Image and video hosting by TinyPic

08 September 2015

STYLE WORKSHOP with Wawa Idris

Gaya Mencerminkan Sikap


Alhamdulillah, semalam Sabtu 5hb September 2015 kami
Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang menghadiri ' workshop style '
with Wawa Idris. Hasil perbincangan Sifu kami Ben Ashaari dan Wawa Idris
supaya menjadikan Ahli Blogger Ben Ashaari lebih ' kemas ' dan
lebih menjaga personaliti untuk ke event dan agar kami bijak
mengenakan baju yg bersesuaian dengan aktiviti yang kami
hadiri.

Siapakah Wawa Idris? Wawa merupakan perunding imej korporat dan
selebriti bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan Kursus dan
seminar berkenaan Imej dan penjenamaan ( Personal Branding )


pose 'comels' Puan Wawa. hehehe
Wow Attire Wow Attitude adalah Tag line popular Puan Wawa.
Wawa bagi aku seorang yang Santai, Senang mesra, Peramah dan
semua orang selesa bersama dengan beliau. Untuk seminar,
kami berpakaian mengikut tema Smart Casual, tapi adakah kami ni
betul berpakaian Smart Casual? hahaha. jom kita tengok!
rupanya, mmg ramai yg failed bab dress up ni kan,
kita ikut suka je, dan bila ikut suka tu lah yg tak berapa betulnya,
dan kadang-kadang akan kelihatan seperti ' selekeh '

Berpakaian ni sebenarnya mudah je, mudah jika kita pandai
nak matchkan pakaian mengikut tempat dan masa.
TAPI! jangan tak tau, berpakaian ni, kita kena kaji dulu,
kita jenis yg mcm mana, sbb tu ada disekeliling kita ni
ada yg suka simple, ada suka yang sarat barat.
betul tak, korang yg jenis mcm mana?


Tips mudah memilih baju mengikut Majlis


Kadang-kadang kita ni, bila nak kemana-mana, mesti pening kan,
asyik lah cakap " nak pakai apa ni, nak pakai apa ni "
sebenarnya benda ni senang je, tips dari Wawa,
kita ikut cara ni T. O. P ( time, occasion, place )
melainkan pihak penganjur dah sediakan tema,
kalau ada tema, ikutlah tema, IF takde tema, boleh rujuk TOP.

T - TIME - Masa, masa majlis akan berjalan bila?
Siang atau Malam, kalau siang, pakai lah baju yg cerah,
kalau malam, boleh pakai yg liplap liplap, hehe.

O - Occasion - apakah event tersebut, makan-makan, meeting,
launching, event, birthday party atau sebagainya.
janganlah kalau ada event, pergi pakai T- shirt je,
kalau pergi birthday party, pakai suit, tu dah terbalik tu.
ok dapat tak idea?

P - Place - Hotel, bawah khemah, indoor, outdoor.
so kalau kat hotel, pakai lah Smart, kalau outdoor pakai lah casual,
hehe. mudah kan!

Apakah Style Anda?


Elegant, Sporty, Romantik, Dramatik.
kami diberi task, untuk melabelkan semua perserta,
JENIS style apakah kita, aku tak pasal dapat label Romantik
sbbnya? aku pakai shawl bunga bunga haritu, hahaha.
orang yg jenis suka bunga-bunga, flowy flowy ni,
mmg kategori yg romantic, auch~ hehehe.

elegant adalah mereka yg suka berpakaian Formal, mesti kemeja,
mesti nak pakai shoe tutup kaki, kalau yg Sporty ni, suka pakai
pakaian yg lebih santai, tshirt, sandal je, dan kalau yg dramatic,
orang yg suka pakai baju striking, hiasan berjela-jela,
bunga sepasu atas kepala.hahaha.

kejap lagi aku share kan task utk analysis korg eh.

Helena - Natural Sporty, sape x kenal Helena kan! hehehe
Sifoo~ ROmantik! hahaha
p/s : more skin you close, more formal u look.

