21 October 2015

Tanda-tanda demam KEPIALU

Demam Kepialu atau Tifoid kini melanda KL, takut kan, dunia akhir zaman, macam macam penyakit pelik akan muncul, ntah dari mana mana. Tapi demam kepialu ni lebih kepada pencemaran, kebersihan. Kalau kat KL ni, tikus sume besar gajah, dah sama besar dengan kucing dah aku rasa. Aku kalau kedai yg ala ala senduu tu, aku mmg fikir 2 3 kali nak masuk, sbb aku mmg takut. Badan aku ni jenis senang kena cirit atau sakit perut.

Ada lah 2 3 kali, lepas makan luar, balik rumah aku cirit, suami aku pon sama. Haih, serik rasanya, pernah jugak suami aku cirit, then terus dia kata rasa nak demam, aku cepat cepat suruh dia makan ubat. Risau sgt melarat. Biar lah makan ubat awal awal.

Minggu ni pun kalau boleh, aku dah start nak makan kt office je. Bawak bekal, malam masak siap siap, pagi bangun just buh dlm bekal. Jimat pong jimat. Kihkih. Kat bawah ada aku tepekkan tanda-tanda terkena demam Kepialu. Cara pencegahan senang je, jaga kebersihan, itu je keyword dia. Basuh semua makanan bersih bersih minum air yg dimasak. Makanan yg terdedah, jangan makan. Kalau boleh masak je kat rumah. Nasi putih dengan telur pun jadi lah, janji perut kenyang. Hehehe.

7 comments:

Diana Rashid said...

macam2 penyakit la..demam kepialu ni dah lama sebenarnya..zaman akak kecik2 dulu pun ada.tapi macam bermusim pulak dah..sekali datang ramai yang kena..berhati2 je la sekarang ni..tak salah kalau rasa was2 bila masuk satu2 kedai makan tu..

AziRahmanDot Com said...

macam-macam sekarang ni....moga urusan kita semua dipermudahkan dan dijauhkan daripada perkara2 yang merbahaya

Amanda Suria said...

semoga kita semua di jauhkan dari bencana Demam Kepialu ni....

Hafizul said...

Semoga kita sentiasa dilindungi...memang parah la kalau badan tak sihat..

Anonymous said...

Jauhkan lah daripada kita semua wabak penyakit macam nie

aRz MoHa said...

Mudah-mudahan terhindar dari sebarang penyakit

Rizziela said...

dengan keadaan cuaca kita mcm ni..mcm2 penyakit akan dtg...semoga kita sentiasa dipelihara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...