20 November 2015

bila kau nak HOMESCHOOLING anak kau?

masa mengandung, banyak info pasal mengandung, lepas beranak, pasal breastfeeding, lepas tu carrier, lepas tu lepas tu lepas tuuuuuuuuuuuu semua info akan dicari gali mengikut kesesuaian umur anak ko. Tahun depan Princess dah nak masuk 4 tahun. 4 tahunnnn! ko percaya tak? 4 tahun! aku masih dlm mamai mamai, laki aku? jangan cakap lah, dia masih anggap anak dia baby.hahahaha. Untuk Princess, kami memberikan dia segalanya, #rasanyalah. Makan, Pakai, Kasih Sayang, Didikan, InsyaAllah cukup, sampai lah kami bagi dia sebiji tablet. dari umur dia setahun, dia dah ada tablet sendiri #murahjeponnn.

Baru-baru ni, ada kisah pasal Tab, Ipad segala di FB, agak viral gak lah sbb semua mak pak share pasal hal tu, ada ada yg blame diri sendiri sbb bagi tab kat anak. errrrrr. aku no komen, aku mmg bagi tab kat anak, sbb mcm aku cerita dlm post sebelum ni, aku taknak anak aku jadi ' jakun ', sbb dr zaman aku sebelum ada anak, aku ramai tengok budak budak yg suka mengendeng. bila kita bukak fon je, berkerumun budak budak nak tengok fon kita. sume nak cuba tekan, nak cuba explore, apa benda tu? apa benda tu? Kalau boleh, aku tak nak anak aku jadi cm tu. Zaman sekarang kan zaman IT, aku tak pelik jika nanti zaman Princess sekolah, dah tak payah bawak buku dah, semua silibus dah dalam tablet, silap silap makmal komputer pun dah takde, sbb yelah, sekolah dah ada wifi kan, kat rumah pun wifi, mana mana pun ada wifi.

Kalau tengok siri Upin Ipin yang baru, Episod Cuai Cuai Cuai tu, cikgu Melati bg dorg tablet sorg satu, sbb tadika dah x pakai buku, Mei Mei lah orang paling sedih.hahaha.

So berbalik kepada cerita homeschooling ni, sekarang geng-geng mak-mak gojes aku tengah sibuk semua nak homeschooling anak, seronok gila! bagus jugak bila kita ada kwn-kwn yang mcm ni tau, dorang suka kongsi benda yang best-best untuk kebaikan anak kita, bila kita dalam dunia kita sendiri, kadang-kadang kita tak sedar yang kita terlalu leka dengan dunia kita sendiri, banyak sibukkan hal lain dari anak, kwn-kwn ni lah yang tarikkkkkkkkkkkkkkkk kita semula, buat kita buka mata yang, we have to do something! hah gittew~

Aku baru tersedar yang aku dah kena buat sesuatu dengan Princess, Princess budak yang panjang akalnya, dia suka belajar, suka bertanya, suka explore, tapi dia nak dengan kawan, dia nak buat sesuatu benda tu dengan fun, dia tak boleh nak mengadap satu benda tu dengan serius. ABC, 123, Al-Fatihah Alhamdulillah dah kenal, dah boleh baca, so aku rasa, aku kena tolak sikit sikit masa sibuk aku tu, aku kena tumpukan sikit lebih lagi perhatian untuk dia. Aku mungkin terlalu sibuk dengan dunia aku, baking, blogging, dan sebagainya. aku taknak nanti, tetiba sampai masa aku perlu cakap pada diri aku, " aku dah terlambat " Ya Allah, takutnya, tak nak lah mcm tu. Aku nak limpahkan seluruh kasih sayang aku untuk Princess.

Aku nak cuba had kan waktu dia tengok tab. Boleh tengok you tube, boleh tengok Upin Ipin, boleh tengok Marsha and The Bear, boleh tengok Play Doh, tapi kena ikut time. Sebelum ni, waktu dia tengok You Tube adalah Jumaat Sabtu Ahad je ( ahad sampai petang ) tapi now, aku kena buat rombakan lagi.

