Image and video hosting by TinyPic

21 October 2015

Resipi Paprik Mudah dan Sedap Air Tangan Suami

Harini aku bawak bekal, leftover dinner malam tadi. Semalam kami ke Tesco, beli brg, then suami aku cakap, jom masak paprik nak tak? Aku okay jeee. Pastu dia cakap, " tapi sayang masak okay!! " hahahaha. Dia selalu mcm tu, sokmo berebut rebut nak masak dengan aku. Hahaha. Tp yg mengemas, aku lah.

Laki aku selalu adore Paprik yg mak aku masak. Asal balik Ipoh je, dia mst request paprik mak aku. Last last mak aku ajar dia masak paprik sendiri. Senang je padahal. Bukan susah sangat pun.

Resipi Paprik Mudah :

Ayam, daging, sotong, udang
Cendawan, carrot, brokoli

Cili kering ( rendam dan blend )
Bawang ( hiris )
Daun limau purut
Serai ( ketuk )
Sos tiram
Garam

Cara-cara :

Goreng bahan basah. Angkat letak ke tepi, goreng bawang sampai layu, masukkan cili blend, tunggu sampai naik minyak, masukkan sos tiram, air sikit ( ikut nak kuah banyak mana ) masukkan daun limau purut + serai, masukkan ayam, sotong, udang, daging, sayur. Perasakan dengan garam. Then siap!!! Sama mcm makan kat kedai Sawadeekap. Hahaha.

Selamat mencuba korang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. bab mengemas tu memang la..Kita jugak yang kena..kan??ahahah..

    sebut pasal daun limau purut malam tadi mimpi sedih tentang pokok limau purut.ekekek...

    ReplyDelete
  2. Ohh simple je ni..boleh try buat masakan untuk isteri tersayang..hehe

    ReplyDelete
  3. hehe senang ! boleh try ni :)
    bestnyaa suami yang masakkan. hehe sweet :D

    ReplyDelete
  4. ok kak dah catat dalam buku resepi...nanti nak buat...

    ReplyDelete
  5. Kalau airtangan ibu tu... ikan goreng kunyit pun rasa lain... haha

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaa paprik, lama tak makan :)

    ReplyDelete
  7. simple je masak, blh cuba untuk hubby ni.. hubby wawa suka gak paprik..

    ReplyDelete
  8. Kalu mak dah ajar kn pun...balik kampung tetap nak minta version mak juga...

    ReplyDelete
  9. Nampak pun dah macam sedap dah...

    ReplyDelete
  10. sedapnya... bukan senang nak rasa masakan suami sy :D

    ReplyDelete
  11. simple je ye..hehe..terliur tgk...

    ReplyDelete
  12. Wallahhhh sedapnyerrrr

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com