27 October 2015

lepak-lepak makan-makan di Twenty&Co

Tempat Lepak best di Shah Alam


Kadang-kadang kita mencari tempat lepak, tempat borak, tempat makan yang best untuk kita dan kawan-kawan kita kan, tapi kadang-kadang nak lepak lama pun tak boleh, sbb suasana tak kena dengan kita yg dah ada anak ni, ada jugak tempat yg, suasana dah kena, tapi makanan pulak tak sedap, kadang-kadang pulak, makanan dah sedap, tempat pulak kotor, euwwww tak lalu. Tapi ada satu tempat yang aku rasa best yang sangat kena dengan citarasa aku. Suasana yg cozy, bersih, cantik, makanan pun sedap-sedap, nak lepak-lepak pun tenang jeeeee! hehe. nak tau kat mana? jom baca! maaf penuh gambar makanan ye! hehe.


Twenty&aCo. Shah Alam


Walaupun haritu kami dating jauh sikit sampai ke Shah Alam, tapi kami rasa best sgt dan gila-gila punya puas hati. Aku, Ida, dan kak Diya saje saje sebenarnya nk buat makan-makan sempena buffday aku dan kak pink pada bulan oktober, so kami nak try set date di Twenty&co. Shah Alam ni, dorg kata, sedappp sedapppp, apa yang sedapnya kan! so nak lah mencoba. Kalau tak sedap, lepas ni tak nak datang dah! hahaha.

Lepas dah set date, boleh pulak Princess demam malam sebelum tu, dah siap siap kami nak keluar rumah, aku dukung Princess ' burrrrrrrrrrrrrrrrrr ' dia muntah atas baju aku, habis semuaaaa~ terpaksa naik balik bilik, salin semua baju, nak tinggal Princess kesian pulak. so bawak jelah. Nak cancel pun tak sampai hati, sbb dah janji, so kita teruskan jelah perjalanan.

tengah sibuk order makanan.

yang ni sibuk photoshoot.hehehe

Princess baring kat bawah tu, nampak tak? hehehe.

Aku pernah datang sekali kat sini, masa ada produk review, tapi takde lah makan beriye-iye, sebab event kan, hahaha, malu wehhh! so kali ni bila datang sendiri, boleh lah pilih apa saje yang ko nak makan, tak yah malu-malu.

Aku suka sangat twenty&co. ni sbb tempat ni sangat bersih. Interior Design dia pun cantik, nak dating pon best tau kat sini.hehehe. Tapi bajet kena besar sikit lah.kihkih. sekali sekala, apa salahnya kan. Korang mesti kena cuba. Jom tengok apa kami order. 

papa with CURUTS dia, hahaha. kemahen suka dpt isap ni! hihs!

Air aku, Mojito Incognito - RM12

Air lakiku Purple Hazzy Cold Press Juice RM14

(BLACBERRY + PEAR + KIWI + PINEAPPLE)
Improve complexion & whiten skin

Air anak kak Pink Nuts and Cream, Cookies and Cream RM14 each

Air Ida Hazelnut Latte - siap ada 3D teddy bear, ngader angat! hehe RM10

Ni nasi anak kak pink, kami masa tgk set nasi abg long ni, semua terliur, sbb ada sotong goreng tepung.hahaha. sume tanya, sedap ke? sedap ke? tapi nak mintak sikit malu.hahahahaha. takpe, lain kali kita order yang ni jugak, tengok abam long makan sampai habis, lepas tu mengah sbb kenyang sangat. portion kat sini sangat besar ye, mmg satu pinggan tu boleh kongsi 2 orang, kalau makan sorang tu, boleh kenyang sampai malam.hehehe.

Sea of Platos RM 25

ni pulak makanan Ayah Andi, hehehe. ayah andi pon makan nasi, Aunty ida kata ayah andi kena makan nasi, kalau tak makan nasi nanti dia jadi hulk.hahaha. nampak ke kurus gitu, jgn main main ye anak anak.hahahaha.

Platos Beef RM 20

ni menu abg ngah - Nachos and Cheese RM 18. Nachos ni gila bapak besar plate dia, kami kongsi makan ramai-ramai, sbb abg ngah x larat nak habis kan.hehehe

alololo omei angat nantu ittew~

ni menu Tuan Beloh.hehe. im forever with Aglio Olio.

Aglio Olio Spicy Seafood - perghhh! mmg sedap kata ko! pedas wehhh! mcm ni baru tekak melayu! hahaha. kita ni mmg nak yg pedas pedas hajeee kan! x pedas tak leh masuk katanya.hahaha. aku nak habiskan sepinggan ni, nak pengsan rasa, sebab mmg banyak, dah lah tak kedekut dengan seafood dia, mmg selambak dia bagi, oh FYI, semua seafood dia twenty&co. adalah di hantar hari hari, bukan yg frozen, demi untuk menjaya kualiti dan kesegaran makanan. InsyaAllah yang terhidang semuanya FRESH! aku punya RM30

ni Kak Fink punya, diet katanyaaaa, nyampah aku!

