08 October 2015

Risiko anak yang mempunyai DUA pusar

Betul ke anak ada dua pusar ni DEGIL?


Lepas aku lahirkan Princess 3 tahun lepas, benda pertama aku tengok lepas yg lain lain ialah pusar kepala anak aku.hahaha. Dari dulu orang kata, anak yg ada 2 pusar ni DEGIL! NAKAL! hahaha. Princess pulak mcm mana eh??? hurmmm.


Ada anak yang mempunyai Dua Pusar?
Perasan tak ada individu yang mempunyai satu pusar pada rambut. 

Ada yang mempunyai dua pusar pada rambut.
Anak yang mempunyai dua pusar dikatakan agak nakal, susah diurus, sukar difahami, 
dan agak degil. 

Memang sebegitulah sifat nya, tambahan lagi petah bercakap, banyak bertanya, 
adakalanya atuk, nenek dan pakcik dan makcik pening melayannya. 

Namun begitu mudah diuruskan jika kena gaya dan perlu banyak memuji nak memujuk
Menurut Dato' Fadzilah Kamsah , sifat Individu yang mempunyai 
dua pusar sebenarnya banyak akal, banyak idea, dan bijak.


Betul sangat apa yang petikan kat atas tu cakap, mmg itulah PERANGAI Puteri Imann Sophea. nak kata NAKAL sangat tu tak lah! tapi ' ada ' jugak kenakalan dia yg buat sampai aku rasa GRRRRRRRRRR budak ni aku lepok gak kang! hahaha.

Susah Diurus? hmm tak jugak, Princess jenis okay je, TAPI, ko jangan TENGKING dia, hah! tu pantang, kalau ko marah-marah, mampus dia takkan buat, cuba kalau cakap baik baik, psycho sket, mst dia dengar.

Sukar difahami, yg ni ye jugak, kadang kadang tak faham apa yang dia nak, mmg pening nak faham kan, tapi lama-lama, kami mak pak dah imune dah. tau dah perangainya.

Degil dan ikut kepala dia jeee, yg ni mmg satu hal jugak, dia ni jenis, dia je yg betul, padahal mmg dia dah buat salah, kalau kita cakap " princess, jgn panjat, nt jatuh, sakit " dia cakap apa tau, " mana ada jatuh, tak sakit pun " huh! geram sgt aku! princess jenis baran, dia tak leh stress.hahaha bayangkan lah, sampai kalau tengok youtube, then buffering pon dia boleh mengamuk, bayangkan lah! kalau dia NAK, dan dan tu dia NAK, kalau tak, melalak! haih!!! TAPI, ada cara nak calm down kan dia, ko kena cakap baik baik dengan dia, pujuk dia, peluk dia. Then dia akan ok.

Kami laki bini like have to gilir-gilir bg dia calm down, kalau aku x tahan sgt, suami aku akan pujuk dia, kalau laki aku pulak tgh marah, aku akan pujuk dia, kalau DUA-DUA tgh marah, kami biarkan je dia nangis.hahahaha. last last NENEK dia pujuk.hahaha

Tapi ada sorg makcik ni dia tengok princess, dia tgk pusar princess, dia kata budak ni BIJAK, PANDAI. mmg agak nakal, tp bijak budaknya. jangan lah risau.

Princess kalau bercakap, mmg petah sgt, mcm org tua. kami nak tergelak kalau borak dgn dia.hahaha. Tapi tu lah, nak handle dia mmg kena ada cara, dia tak boleh ko nak terjah marah marah, lagi lah dia ngamuk. kena cakap elok elok je, TAPI kalau ibuu dah jadi HULK. ko rasa? nak ckp baik baik lg ke.hahaha. Tapi yelah, aku cuba, aku masih dlm prosess mencuba. bila time kita penat, time kelam kabut lah dia nak buat hal, tu yg bengang gak tu.

Anyway, goodluck lah buat korang yg ada anak 2 pusar mcm aku yek.hahaha.

17 comments:

Salina Johari said...

nakal itu penyeri....kalau tak riuh rumah...tak best kan...

ewento marcello said...

betul tu. sama macam danish. byk btul idea dia....baru sorang tu..huhuh

E'in said...

kalau mcm e'in nie dh besar boleh tgk tak pusarnye? heeeeee

Diana Rashid said...

Anak akak dua2 ada ..maisara ada..mikhail pun ada..semua ciri2 yang rara sebut tu semua ada kat depa berdua...sebab adik beradik ayah dia semua ada dua pusar...susah nak diuruskan tu memang betul..macam mana la akak ni tak gemuk.hahahha..stress tau..dua2 mintak perhatian melampau..

ily♥ said...

Anak pusar dua ni baaaaanyak sgt akal...hahaha...turun naik nafas mak die ni haa...huhu..

Takpe rara, insyaAllah princess membesar jadi anak yang solehah.

Allene typicalmommy said...

org tua je ckp gitu ra.. bukan nakal.. bnyk akal. aku tgk incess diam je.. ok la tu. klu anak aku, menjadi betul dia. pusar 1 je tu

nini said...

Bru je terbaca tadi pasal 2 pusar....iseyhh kena banyak blajaq lagi ni....takut pulak...kite niii kurang kesabaran...huahuahua

Amanda Suria said...

eh..Dania ada dua pusar ke satu erk..heheheh...lupa nak belek la...x kisahlah kan..janji incess membesar bijak macam budak-budak lain...

anajingga said...

Rara, princess seorang anak yang bijak in shaa allah :) suka tengok cara dia posing bijak je macam cik puteri arz kan hihi :)

Yana Libra said...

huhu..sabarlah ye..anak saya satu pusar je...tu pun dah pening kepala..hehe

surianie samsudin said...

anak saya memang 2 pusar....ya allah hanya tuhan saja yang tahu macam mana seorang ibu dan abah nak handle dia. orang lain memang tak akan faham peel dier. tapi yang istimewanya anak yang 2 pusar nie memang dia cerdik..

do visit back my blog madamsurianie.blogspot.com

Nafisa81 said...

Hangin je kan...kalau org luar bampak pusar anak kita..pastu depan depan je dia kata...eeiiii...pusor nya dua...nakal ni esok...
Hmmm...awak nak kaki?

Hayati Sakaria said...

Aisy pun 2 pusar.. satu kat tengah kepala, satu lagi kat tengkok. aktif bukan main. :D
Anak abang kita pula ada 3 pusar.. hahaha. Ikut jejak abang kita. abang memang nakal dan pernah kena ikat dekat pokok kelapa. Anak dia tak la senakal dia. Maybe sebab didikan dan kawasan perumahan kot.

Syakirah said...

Anak saya pun ada dua pusar. Memang banyak akalnya.. Hehe
Pengalaman Ajar Anak Free Diapers

Eddin Noreddin said...

Saya sendiri ada dua pusar di kepala,memeng betul saya nakal dan keras kepala tapi ingat,saya menjadi manusia sebab ibuku selalu pukul aku dengan kayu api,lepas tu saya tidak berapa nakal di rumah je,tapi kalau sama2 dengan kawan nakalku ini akan keluar menghibur mereka hihi..

Kambing Metal said...

Apa yg u ckap semua betul.. ada pada anak saya....

Fiz HR said...

Kalo ado 3 camno?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...