1st impression is the LAST impression


Jika kita seorang Blogger, seorang celebriti, seorang penjual Insuran,
personaliti dan style adalah sangat penting, kerana 1st impression is the
last impression, betul tak? if lah korang jumpa seorang kawan baru,
kali pertama korang melihat dia, pasti sampai bila bila korang akan ingat
caranya yang begitu, so 1st impression adalah sangat PENTING.

kalau nak jumpa bakal mak mertua ke, bakal suami ke,
bakal BOS ke, pastikan pakaian korang OK, dan kelakuan juga ya.
mesti A, sbb ianya akan di ingat selamanya.

Transformation seorang CIKGU oleh Puan Wawa, x semestinya perlu seksi, Muslimah pun boleh bergaya
' Style ' Check by Puan Wawa, untuk Razi, better lipat or tarik lengan baju supaya dpt effect lebih tinggi.hehe

Type Of Body Shape


Kita ada 5jenis Body Shape,
iaitu H, X, A, V dan O
H adalah bentuk badan seperti Scha Al-yahya,
X seperti Che Ta, A seperti Fafau, V seperti Ning Baizura
dan O seperti Queen Latifa. hehehe.

lepas dinilai, aku jenis A, jenis peha besar. hahaha. sadis!
dan bila kita berbentuk A, mcm mana kita nk sorok kan PEHA
yang mendrumstik tu? hah! meh nak bagi tips.
patutlah suami aku marah bila aku pakai Jeans warna cerah,
mmg nampak burok! hahaha.

Bila kita badan berbentuk A ni, kita perlu sorokkan bahagian yg besar,
dan SOROKkan focal point di bahagian tersebut, jangan bagi org pandang
bahagian situ.

bila pakai seluar jeans atau skirt, pakai warna gelap,
biar baju yg cerah atau berbunga, sbb orang akan pandang bahagian
yg lebih menonjol. jangan pakai baju yg berenda-renda di bahagian
peha, sbb ia akan menampakkan peha kita LEBIH besar.

and TIPS, if pakaian atas besar, pakaian bawah cari yg FIT,
bukan ketat, but yg betul betul mengikut size korg, jangan pakai baju besar,
seluar besar, tu akan merosakkan style korang.dan akan menampakkan
effect " selekeh ". dan kalau korg pakai size M, cari baju size M,
jangan pakai L, sbb tu pon boleh menampakkan korg gemuk,
dan kalau nak lebih elegant dan nampak slim,
pakai baju dr kain Chiffon, or baju yg flowy, ia akan memberi effect kurus.

Jeniffer lopez dan Kim adalah shape A, but they so proud with
that Shape, betul tak! so kita pon kena lah proud, dan kena pandai sorok.
kihkih.

Puan Wawa ada ckp, type X tu tak kekal lama.hahaha. betul ke?

Jenis Body Shape.

Extra Tips


Orang yang berbadan Gempal - Elakkan pakai baju berlapis-lapis,
pakai baju dr material Chiffon, yang lembut, yg terletak di badan,
pakai warna gelap, atau Monochromatic color, warna yg senada,
pakai pakaian size sebenar, bukan one size bigger than ur size,
JANGAN pakai corak melintang, jangan pakai accessories yg
bulat bulat bulat, jangan pakai bunga besar besar. untuk lelaki,
pakai baju atau t-shirt yg V shape.

Orang yg Petite - pakai warna senada, jangan color blocking,
sbb boleh menampakkan korg lagi rendah, jangan pakai baju labuh
dari bawah lutut, seeloknya atas dr lutut, jangan lipat kaki seluar,
potong, alter seluar tu, dan pakai kasut tinggi,
jangan pakai flat, kalau tak nk, sila pakai wedges,
oh ya, kalau pakai tudung, pastikan ada sanggul, jangan lah tinggi sangat,
jangan rendah sgt, asalkan ada, boleh juga bg effect tinggi.

