Image and video hosting by TinyPic

15 September 2015

Misteri Sebuah Resort di Hulu Langat

Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari


tak boleh move on, tak boleh, susah nak melupakan kenangan,
hahaha, bunyi mcm poyo, tapi dalam banyak banyak Family Day yang aku join,
kali ni aku rasa paling best, aku pun tak tau kenapa best,
TAPI mmg best. hahahaha. paham tak ayat hakak ni?
hahaha.


Kelab Blogger Ben Ashaari, tak semua pernah berjumpa,
semua kenal dari alam maya je, tapi bila jumpa, mcm dah kenal lama,
boleh masuk kepala gila-gila, boleh ngam, mcm betul betul satu family.
Selama 3 hari 2 malam kami ' bersama ', sampai aku xtau nk mula
cerita dari mana.

Jumaat 11 September 2015, lepas kerja, kelam kabut balik rumah,
packing baju segala, sbb aku nk sampai sana sebelum jam 7pm,
malas lah magrib magrib sampai sana, risau jugak,
rumah aku ke Resort hulu langat tu, bukan jauh pun, kentut pun dengar,
hahaha. so target sampai sblm 7pm tu berjaya lah.hehe.

sampai sana terus jumpa AJK aka mak tiri kami, kak sue, hehehe.
amik kunci bilik dan baju dari angah, aku siap order 2 pasang sorg,
senang nanti nak salin salin, and the lucky one, kami dapat ' RUMAH '
MERAH. hehehe. sekali dengan sifu! hehe.

kami dibahagi kumpulan-kumpulan untuk sukan rakyat pada hari sabtu
keesokkan harinya.

jam 8pm, lepas solat Magrib, kami turun untuk dinner,
makan malam tu ala ala kampung, makan kenyang-kenyang,
then pertandingan karoke pun dimulakan, sedap sedap suara dorg ni rupanya,
hahaha. yang mengambil bahagian, Bella, Ayu Jean, Yanie, Abe Que,
dan ramai lagi, dan part paling best, tetiba abg Lan Careno dtg,
mintak wakil dr setiap meja untuk nyanyi, tak pasal terpaksa
menunjukkan bakat pulak.hahaha. so kami laki bini
selamber ah karok gak, nyanyi lagu FAV kami,
Baldu Biru, hehehe. dengan harapan, hujan lah malam tu.





mmg kecoh sgt masa karok tu, dengan yg selfie welfie,
yg sorak pun sorak, sampai sakit sakit tekak sorak,
hahaha. mmg hebat masing masing! besttt!
tenkiu kak Nina sbb sponsor Kek Choclate Moiset yang sgt
sedap, buat makan makan masa karok! hehe.



Poco-poco dan Sukan Rakyat


Day 2, Sabtu 12 September 2015,
seawal 7.30am kami dah terpacak kat dewan makan untuk breakfast.
jika diikutkan Jadual, pagi Sabtu ni kami ada tarian Poco-Poco,
dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

satu benda yang paling exciting is, ada acara FLYING FOX!
aku dah cakap awal awal, aku mmg taknak naik,
laki aku pun mmg taknak naik, mmg ulang ulang kali cakap tak nk naik,
BUT!!!! bila hari kejadian, setelah di asak 40 juta kali dengan
Ida Baharum, Yanie, and kak Mas Saari, aku pun ubah keputusan aku.
gila betul dorg Psyco aku tau tak! aku bukan lah jenis yg berani,
nampak je aku GAGAH mcm ni, tapi aku mmg penakut.
hahaha.



aku mmg penggayat orang nya, aku tak leh tempat yg tinggi-tinggi ni,
stamina pun kureng~ aku tak sangka dorg dorg sume tu berhati waja!
nampak je gitu, tapi hebat hebat! haishhhh!

last last, kami laki bini JOIN flying fox, hahaha,
laki aku pulak fobia sbb dia penah naik dulu, dan seluar dia koyak,
hahahaha. tu sbb asalnya dia xnk naik.hahahaha.

dan inilah KALI PERTAMA aku naik Flying Fox,
mmg gila, mmg rare, mmg pengalaman buat aku,
kalau takde Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari ni,
alamatnya mmg aku takkan naik lah sampai bebila.
hahahaha.

