22 October 2015

Cara Cuci Gelang dan Charm Pandora

Cuci Gelang Pandora dirumah


Aku beli Pandora ni bulan Januari, untuk menampakkan duit menang KIK tahun lepas, aku pun beli lah Pandora. terliur jugak tengok orang pakai, aku habis nak dekat RM1K gak lah. aku beli dekat Habib Ampang. Rupanya, kalau nak beli Pandora murah, korang join je group di FB tu. Kat sana akan ada yg akan tolong belikan di oversea, kat sana lagi murah.

Ok, berbalik kepada cerita Pandora, selama 8bulan aku pakai Pandora, aku selalu teragak agak nak beli atau tambah charm, hati mmg teringin, tapi bila tgk harga charm, aku rasa mcm ' eh ruginyaa kalau aku beli, baik aku beli emas ' hah gittew, mmg dasar kedekut.hehe. aku pakai lah terkontang kanting 3 biji charm tu. kihkih. masa tu, dah ramai dah yg mulai pakai Pandora Gold 916. aku dah mula rasa menyesal dan kesal. mula lah satu drama~ ( Entry Our 1st Pandora )

Sampai lah awal bulan September haritu, aku dah mula kena racun, aku NEKAD, aku nak jual Pandora aku, dalam hati mmg sayang, tapi apakan daya, aku bukan kaya sangat nak kumpul charm, hehe, so aku mintak tolong kak Bee jualkan. Alhamdulillah, esoknya terus ada buyer utk charm aku, laju gila! sedih, sedih sgt nak melepaskan, tapi apa kan daya, aku terpaksa. #tajuklagu haha.


Cara Cuci Gelang Pandora sampai berkilat


Sebelum jual, kenalah cuci dulu semua gelang dan charm kan, hehehe. aku ckp kat Kak Bee, sy nk g Habib dulu, cuci gelang ni. pastu kak Bee kata, ' apahal nak cuci sampai kat habib, cuci sendiri jelah kat rumah ' hahaha. eh boleh ke cuci sendiri? mana saya tau.hahaha. lolz!

Caranya mudah je :

Air suam + Sabun sunlight
Rendam semua gelang and charm
Angkat, keringkan
Cuci atau gilap dengan POLISHING CLOTH.
masa beli gelang, dia akan bagi polishing cloth kan?
hah guna lah! apa lagi!

lepas cuci tu, mmg hilang semua daki daki kat gelang, berkilat, cantik!!! polishing cloth tu mmg hitam sehitamnya. #heeetipu! takdelah hitam sehitamnya, tapi hitam lah. terus nampak mcm baru gelang aku.hehe.

cara-cuci-pandora
Selepas cuci

Diracun Pandora Gold 916


Lepas jual 2 charm tu dengan harga Rm230 + RM110 aku pun mula ' memburu ' gelang pandora gold aku.hahaha. berkat simpanan sebelum ni + jual pandora. aku dapat lah ' sebangle ' gelang pandora, tapi xnk lah tunjuk kat korang.hahahahaha.

Lepas 2 minggu, kak Bee dapatkan pulak pembeli Gelang aku. masa ni aku dah sedih gila. sbb pembeli dia jauh sangat, di Arab Saudi nun! huaaa! jauhnya kau nak terbang. Kelmarin aku pack pack gelang aku, bungkus elok elok, balut elok elok, masa tu, panas jugak mata aku ni, tetiba mengalir air mata hatitisu benda tu pon nak nangis, sbb Pandora ni salah satu benda yg aku sayang sgt. Aku letak harga gelang ni RM250, pembeli tu beli tanpa NEGO, terima kasih sgt, walaupun aku rugi sikit, tapi takpelah. anggap lah aku sewa pandora ni selama aku pakai dia.hehehe


Tapi sayang di sayang pun, aku kena jual jugak, aku guna pos berdaftar tu, kalau guna pos laju mahal sgt, RM100, pakai pos berdaftar murah sikit. nanti aku ajar cm ne eh.hehehe. So, no more pandora with me, hilang dah semua kenangan dengan Pandora, hanya terpahat kat dlm blog ni jelah. and WELCOME Gold Pandora. hehehe. yg ni mmg takde rasa rugi kalau nak beli.hehehe. tapi kena kumpul duit dulu lah. Korang bila lagi? jom lah ber Pandora Gold 916, nanti aku racun korang okay! bai! hehehe.

13 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Terima kasih sharing tips utk cuci pandora ni Safaru..
Anak akak ada juga sepasang pandora..
Hadiah hari lahir oleh mak ude nya..
Tengok dah suram jer .. boleh lah dicuuci lepas ni :D

Inani Hazwani said...

Tengah kumpul duit jugak nak beli pandora. Hehee :D

nida-razak said...

hehe..sedihkan bila jual barang kita sayang, tapi takpe, gpandora tu investment. nida pon last year nak nak beli pandora, tp husband dok kata baik beli emas, last last cancel pandora, rembat gelang emas.

AziRahmanDot Com said...

tak pernah pakai pandora pun hehe

Diana Rashid said...

yeaayyy...dah terasuk hantu emas jugak ye?/heheheh..akak memang duit blog semua labur kat emas..tapi akak beli barang kemas tak beli bar .sebab rumah akak dekat dengan kedai emas mudah sangat berkenan itu ini..jadi beli barang kemas je la..heheh..jom kumpul emas banyak2 ye Rara..kumpul benda yang berfaedah untuk masa depan.,,untuk anak2 kita nanti jugak..

kisah earty said...

wah.. manyak syok r..tak rugi beli pandora 916..

mrs kayrul said...

Ra..best ke pakai pandora?...

adda syuhada said...

Sy xpernah beli pandora nih..
xmampu...huhuhuhu

::EIDA:: said...

xde pandora so xleh cuci HAHHAHHAHA

Nafisa81 said...

Saya beli dinar emas dan gold bar....beli kat power gold...

cik chinta said...

memang teringin nk pandora gold. sbb lbih baloi. share la gambo skit

Wan Nisa said...

boleh bagi email or ctc no kak Bee tu..saya pun nak jual pandora saya..nak minta tlg dia jual kan .pls tq

Cik sEngaL said...

sabun sunlight n polishing clothes ne yang mna 1 ek , hihihi kite xtw nakk cuci pandora dah x cntik dah , nak cuci kt kdai takut mhal sgt , mmm bagus lagii belii emas :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...