Fuuuhhh~ mcm banyak dah tips aku bagi ni. haha. letih dah menaip.
untuk info lanjut, korg boleh lah email or contact Puan Wawa kalau
nak tau lg mcm mcm tips, or kalau nak Puan Wawa tolong betulkan
image korg! hehe.

untuk lelaki, sila ada satu Oxford Shoe, sbb dlm Hiraki kasut, Oxford Shoe adalah yg paling tinggi.
tips untuk A shape, pakai seluar or skirt warna gelap.
Lebih kan aksesori, Tops or Botto, oleh mix and match
aktiviti mix and match.
kena komen.hehehe

lebih stylo


lepas workshop ni, nak cakap lebih stylo tu tidak lah,
myb lepas ni aku lebih tahu do and don't bila berpakaian,
aku ni pon kadang kadang jenis yg asal ada je. haha.
sbb jenis malas nk fikir, boleh tak gitu.hahaha.

dan sepanjang workshop, lucky draw di adakan secara berperingkat,
aku terselit antara pemenang lucky draw, hehehe. so dapat pakej SPA,
woooweee, lepas ni boleh ber Spa Spa lah kita! hehehehe.
nanti aku review spa pulak yek.

Di Akhir seminar, kami didendangkan 2 buah lagu oleh Nik Nabil,
artis baru kita, sedap suara Nabil, good luck Nabil Thanks sbb kasik
CD single. Semoga Success selalu.

and thank you to all sponsors kita. thanks sbb sudi sponsor kami.
and last but not least, thanks to Puan Wawa yg sudi share banyak sgt tips!
serius tak bosan dalam kelas Puan Wawa, pak lawak juga rupanya~

later i review satu satu ye, siap ada Nasi lemak Instant! hehe
Sepanjang workshop ni,


Live photo update : UncleKay Photoworks
( www.instagram.com/unclekayphotoworks )
Video by : KAIO Studio (www.instagram.com/kaiostudio)

Ratu Jannah
Kapt Jai
Salees Food Authentic Malaysian Halal Food Made Easy!
MBH_MEDISPA
Chemboja
#EyeMasterOptometrist
#OptometristWan

Wawa Idris akan mengadakan seminar bertemakan
Kebangkitan Hero Niaga aka Seminar SuperHeroes
pada 7 November 2015 nanti - sape nk join!

Instagram WawaIdris_ImejPatik
Facebook Wawa Idris ImejPatik
Web : http://www.wawaidris.imejpatik.com

WOW Virtue Training & Image Consultant
Suite : 33-01, 33rd Floor
Menara keck Seng
203 Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
Tel: +6019.236.3907 / +603.2116.9619
Fax: +603.2116.5999

KBBA rawkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. Bestnyaa kak rara :D
    psst : Watermark tu lawaaa

    ReplyDelete
  2. Bagusnya timba ilmu sebegini.. Ena patut belajar ni sebab tak reti langsung berfesyen.. Main pakai mana selesa je..

    ReplyDelete
  3. rara.. jue tak pernah join mcm ni.. tp bagus utk personality kita.. selama ni jue bnyak baca jer.. hehhehe

    ReplyDelete
  4. Today, ai is hire rara as my personal coach stylo! HHAHAHHA

    ReplyDelete
  5. Seronok jugak kan dapat kelas macam ni? Lebih banyak ilmu, dapat banyak keyakinan!

    Makin letopsss kak rara lepas ni :)

    ReplyDelete
  6. Bagusnya kak rara , semua input dlm klas semua kak tulis hihi. Kite kne stdy balik sbb dh lupe 😝

    http://www.farahandherpandasuit.blogspot.my/2015/09/event-style-workshop-wawa-idris-x-kelab.html?m=1

    ReplyDelete
  7. TQ Safura.. cantik dan comel.. semoga ilmu bermanfaat..

    ReplyDelete
  8. TQ Safura. Romantic & Beautuful. Semoga ilmu bermanfaat.

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com