Image and video hosting by TinyPic

04 October 2015

Akhirnya 200biji Pavlova BERJAYA disiapkan

Tempahan mini Pavlova dalam kuantiti banyak

Selepas kesusahan mencari peti ais selama seminggu, ( link1 link2 ) bermulalah lah pula episod membaking pada hari Khamis, Jumaat aku cuti, orang kata, cuti semata-mata nk buat pavlova ke? hah lah! semata-mata buat pavlova lah.hahaha. kalau tak mst tak sempat aku rasa. Khamis lepas balik dr event Hi-Tea dgn Che Ta, aku terus sinsing lengan, start buat meringue.


Malam Jumaat aku buat meringue sampai jam 4am, 3 adunan aku buat malam tu, huaaaa, mmg rasa dah nk goyang goyang dah, nk pitam, Jumaat lak seawal 10am aku dh buat balance meringue, asalnya nk bagun awal, tapi terlajak pulak.haih, apa lagi, kelam kabut lah aku. Jumaat tu mmg tak duduk langsung aku rasa. siap buat 200 biji sampai 3pm, lepas tu terus ke Tesco dan Giant cari buah. balik tu terus potong-potong buah. Ya Allah lenguh gila tgn aku potong buah. nak nangis rasa, nk pitam pun ada.


orang kata, best lahhh masyuk masyukkk, tapi nak masyuk tu, perjuangan yang aku kena tempuh, Allah je tahu.sobs. aku totally buat sume 200biji sorang sorang. betapa gigihnya sampai kena beli peti ais, korang nak tau tak, 200biji tu pulak, tak muat dengan peti ais yang aku beli tu, terpaksa jugak tumpang peti ais MIL aku. huaaaa. lepas ni kalau nak amik tempahan pavlova 200biji lagi, kena pk 2 3 kali.hahaha.

lepas magrib, aku mula letak krim pulak, 200 biji nak pipe dan letak buah. nangis lagiii! tapi demi customers, aku terus kan, kuatkan semangat. dengan Princess melalak-lalak buat hal.haih~ sabar je banyak banyak.

ngamngam 12am siap semua, peti ais yg aku beli tu pulak tetiba mcm x sejuk.hahaha. aku dah nk nangis masa tu, aku sampai doa doa depan peti ais, " Ya Allah, kau permudahkan lah semua nya, bagilah peti ais aku sejuk untuk pavlova aku, tolong lah aku Ya Allah " hahaha, sampai berjampi jampi depan peti.hahaha. mcm lawak, tapi betul weh! hahaha.

Pagi sabtu tu, pagi pagi dah bangun, letak pulak pavlova dalam kotak. nak masukkan 200biji dlm kotak pon siksa gak.hahaha.nasib MIL aku tolong angkat semua pavlova dr peti, aku just masukkan dlm kotak je, kotak laki aku dh lipatkan siap siap mlm tu.

then tiba pulak time nak menghantar ke customers, debornya aku rasa, sepanjang perjalanan, kami borak borak laki bini, " sayang mcm mana lah kalau yg tempah ni org kaya, sbb lex je dia tempah 200biji untuk marhaban " org org biasa takkan tempah pavlova syg, hahaha, paling kuat pon cupcake je " laki aku pun diam je, myb dia pon tgh fikir.


sampai je puchong, rumah cust aku tu atas bukit, besar sgt rumah dia, parking lot dia kat luar, berderet kereta dia weiiii! mmg org kaya! malunya akuuuu! ntah apa yg aku malu pon tak tahu, hahaha. aku risau nak dgr komen dia. aku x sempat pun jumpa cust aku tu, laki aku yg anta masuk dalam.

malam tu dia wasap aku, Terima Kasih untuk Pavlova, ada yang komen manis, tapi in the end HABIS LICIN.hahaha. Alhamdulillah. xde benda lain yg aku nak dengar selain HABIS LICIN.hahaha.

Alhamdulillah.thanks buat kawan kawan yg bagi semangat kat aku, aku sgt bangga dpt kwn mcm korang! thanks pada suami aku yg teman kesana sini, thanks mil sbb kasi space beli peti baru, hahaha. thanks semua! muah manyak! akhirnya semua telah berakhir.

sape nak tempah PAVLOVA lagi? boleh wasap! hehehe Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. SEDAPNYAAAAAAAAAAAA. ALhamdulillah rezeki akak,.

    ReplyDelete
  2. tahniah k.rara. teringin nak makan pavlova k.rara

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. tahniah rara.. permulaan yg baik tu.. moga makin murah rezeki dalam baking yaaa.. :D

    ReplyDelete
  4. Huishh sedapnya kak.. Terliur tngok toping buah2annya..

    ReplyDelete
  5. clap!clap!clap! tahniah dik..alhamdulillah ;)

    ReplyDelete
  6. mmg tabik springlah..200biji buat sorang2...sy buat 10 biji pun nak nagis...

    ReplyDelete
  7. Tahniah ra!aku bangga dengan ko!

    ReplyDelete
  8. Fuhh rara napa tak snap rumah besor tu leh lah nengok hahahhahah...gigh rara wehh terbaiklah...

    ReplyDelete
  9. tahniah..200 biji pavlova wat sorg2...

    ReplyDelete
  10. hebat ..... hebat ...aku bangga ngan ko wei ...
    aku baca ni pun berdebar ... hahahahha

    ReplyDelete
  11. wahhhh..tahniah rara!
    memang dh lama nk rasa ni..ntah bila laaaa..

    ReplyDelete
  12. momra..tahniah..berjaya siapkan tempahan..bila la dapat rasa pavlova momra nie..

    Jom terjah  PERKARA WAJIB BUAT SETIAP HARI | Cabaran7Hari

    ReplyDelete
  13. berdangdut perut Lissa tengokk... haha sedappp ! T__T

    ReplyDelete
  14. Ika mengikuti update pavlova akak. Mmg gigih kak por . Kipidap kak hikhik

    ReplyDelete
  15. Sedap plak nengok. Tahniah & smoga bisnes bertambah maju.

    ReplyDelete
  16. Salam, wahhh banyak gila! tu lah kan, org sekeliling duk kate masyukk~ masyukkk~ dia tak tahu penat lelah kite macam mana..apepun, tahniah rara...siap jugak akhirnya! haha

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com