Image and video hosting by TinyPic

28 September 2015

Payahnyaaaaa nak cari peti ais secondhand

Alhamdulillah aku dapat tempahan Pavlova yang diluar jangkaan,
Dari bulan puasa haritu, aku dah stop amik order Pavlova, sbb ' malas '
hahahaha. boleh tak gitu, sampai lah bulan September ni,
banyak yang aku tolak, sbb jadual sangat pack. Setiap minggu kenduri tak putus,
then ada satu WA masuk, " saya nk order mini pavlova. 3oct "
Puan nak berapa pcs? aku tanya, " 200 pcs " gulpsss,
aku tolak tolak tolak, last last segedebuk Dia bagi rezeki,
aku fikir, nak amik ke tak, nk amik ke tak! puas aku fikir,
aku tanya dia lagi, Puan serius ke nak order, sbb ada order lain nak masuk,
dia kata " ya, esok sy bankin " then esok mmg duit masuk dalam mebengtoyou!
hahaha, padan muka! nak tak nak ko kena buat!


aku maybe kena bersedia mental dan fizikal untuk buat pavlova ni,
sbb aku rasa 3 hari 3 malam aku kena berjaga utk siapkan 200 biji pavlova,
esok aku dah kena cari segala bahan, telur, gula, dan lain lain,
buah maybe Khamis aku dah kena mencari, Jumaat aku kena siapkan buah buah,
dan JUMAAT tu maybe aku TAK TIDUR, huaaaaa, berikanlah kekuatan
Ya Allah.hahaha. dan aku dengan beraninya keluar modal dan
beli sebijik peti ais yang baru! gila tak gila lah! tapi takpe,
peti ais ni boleh letak rumah kami nanti. Mak mertua aku setuju utuk
aku beli peti ais lagi satu, thank you mama! lepas ni mmg boleh amik
order Pavlova dlm jumlah yang banyak. InsyaAllah.

Tapi tu lah kan, apa yang kita nak mst payah nak dapat, kalau beriye
kita nak benda tu, mmg susah sangat lah nak dapat, kompom!
cuba kalau tak nak, dia lalu lalang je depan mata.geram aku!

dari last week kami survey peti ais, ada yang OK, tapi harga x masuk akal,
ada jugak yg buat iklan, ' peti ais TAK sejuk, masih ok, tapi kena tutup suis
seminggu sekali '
apekahhhhh! hahaha, pitam aku baca iklan kat mudah tu.
ada yg dah nak roboh dah peti nya, harga 300, hahahaha, gila hape!
nak beli kat kak Yana Azfar, tetiba Ujang lak xnk jual, choooiii jang! hahaha

Semalam tengok kat Tesco, ada peti ais kecik, Rm499, kalau ikut hati aku,
nk je beli, tapi laki aku x bagi pulak, dia kata membazir, buat apa beli baru.
haihhh! kalau aku, mmg aku suka yg baru.hahaha.

tadi try lagi usha usha mudah, Peti ais tak sejuk tu masih menghantui aku,
sbb harga dia Rm200 je, 2 pintu, choiii sangat! hahahaha.

last-last kak yana add aku dlm group barang-barang second di FB,
jumpa jugak 2 3 owner nak jual peti, deal punya deal, rm300,
sorg akk ni nak jumpa lepas isyak karang. fuhhh~~ wish me luck korg!
aku nebes sebenarnya ni, hope semunya berjalan lancar.

harini xde entry nak taip, xde mood, office pulak sejuk gila!
so baca lah entry merepek ni, hahahaha.
tunggu aku beli peti cm ni.hahahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

  1. tu dia.. gud job rara..bisnes yg maju kena ambik risiko..hehe..

    ReplyDelete
  2. pandai buat pavlova..terliur tengok...

    ReplyDelete
  3. Bahahahaha peti ais tak sejuk!kelakar gile..weh kalau tak sejuk bukan peti ais dah tu..tu peti simpan barang nama nye bahanahahaaha

    ReplyDelete
  4. 200 pavlova. wahhhh rezeki, alhamdulillah. Hehehehehe nanti kalau ada nak buat majlis ke ape boleh order. hehehe.

    Adik iday beli peti ais second hand dekat sri kembangan, okay la dan murah.

    ReplyDelete
  5. eh cantik plak peti ais tu kat gambar last tu..tp itu bukan rega 300 kan...hehehehe...all the best rara....

    ReplyDelete
  6. Hahaaaa peti ais yg tak sejuk tu cm peti ais ika pki kt sini. Tak sejuk tp klu nk sjuk kne tutup dua hari skali. Tgh bkira nk bli bru. Jenuhh nk tutup aje. Dahla nk simpan susu

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah rara, da rezeki peti ais tu.... gd luck dear... :)

    ReplyDelete
  8. skrg ni mcm model yg branded2 lg kan peti ais ni..bukan sekt 1 pintu, 2-3 pintu pun dah bagai da...hehe..k, btw sy dah folloe #2407

    ReplyDelete
  9. kalau serius nak berniaga apa salahnya beli baru je Ra...Buat simpan barang niaga..nanti2 tak payah beli dah..Start serius ra..berniaga betul2..Ramai yang dah tahu Rara berniaga Pavlova..rugi peluang ni tak digunakan..akak siap pesan kat sedara mara kat ipoh nun kalau ada nak buat majlis apa2 nak pavlova contact je rara..hahahah...

    ReplyDelete
  10. smoga dipermudahkan...mcm2 iklan peti ais ye hehe...akak dlu pn pernh dpt tempahan cupcake utk kawin ratusan gk tp tolak sbb tk cukup kakitgn..tk terdaya rs nk amik sbb takut tk terbuat...good luck utk 200 pcs

    ReplyDelete
  11. Haha...lawak plak baca iklan yg peti xsejuk tu...mcm2 la...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.semoga terus murah rezeki ye sis

    ReplyDelete
  13. rezeki jangan ditolak..hihih..
    kite dulu pon de bil order pavlova tapi orang dekat2 je la..itu pon jenuh rasa nk buat sebiji..sebiji..fuuh...

    ReplyDelete
  14. hebat tu ...semoga berjaya ...

    ReplyDelete
  15. Hahaha mcm2 la org jual peti ais ni. Kelakar

    ReplyDelete
  16. Tgh plan nak cari peti jugak. Tp deep freezer. Cite kat husband psl peti ais tak sejuk tu, kami masing2 gelak sampai berair mate...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com