28 September 2015

APA lagi yang lebih BAHAGIA dari MAKAN di Raya Haji

Raya Haji 2015


Hai korang~ dah masuk tengah hari baru aku sibuk nk cerita pasal Raya Haji kan,
hehehe. Al-maklumlah, masuk office, settle kan kerja-kerja hakiki dulu,
then baru boleh belek belek picture, then baru boleh karang entry,
kalau tak kang, ada yang kena flying kick.hehehe.

Tahun ni giliran kami Raya Haji kat Ipoh, so moh lah kita balik Ipoh,
Rabu tu nak dekat kul 3pm baru kami gerak balik, kereta banyak,
slow je leh gerak, nak dekat maghrib baru sampai Ipoh,
but okay lah, Alhamdulillah. Malam tu tak kemana pong,
bawak mak aku bukak puasa, then bawak anak dara lukis inai kat KTM,
sbb dia dah berzikir nak buat inai, then kelam kabut ke Pasar Kemboja
cari baju raya anak dara tu, kesian pulak dia x de baju raya.hehe.
Hati ibuu kan, mana sampai lah nk tengok anak pakai baju lama.
nak jugak carikan yg baru.

selfie makpak.hahaha
see, ibuu ajak selfie, dia sibuk menguap.hahahaha
Pagi Raya, Opah and papa je yang pergi solat Raya Haji ke masjid,
ibuu ditakdirkan ' cuti ' pulak, hehehe, so duk rumah, gosok baju,
sambil berzikir sebelah telinga anak dara, suruh bangun tak bangun-bangun.
sampai papa dah balik solat Raya pun dia tidur lagi.hahaha.

Kami takde plan kemana pun haritu, cuma bawak mak aku ke Kubur arwah Opah,
then melawat Opah aku lagi sorg di Kampar, then gerak ke rumah Maklong.

mcm biasa, kami x pernah sedondon.hahaha
OOTD PRINCESS
papa in action! hehehe
wuwuwuwuwuw dapdapppp!

Sampai rumah Maklong, langkah kanan kami, dijamu dengan Bihun Sup Tulang,
daging fresh baru lepas sembelih, terus buat sup, sinsing lengan lah suami aku.
hahaha. buh pulak cili kicap pedas tu, perghhhh mmg terangkat lah! sedap gilos.
kenyang jangan cerita lah.hehehe. Anak dara tu bantai sambung tidur,
org dah habis makan, dia baru bangun, papa dia lah melayan,
suap makan atas buai, ngaderrr sangat!

buai legend! dr zaman ibuu dulu.
Mango Pavlova
makan longgok longgok.hahaha
belah malam pulak, ada makan-makan kecil-kecilan rumah maksu ittew,
ada BBQ, ada nasi, ada karipap, ada pizza, ada pavlova, ada mcm mcm.
paling best bila makan Pavlova Manggo, sedap weiii rupanyaaa!
aku tak pernah makan lagi pavlova manggo, lepas ni leh bawak masuk kedai,
hehehe. seyes sedap! TQ maksu for the tips!

Bila berkumpul ramai-ramai gini, kecohnya bukan main,
happy gila sbb dpt cakap jerit jerit.hahahaha. makan longgok-longgok
atas tikar, pas tu sana nangis, sini nangis, sana jatuh, sini nak makan,
hahahaha pitams, kalau arwah opah ada, mst dia geleng kepala.


Hari Kedua Raya Haji pulak kami ke rumah acu, acu masak laksa,
wiwiwiwi favorite aku tuh! sambil tu sambut buffday papa aku,
25hb September buffday papa, beli kan papa sebijik kek,
sape nak buat surprise kat papa kononya. TAPIIIIIIII ------------
boleh pulak acu aku buat lawak, masa papa aku sampai, dia terus ke dapur,
salam-salam semua yang ada, papa aku duduk depan peti ais,
acu aku pun duk tepi pintu ais, lepas salam-salam, papa aku tanya,
" takde kek kek ke? " lepas tu laju je acu aku cakap sambil buka peti ais,
" ada ni kek, dalam peti " hahahahahaha kami bantai gelakkkkk!
dah kantoi, x jadi nk surpriseeee.hahahahaha. acuuuu acuuu mmg lawak dr dulu
sampai skrg.hahahaha.

last-last aku keluarkan kek, pasang lilin, saje je seronok-seronok kan,
then bagi kat papa, papa baca doa doa jampi serapah, then tiup lilin,
cucu nya pon sebok, nk tiup sama.hehehe.

atok Z baca jampi.hehehe
♥ u papa!
adik beradik perempuan and Syazwan debott.hahaha
bawak opah jalan-jalan petang, makan eskrem.hehehe
Hari Sabtu kami nak balik KL dah, kami mmg plan perjalanan,
mmg tak nak stuck dlm jem, sabtu tu kononnya nak balik tengah malam,
tapi masing-masing update JEM JEM JEM, so tak jadi balik tgh malam,
suami aku tidur dulu, last last jam 4am kami gerak balik KL,
subuh-subuh sampai KL, alhamdulillah, x jem langsung.

Petang Sabtu tu, aku buat surprise lagi, kebetulan sabtu tu buffday Anez,
aku sengaja taknak wish kat FB, kat Wasap, hehehe. kami dh janji nk jumpa
kat Padang Polo, nak bawak anak anak main, so aku singgah Secret Recipe,
beli 1 slice kek, 1 slice je mampuuu, hehehehe. bersila je kami tgh padang,
sambil menjemah, sambil makan kopok lekor,
then bukak kek pasang lilin, hehehe. anak-anak memasing muka x puas hati,
jeles lettew mak nak menjemah.hahahaha.

Ipoh masa Raya Haji tu cuaca baik sangat, elok je, masuk je Sabtu,
cuaca dah tak berapa nak elok, dh kabus kabus dah.
rupanya KL lagi teruk cuaca yek, hurmmm, moga Hujan Lebat boleh
pulihkan cuaca di Malaysia, Princess dh seminggu batuk.
pening kepala aku fikir nak bg apa kat dia.kesian sangat.

kek di Secret boleh je beli one slice then tulis gini, jangan x tau tau! hahaha
Happy Bornday anez, semoga dimurahkan rezeki dan sihat selaluuuu~
Padang Polo, menghabehkan borehhh! sume nak!
Sekian jelah cerita Raya Haji, seronok sbb asyik makan-makan-makan,
RIP lah to DIET, hahaha, harini baru diet balik. hope leh cover balik 4kg tu,
hahahaha.

p/s : Hajat aku nk buat Qurban tahun ni tak kesampaian, insyaAllah
tahun depan cuba apply awal-awal. Amin.

4 comments:

idzwa kamaruddin said...

meraih nyer raya!

sayidah napisah said...

wah meriahnyaaa hari-hari raya aidiladha momraaaa! gojes gituw~ alhamdulillah :D say thankyou Allah for the all nikmat :D

Diana Rashid said...

akak pun buat tahun depan..tahun ni kami dok umah kat penang je..tak balik..tahun depan baru balik ..

eima said...

mmg meriah dengan makanan je ...best ...yg atas sekali besh sup tulang tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...