Perasaan aku? hurmmm susah nak describe,
sampai je atas bukit, kaki, lutut segala, dah menggeletar,
mengucap aku atas sana, yg dorg sume cakap "boleh tu, boleh tu"
bila aku " disangkut" je atas tali, aku terus pejam mata,
mmg aku tak bukak bukak dah mata aku, hahahahaha
dan DISEBEBKAN abg ( jaga tali ) tu tau aku penakut,
dia sengaja benti kan aku lama lama kat tengah tengah!
gila lah kan! masa tu AIR MATA aku dh keluar dah.
hahahahaha. JAHAT tauuuu! sampai aku jerit,
' abang, lepas lepas laju laju ' hahahahaha.
sampai bawah aku tak bukak mata, hahaha. org suruh strike pose
pun aku buat tak tau je.hahaha, sampai bawah,
mengigil kepala lutut aku, mmg tak boleh berdiri.haha
turun bawah, terus aku bawak anak mandi sungai, taknak tengok dah
Flying fox tu! hahaha.


yang lain kemahen berpeace-peace segala,
siap bawak kamera, pegang monopod, haaaaaaaaaa
yang aku, pegang kuat-kuat tali tu sambil pejam mata,
hahaha. mmg lawak! but i made it! wooohoooo~

Belah petang pula, lepas Zohor, jam 2.30pm,
kami berkumpul semula di padang, untuk acara
bergambar kumpulan dan Sukan Rakyat,
aku tak dapat join games, cuma wakilkan suami je,
Princess tidor masa tu, sampai lah ke acara sukan dlm air,
baru dia bangun, semua games ibuu sub pada papa,
nasib papa mmg suka acara-acara mcm ni, hehehe.
Thanks buat suami aku, sbb sporting sangat sangat,
dan kalau nak tau, semua shuben-shuben dalam KBBA ni,
mmg semua sporting-sporting, semua leh masuk kepala.
Abg Ben jugak rupanya gila gila, siap curik tin pihak lawan.
hahahahaha.adoiiii~

lepas habis acara sukan air, semua terus terjun dalam sungai,
teman anak mandi pulak. hehe, anak anak sume dh merengek rengek dah,
tazabar nak mandi.

tengok Razi, sampai kena heret, belum pape dh jatuh dlm air, hahahahaha
aku tak dapat nak ceritakan semua games dlm ni,
sbb kalau aku cerita, 3 malam tak habis.hahaha
korang boleh tak follow atau usha di Instagram
Kelab Blogger Ben Ashaari, atau pun IG aku,
ada gambar gambar dan video kat sana.

acara Wrestling dlm air tu PALING KELAKAR,
part Razi yang belum berlawan dah jatuh dlm air,
dan part UJANG kalah sebelum bertanding, hahahaha.
lawak ah korg! hahahahaha.



Malam Kemuncak - Lucky Draw


Malam Sabtu, kami ada Dinner, tema pakaian adalah Smart Casual,
santai-santai, makan makan sambil dengar org karok.
Malam tu ada hadiah banyak sangat, Sponsor dari pelbagai pihak,
terima kasih semua, semoga murah rejeki~

MC kami adalah Najeeb, korg ni mmg org org talent eh?
semua boleh, jd MC pun lex lex jeeee, best jeee. yang penting semua terhibur,
sambil mkn, mereka umumkan pemenang Karok Jumaat malam tu,
dan seperti yang kita jangka, pemenang mestilah Abe,
suara abe gila sedap! boleh masuk AF ni, hehehe,
dan aku salah sorg pemenang Lucky Draw,
yang kelakarnya, aku tengah cakap dengan Ida,
IDA, kita ni mmg selalu lah takde luck kan da, tuptup
Najeeb panggil nama aku, hahahahaha. kelakar gila!
so dapat lah 2 buah Novel dari PTS, tenkiuuuuuuu~
muah manyak!


malam kemuncak diakhiri dengan sambutan Birthday untuk
ahli keluarga yang birthdaynya jatuh dalam bulan September,
aku masukkan nama Princess, pastu boleh lak lupa,
laki aku pun bulan 9 gak, hahahaha choiii~ kek segala diuruskan oleh Uzu,
omei angat keknya, besar dan sedap! tapi uzu kata, dia sedih dgn design kek tu,
sedih nape ntah, padahal omei je! hehehe. jgn bersedih ye Uzu~
lepas tu ada persembahan api dr abang mabuk ketum,
opsss, hahaha, malas cite hal ni! hahaha.


and last but not least, ada sesi ice breaking dr Sifu kami,
Ben Ashaari, ada tips dan kata kata semangat yg abg Ben sampaikan
kepada kami, sedikit sebanyak buat kami rasa ingin terus berjaya
dgn blog, ewahhhh~ skema sgt ayat.hehehe.

bayangkan FF boleh TRAVEL 11 NEGARA (tahun ni) with fully SPONSORED,
abg BEN jugak pergi KOREA and JEPUN, and negara lain
with FULLY SPONSORED, gila ko tak semangat!


