12 September 2015

PROGRAM SUNSHINE SEPTEMBER BERI PELUANG KEPADA KANAK-KANAK AUTISTIK SERLAHKAN BAKAT

Alamanda, Mesra Mall dan Suria KLCC telah melancarkan program Sunshine
September 2015 di pusat membeli-belah Suria KLCC baru-baru ini dalam usaha mereka untuk
meningkatkan kesedaran mengenai autisme di kalangan rakyat Malaysia dan mengumpul dana
bagi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). Genap enam tahun selepas dimulakan
pada tahun 2010, fokus program Sunshine September pada tahun ini ialah memberi peluang
kepada kanak-kanak autistik untuk menyerlahkan bakat mereka, mengumpul dana dengan
pelbagai cara selain menyebarkan maklumat mengenai autisme.

Hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Suria
KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien, Ketua Pegawai Operasi, Francis Tan dan Pengerusi NASOM,
Bistaman Siru Abdul Rahman. Turut hadir untuk memberikan sokongan ialah selebriti-selebriti 
antaranya Deborah Henry, Daphne Iking, dan Adibah Noor, yang turut mendendangkan dua
buah lagu di majlis tersebut.


Istimewa untuk para tetamu yang hadir, koir autistik pertama di Malaysia telah
mendendangkan lagu “We Are The World” manakala remaja autistik berbakat, Umar Hasfizal,
memrikan persembahan hebat menerusi lagu “You Raise Me Up”. Mereka telah membuktikan
bahawa individu autistik boleh menjalani kehidupan normal dengan adanya sokongan dan
pengambilan langkah-langkah awal dari segi pembelajaran. Kumpulan koir autistik NASOM ini
akan membuat persembahan pada setiap hujung minggu sepanjang bulan September.


Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif/Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd berkata
“Perbezaan pada tahun ini ialah kami bekerjasama dengan stesen radio Lite FM, bukan sahaja
untuk menyebarkan maklumat tentang autisme, malah untuk mempamerkan bakat Umar
Hasfizal mendendangkan lagu ‘You Raise Me Up’ dalam video rakaman. Video rakaman ini
boleh ditonton di Facebook Lite FM di fb.litefm.com.my sepanjang 30 September. Kami ingin
menyeru orang ramai agar menyokong program ini dengan menekan butang ‘like’ untuk video
tersebut. Untuk setiap ‘like’ yang diterima, kami akan menderma RM1 kepada NASOM melalui
program Sunshine September. Sasaran kami adalah 50,000 ‘like’ dan kami akan menderma
sebanyak RM50,000 kepada NASOM. Justeru itu bantulah kami untuk membantu NASOM dan
golongan autistik dengan menekan butang ‘like’ untuk video rakaman nyanyian Umar.”


Tambah beliau lagi, “Sunshine September telah diperkenalkan dengan tujuan untuk
menghulurkan bantuan kepada golongan autistik serta berkongsi maklumat mengenai autisme
agar rakyat Malaysia lebih memahami autisme dan dapat menerima serta memberikan
sokongan kepada golongan autistik. NASOM memerlukan dana dari pihak individu dan korporat
untuk meneruskan usaha mereka membantu golongan autistik. Sepanjang 6 tahun yang lepas, 
kami berupaya mengumpul lebih daripada RM1.4 juta untuk NASOM dengan sokongan rakan
rakan perniagaan dan para pengunjung kami. Dana yang terkumpul untuk NASOM ini telah
digunakan untuk program-program pendidikan mereka antaranya program persekolahan arus
perdana, program intervensi awal dan program intensif intervensi awal. Pada tahun ini, dengan
sokongan dan bantuan semua pihak, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan
lebih banyak pihak dan menambahkan lagi jumlah dana agar NASOM dapat membantu lebih
ramai individu autistik.” 

Para pengunjung boleh beramal dengan menyertai aktiviti dan permainan yang menyeronokkan
di Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall. Selain itu, para pengunjung juga boleh menderma 
dengan membeli kemeja-T, set alat tulis, set sudu garfu serta hasil seni oleh kanak-kanak
NASOM dari 2hb hingga 30hb September. Rakan-rakan perniagaan ketiga-tiga pusat membeli-
belah ini juga akan menyumbang kepada dana Sunshine September melalui derma wang tunai
atau memberi sebahagian daripada hasil jualan barangan terpilih mereka.


Para pengunjung turut dijemput untuk melawat ruang pameran NASOM di ketiga-tiga pusat
membeli-belah daripada 2hb higga 5hb September untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut
mengenai autisme dan NASOM. NASOM Maestro, koir autistik pertama di Malaysia akan
membuat persembahan nyanyian dan tarian diketiga-tiga pusat membeli belah ini. Selain
daripada itu, NASOM juga akan membuat jualan bagi produk kraftangan dan lukisan oleh 

kanak-kanak NASOM dan 100% hasil jualan akan disalurkan kepada NASOM. Untuk maklumat
lanjut mengenai program Sunshine September, sila kunjungi www.sunshineseptember.com
atau hubungi (03)2382-2828 untuk Suria KLCC, (03) 8885 5468 untuk Alamanda dan
(09) 864 9000 untuk Mesra Mall. Bagi ibu-bapa atau orang ramai yang mengenali insan autistik 
dan ingin mengetahui maklumat lanjut tentang NASOM, sila kunjungi


jangan lupa LIKE video UMAR klik LINK

1 comment:

Mirabeads azi said...

best kan dpt join program2 begini...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...