05 October 2015

Tips Kekal CANTIK dari Rozita Che Wan

Rysya Skincare


Bila ada je event yang melibatkan Che Ta, aku mula lah excited tak tentu hala, kenapa? sbb aku suka sgt dengan Che Ta ( Rozita Che Wan ), aku suka tgk baju yang dia pakai, tudung dia, perhiasan dia, makeup dia, cara dia cakap, cara dia gelak, mmg aku suka sangat, First time aku jumpa che Ta dulu masa event Jakel ( klik sini ), masa tu mmg excited, tapi wat lex je, jangan nampak sgt.hahaha. Kali ni, bila dijemput oleh Puan Wawa ke ' An Evening of Beauty Hi-tea bersama Rozita Che Wan ' mula lah excited tu membuak-buak semula.hehehe.


Majlis Hi-Tea diadakan di Ruang Subang Jaya SS18, aku familiar jugak dengan Ruang ni, sbb dah 2 3 kali dtg event disini, so okay lah, dah tau selok belok jalan.kihkih. Majlis bermula pada jam 3.30pm, masa kami sampai tu, hujan selebat-lebatnya, habis senget-benget bahu pegang payung.haha. Tak pe, tak kisah, Che Ta punya pasal. Bila nampak Che Ta masuk je, haih~ walaupun hujan lebat, dia tetap nampak cool, tetap cantik, kurus, tinggi, slim. hurmmm~ nak jadi mcm Che Taaaa~ hahaha.

Majlis secara santai ini merupakan majlis beramah mesra bersama media, dan pengedar product Rysya Skincare selepas majlis pelancaran produk Rysya Skincare pada 19 Mei lalu di Publika. Pengasas Rysya Skincare iaitu Puan Noorazlina mengambil peluang ini untuk berkongsi KEHEBATAN 5 product Rysya Skincare ini. Che Ta juga sambil santai-santai share tips dia kekal cantik walaupun usia dah mencecah 40an.

Rahsia Keanjalan Kulit Che Ta


Che Ta bagi tips haritu, kalau nak kulit kita kekal cantik, bangun pagi-pagi, terus cuci muka dengan air sejuk, tiap tiap pagi, tak pernah miss. Dia juga bagitau, jangan sesekali cuci muka dengan air suam atau panas, kerana ia akan menyebabkan pori-pori muka kita terbuka, so akan nampak lubang-lubang kat muka kita, so tak lawa lah kan.hahaha. lepas cuci muka, jangan lupa terus pakai TONER, kerana, bila kita cuci muka, pori muka kita akan terbuka, lepas apply toner, pori-pori akan mengecil kembali. aku terus rasa nak pergi cari TONER, hahaha. aku punya lah malas pakai toner, haha.

Che Ta juga bgtau, jika kita guna sesuatu product, pastikan guna dalam masa 2 bulan, jangan skip skip, sbb kalau skip skip, kita takkan dpt nampak result dia. mcm Che Ta sendiri, bila dia dah jadi Duta kepada Product RYSYA skincare ni, dia mmg totally menggunakan semua product dr Rysya, buat apa dia nak bazirkan duit pergi facial or beli product lain kan, sbb dah sah sah dia DUTA, so stock product mst lah banyak.

Puan Noorazlina adalah kawan kepada Che Ta, disebabkan itulah Che Ta sanggup menjadi duta kepada product Rysya. Che Ta sendiri mencuba product ini selama 2 bulan, sebelum menjadi duta.
cantik kan kulit Che Ta, jeles!!! hehehe.


Di Majlis ini, Rysya Skincare juga memperkenalkan Pakar Perunding Imejnya iaitu Puan Wawa Idris, Puan Wawa akan kongsikan tips-tips penjagaan dan penampilan diri, serta kaedah menggunakan produk Rysya, Puan Wawa jugak akan buat roadshow, untuk mereka yang berminat untuk mengubah penampilan diri, dan make over ni khas buat mereka yang berbadan gempal, mcm aku! hahaha. Puan Wawa berkata lagi, cantik tidak semestinya terletak pada saiz tubuh, yang berbadan besar juga berhak untuk kelihatan cantik, Tahniah Puan Wawa, satu usaha yang sangat murni. Puan Wawa mahu, semua wanita di Malaysia menjaga penampilan dan selalu kelihatan cantik. gittew~ baru lah suami duduk rumah je.hehe.

