Image and video hosting by TinyPic

27 October 2015

Anak Aku Minum Susu Dutch Lady Je!

Dari zaman aku mula mengandungkan Imann Sophea dulu tak habis cerita pasal susu badan dan susu FM ni, mmg tak habis sampai skrg, sampai aku ' leave ' semua group group yang berkaitan, kita ni, bila dah ada kwn kwn sekeliling yang menyusu anak dengan berjaya, secara automatik, otak kita pun nak sama mcm dia, aku pun mcm tu dulu, sampai nak beli DEEP FREEZER, padahal beranak pun belum, nasib lah laki aku masih waras, dia kata, sabar dulu, tgk dulu susu ada ke tak, bila dh tau susu banyak mana, baru beli breast pump eleltrik, baru beli deep freezer. OK baiklah suami.

Ditakdirkan aku bersalin C-zer, tapi disebabkan anak sulung, walaupun sakit yang hamat, aku meronta nak menyusukan anak, masa tu, breast aku penuh, berat sgt, tapi susu tak boleh keluar, mcm sumbat, aku stress, sampai aku paksa mak aku masa tu, panggil nurse, suruh nurse ajar mcm mana nk menyusu dengan betul, datang pulak nurse mulut lancang, dia ckp dengan aku, ' awak ni anak sulung, x masuk class menyusu anak ke? anak sulung ni tak sayang ke, bagi saya lah anak awak ni, saya takde anak perempuan " ko bayangkan dia ckp kat aku mcm tu.hahaha. aku sabar je banyak banyak, laki aku jauh, 9 bulan aku mengandungkan Princess, semua aku buat sendiri, balik Ipoh pun terboyot boyot lah drive, pergi klinik sendiri, mcm mana pulak aku nk attend class bagai. sedih Allah je yg tau, kalau nak meroyan masa tu, dah boleh sgt dah.

Tapi last last nurse tu ajar aku cara pegang baby yang betul, cara menyusukan dengan betul, susu keluar, tp sikit-sikit, hari ke 3, lepas discharge, aku terus berurut, mak aku panggil Cik Kiah, Cik Kiah ni mmg jaga mak aku masa zaman mak aku berpantang dulu, skrg dia pulak jaga aku. Hari ke tiga tu cik Kiah mandikan aku dengan satu daun ni, eh bukan satu, 3 daun ke, x ingat dah, sedap sgt bau, mandi suam suam, gosok segala badan, lepas mandi, Cik Kiah urut, masa urut tu, menintik nitik susu, baru lah aku lega, berketul-ketul breast masa tu, tak tau nak ckp macam mana, aku bersyukur sangat.

Tapi betul lah orang kata, menyusu ni, mental dan fizikal kuat, kalau ko malas, hurmm kirim salam lah. aku bahagia, tiap kali menyusu anak, aku rasa bahagia sangat. aku sempat menyusu kan Princess sampai umur dia 4 bulan, sbb lepas tu, aku terpaksa mkn ubat, sbb aku sembelit teruk sgt, aku pulak pergi klinik biasa, padahal ada je ubat sembelit untuk menyusukan anak. Aku pergi Klinik biasa, dia kata " you mkn ubat ni, you x boleh menyusu anak tau " yang aku ni pun masa tu, bodoh bodoh alang orang kata, aku pon stop menyusu Princess, aku bagi dia FM. eh loser sgt aku rasa masa tu. Lepas aku pergi pulak jumpa doc melayu, dia kata " eh sayangnya bagi anak FM, ada ubat sembelit yang boleh menyusukan anak lah dik oiii " hurmm yeke, mana saya tahuuu.

masa tu aku down gila, sbb Princess dah sedap minum Fm, dia dh xnk menetek lagi, sampai lah susu aku kering sendiri. aku terus je bagi Princess minum FM, segala kata-kata pasal FM, aku tepis, aku boolayan je, sbb kalau overdose fikir, mmg serius akan stress.

aku anggap yang zaman aku mengandung kan Princess, zaman aku belajar, anak sulung aku, banyak benda yang aku tak tahu, anak kedua nanti, aku akan perbaiki segala kesilapan aku yg lepas, InsyaAllah. yang penting, biar lah kita bersedia untuk ada anak, selalu bersedia. Ada anak kecil, jangan fikir boleh tidur lama-lama, jangan fikir nak berehat bersenang lenang, jangan fikir anak akan minum - tidur - minum - tidur, mcm mcm peelnya. yang penting bersedia, jangan stress.

oh dan Princess, susu yang paling serasi dengan dia ialah Dutch Lady, dr 5bulan sampai skrg, Dutch Lady je susu dia, Alhamdulillah bijak, sama mcm budak lain. Jangan stress korang, benda ni kita buat dia, bukan dia buat kita, so lex lex je. hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. pokok pangkal semua mak mak nak yg terbaik untuk anak-anak kan? tak kisah la fm ke bf ke yg penting anak sihat cukup dah..

    yg fm jgn kondem bf yg BF tolongggggggggggggggg lah jgn kondem org fm anak..

    ReplyDelete
  2. samalah anak kite minum susu dutch lady je..
    Alahamdulillah walau takde rezeki nak bagi susu badan, dgn susu FM pon Allah izinkan untuk dia membesar dengan sihat..
    InsyaALLah, moga ade rezeki susu badan untuk second anak nnt..Sape taknak yang terbaik untuk anak kan?huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. kucing Fida pun minum susu dutch lady..hahaha
    Sekarang dah gemuk pun..

    ReplyDelete
  4. Takpe sis..saya pun sama czer n sembelit aduh mmg sakit sgt..

    Memang mencabar sgt nak bf klu czer..semoga baby sis terus sihat walafiat..

    ReplyDelete
  5. semua mak nak yg terbaik untuk anak dia.. anak sulung lg tuu.. banyak yg tak tau...yoorin pon x pandai menyusukan anak masa mula2 dulu.pegang pon tak reti.. sampai nurse kat spital panggil kita ibu kekok..huhu

    ReplyDelete
  6. kdg kdg orang sekeliling ni mmg tak membantu... pasai susu ni bukan semua org boleh.. setiap fizikal kita lain lain kan.. tu yg stress dibuatnya.. mana lepas bersalin tu mmg emosi tak stabil lagi kan.. kesian...

    ReplyDelete
  7. smua ibu nak terbaik utk anak2nya kan kak..xpelah..akk dh buat yg terbaik pun dh kira bgs...abaikan mulut2 puaka trmsuk mulut nurse tu..huhuhh

    ReplyDelete
  8. bagi akak bagi fm @ bf...itu semua rezeki dari Allah yang penting anak2 kita adalah bagaimana cara kita didik mereka

    ReplyDelete
  9. nak wat entry luah perasaan cam ni gak la.. huuu

    ReplyDelete
  10. Wah faham sangat. Kita pun czer susu tak banyak. Kena campur2. Dah umur 5 bulan takde susu dah. Stress dengan kerja.

    ReplyDelete
  11. itu rezeki memasing la...mmg Allah dah tetapkan rezeki aank tu juga ... tak perlu kot sampai nk cerca org yg tak leh menyusu ... cam aku ni ... anak pertama ..asek kembung ...aku kurang ilmu...anak kedua byk dah ilmu tp anak tak direct ...mcm2 dah buat ... bila pump lama2 kering jg ... tak pe la .... janji anak aku sihat ....

    ReplyDelete
  12. rezeki masing2 kan..mak mana tak sayang anak..
    saya still bf, tp takdelah nk kutuk2 ni semua..anak akan dtg tak tau camne lak kan..

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com