03 September 2015

Melihat Kejadian Budak DIHERET Escalator Depan Mata

Aku tak tau nak mula dari mana, sebab till now benda tu masih terbayang-bayang depan mata, kalau yg follow aku di IG, maybe tau aku ada food review harini di Times Square, kejadian ni berlaku masa kami nak balik, betul-betul sebelah aku, bayangkan. Huaaaaa seyes aku tergamam, its like kaku, semua org kaku, semua mata tertumpu kepada budak yang tengah menjerit panggil ayah dia maybe.


Masa kami nak turun escalator ( rujuk gambar yang aku lukis tu ) kami nak turun escalator, aku tengah borak dengan suami, suami pegang Princess, tetiba di belah kanan aku, ada budak menangis sambil menjerit-jerit, otak aku asalnya tak boleh process apa yg tengah berlaku, but lepas tenung betul betul, rupanya budak tu diheret oleh escalator di belah LUAR escalator, bukan di tangga.


Budak tu dalam 5 - 6 tahun maybe, ( orang kulit hitam ) mak ayah and family dia di tepi escalator, dan maybe dia sorang tengah main escalator, dia panjat escalator tu bukan di tangga, tapi di belah luar, sambil tangan dia pegang getah hitam tempat kita berpaut masa nk turun atau naik escalator. Budak tu pakai kasut getah, dan aku rasa dia pun x sedar apa yg dia tengah lakukan, sambil dia panjat escalator tu, kaki dia berjalan atas tu, atas birai besi tepi escalator, dan tanpa sedar, dia dah naik sampai separuh ketinggian escalator, kejadian berlaku di escalator sebelah booth air juice boost tu x silap aku, escalator situ mmg agak tinggi.


lepas budak tu di heret naik separuh ketinggian, baru ramai org sedar akan budak tu. Pakcik dia rasanya, naik sambil berlari terus ke atas, then sambut budak tu. Tarik terus badan dia, sbb dia mmg dh nak sampai atas dah, kalau sampai atas, budak tu x larat berpaut, dia boleh jatuh. Dan aku x dapat membayangkan kalau budak tu lepaskan tangan dia dr getah hitam tu, sbb kalau dia lepas, tinggi jugak dia jatuh kebawah. Nasib lah budak tu bijak, dia terus je berlari ikut je escalator tu naik, walaupun muka dia cuak gila. Mmg kesian. Mulut aku seakan terkunci, aku mmg nampak muka dia, kaki dia. Dia myb tak sangka yg kasut dia akan grip besi tu kan, dan terus naik ke atas. Budak tu selamat Alhamdulillah. Aku rasa mst dia fobia gila.


aku x pasti lah korg faham ke tak apa yg aku cerita ni, sbb aku pon x tau nak explain mcm mana, tapi mmg kejadian tu sangat sangat menginsafkan aku. Sbb aku pun selalu leka. Aku dan suami terus pegang tangan anak kuat kuat, Princess pun takut. Ramai org kerumun kat escalator, sampai yang nangis nangis pun ada. Kadang-kadang benda mcm ni, otak kita terkejut kan, dan maybe tindakan yg cepat perlu diambil, kalau semua org menjerit, ntah apa jadi kt budak tu. Mak and family budak tu kt bawah. Mmg dah nangis nangis dah.


Lekanya kita boleh menyebabkan macam macam perkara berlaku kan. Berjaga jaga lah kita, jangan lah leka, ingatan untuk aku jugak. Serius insaf. Mcm mcm dah kes dengan escalator skrg ni. Semoga Allah SWT melindungi kita sentiasa. AMIN.




34 comments:

DYatie ABakar said...

Ya Allah takutnya..
Semoga kita dilindungi Nya

::EIDA:: said...

Hah?? Ni kejadian masa kitaorang dh balik ke.. kusss semangatt.. adoyaii ngeriiii.. xleh bayanggg. Sakitnyaaa

CikSiti said...

uish bahaya betul..syukur selamat kalau tak mesti awak pun lagi trauma kan

cikcoklat a.k.a Haiza said...

Ya Allah..debar bc rara..mmg kalo akk pon xleh nak buat akk..sbb benda tiba2 jd..kita as parent mmg kn sentiasa alert dgn persekitaran..mujur xjd pe2 y xdiingini...

Mimi Kyumi said...

Erhhh..skrg naik escalator pn rsa fobia..Lebih2 lgi after tgk video kna telan escalator tu..Ehh..Plz la..Serammm

Saidila Abdul Rahman said...

huh seriau baca... ada yg kata ... kasut crocs terutamanya senang kena tarik oleh esklator.... alhamdulillah selamat tapi rasanya kena kaji balik penggunaan esklator atau pasang palang keselamatan yg boleh memgurangkan risiko ....belajarlah dari kejadian2 sudah

hamizah che mat said...

memang tergamam kalau depan mata.
JOM FOLLOW SAYA

muhammad nizam said...

semoga Allah melindungi dan memelihara anak2 dan kita semua...

muhammad nizam said...

semoga Allah melindungi dan memelihara anak2 dan kita semua...