The Best ZUMBA ever - Jungle Tracking 


3rd day 13 September 2015, hari terakhir, pagi mcm biasa,
breakfast dulu then acara ZUMBA, asalnya pihak Resort nak buat poco-poco
tapi mcm aku kata, dlm KBBA mcm mcm talent ada, so apa barang poco-poco,
rupanya RAZI dah standbykan ZUMBA dance buat kami, 3 lagu woiii
Razi bawak, hebak ahhhhhh! aku yg tak pernah berzumba pon,
tetiba jadi GIAN lak nk berzumba, mmg best gila,
Paling aku suka masa lagu ' Selamat Pagi Sayang '
happy gilaaaaa! all the steps aku suka! repeat please Razi!


dan acara last, Jungle Tracking, aku dah cakap kat dorg,
aku taknak join jungle tracking, tapi kwn kwn sokmo racun,
Ida, Yanie, memainkan peranan penting dlm meracun aku.hahaha.
last last aku ikut jugak, panjat bukit segala, gigih weiii!
takut gila aku, but again, i made it! hahaha, sampai atas,
TAHNIAH!

turun bawah ngam ngam jam 11am,
masuk bilik, kemas baju, checkout~

Terima Kasih buat semua Sponsors 


hoiiiii, 4 jam dh aku karang entry ni, hahaha. nak buat 2 part,
tapi risau tak sampai feel tu, so habiskan lah, hahaha.
mcm biasa, aku nk ucapkan ribuan terima kasih buat Sponsors
family day kali ni, iaitu Cosmoderm, dengan hamper,
dengan gift, semua dr Cosmoderm.

Juga buat abg Lan Careno, orang kuat atau pemimpin utama
event kali ni, dan juga AJK AJK lain, u know who u are right.
terima kasih tak terhingga, juga berbanyak terima kasih
buat Sifoo kami, Abg Ben Ashaari, Ben Ashaari,
mana nak datangnya KBBA right.

jugak buat suami dan anak, sbb sporting boleh follow ibuu
join event, suami yang sporting join games menggantikan bini,
dan jaga anak bergilir-gilir, Princess yg agak behave,
dan kdg kdg amuk sbb mengantuk.hehe.

and last but not least, semua sponsors kami,
Cosmoderm - produk dan hamper
Qasehsu - hadiah cabutan bertuah
Azzuha Travel & Tours - Tshirt
KaryaSeni - Buku pelbagai jenis
Buku PTS - Pelbagai buku
Kaio Studio - photographer dan videographer rasmi
Dkna - Ephyra
AJ Cetak District - Tshirt

terima kasih yang tidak terhingga~
Semoga kita berjumpa lagi di event yang akan datang,
maaf andai entry ini terkurang info atau tersalah kata,
tak sempat nak tulis semuanya.any info, boleh PM mcm biasa
di page Safura Online Diary tenkiu semua,
maaf sbb entry TERover panjang, hahahaha.

KBBA rawk! We UNITE Together!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. canggih aa ko berjaya lump sum kan dlm 1 entry...haha aku yg x berapa nk join sgt aktiviti family day pun terasa jugak bahang² keseronokan...pheww mohon repeat lg next year plis! tu pn klu x peknen lagi...eh eh :p

    ReplyDelete
  2. sesi ice breaking tu tiptop.
    terbaik ler rara punya perfomance.
    boleh dijadikan contoh.

    pasni bleh naik roller coster plak.
    hahhahhaa.

    ReplyDelete
  3. last last aku jugak yg tak dapat lucky draw ! hampeh.. u made it rara! i lebiuuuuuuu....... gudjob! boleh tayang video kat semua orang k! HHAHAHHA

    ReplyDelete
  4. setuju! family day paling best pernah join. Sebab semua sporting, KBBA terbaik!

    ReplyDelete
  5. Hahahaaha.....
    Terkantoi plak tengah selfie tengah2 sungai!

    ReplyDelete
  6. wahh meriahnyer family day! tahniah menang lucky draw :-)

    ReplyDelete
  7. hahhaa..baik habiskan je citer..kalau tak bingung nanti nak buat ayat..

    ReplyDelete
  8. best!best! rasa mcm kejap sgt ari tu.. huhu

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com