05 November 2015

Krabi Anniversary Vacation - Day 1

Unplanned Trip


hah! marilah kita mulakan cerita, siap dah semua kerja hakiki, lunch time ni, curik sket masa, guna masa sebaik-baiknya ye kawan-kawan, masa itu emas.hehehe. Actually Anniversary Vacation kami ni seriously unplanned. gila gila punya trip, haha. tak gila sangat lah sbb kami ada masa 2 minggu untuk prepared segalanya.

Anniversary kami 28 Oktober, asalnya aku nak book Sepang Gold Coast tu je, lepas tu dari sehari ke sehari, survey punya survey, aku mcm, ermmm nak ke tak eh, nak ke tak eh? last last pagi 13 Oktober tu tetiba je aku bukak Air Asia, tengok-tengok ticket flight, dah lama dah survey sebenarnya, dan kebetulan, ticket ke Krabi masa tu agak murah, boleh lahhhh~ so trus PM Ida Baharum yg agak expert bab bab ni, ida pon kata " murah lah tu ra " sooooooo! tanya pulak suami aku, dia kata " ikut eb lah " kalau ikut aku, klik klik klik, siap tempah! hahahaha.

Ni first time dalam hidup aku, aku tempah ticket flight, sebelum ni sume laki aku yang buat, dengan bantuan ida, dapat lah 1 penerbangan ke Krabi pergi dan balik pada 30 Oktober 2015 - 02 November 2015. hahaha. Ida sampai cakap aku gila, buat kerja gila, tetiba je beli tix flight.

Bukan apa, aku fikir mcm ni, kalau asek teragak-agak, mesti kita takkan capai apa yang kita nak tu, so terus kan jelah, sbb aku mmg dah tanam cita cita masa awal-awal tahun haritu, akhir tahun ni, aku nak pergi bercuti, kebetulan pulak as our Anniversary Trip, so mmg cun cun lah.hehe.

Princess belum pernah ada passport, papa Princess pulak passport nya dah mati, aku sorg je yg hidup lagi sampai 2017, so kelam kabut lah renew dan buat passport untuk Puteri Imann Sophea. untung ko nak, umur 3 tahun dah pergi bercuti, mak umur 23 tahun baru buat passport.hehehe. Entry Passport Princess

Tips ke Krabi


Sebelum pergi, aku banyak google pasal Krabi, pasal barangan yg perlu dibawa, pasal Island Hopping, price, tentang Hotel, tentang makanan, tentang pulau, dan mcm mcm lagi lah, banyak jugak Blog yang membantu, bila google google, semangat untuk ke Krabi lagi lah membuak-buak kan.hehe.

Barangan yang penting untuk ke Krabi : Of course lah passport, dan apa apa yang berkaitan dengan flight. Adapter kalau nak bawak pun boleh, kalau taknak bawak pun xpe, sbb mcm Hotel yang aku stay tu, boleh je cucuk plug 2 pin kita ni. Duit secukupnya ( duit kita jatuh sangat ) sobs. dan actually pergi ke Krabi pada hujung tahun ni a bit risk lah, sbb cuaca tak menentu, petang kadang-kadang hujan, so aku masa sebelum pergi dan masa kat sana, berdoaaaaa banyak-banyak agar semua urusan dipermudahkan, agar cuaca baik sepanjang kami kat sana.

Lagi satu tips, pada aku lah, umur anak 3 tahun ke atas adalah paling sesuai untuk trip ke pulau, sbb masa tu anak kita dah bijak sikit, dah tau apa yg dia suka dan tak suka, senang nak handle, sbb kalau 3 tahun ke bawah, dorang cepat letih, nak tidur, nak makan, nak susu. Trip Island Hopping adalah sedikit memenatkan sbb kita akan transfer dr satu pulau ke satu pulau, so kalau nak berdukung je, kita yang letih, dan x berapa dapat nak menikmati pulau.hehehe. Pulau biasa lah, kan panas sikit, then agak kesian kat baby. #pendapatakulah kecuali kalau korang tak pergi snokle or island hopping so okay lah~

banyaknya bebels, hahaha, korang baca ke ntah. hahaha. ok jom teruskan.


Pada 30 October tu flight kami jam 5.05PM, actually satu kesalahan aku kat sini, kami dah rugi 1 hari, sepatutnya aku amik flight pagi, tapi sbb flight pagi tu mahal, aku laju je klik flight petang, hurmmm, bila fikir-fikir balik, ruginyaaaa masaaaaa. kami sampai Krabi Airport jam 6PM lah waktu Malaysia, tp Krabi lewat sejam, so masa tu dorang baru pukul 5PM, tapi pukul 5 dorang mcm dah nak magrib. Perjalanan ke Krabi sejam je, ngam-ngam, mmg sharp 5.05pm kami take-off, on time betul pilot AA ni.hehehe. good job.

Haritu kami wrap luggage kami, banyak kes beg pecah masa sampai, ntah dorang campak ke hape tak tau lah, untuk wrap ni RM10 je, better wrap lah sebelum apa apa jadi kan.


