Image and video hosting by TinyPic

11 September 2015

Chalet Teluk Senangin - Chalet Pak Ya

Chalet Tepi Laut


Andai sesiapa tak tau Teluk Senangin tu kat mana,
Teluk Senangin tu kat Perak, kalau LUMUT or Teluk Batik tu
mesti dah biasa dengar kan, kini Teluk Senangin pula menjadi tumpuan ramai,
dulu masa aku kecik-kecik, teluk senangin ni masih belum popular,
Teluk Senangin ni sangat BERSIH, air laut pun masih JERNIH,
tapi kini, paham paham lah bila dah ramai datang kan,
kebersihan pun agak sukar nak dijaga, tapi air boleh dikatakan
agak jernih lah, tapi tidak lah jernih mcm pulau perhentian.
hehehe.

Aku jarang nak update Teluk Senangin ni sbb aku dah selalu sgt pergi,
hehehe. aku selalu update tempat yang jarang aku pergi je,
tapi untuk bacaan korang, aku rasa, baiklah aku cerita sikit tentang
teluk senangin ni, dan nk tolong promot Chalet Pak Ya. hehe.
sesi #tamakpahala dah mari.hehe.

Chalet Pak Ya
1 chalet muat 3 org max, tapi kalau lebih, boleh bentang toto kat bawah, tp sempit sikit lah.
Chalet Pak Ya
budak tak sabar nak terjun
Kenapa aku suka dtg sini? satu sbb Princess suka laut,
dua sbb aku pun suka lepak lepak tepi laut, rasa tenang je jiwa ni,
bila dipukul ombak, manja sangat rasa, ewahhhh~ hehe.

Biasa kalau kami pergi mandi-manda di sini, kami balik hari je,
tapi masa cuti Merdeka haritu, kami menyewa satu malam di
Chalet Pak Ya, pestime ni kami duduk sini, walaupun chalet
pak Ya dah lama beroperasi. Chalet Pak Ya ni, kepunyaan ayah kepada
kawan suami aku, hurmm, paham dak ni? hahaha.

Chalet yang unik dan bersih


Aku suka chalet Pak Ya ni sbb dia unik, sangat comels! seyes comels,
ruang dalam chalet hanya ada katil bersize Queen, toilet ( jamban dan shower )
peti ais mini, dan juga ada AIRCOND tau! jangan main main, sejuk gila!
hehe, andai kata nak bilik yang takde aircond pun ada.

Chalet Pak Ya ni bersih, kawasan dia bersih, mmg dijaga rapi,
aku ni cerewet sikit bab bab ni, kihkih, shuben aku paham sangat lah,
tapi bila di Chalet Pak Ya ni, aku boleh katakan yg aku selesa.
jangan expect too much lah! chalet murah je pon! nak lebih selesa,
pergi duduk hotel ye! hehe

Chalet Pak ya
usha line dulu. masa ni KILAT, masa kilat jgn duk dlm laut ye! bahaya
line ok, kita salin bajuuuuu!
suka kemahen!
masuk Chalet, korg akan diberikan Towel dan selimut,
kalau lupa bawak, no worries! dan yang penting, air kat sini kuat,
PUAS nak mandi, nak syampoo rambut. air hotel pun x mcm ni,
ciputttt je, segan segan nak keluar.betul tak?

Aku ada baca komen-komen yang kata, " menyesal sewa sini, byk lalat "
hmmm, untuk pengetahuan, kawasan sini mmg banyak lalat,
mmg tempat dia kan, but bukan lah lalat berkerumun,
BUT ada lah lalat tu, so, jgn lah bawak makanan yg lalat SUKA
masuk dlm bilik, nt banyak lah lalat kat korg, ada paham,
jangan lah nak stress pulak dgn lalat tu, relax-relax sudah!
aku pun x suka lalat, but sbb taknak spoil kan mood,
just terima je, sbb mmg tu tempat dia.
kalau korang nak tau, masa kami balik KL,
sekor lalat ikut kami sampai KL, hahahahahaha, dah halau tapi
tak nak keluar, hah! lantak kau! ikut lah! meh jadi warga KL,
nak balik, pergi naik bus sendiri! hahahahaha.
( ok sori merapu ) but pada aku chalet Pak Ya ni best!
nanti nanti kami nak datang tidur sini lagi.

Chalet Tepi Laut


Memang ada banyak Chalet di Teluk Senangin ni,
tapi Chalet Pak Ya ni tepi laut, mmg best kalau sape yg nak merasa tido
tepi laut, tapi aku tak, hahahaha, seremmmm~

aku suka yg belakang-belakang sikit.
belakang pun masih best! Maaf lah,
aku lupa nak ambil pic dalam chalet and ruang chalet,
sbb Princess asek ajak mandi laut je,
ni sebahagian gambar yg aku google dan amik di FB Chalet Pak Ya.

