30 September 2015

Akhirnya, dapat juga PETI AIS!!!

Peti Ais Second Hand Murah!


tak habis lagi cerita peti ais aku.hahahaha. ( klik ENTRY SEMALAM )Akhirnya semalam jumpa jugak peti ais aku, semalam laki aku jalan-jalan kedai dekat rumah tu, pastu ada banyak peti ais luar kedai tu, laki aku pun masuk dalam kedai, survey suvvey, sekali, di luar jangkaan, banyak peti ais yg ada! pilih je! punya lah seminggu lebih kami struggle cari peti, call sana sini, last last jumpa yang dekat dengan rumah je.muahehehehe. tu lah dinamakan REZEKI. dapat pulak harga yang lagi murah. 


aku bukan nak peti ais fancy-fancy pon, nak peti ais biasa-biasa je, kalau boleh yang bawah Rm300, asalnya nak je beli baru, tp Menteri Kewangan tak bagi, dia suruh beli yg 2nd je, aku nak je beli baru, sbb budget dah ada, hasil kumpul-kumpul dan duit MENANG GA blog Dramatic Uniq! hehehe.

Oh lupa nak bagitau, haritu GA kak ain, yang Parody Me tu, aku jadi pemenang tau! thanks korg yang UNDI aku, nanti tuntut coki-coki dari aku eh.hahaha. Alhamdulillah, tak sangka tau, sbb sblm ni x penah menang GA, hahaha. murah rejeki, kak ain pun dah bankin duit menang tu, so duit tu mmg aku simpan untuk beli PETI AIS ni. terima kasih kak ain, semoga terus maju jaya dengan blog, korang jangan lupa singgah blog DRAMATIC UNIQ, entry dia best best, banyak info leh dapat.

ok berbalik kepada cerita peti ais, laki aku survey survey lah tanya peti kat bangla tu, mula-mula dia tengok yang 1 pintu punya je, sbb dia tau, yg double layer mst mahal, tapi tetiba bangla tu cakap, " abang, angkat lah ini piti yais, masih sujuk, murah saja " laki aku tanya harga. skali dia bgtau, " RM120 saja abang " hah! Rm120 jeeee!!! nak terjatuh rahang masa dengar harga tu. terkejut gila laki aku, tu yg dia kelam kabut call aku, dia kata dh jumpa peti, murah pulak tu. aku pun suruh dia hantar gambar.


ini lah piccy yang aku dapat semalam, so ini lah " pati ais " ( dialek bangladesh ) aku, hahahahaha. jadik lah, semalam sampai rumah, laki aku basuh bersih bersih lagi skali, dah lawa dah peti, cuma luar jelah mcm buruk sikit, tapi tu takpe, yang penting aku nak SEJUK, untuk simpan pavlova, hehehe. yang luar tu, nanti aku beli sticker kat mr-DIY, aku tampal je.hahahaha. bijak kan!

so settle lah cerita Peti Ais aku, weeiii jangan tak tau, siap ada warranty sebulan tau! hahaha. harga RM120, siap HANTAR KE RUMAH, siap Warranty sebulan.hehehe. Alhamdulillah, lepas ni leh jual mcm mcm kek lagi, sbb dh ada tempat simpan. nak order, boleh calling calling je.hehehe.

thanks buat kawan-kawan yg banyak suggest sana sini, thank kat My sbb nak jual peti ais dia, lawa lagi, murah gak, tp sbb jauh ke Batang Kali sana, pk 40 kali jugak nak angkut. thanks semua, thanks Shuben ku tersayang! hehehe. esok start project kita ye, tidak tidur lah kita! hehehe.

thanks korg jugak sbb baca entry peti Ais aku.hahahaha. bai. ♥

15 comments:

YB Shehan said...

kua pic peti ais Helo kiti, terus buka n hadiahkan uv kt blog ni. hehe

Amanda Suria said...

wah..akhirnya...giler punya murah tu Rara

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Selesai masalah tak ade peti ais ni ye Safura :)

Raihanah Ahmad said...

alhamdulillah semoga dipermudahkan semua urusan

anez zamri said...

murah gile weh..berbaloi tu janji SEJUK je!alhamdulillah dah jumpe yang di cari..semoga terus sukses dengan pati yais baru hahaha

Jueliza Jamani said...

wahh bleh letak bnyak la pavlova lova tu..

Diana Rashid said...

Murah dah tu...semoga lepas ni makin semangat nak buat pavlova..dah lama tau tak tengok gambar pavlova rara..

Rara..cer tengok laman web luar negara yang ada pavlova,boleh dapat banyak idea jugak tu..hiasan diaorang memang cantik2 tau Ra...

Akak selalu harap Rara berjaya dalam bidang baru ni..anggap je ni harapan akak dan juga cabaran akak..ekekek

Chekgu Azrine said...

Rezeki sis ..bagus..alhamdulillah!

nini said...

Bestttttnyeee...kite pon nak peti sejukkkk gak niiii...adoiii

DRAMATIC UNIQ said...

owwhhh.. ini peti ais nya.. hehehehe.. ok la.. looks good.. :)

ingatkan Rara main2 cakap nak guna duit GA tu utk beli peti ais.. ye lah kan mana nak dapat peti ais harga dua ratus hengget zaman skrng ni.. hehehehe..

happy for you.. :)

thanks.. menyempat promote blog akak di situ.. kikikikiii..

Nina Mirza said...

Alhamdulillah rezeki... Tahniah rara..
Giler tak murah? Giler jeles lg tau ~

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini...ok tu sb nak sejuk kan...harga pun murah....diana punya peti ais seumur dengan diana masuk kerja kt tempat kerja diana ni...hihi

dalila said...

ok la ni rara..murah!
alaa luar tu xpe..nnt beli je wallpaper..tampal..
slalu tgk kt group fb "Deco Rumah Bersama" dorang dok tampal pakai wallpaper..cantik2..

Anonymous said...

Hi, nak tanya beli kat mana ya? Boleh emailkan tak kat saya - nurshareen@yahoo.com thanks!

Azim Zulkiffli said...

Salam, nak tanya, beli kat mana ya peti ais tu? Boleh tolong emailkan alamat atau contact tu dekat email saya? - azimmhz@gmail.com thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...