Isnin hingga Jumaat tu aku kena selitkan sesi belajar + mengaji ( Iqra ) tak boleh mainnnn je, weekend jugak kena selitkan sesi belajar + tengok You Tube. Aku maybe kena korbankan masa aku, aku jugak kena displin, aku jugak kena bangun awal, aku kena prepared semua bahan-bahan. Kalau aku pun kelaut, mcm mana kan. Masa ni lah aku rasa, jadi WAHM tu best. hahaha.


Bila tengok anak sendiri pandai, kita jugak seronok kan, walaupun nanti dia akan masuk sekolah, tapi tak salah kalau kita ajar dia dulu sikit sikit, dapat eja nama sendiri pun dah cukup bagus kan. Tahun depan Princess masih duduk di taska, aku tak hantar pun dia tadika, umur 5 tahun nanti baru hantar tadika, nak tunggu dia betul-betul free diapers, betul-betul bersedia untuk tempuhi dunia baru. Ya Allah, dah besar anak aku. *tears

so start disember ni, aku kena lah homeschooling dia dulu, homeschooling santai-santai, happy happy. Walaupun dekat taska dia ada belajar, kat rumah pun aku kena jugak ajar, dlm masa yang sama, boleh dia main-main dengan aku, aku pun boleh lebihkan masa dengan dia, bonding time kekdahnyaaaa. Papa Princess dah kerja kat sini, senang lah sikit, papa Princess pun boleh gilir gilir jadi Cikgu, Cikgu Ibuu dan Cikgu Papa, hehehe. Mungkin papa boleh jadi cikgu mengaji. hehe. Buku-buku mmg dah banyak sebelum ni, kita habis kan dulu yang tu. Tema kita homeschooling, santai, happy, jimat. hehehe. Takmo bazir bazir.hehe.

Semoga aku istiqomah. Semoga semangat aku ni tak datang sekejap je. Semoga nanti, bila aku dan suami dah tua, kami boleh senyum melihat apa yang kami korbankan ini. Ewahhhh~ kalau sembang, nak sampai tua saja, hahaha. Aku, biasalah, kalau berangan, sampai ke lagit ke 7, hahaha.



Kenapa aku cerita semua ni? sbb aku sendiri nak naikkan semangat aku, mungkin juga mak mak yang lain bersemangat juga, mana nak tau kan, moh lah kita. terselit skali doa untuk anak pandai belajar, doa untuk anak mudah menghafal, dan jugak untuk rujukan aku sendiri nanti. Semoga di permudahkan. Doa banyak banyak. heeee. bai ♥

8 comments:

Dkna Abza said...

ajar mikhail kat rumah..tapi hampeh dia tak layan ibunya..hahhahahaa..

Nurzakiah Hanum said...

amin :)

Rizziela said...

Saya hantar anak g tadika masa umur diaorang 4 tahun.. kat rumah susah nak ajar sebab maknya bz ... hahaha

Chekgu Azrine said...

InshaAllah..akk doakan

Nafisa81 said...

Jadi wahm tu best...kalau anak baru sorang atau dua...
Jadi wahm tu best...kalau tetap disediakan seorang pembantu utk kerja2 cleaning...
Jadi wahm itu best...jika boleh hantar anak ke taska half day..lepas siap kemas rumah baru ambik anak...

Tapi...mmg best jadi wahm ni...hihihi

emalin mohd said...

Tahniah! Memang mengajar anak ni perlukan konsistensi tetapi apabila anak dah belajar menguasai memang rasa gembira sangat

ArELeEz said...

good luck! hwaiting!

mrs kayrul said...

aku x mula2 pun lg homescooling nie..bahan bacaan banyak tapi maknya plak bz...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...