 2015 ini, di Ground Floor, Highstreet,
1 Utama,
kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik
mereka yang berilhamkan MALAYSIA dari Play-Doh.

Pada 26hb nanti, jika korang dapat hasilkan ukiran paling banyak dalam
masa satu hari korang berpeluang untuk masuk The Malaysia
Book of Records!
whoaaaa hebat kan! tak pasal pasal nama ada dlm
Malaysia Book Record! hebat sangat niiiii! Lepas tu dapat pula lagi
hadiah dr Play-Doh yang menarik.

budak ni hari hari nak main playdoh, tanpa jemu!
aku dengan Princess dah cuba-cuba buat ukiran-ukiran yang bertemakan
Malaysia, hehe, #kononkonon, hehehe. Malaysia kan popular dengan
makanan, so aku ajak princess buat kuih-muih dari Malaysia,
yang sempat kami buat ialah Karipap, kuih burger Malaysia,
kuih Cara, Kuih lapis pelangi, dan Roti Jala, hehehe, maaf lah kalau
tak nampak rupa, asalkan jadi, hehe, Princess sooooo excited!
bila dh siap, dia kata " ibuu ibuu cepat, jom bagi nenek makan "
hahaha, kemahen nak bagi nenek makan Play-Doh, hehehe.

ajak anak main PLAY-DOH dan masuk The Malaysia Book of Records!
Membina Komuniti Ceria 

Permainan yang menggalakkan anak berfikir

Play-Doh merupakan alat yang hebat yang meggalakkan pembelajaran
dan eksperimen, melalui pembelajaran yang terus menerus,
permainan tersusun dan galakan berterusan,kanak-kanak dapat
belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk,
warna, cara mencampurkan warna dan juga kemahiran bersosial
dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.

Seriously masa bermain playdoh dengan Princess, mmg dia banyak bertanya,
' ibuu ni warna apa? ' ibuu ni apa, ibuu ni nak buat mcm mana,
anak anak mmg suka bertanya kan, sampai kadang-kadang hilang
sabar pun ada, tapi sabar je banyak-banyak.hahaha.

So korang pun kena cuba, ajak anak anak pergi 1 Utama sepanjang minggu ni,
dan boleh main playdoh dengan anak anak, dalam masa yang sama,
boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan, DAN, semoga berjaya korang!

excited face! hehehehe

untuk maklumat lanjut tentang BULAN PLAY-DOH ni, 

boleh klik www.playdoh.com

dan boleh search # di instagram 

#playdohmonth2015

banyak idea-idea di sana! hehehe.

3 comments:

Jueliza Jamani said...

Comel jer dia buat.. kalo anak laki mcm jue depa jenis tak sabar..

Azlinda Azman said...

Pandainya dia...comel kuih2tu

Inani Hazwani said...

Suka lah budak2 dapat main ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...