Rangkaian Produk RYSYA skincare terdiri daripada Rysya LY cleanser, Rysya LY Toner, Rysya LY 24K Gold Serum, dan Rysya LY 24K Gold Miracle Cream. Produk-produk ini memberi kebaikan untuk mencerahkan kulit, menjadikan tona kulit lebih sekata, melembap dan memberi keseimbangan pada kulit.

Rysya LY bird Nest Body Scrub pula dirumus dr sarang burung Walet yang sesuai digunakan sebagai agen anti penuaan dan mencerah serta menganjalkan kulit. Produk Rysya sesuai digunakan oleh kaum lelaki dan jugak wanita, dan remaja seawal usia 18 tahun boleh menggunakan produk Rysya. sape nak cantik sampai tua, boleh guna produk ini.hahaha.


LY Bird Nest Body Scrub - Sabun buku bukan alkali yang mengandungi sarang burung Walet dan kolagen. Ia membersih, melembap dan mencerahkan serta menegangkan kulit badan untuk menjadikan kulit lebih muda dan sempurna. Ia merupakan formula unik dari THAMES SKINCARE dan sangat disyorkan oleh pakar kulit Rysya. Sesuai untuk kulit sensitif.


LY Facial Cleanser - Ia membersihkan segala kotoran dan menjadikan kulit wajah lebih segar tanpa mengganggu kelembapan semulajadi kulit. Ia tidak akan akan meninggalkan kesan kering setelah dibilas

LY Facial Toner - Melindungi kulit, menjadikannya kelihatan berseri, lembut dan licin. Penggunaan yang konsisten membolehkan kulit wajah tegang dan mengecilkan liang-liang pori. Mampu melembapkan kulit, memastikan ia sentiasa terhidrat dan memelihara kulit daripada menjadi kering. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif


LY24K Gold Serum - Membantu merangsang regenerasi kulit. Melawan tanda-tanda penuaan secara semulajadi. Serum ini mempunyai manfaat untuk memelihara kulit supaya sentiasa terhidrat, meningkatkan khasiat dan mampu mencerahkan kulit serta dapat mencegah pertumbuhan jerawat. Ia juga dapat menguatkan sel-sel kulit

LY24K Gold Miracle Cream - Mengandungi ramuan anti-penuaan untuk yang telah dipatenkan. Ia mampu melambatkan proses penuaan kulit dan meningkatkan jumlah kolagen dan serat, menghalang kerosakan serat, melawan radikal bebas serta merangsang tenaga sel-sel untuk mengurangkan kedutan kulit. Ia membantu meningkatkan ketegangan, keanjalan dan kelicinan kulit. Formula vitamin C mampu menggalakkan aktiviti kulit supaya jadi lebih muda

SO! jangan lupa untuk mencuba hokkay! harga sangat perpatutan dengan kualiti yang korang akan dapat, bila lagi nak cantik mcm Che TA! hehehe.

Kelab Blogger Ben Ashaari. TQ for inviting US!
for more info, visit :

Webpage: www.rysya.com
Instagram: @rysyaskincare #rysyaskincare

Whatsapp: 019-738.8866
Office: 03- 7831.8669
Alamat: Thames Skincare Sdn. Bhd, D10-9-1, 
Blok D10, Pusat Perdagangan Dana 1
Puan Wawa with the Real RYSYA~

6 comments:

YB Shehan said...

cantik la bekas dia..

Julia Johari said...

Oh kena guna toner eh hmmmm hmmmmm hmmmm kena rajin baru dpt kulit cantikkan huwaaa...good tips

Diana Din said...

maintain cun Che Ta :)

Allene typicalmommy said...

sapa tak nak cantik kan... uhuhuh

Faziera193 said...

Berapa harga dia??? Ekekeke

Bella Idura said...

ok.. tq rara.. nk guna that tips.. 😜

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...