Hawaiian Chic Burger - RM 25

ni Ida Baharum munyerrr, Ida pun diet gak! nyampah, makan SALMON sajerrr! TAPI Ida punya salmon ni sangat lah sedap wehhhhh! seyes aku tak tipu, aku peratiiiii kan je, hahahaha. siap aku cakap, ' ida nak rasa boleh tak ' hahahahaha. berani ida x bagi aku, aku tampar kang! hahahaha. aku rasa sikit. mmg sedap sangat lah wehhh! recomended! walaupun makan salmon saje, tapi mmg kenyang gila ida kata.

Deep Fried Salmon RM 35

Mee Goreng mamak, kalah sedap dari kedai mamak! seyes tak tipu jugak! ni kami share ramai ramai, ko tengok udang dia tu, besar gitu, kedai mamak mmg tak dapek lah weiii! hahaha. mee goreng ni nampak tempting gila, selari sehebat rasa dia, MUST TRY! RM 15

Laki i pon is diet, minum press cold juice, makan pon Don Breakfast je.haha RM 15

Salted Egg Chicken Wing, hurmmm malas lah cite, sedap nak mamps! korang kena cuba jugak yang ni! sedap weiiiii! hish! RM22 sajeeeee! ni pon share ramai-ramai. 

terpejam-pejam mata menikmati.hehe. lepas dah habis makan mcm piranha, semua terdampar kekenyangan, tak tau nak cakap apa dah, mmg kenyang sangat. walaupun menu kat sini semua a little bit pricey, tapi berbaloi sgt sbb sedap dan sedap dan sedap sangat! aku sgt berpuas hati!

Lepas tu kami order dessert pulak.ahahaha. eh kata kenyang. hahaha. dessert ni sesaja je, nk surprise kan kak pink, buffday dia 12 Oct, tapi kami x sempat berjumpa masa tu, so aku cakap kat waiter yang amik order tu, boleh tak request nak tulis-tulis atas kek, hehehe. budak tu laju je cakap boleh, so kami pun tulis lah ' Happy Birthday Pinky momma ' hehehe. punya lah tanjat kak pink, sampai nak nanges-nanges, poyo angat hati tisu.hahaha.

Lepas tiup-tiup lilin, ada acara tukar tukar hadiah, jadiklah kami 3 ketoi pon, tukar tetap tukar, hahaha, sampai 3 kali baling tisu, baru adil, aku asek dpt diri sendiri punya hadiah je.hahaha. 

Terima kasih korang, seronok sangat haritu, makan, gelak, bahan membahan satu sama lain, just about us. hahaha. Kami ni mempunyai 3 karekter yang berbeza, Ida - selamber, gamble, main lepas je cakap, kak pink - hati tisu, clumsy, berhati-hati, aku - kuat emo, cepat putus asa, suka down. Tapi, dengan ada nya dorg ni, we completed each others, kami bukan BFF, cuma kawan je, kawan biasa, yang serasi. Aku doakan kita kawan sampai bila-bila, sayang korang! kita jangan rapat-rapat sgt tau, nanti gaduh, aku tak nak tu! hahaha.

Neways! makan dan lepak di twenty&aco. Shah Alam ni mmg best! bawak lah suami ke, MIL ke, mak ke, adek beradek ke makan sini, mmg puas hati walaupun bayar makan agak pricey, servis sgt tiptop! support lah perniagaan bumiputera. hehehe. more INFO dan menu yang best best, boleh visit :



G-15, Plaza Azalea, Seksyen 14
Shah Alam, Malaysia

Call : 03 5524 2020

IG - twenty.co

OPERATION HOURS

Monday - Thursday 10:00am - 12:00am
Friday, Saturday & Public Holiday 10:00am - 2:00am
Available for private events on Everyday

9 comments:

nadiah hanum said...

ciknad jarang lepak putrajaya..tapi lepas ni kalau gi boleh la makan kat sini..nampak best!

adda syuhada said...

sdp tuh ... hmmmmm

e.t.t.y said...

bapaklaaaaaaa banyak gile korang makan. kalau aku siap minum teh detox awal awal. haha. tp sayang pulak kn, makan detox, makan detox. haha

Melissa Muklis said...

bestnyaaa.. meriah sungguh menu nya.. hehe
interior design nya memangg lawaa.

eima said...

pesal semua nampaks edap ni ....

Yana Libra said...

byknye mknn...pening tgk sbb x dpt mkn, tgk je..hehe..

PinKy MoMMa said...

spotted nantu ittew hahahahahahaha...masyeh korangggg..makan best..korang lagi best..muah manyakkk

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Perghhh grand giller tempatnyaa.. Perut terus lapar balik bila tngok makanan yg akk share.. Huaaaa

::EIDA:: said...

ko cakap aku suka cakap lepas ! ahh die tu minah emo! sikit2 emo sikit2 emo HAHHAHAHHA okbaiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...