23 October 2015

orang Malaysia dah ramai yang GILA


Masa aku pergi delivery Pavlova di menara AA Jalan Tun Razak tadi, jalan jem, sebelah kanan aku ada kedai makan, ramai lah org tengah lunch kat sana. Tetiba ada sorg hamba Allah melintas jalan. Dia sangat menarik perhatian aku. sebab dia mcm pelik. pakaian, rambut, cara berjalan, semua pelik, dia masuk dalam kedai tu, aku perhatikan je, sorang pakcik tengah makan depan kedai.

masa dia nampak hamba Allah tu, dia mcm terkejut, maybe dengan penampilan hamba Allah tu. Tak lama lepas tu, beberapa second, hamba Allah tu keluar sbb pakcik tu halau dia. hmm aku tengok kesian, tapi apa kan daya, orang mst geli bila dia ada kat situ. Lepas halau hamba Allah tu, pakcik tu sambung balik makan.

Hamba Allah tu mcm orang gila, baju kotor sgt, hitam lebam, seluar pendek takat peha, koyak koyak, hitam lebam jugak, rambut kerinting, pendek, serabai, comot. kesian sangat aku tengok, walaupun aku takut dengan orang mcm ni, tapi deep in my heart, aku kesian sgt, aku sedih, kenapa lah jadi mcm tu kan?

haritu pun ada satu artikel kata, rakyat Malaysia ramai yang gila skrg, sume sbb stress, stress sbb tekanan hidup. mcm mana tak stress, korang fikir lah sendiri kan. aku pun kalau nak ikutkan hati, selalu gak stress, stress kepada benda yg tak penting.hahahaha. Tapi suami aku selalu pesan, buat apa nak stress stress, rilex rilex jeee, nanti stress stress, cepat tua, nak ke? haha. Mesti lah aku taknak, dan beruntung lah aku sbb dpt suami dan kawan kawan, yg selalu ada time aku nak mengadu, dan kalau payah sgt, aku mengadu je pada Allah, aku tau dia selalu ada dengan aku.

Hidup kita ni dah tak lama. aku selalu anggap yang aku takkan hidup lama, kita umat akhir zaman, bila akan pergi, kita pun tak tau, so aku malas nak fikir benda benda yang tak penting, aku fikir, aku nak gembira dan bahagia, gembira di dunia dan Akhirat, aku tak kacau orang, dan orang jangan kacau hidup aku. di dunia aku nak bahagiakan orang sekeliling dan cari pahala banyak banyak untuk bekalan di sana, supaya disana nanti, aku bahagia.

Semalam dengar ceramah agama, Ustaz tu kata, kita jangan suka sgt bila jerebu, tak payah pergi sekolah, tak payah pergi kerja, waktu waktu mcm ni lah kena banyakkan amal, jangan bermaksiat, jangan tinggal solat, selalu baca Quran, kerana, jangan menyesal jika nanti, tetiba nampak Matahari terbit dari barat. Kerana salah satu tanda kiamat, bumi ada ditutupi dengan asap asap. hurmm takutnya. Naik bulu roma aku masa dengar ceramah tu. serius aku insaf, dan sejak tu aku fikir, mmg tiada apa yang aku nak kejarkan di dunia ni, aku hanya ingin berbuat baik, taat pada suami, dan bahagiakan insan di sekeliling aku, itu je.

Maaf lah andai entry ni ter emo sket, aku cuma sedih bila tgk org org yang stress sampai gila ni, sbb bila dgr cerita, dia ni kata, dia ni dulu hebat, dia ni dulu bijak, tapi kenapa sampai jadi mcm tu?? Marilah kita berdoa, berdoa agar Allah selalu permudahkan hidup kita, Allah selalu berikan Kekuatan kepada kita untuk menempuhi segala dugaan ini.

Ya Allah, tambahkanlah Rezeki ku yang banyak lagi Halal,
Imam yang Benar, Ilmu yang bermanfaat, Kesihatan yang Elok,
Kecerdikan yang tinggi, Hati yang Bersih dan
Kejayaan yang Besar.
Amin.

12 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Aduhai dah macam perangai orang Malaysia ni kan Safura..

nadiah hanum said...

cerita pasal orang gila kan ra..memang la atas dunia ni diaorang dipandang hina, jijik..orang nak dekat dengan diaorang pon tak berani kan..tapiii kita kena ingat yang orang gila ni adalah ahli syurga di akhirat nanti..kita yang pakai segak, cerdik akal ni belum tentu lagi tempat di akhirat nanti..mulia sebenarnya orang gila ni!

DRAMATIC UNIQ said...

tu lah kann..
tak ada tekanan, tak ada kehidupan..
tapi bila tekanan dah melebihi kemampuan, macam tu lah.. kesiannn kann..

sekarang ni kerajaan sibuk buat kempen gaya hidup sihat, bersenam, kurangkan stress dan macam-macam lagi.. harap berjaya la bantu rakyat kurangkan kegilaan.. huhuhuhuu.. :p

Zaza Abdul Latif said...

Kita kena sll muhasabah diri kan Dik..
Jgn sll stress nnt bleh jadi gilo

The Kehalusan Kelembutan said...

Salam singgah, betul tu kak, zaman sekarang, mmg semua benda stress. Yes kita mmg kena pandai manage,


Kena dekat dengan Allah mohon lah moga dipermudahkan segala-galaNya,

::EIDA:: said...

entry emo lah ni . HAHHAHAA

Amanda Suria said...

setuju dengan rara..kat area rumah akak ni pun ada..mana anak2 dia agaknya...perempuan cina agaknya dah bertahun x mandi sampai rambut pun dah berkeping2 ngan daki...

Bunda_nora said...

aamiin...semoga kita semua terdiri dari hamba Nya yang sentiasa taat dan bertaqwa kepada Nya...

Diana Rashid said...

akak dok rumah lagi stress Ra..dengan anak2 yang kadang2 bergaduh sampai tak reti nak tenang kan cemana..suami akak selalu kata kalau runsing dengan anak2 ambik air sembayang ,masuk bilik kunci pintu,solat..mesti lepas tu diaorang berdua ni senyap tengok ibu tak de kat luar..hahahahah

nurshaf said...

Haruslah stress dengan keadaan negara sekarang.
Nak-nak pasal ekonomi.
Tp, stress sgt pon tak guna. kan...

Cuti jerebu jugak ke?

Melissa Muklis said...

Lissa pun takut tengok orang gila. tapi kesian jugak.. huhu
jangan stress-stress ya kak.. hehe :D

Elya Roza said...

Zaman ni mmg ramai org stress dear... Huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...