29 September 2015

Ingin Tahu Rahsia Sihat Keluarga Aaron Aziz?

Dua Susu Sehari, Hadiah Terbaik Untuk Keluarga


Tahukah anda bahawa susu adalah penting dalam Diet Harian kita?
" susu merupakan salah satu makanan yang berpatutan dan sumber nutrisi
paling lengkap untuk seisi keluarga, juga membantu kanak-kanak dalam
tumbesaran dan perkembangan serta memperkukuhkan tulang dan otot untuk
golongan dewasa "
- pengurus pemasaran Dutch Lady.

Pada 22 Sept minggu lepas, aku bersama blogger lain, bersama-sama menjayakan
kempen Dua Susu Sehari untuk menggalakkan keluarga di Malaysia minum
2 sajian susu sehari sebagai sebahagian dr diet seimbang.

Pure Farm milk, aku suka coklat dan stoberi! hehehe

Tanggugjawap Pengeluar Susu Utama Malaysia


Kata Jo-Anne lagi, sebagai pengeluar susu terbesar Malaysia,
mereka bertanggungjawap untuk memberi simbangan dalam pemakanan sihat
rakyat Malaysia, dan membantu membina keluarga yang sihat.

Dutch Lady juga bukan calang-calang ya, mereka telah berkerjasama dengan
Persatuan Pemakanan Malaysia atau NSM dan juga selebriti kegilaan ramai
iaitu Aaron Aziz untuk sama-sama berkempen tentang pentingnya susu
dalam diet harian.

Aaron pon paklawak, suka menyakat Diyana.
"Diyana dan saya mempunyai 3 orang anak dan mereka di peringkat umur dimana mereka masih memerlukan pemakanan yang baik untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka. Oleh itu, pemakanan adalah salah satu keutamaan yang kami tumpukan kepada mereka" kata Aaron Aziz

Aaron kata, dia dan Diyana selalu sibuk dengan kerja, dengan adanya susu Pure Farm ni, anak anak mendapat khasiat
dengan mudah dan segera, dia menggalakkan anaknya meminum susu semasa sarapan, dan dengan itu mereka
dapat meluangkan masa bersama-sama.

Kepentingan Vitamin D


Vitamin D adalah membantu menyerap kalsium, tanpa tahap Vitamin D
yang mencukupi, kalsium yang kita perolehi daripada diet kita,
tidak dapat diserap sebaiknya, dan disebabkan kekurangan Vit D,
kita boleh mendapat penyakit Riket, iaitu tisu tulang tidak dapat berupaya
memineralisasi tulang dan mengakibatkan tulang lembut dan kecacatan rangka tulang.

untuk menangani masalah kekurangan Vit D, kanak kanak seharusnya
menghabiskan masa diluar supaya badan boleh menghasilkan badan secara semulajadi.
memandangkan Vit D larut dalam lemak, kita boleh memperolihi daripada ikan,
ikan kembung, sardin atau jika ada duit lebih, ikan salmon lebih bagus. Selain itu,
kuning telur dan susu juga tinggi dengan Vitamin D.

ni melampau sgt ni.hehehe
Dengan kata mudah di sini, dengan meminum 2 sajian
susu Dutch Lady Pure Farm sehari, anda telah pun memenuhi keperluan
Vitamin D dalam badan seperti yang disarankan oleh KKM.

smooties!

aku pun sendiri masih lagi minum susu, susu tak semestinya perlu diminum
plain sebegitu, kita boleh olah susu menjadi pelbagai, boleh buat smooties,
boleh makan bersama bijirin, dan sebagainya, kita gunakan kreativiti kita
untuk menggalakkan anak-anak minum susu, kita juga akan mendapat khasiatnya.
aku suka Susu Strawberri dan Coklat! nyummmmmm~

tidak ketinggalan! hehehe.
Kempen Dutch Lady PureFarm : Dua Susu Sehari - Hadiah Terbaik untuk Keluarga akan bermula pada 10 Oktober 2015. Dengan kerjasama Persatuan Pemakanan Malaysia, roadshow akan diadakan di seluruh negara dengan menyediakan pemeriksaan status nutrisi, menikmati susu dan aktiviti-aktiviti lain yang menarik untuk seisi keluarga.

TQ Dutch Lady coz inviting me, and thanks for goodies! cute sangat! ♥
Maklumat lanjut mengenai kempen dan roadshow :
Facebook : Dutch Lady Malaysia

5 comments:

Mrs Yatie said...

untungnya dapat bergambar dengan abam aaron aziz :)
tapi betul kepentingan susu untuk tumbesaran anak-anak itu memang penting kan rara ;)

Allene typicalmommy said...

sakit hati tak ilang lagi ra.. aaron aku tu... argghhhh....

nadiah hanum said...

Susu ni yg chocolate flavour mmg feveret anak2 ciknad..sentiasa ada stok di umah ni.

::EIDA:: said...

taip entry sambil sedut susu coklat! hmm dapp hehehe

✿ Ina Ainaa ✿ said...

I love dutch lady.. Jenama susu pilihan keluarga sejak kecil lagi.. Nyummmss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...