17 September 2015

Tragedi 16 September 2015

Malang Tak Berbau


Yelah kan, kalau ' malang ' tu berbau, satu hal pulak kan,
mmg namanya malang tak berbau lah ni,
aku bukanlah nak amik kesempatan nak menjadikan
benda ni bahan untuk update blog aku, BUT untuk pengajaran
bahawasanya BAHAYA mmg dimana-mana, walaupun kita
SELALU dengan tempat tu, biasa dengan tempat tu,
tapi bahaya tetap ada.

kejadian petang semalam, kami nak ke Tesco AMPANG untuk
beli barang dapur, mmg kami boleh dikatakan every week lah ke Tesco,
sbb mmg dekat dengan rumah. Dari rumah lagi, Princess dah ckp,
' ibuu, nanti kita pergi klinik dulu tau,' masuk dalam kereta pun,
dia still ulang ulang, ' ibuu, nanti bawak kakak pergi klinik dulu,
baru kita pergi Giant ' padahal kami nk ke Tesco,
dia ajak kami ke Klinik sbb tangan dia naik bintik bintik gatal,
maybe ada allergik apa-apa, tapi kami buat tak tau je
dengan apa yang dia cakap.

sampai je Tesco, mmg kebiasaannya, kami ada tunggu depan pintu
automatik tu ( pintu sliding ), sambil papa Princess pergi ambil trolley,
masa kami tunggu depan pintu tu, tetiba Princess lari masuk dalam,
sbb dia nak naik mainan yg masuk duit tu, benda ni jadi sangat pantas,
aku cakap " Princess tunggu ibuu " tak sampai aku nak tarik tangan dia,
Princess dah menjerit, pintu tu dah seret kaki dia.

Pintu sliding tu mmg aku perasan, dah lama mcm tak detect,
if org nak masuk, dah dekat baru dia bukak pintu,
mcm kes Princess, pintu tu dalam keadaan nak tertutup,
Princess kan kecik, masa dia masuk tu, pintu tu masih tak detect dia,
Princess masuk dan pintu tu masih sliding untuk tutup,
MALANGNYA bila kasut princess terselit bawah pintu tu,
pintu tu terus seret kaki dia.

aku dalam keadaan terkejut, terus aku tendang pintu tu, tarik kaki dia,
baru lah pintu tu terbukak, haihhhhssss! geram sgt aku rasa!
kalau ikut hati, aku nak je tendang sampai pecah!
princess nangis kuat gila, selalu mcm tu mst sbb sakit sangat,
aku bukak kasut dia, rupanya kaki dia dah tersiat,
papa dia trus tinggalkan trolley dan dukung dia.
masa tu darah dah meleleh-leleh, banyak jugak darah.

lepas luka ' dicuci ' dengan minyak panas. adoii~ tersiat jugak kulit tu.
papa dia nak pergi watson beli 1st aid, tapi tak sempat dh aku rasa,
aku suruh terus bawak ke Kaunter Pertanyaan tu,
masa tu pulak waktu kemuncak, mmg RAMAI lah org,
tapi aku x kira, aku jerit kat budak tu,
" DIK BAGI 1ST AID " malu ke, hape ke, aku x kira dah.
laki aku pun mengigil-gigil, berpeluh peluh cuci darah dan luka,
dan yang geram nya, ada sorg pakcik ni kelam kabut suruh kami
cuci luka dgn alkohol, masa cuci cuci tu, padahal benda tu bukan
alkohol, benda tu MINYAK PANAS, adoiii~ ptt lah budak tu menjerit lagi,
kesian anak aku. tak pernah lagi dia kena mcm ni,
sakit sgt hati aku masa tu.

lepas darah dh stop, kami terus jumpa Manager Tesco,
buat aduan, isi form, dan seriously aku cakap kat dia,
TOLONG tengokkan pintu tu, sbb mmg dah lama mcm tu.
aku tanya, ada CCTV tak, dia boleh kata ' takde ' cctv belah dalam je,
luar takde.huh! ' bagus lah ' aku cakap.

Manager Tesco tu Lelaki, Melayu, dia kata, ' encik bawak anak pergi klinik dulu,
x-ray atau buat apa apa rawatan, then dtg claim kat sini '
actually tak payah claim pun takpe, sbb princess ada medical card,
BUT aku saje byr cash kat Klinik, dan claim kat Tesco,
sbb aku nak tgk reaction dorg handle benda ni mcm mana.