Diana Rashid said...

Ya Alah..risau nya baca..maknanya dia bukan main kat tangga tapi kat getahhitam tu je ye?? bahaya nya ..kena lebih hati2 la lepas ni..

Ummul Azkee said...

memangrara..kite pun berjaga2..kadang2 budak2 nih suka berlari kt esklator..seram jer..memang beringat2..takut tgk esklator yg telan mak budak tu..ngeri

hamizah che mat said...

Skang byk kes escalator ni. Then saya pernah try letak slipar di tepi mmg escalotor tu leh makan selipar tu. Mmg scary. So Tiap kali naik or turun escalator mesti check kaki Anak. Jgn dok tepi sgt. Kalau bleh X yah la berpaut. Huhu.. Menakutkan

Www.mama2faizmayra.com

Riana LittleCuties said...

huhuhu ngerinye...:'( nauzubillah... huhuhu...seram kte nk baca sampai abis...huhuhu

Anonymous said...

Orang kulit "hitam"dr mana?! India ke...Africa ke???
imho takde manusia "hitam" ms blogger ..tak wajar memanggil orang begitu!

mOoN IzzaN said...

Homaiiiii.. xleh bayangkan.. huhu.. takutnya.. rasa makin fobia pulak ngan eskalator ni..

BTS said...

oh..risau jugak lately banyak kejadian macam ni

adianiez AIDA said...

aida tiap kali nak naik turun eskalator dgn anak-anak, mulut mesti bising.
bagi bebelan dulu.
baru langkah naik tangga bergerak tu ha haha...
takut dgn kejadian buruk berkaitan dgn eskalator!!!

Yana Libra said...

aduii..takutnya..sekarang byk sgt kes camnni..kena selalu alert dgn anak kite kan..anak sorang ok lg, camne kalau anak ramai..huhu..takut gak bila pikir..mintak jauh semua tu.

mungkin kena elakkan kasut getah utk anak?

Wawa Yusoff said...

Cuba membayang kan nak bagi paham..

Last2 aku sendiri jadi ngeri terus taknak paham.. seram!

mama tisya said...

sejak2 kes psl escalator...riso gk nk2 kalo ank2 tkmo pegang..bdk2 biasa la nk naik/turun escalator sdiri

mun said...

mun yg baca ni pun dah rasa seriau...huhuhu

stiap kali guna eskulator..klu bawa anak2 buah ni.. mmg selalu perhati..kena liar mata tgk..kot bebudak ni memain kan.. risau je.. huhu

anez zamri said...

ya allah takutnyaaa...nasib selamat..hadeen dgn hannah mmg kami dukung je skrg kalau naik escalator..takutttt huhuhu

Kisah Nenot said...

bahaya...selamat tak de pape berlaku.

done follow u as sponsor

Kisah Nenot said...

bahaya...selamat tak de pape berlaku.

done follow u as sponsor

qaseh dalia said...

haishh mcm2 .. risau den , cuai sikit je boleh bawa maut huwaaa

Eintan Nurfuzie said...

uiks.. biar betui..

Alin Marlini said...

seramnya bila dah saksikan depan mata kan....kena jaga2 ngan anak...sentiasa pegang tangan anak2

Mimy Hamid said...

Allahukabar....Fayel tu selalu la gitu..klu kt escalator mmg pegang tak lepas dia..sampai dia mrah la..jangan pegang kuat

Aula said...

Aula nampak tadi post ni kat FB. Ya Allah nasib baik la di selamatkan. Syukur apa pun mesti trauma nampak depan mata <*-*>

Jamu Perapat Zaman Moden

Rizziela said...

Adou....nak nagis baca.. kalau depan mata x tau la nak kata..mau meraung tgk anak tu

ummi aqilah (LM) said...

Risaunya.. Ank2 mmg suka pegang pemegang tu main2 situ.

Mujur pak sedara dia cpt bertindak. Klu org ramai payah gak dia nk berlari ke atas tu kan rara

IntaNBerliaN said...

Saya rasa saya memang layak jadi seorang yang penakut dengan escalator ni... serius sy mmg penakut n bila jd kes mcm ni, saya jd bertambah2 fobia... lebih2 lg saya ada anak kecik yg tgh aktif...
apa2 pun moga anak2 kita semua selamat

dalila said...

faham situasi cmne..makaiii..klu ank sendiri nk pengsan rs..plisss parents..tgk ank2 dh byk sgt bnd2 cmni jadi..

Nadia Johari said...

alamak seramnya..dah macam fobia dengan excalator

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...