15 October 2015

Melawat Gajah di Kuala Gandah

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Pahang


hoi dah basi dah entry Gajah ni hoii! hahaha. tapi lantok kan, nak update jugak.hehehe. mcm aku selalu cerita, kami suka dedahkan Princess dengan hidupan sebenar, suka bawak g zoo, suka g farm, suka g tempat tempat yg natural dr lepak lepak kat shopping mall, hehe. bila jalan-jalan dlm shopping mall tu, rasa mcm krik krik krik sgt. kalau lepak zoo, tempat tempat reakrasi, rasa best sket. Lagipun papa dia ni mmg suka sangat aktiviti luar. Haritu pergi tengok Panda, kalini pergi tengok Gajah pulak.


Laki aku sebelum sampai Pahang lagi dia dah cakap, esok nak bawak anak pergi tengok gajah, boleh naik gajah, boleh tengok gajah dekat dekat. aku pon OK! hehehe. tapi ada yg cakap, tempat tengok gajah ni jauh, larat ke nak pergi, bla bla bla, tapi papa dia x heran, pergi jugak, nak rasa mcm mana. sbb mmg dah plan kan. Kesian pulak kat anak, dah berzikir nak tengok panda.

Sampai-sampai sana, tak lah jauh seperti yang dikatakan, ok jeeee, best jeee, mmg masuk ke dalam hutan sikit, jauh ke dalam hutan, yelah kan, mmg lah kena masuk hutan kan, takkan gajah duk tepi highway.kihkih. but bagi aku ok lah, tak lah jauh seperti yang diperkatakan.

isi borang.
Yang paling aku terkejut, masuk tengok gajah ni FREE tau, tak payah bayar, cuma pergi je kat kaunter, isi nama, then amik sticker. best gila FREE, walaupun FREE, tapi tempat ni SANGAT BERSIH, cantik, tenang. Serius! aku suka sangat.

Tempat ni dah wujud selama 30tahun, sebelum ni tempat ni hanya untuk penempatan gajah liar atau sakit ( untuk dirawat ) tapi skrg mereka dah buka kepada rakyat untuk mendekati dengan lebih dekat lagi hidupan gajah ini. Dulu Gajah ni boleh di tunggang, tapi skrg dah tak boleh, sbb ada kes. Just boleh bagi gajah makan saje, dan boleh jugak join bagi gajah mandi, tapi kami tak sempat nk join gajah mandi sbb tak bawak baju lebih.hehehe.

tampal sticker dulu kat baju.
bebudak excited!
HUTAN! bestttt! tenang jeee!
mandi dengan gajah!

Tempat ni agak panas, kami pergi plak kul 3pm, mmg panas lah kan! tapi ada je pondok-pondok untuk duduk, ada jugak tempat org jual makanan gajah, murah je, tebu rm3, pisang rm5. Gajah gajah sume kebulur, ko bagi je, mst dia amik.hahaha.

hahahaha tinggal rangka je!

Ada benda kelakar yang terjadi masa MIL aku nk bergambar dengan gajah ni, MIL aku berdiri lah dekat dgn gajah untuk bergambar, kengkonon panas, pegang payung skali, korang tau tak! boleh si gajah tu tarik payung MIL aku, MIL aku lak ingat angin kuat, dia pegang lah payung tu kuat kuat, dia tarik je payung tu, terus tinggal rangka payung je. hahahahaha. Si selendang dah makan payung. Tapi dia xlah makan, dia mcm nak masukkan dlm mulut, tapi dia rasa pelik kot, terus dia buang. hahahaha. last last payung aku tinggal rangka je! mmg lawaj gila lah! semua org gelak masa tu. see, mmg gajah tu kebulur 24jam.hahaha.

SELFIEEE!

Memang best sangat tempat ni, nanti kami nak datang lagi, nak mandi dengan Gajah pulak. nak lepak lama sikit. boleh bawak bawak bekal sekali, datang seawal 10.30 pagi best sket kot, petang petang dah panas sgt. Korang datang lah sini, masuk pun FREE je. Last skali, tampal sticker tu kat board yg disediakan, then balikkkk~ hehehe. bebudak seronok sangat, masuk kereta terus tido! hahaha.


Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Jabatan PERHILITAN
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 013-9790272 Kaunter: 013-9088207
Faks: 09-279 0398
E-mel/ E-mail : necc[at]wildlife[dot]gov[dot]my

14 comments:

Inani Hazwani said...

Seronoknyaa tengok gajah. Nani yang dekat ni pun tak pernah pergi sana :P

aryan azra said...

dekat je dengan kampung akak nih, selalu juga kalau balik kampung bawa anak2 tengok gajah... ye tempatnya bersih je

Amanda Suria said...

akaka x pernah sampai lagi...eh..mudanya MIL rara...best la ada MIL....

nuyui a.k.a miss YUI said...

wahhh.. free aje?? bagus toi..

plg best part dpt bg mkn gajah tu =)

Wawa Yusoff said...

aku selalu gi sini. sebab sepupu mirzal keje sini. penjinak gajah. kalau pegi time dia keje tu merasa la naik gajah, mandikan gajah. hehehe.

Tapi aku x pernah ade kerajinan nak update macam ko ra.. bagus! big clap. aku ni semuanya malas. muahahaha.

Khalid Kyle said...

Dulu masa kecik pernah sekali nmpk gajah naik minyak serang org.live lagi.terus trauma kejap lol XD


Jom Terjah: ketahui sebab & kenapa trend Fesyen Lelaki semakin popular sekarang ni!

Ummul Azkee said...

bestnya..bwk anak2 mmg seronoklah kan..

dalila said...

freeee?wahh..mesti la nakk..bila dgr free nak aje..hahaha..
lapar btl gajah tu spi payung pun nk dimmknnyaa..hahahaha

aiman mania said...

i'm never experienced this moment..rasa nak ergi jugklah!!!
nice review!

eima said...

tah bila nk pi ni .... aku dari dulu nk merancang pi tak ter pi pi lagi

DRAMATIC UNIQ said...

okey cuti sekolah ni nak pergi lah...!!
kalau tak ramai org sangat mcm ni best la kan.. hehehehee... :)




p/s : Si selendang dah makan payung tu apa...? nama gajah tu Si Selendang ke..? :)

Cikna said...

Masa g rumah tok suami baru ni teringin gak nk ke sana, dekat sngt d kg pun dlm 10mnt je tp masa xsempat la plak.....

Yana Libra said...

bestnye...bleh plan next time~~

atiehilmi dot com said...

hhahahaha~ pasal payung tu memang win..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...