Sampai kat Klinik, Princess mula mengadu dekat Doktor Sajidah,
dia kata " pintu tesco tu gigit kaki kakak " hahaha. alololo kesiannya~
dorg buat dressing je, cuci luka, sbb Princess bernasib baik luka tak nampak isi,
kalau aku lmbt sikit tarik kaki dia, mst teruk lg luka.


dapat resit, kami ke tesco semua, jumpa Manager tu, dan claim,
bagusnya manager tesco tu, sampai dia kata,
' kalau tesco taknak bayar, kita boleh saman ', itu yang aku nak tengok
sebenarnya, mcm mana tesco handle benda mcm ni.
sbb kejadian berlaku dlm building dan disebabkan kerosakan pintu tu,
borak punya borak, claims pun kami dapat,
Manager tesco tu minta maaf atas kejadian, dan aku tegaskan kembali,
TOLONG REPAIR pintu tu, moga x jadi pada budak lain.
mungkin luck Princess tak baik semalam, so dia yang kena,
event kita pegang tangan dia, tetiba dia berlari masuk, kita xdpt nak buat apa,
kejadian pulak pantas sgt.

Kalau apa-apa terjadi di dalam building,
jangan takut takut claims pada manager dorg,
Princess pun dah fobia, jalan pun terhincut-hincut,
kesian anak ibuu, hurmmm, bahaya dimana-mana,
jaga anak kita, peringatan KERAS untuk kami jugak.

15 comments:

Nory Zoulkefle said...

uishhh kesian princess..
pintu Tesco memang semua sama kot, Tesco puchong pon pintu sliding dia bermasalah, aku dah dua kali terkena, terhantuk kat pintu sebab pintu lambat detect, aku dahlah jalan kelam kabut nak laju je, pintu lak lambat detect, last2 "gedegang" langgar pintu..adoiii boleh buat saman malu tak kat Tesco..hehehehe..

lieyalatif said...

ya Allah siannye rara...akak bace sambil panik2 tau...terbayang2 akak kes eskalator tu semua...mujur tak jadi ape2 kat anak dara tu...ye la maksud akak yg lagi parah....harap tesco sane amik serius pekara ini....

sayaiday mohd nor said...

Takutnya, sekarang semua benda kena alert and jaga2. dari escalator sampai sliding door tu semua boleh jadi bahaya, nasib baik tak teruk sangat luka. semoga cepat baik la luka tu. kesian Princess sakit. :)

Ai Syuhaida Yasin said...

Adui!! macam mana boleh tercuci dengan minyak panas pulak ni? Pakcik tu ke yang hulur?

Get well soon Princess!

http://www.petitemummy.com

anajingga said...

kesian princess, syukur tiada serius sangat kan Rara, btw kasut tu win sangat sayangku... comelnyaaa :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

tu la tgk gmbr smlm.. bc pun rasa kesian.. hrp pintu cpat repair..

Yana MIB said...

bagus ra ko jumpa manager terus, buat aduan semua...pastu br up kt blog..thumbs up akk bagi...pengajaran utk akk jugak ni...bebudak baya incess mmg lajuuuu...bila zafirah berlari akk selalu tolak ujang je pi kejar...haha speedy recovery ye incess..pengajaran utk dia jugak kan pasni jgn lari laju²..kena pegang tgn ibu kuat² tau! :)

mama tisya said...

ngilu tgk luka tu..smoga cpt baik..

Cik Puan Eka said...

kesian princess. kite risau betul benda2 cmni. kepala otak ni duk fikir kang pintu ni kepit aku karang, kang lift ni kepit aku karang, karang escalator ni karang ha mcm2lah karang nyer, tu kalau ada tangga, gigih bertangga. ya Allah kesian sgt kat incess. Tesco berkenaan, cpt pi betulkan escalator tu!

Bahaya btul. sejak escalator telan mak budak tu, sgt takut dibuatnyaaa

Ibu Lala said...

Kesian princess. Nasib cepat ibu selamatkan. Tmpt tmpt camtu kalau x de yg kena x de la depe nk concern. Apa pumya mgt kan. Moga princess cepat sembuh

eima said...

hmmm mmg bahaya kan ... anak2 ni mmg tak leh nk jangka ..cam ne kite protect diorg pun ..klu dah tertulis nk jd mesti jadi jugak .... anyway kami ade pengetahuan klu jd pepe dlm mall kite boleh adu kat management klu tak tatau kan

get wll princess

yoorin melacolea said...

aaa..irine pon sama suka berlari pi tempat duit masuk syiling tu.. paham sangat kadang tak terkejar.. dah laa mak nye demok..nak lari? hahaha.. btw ni pintu yg belah mana ni? kluang station ke, kedai mamak?

JMR said...

FUHH..nasib baik tendang pintu tu, langkah yang bijak utk trigger sensor pintu..

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Sakit juga tu.. Ya Allah. Sebaik tak jd bnde yg lebih teruk. Hope pihak mall tu ambil tindakan segera

Mama Kembar 3 said...

Sian princess. Moge cepat baik luka tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...