21 September 2015

KAIO STUDIO Photographer Terbaik Untuk Majlis Anda

KAIO Studio Photography Cinematography


Kali pertama berjumpa dengan team Kaio ni sewaktu
Style Workshop by Wawa Idris tu, melihat dari hasil seni Kaio,
aku sangat teruja sbb mereka bijak mengambil moment yang penting
dan gambar-gambar mereka nampak cantik dan natural.

Second time pula sewaktu Family Day KBBA di Hulu Langat dulu,
KAIO jugak menjadi Official Photographer KBBA,
seronok melihat gambar-gambar dari mereka, boleh membuatkan
kita tersenyum-senyum sendiri. If korang nak tengok, boleh tgk kat bawah ni,
meriah kan! hehe.


Biodata KAIO


Jom aku cite serba sedikit tentang sejarah KAIO, ewahhh~ sejarah sangat! hehehe.
tapi, pencapaian anak muda berbangsa Melayu ni, boleh dibanggakan,
kerana muda-muda lagi sudah berjaya menjadi salah satu syarikat photography yang
dikenali ramai, ramai dah artis yang berkerja sama dengan KAIO,
termasuklah Anuar Zain, Dr.Fazley dan ramai lagi.

Lulusan Management & Science University (MSU), Malaysia dalam
jurusan hospitaliti dan pelancongan.Anwar Abdullah atau nama penuh Khairul Anwar Abdullah, lebih dikenali dengan nama Kaio di kalangan rakan-rakannya. Mula karier sebagai pemandu pelancong berlesen dari Kementerian Pelancongan Malaysia pada tahun 2008. Di mana Kaio berpengalaman menguruskan rombongan dari serata negara seluruh dunia seperti Iran, Jepun, Vietnam, China, Thailand, Australia, Poland dan Arab. Kaio juga pernah pernah ke kaca TV, majalah dan akhbar sebagai pemandu pelancong muda yang berjaya dan cemerlang.


Kaio juga merupakan blogger yang bermula pada tahun 2009 secara suka-suka dan mula aktif pada tahun 2011. Kaio mudah dikenali kerana banyak melibatkan diri kerjasama bersama Harian Islam, Oh Media! I luv tour dan Hai Blogger dan baru-baru ini Kelab Blogger Ben Ashaari

Minat dalam bidang photography dan videography telah membuatkan Kaio terjun ke dalam bidang kreatif ini bermula tahun 2012 dengan jenama Kaio Studio.Pada permulaan Kaio Studio banyak mendapat permintaan shoot video dan photo secara suka-suka seperti muzik video, filem pendek dan juga majlis-majlis perkahwinan.

Dan kini pada tahun 2015 Kaio Studio mula berkembang dengan melebarkan sayap ke serata Malaysia dan juga ke luar negara sepeti Paris dan Cairo, Mesir untuk menjalankan tugasan videography di sana bersama selebriti dan pereka fesyen terkemuka Malaysia seperti Ezuwan Ismail dan Melinda Looi.


Selain dari negara eropah dan timur tengah, Anwar Abdullah juga turut melakukan kerja-kerja photography dan videography di negara asia tenggara seperti jurugambar untuk syarikat Felda Global Venture yang ke Chiang Mai untuk lawatan teknikal ke sana. Selain dari itu Anwar Abdullah juga pernah menghasilkan video korporat untuk tokoh perniagaan berjaya Malaysia iaitu Datuk Maznah Hamid yang dikenali sebagai ‘Iron Lady’

Bukan hanya industri fesyen dan korporat, Anwar Abdullah yang juga meminati industri pelancongan dan berpeluang membuat liputan video dan gambar ketika ketika pelancaran “Discover Thainess 2015” di Bangkok baru-baru ini bersama Majalah Asia Horizon yang dijemput khas oleh Tourism Authority of Thailand.


Selain dari itu, Kaio Studio juga telah terlibat dengan acara-acara pertunjukan fesyen, dan persembahan artis-artis tersohor tanah air seperti Dato Siti Nurhaliza.


Pencapaian Kaio Studio

1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris (video by Kaio Studio)

2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza

3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka

5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.

6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night

7. Pure Lens by Mawar Rashid.

8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015

9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.

10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Dan banyak lagi hasil kerja Kaio Studio ini :



Baru-baru ini Anwar Abdullah, pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain.

Sejajar dengan pencapaian memberangsangkan Kaio tidak lagi boleh bergerak solo selamanya. Kaio telah mula merangka dan menyerap photographer dan videographer sebagai ahli pasukan Kaio Studio.


Wahhhh~ hebat kan pencapaian KAIO!
semoga KAIO terus melangkah dan selamat maju jaya!
nak tengok lagi gambar-gambar hasil dari kerja KAIO,
boleh terus stalk mereka di link bawah!!!


Boleh juga follow Anwar Abdullah atau Kaio secara personal

3 comments:

Nurfaezah Abdullah said...

memang antara yg terbaik kan hasil kerja beliau ^^

anazarin dotcom said...

Cantik2 gambar yang dia amik tu

muhammad nizam said...

hebat profile kaio studio ... pengalaman besar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...