Ummiza Cafe, Masakan Melayu dan Oriental
Apa yang istimewanya Ummiza Cafe ni? Ummiza Cafe menyediakan masakan Melayu dan Oriental, sape yang berdekatan dengan kawasan sini, boleh lah lepak lepak makan di sini, kawasan luas, selesa dan bersih. Ummiza Cafe dibuka dari hari Isnin - Sabtu, Ahad cuti. aku kalau pergi kedai makan, aku suka masuk toilet dia untuk tau tahap kebersihan kedai ni, tapi aku sangat terkejut, sbb toilet dia sangat bersih, di sini juga ada surau. so tak perlu risau nak Zohor kat mana, nak Asar kat mana.
Ummiza Cafe menyediakan makanan seperti breakfast dan lunch. Kami datang tadi, pihak Ummiza Cafe menyediakan lunch yg terdiri dr masakan masakan ala kampung, dan yang paling best sbb ada masak lomak cili api siput sodutt.hahaha. aku makan gulai rebung td, perghh terangkat wehh! Mmg sedap. Kuih muih pun disediakan juga tadi. Karipap panas panas. Pun sedapppp!!!
Lauk pauk pula berdasarkan menu setiap hari.
Contohnya : Ayam masak merah, Ayam kicap berlada, Ayam masak lemak cili api, Ikan kembung berlada , Ikan keli berlada, Asam pedas ikan, Udang sambal, Sup cendawan, Gulai ayam kg campur kentang, Gulai rebung, Gulai pucuk ubi, Kari daging cmpur kentang, Gulai siput sedut, Ayam goreng, Ayam masak merah, Ayam kicap pedas, Keli belada, Kembung blada, Ulam-ulaman, Sambal udang petai, Sambal bilis dan kuih muih.
Oh ya! Di Ummiza Cafe, mereka juga meyediakan perkhidmatan tempahan makanan, tetapi dalam jumlah 300 orang kebawah sahaja, sesuai untuk mereka yang ingin membuat makan makan untuk keluarga, makan farewell di pejabat ataupun untuk majlis hari lahir dan ulangtahun. Senang kan, kdg kdg kita x punya kakitangan untuk masak, so boleh tempah je, tak perlu risau.
Seriously, makanan di sini sedap. ' terasa ' semuanya. Hehehe. Terima kasih Puan Ummiza kerana siap bg kami tapau.hehe. semoga Puan Ummiza selalu dimurahkan rezeki. AMIN. Sama sama lah kita menaikkan perniagaan anak muda ini.
![]() |
Pemilik Ummiza Cafe, muda muda lagi. |
Alamat : No 229, Batu 29 Kampung Jenderam Hulu Sepang.
Untuk tempahan boleh hubungi : Puan nor - 0196682069 Ain - 01110602569

memang sedap kan..
ReplyDeletepergh.. btul. sy suka check toilet gak..
ReplyDeleteBetul betul sedap! Kenyang perutt.heee
ReplyDeleteAAAAA...terliur nyer!
ReplyDeletepilihan menu² memang terbaik.. sangat memikat selera!
ReplyDeleteperghh...nmapak pun sedap2...sambal ayam dia mcm yg dimasak dirumah..siap ada cili2 yg tak berapa hancur tu...sedapppp....
ReplyDeleteterkenang kenang kat siput sedut
ReplyDelete