Chalet Teluk Senangin - Chalet Pak Ya
Chalet Teluk Senangin - Chalet Pak Ya
comels! dlm ni ada toilet ye! jgn risau! tak perlu gali lobang.hahaha
Chalet Teluk Senangin - Chalet Pak Ya
Chalet Teluk Senangin - Chalet Pak Ya

Teluk Senangin ni masih bersih lagi lah, masih tenang lagi,
but dah banyak pembangunan kat sini, so crowded sikit,
pasal makan, jgn risau, sini mcm mcm hade! ko bawak duit je.
senang! No telefon, later aku add dalam ni yek, sbb lupa pulak
mana aku letak name card Chalet ni, hehehe. kalau nak, boleh je PM aku.

Kedai Ikan Bakar MURAH Teluk Batik


Malam tu kami pergi makan ikan bakar,
kalau dah sampai sini, tak makan ikan bakar, mmg RUGI lah!
korg WAJIB makan tau! kedai ni mmg kami selalu makan,
sbb MURAH SANGAT! kami order banyak gila ikan,
sotong, lala, tomyam, mcm mcm lagi, makan utk 8 org,
cuba teka berapa harga? teka teka! hahahaha.
baru RM200, mmg gila murah! lauk pulak sedap.
haihhhhhh renduuuunyaaaa~

Kedai ni terletak di Jalan Teluk Muruh, menghala ke Teluk Batik,
area Marina Bay, masuk dalam-dalam sikit, makan tepi laut,
sejuk sangat! rasa nak bawak toto je.seyes tak tifuuuu~

TAPInya! makan kat sini, lama lah kena tunggu,
kami haritu, almost 1 hour jugak lah menunggu,
sbb orang nya ramaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii~ so kesabaran yang tinggi,
harus ada di dalam diri setiap insan yeww~ kalau agak agak lapar sgt,
mtk nasi putih dulu. mkn dgn ikan mentah.haha. #okgurauje!

so, dah dapat idea nak tidur mana and makan mana?
hope dpt membantu, nama Kedai makan ni nanti aku update eh,
lupa sudah~ hehe.

Selamat bercuti semua, bai.
xoxo ♥ safurara

ikan bakar murah
ikan fresh!
ikan bakar teluk batik
my love always!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 comments:

  1. mcm best ja review nih..teluk snangin

    ReplyDelete
  2. Comelnya chalet..nampak view cantik la pantai situ

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa kak rara. Suka jugak pergi pantai :D

    ReplyDelete
  4. boleh bagi no fon chalet pak ya x

    ReplyDelete
  5. Boleh bg no fon chalet pak ya tak ?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum...boleh bagi contact no chalet pak ya tak...

    ReplyDelete
  7. Kamon la sha ahmad..gile pemalas..google atau wasap la nombor owner..atau erti kata lain google

    ReplyDelete
  8. ASSALAM SEMUAAAA! ni no tel : EINA PAK YA : 013-411 2834. nanti masa checkin bgtau lah baca di blog saya ye.hehehe

    ReplyDelete
  9. Bersih apa..kotor sangat, tandas berkeladak. Pekerja malas, jgn plak chalet yg ko pegi bersih ko kata smua bersih. Lalat n nyamuk pun bnyk dibela di sini

    ReplyDelete
  10. ENCIK OR CIK PUAN ANON : SAYA DAH CAKAP, MEMANG SINI AKAN ADA LALAT, SEBAB TEPI LAUT! NYAMUK PON MMG ADA, SBB HUTAN! TAK BACA KE ENTRY BETUL2? KALAU ENCIK BANYAK DUIT< JANGAN DUDUK SINI. DONT EXPECT TOO MUCH! like i said before. BAGI SAYA CHALET NI OK JEEE! takde masalah pon.

    ReplyDelete
  11. Barge berape chalet kat sane,pls reply ty

    ReplyDelete
  12. Berape harga chalet kat situ.. pls reply ty

    ReplyDelete
  13. Itu mslhnya. Nk murah2 tp expectation nk mcm hotel 5 star. Biasa yg duk kutuk2 ni chalet competitor la.

    ReplyDelete
  14. kami dah dtg sini dan buat hari keluarga kat sini juga...semua chalet kami booking...best laa sebab tiap famili ada rumah sndiri so ada privacy kan. Kami juga minta sediakan makanan pada yg x mau masak atau makan luar. Mlm buat barbeque tepi laut..awesome beb x! mmg terbaik lah pada kami...kat org lain x tau lah kan! oh ya mmg ada lalat & nyamuk tapi pihak chalet ada bagi kami ubat nyamuk dan ada wakaf untuk solat juga itu yg best boleh berjemaah sama2 famili.

    ReplyDelete
  15. Ni tgh bercuti ni 3 bintang la

    ReplyDelete
  16. nape cal no tu asik xagkt jer

    ReplyDelete
  17. lalat banyak nak mampus..pemalas betul org niaga sini.cubalah pakat skit hapuskan lalat sini.abis 1 bas rombongan kami kena cirit birit..indah khabar dari rupa ja teluk senangin ni.teluk lalat lah jdi nya.

    ReplyDelete
  18. Berapa harganya 1 malam

    ReplyDelete
  19. bodoh betul orang ni kan..
    bgtau la harga brapa. kan tu kan perkara penting yg org nak tahu..
    bgtahu je laa..
    nk bgtau harga pun susah..kurang cerdik

    ReplyDelete
  20. Admin boleh tak bgi cadangan tmpt camping yg best kat perak

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com