12 October 2015

Kek Milo 3 Minit Tanpa TELUR

Resipi Kek Milo 3 Minit


Kek Milo 3 minit sangat menjadi VIRAL, ntah kenapa, maybe sebab 3 minit kan, pas tu guna microwave je pulak tu, ada yg takde oven, boleh je guna microwave. tapi dalam 3 minit ni pun, ada jugak yang kata, " tak leh buat, rumah takde bahan, bukan bakers " hahahaha. oklah ok lah! ngader!

Aku tak nak ketinggalan tau! aku pun nak jugak buat, nak rasa mcm mana, senang gila. kat rumah aku semua bahan mmg ada, tinggal beli milo je, semalam, belilah milo paket kecik tu, Rm5.90.hahaha. masa tgh commercial break AF semalam, aku godek-godek lah buat kat dapur.

Seyes senang nak mampsss buat kek ni! hahahaha. oh lupa! aku buat kek ni tanpa telur tau, sbb aku kan dh stop makan telur, jangan tanya kenapa, mst lah sbb allergic! Jumaat ni nak buat allergic test.

Kek Milo 3 minit Microwave


Bahan-bahan :

4 Sudu Besar Tepung Gandum
4 Sudu Besar MILO
4 Sudu Besar Gula Kastor / Gula Halus
4 Sudu Besar Susu Segar
4 Sudu Besar Minyak Jagung
1 Biji Telur ( SKIP )
1 Sudu Teh Baking Powder
1 Sudu Teh Assen Vanilla
Sedikit Choc cip sebagai hiasan


Cara-cara :

Campur semua bahan, gaul sebati, dan bakar dlm microwave selama 3 minit.
*tepung gandum + Baking Powder ( sila ayak )


THEN SIAP! hias bersama topping, fresh cream atau ais cream vanilla. nyummmm~



3-minute-milo-cake

Sesuai untuk korang yang tetiba teringin nak makan kek tetiba, mcm aku! hahaha. Jangan bakar lebih 3 minit tau, sbb dia akan keras. disebabkan aku TAK ADD TELUR, makanya kek jadi tak berapa nak gebu, then agak chewy, tapi masih sedap. tapi next time, aku mcm nak lebihkan sikit milo tu.hahaha. aku dah cuba kurangkan gula, tapi tak sedap! so guna mmg kena 4 Sudu ye!

Selamat mencuba!

11 comments:

idzwa kamaruddin said...

heh senang nyer nak buat~

Yana MIB said...

mementang toke pavlova kan...siap ada topping whipped cream and stroberi..hehh aku jugak x berbuat lg kek ni...share kemain lama kt fb...grrr

YB Shehan said...

baik.. terus nak buat nt. kena cari milo la pulak huu

Melissa Muklis said...

macam senangg jaa. boleh try ni. hehe

Hayati Sakaria said...

sedapkan rara. Aritu guna coklat.. next, nak guna milo pulak.

anajingga said...

erm baru terfikir nak skip telur tu sebab telur dah habis, okay Rara sayang nanti nak cuba gaklah, tq so much dear :)

LM said...

Rasanya bkn sbb tak letak telur dia chewy kot? Akk letak pun jd gitu gak aritu. Ingatkan dpt sikit rupanya dkt penuh dua bijik mug

Julia Johari said...

Pernah baca kt blogger lain buat, sekarang dah viral sebab senang nak buat kan aummm

anez zamri said...

aku bila la nak buat ni..tak sempat saje pun walau 3 minit haha

irra yyan said...

bestnyerr. tapi bahan xcukup laaa

Anonymous said...

Gula tu guna gula biasa blh ke ??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...