Sebelum gate bukak, isi perut luuuuu~ aku tak makan haritu, tak selera, kofkofkof, sbb too excited.haha. so lepak Gloria Jeans je mkn chicken curry puff, sedap yg hamat! flight aku haritu kat KLIA2, tak best ah mcm KLIA, hahaha.

yeay! our first family vacation!
see this girl, dah mcm katak pisang.hahaha
yeay kaka nak naik aeroplane.
haritu, selain maknya yg excited, anak nya jugak excited kemahen, aktif betul budak ni.hehehe. baju pun pilih sendiri, suami aku je jugak pandai hide dia punya excited, kihkih. laki aku dah siap siap check-in online, so xde masalah dah. just drop luggage je, aku beli 20kg, sbb barang kami ber3 mmg banyak.hahaha. kalau hand luggage je x terbawak rasanya.

1 seat untuk dia.
senang jaga! hahaha
Anak dara ni, kenyang makan, lepas take-off je dia bantai lena.hahaha. baru je nak ckp " kakak, tengok awan tengok awan ' tapi pandang sebelah, dh tido.hahaha. good girl sangat!

larik dari jerebu di Malaysia, Subhanallah! indah bila dapat tgk awan.
yeay sampai dahhhhh! hehehe

Transportation kami dh book siap-siap daripada hotel, so sampai je dah ada orang menunggu, taxi dia Altis weiii! hahaha. Driver ni bawak laju gila, tapi lexxx je, cool jee. bagus lah! laki aku bagi tips sikit kat dia, kat Krabi ni mana-mana pun mst ada tips box, hulur-hulur lah sikit.hehehe.

ajet ajet lomantik, pakai baju came came.hehehe

Hotel Best dan Selesa di Krabi


Kerja laki aku, untuk kaji keadaan geografi di Krabi, hahaha. gigih tau dia bukak google map, yg real tu, google hotel ni celah mana, hotel tu celah mana. Good job sayang! hahaha. lepas tu baru kami decide nak stay kat mana. Untuk malam yang happening, korang kena duduk kat Aonang, kecuali kalau nak privacy sgt, tak nak bising, boleh lah duk kat Krabi town.

Hotel area Aonang ni sangat banyak! pilih lah nak duk yang mahal ke, murah ke, tepi laut ke, atas bukit ke, depan pub ke, hahaha pilih je, aku pulak pilih yg dekat dengan pantai, selesa dan bilik yang besar dan selesa, laki aku peelnya, xsuka bilik sempit sangat, nanti dia rimas. So kami pilih untuk stay di White Sand Krabi Hotel.

semua receptionist dia PONds! hahahaha. ni nama dia coffee, baik gila!

Tak ramai sangat orang review tentang hotels ni, kami pun agak-agak je hotels ni best, lepas book, ada yg komen kat page, hotels ni bising sbb depan dia pub, hmm xpelah kami redhaaa.hahaha. Tapi bila dah sampai sana, best gila hotel ni, hanya 10 minit kalau jalan kaki ke tepi laut, dekat dengan kedai-kedai, mmg depan dia Pub, tapi kami okay jeee, best jeeee, happening gila!

ada lift walaupun hanya 5 tingkat.
jakun main sliding door.
Hotel ni WIFI dia kuat gila, kami mmg tak beli pun sim kad sana, balik hotel baru upload piccy, mmg family time habis habis lah masa Island Hopping, mmg x pegang fon, pegang camera je.hehe. Aku mmg recommended sgt hotel ni kat korang. Tapi kalau bajet korang besar lagi, boleh stay kat Aonang Princeville Resort #rarawishlist hehehe.


Lepas letak letak bag, kami terus keluar semula, cari makan dan cari agent untuk Island Hopping esoknya. Sini senang, kami main Jamak je, tak yah susah susah.hehehe. Aku suka sangat Aonang ni, ntah lah, suasana dia sangat best. seyes aku nak datang lagi.


Sebelum makan, kami pusing pusing sana sini cari agent untuk Island hopping, kami cadang nak pergi Phi Phi Island. Sanggup kami tahan lapar, pusing pusing cr agent dulu sbb harga makin mahal, sbb Sabtu kan, mst ramai orang, dorg pulak mesti mark up harga, nak nak jugak dah nak masuk November peak seasons orang kata.

Rata-rata dorang akan letak harga 1800bath untuk trip ni, tapi aku awal awal dh survey, paling murah boleh dapat 900bath, kalau dpt 800bath tu luck korang lah. Pusing punya pusing, cari punya cari ada yg bagi harga 800bath, tapi x masuk national park, pasal national park ni sok aku cite lain eh. last last kami dapat harga 900bath all in untuk ke Phi Phi Island. aunty ni baik sangat! dan Princess is FREE! yeay!!! jimat dah! hehehe.


Masing-masing dah mengigil lapar, so main singgah je kedai mana yg ada tanda Halal, last last pergi kedai nama Namaste, hahahaha. choii lah! kat sini kemahen banyak kedai Indian + Thai food, mcm kita lah, ramai mamak, asal lalu je, ' assalammualaikum ' bagi salam pastu ajak makan kedai dia, stress aku. so sbb dah lapar, masuk jugak lah! nasib lah makanan ko sedap! tapi mahallllll! nampak x tomyam tu? 100bath tau! kalau dulu 100bath bersamaan Rm10 kita, skrg nak dekat rm12, ikan merah tu 200bath, pengsan~ mmg agak mahal makanan kat sini, tapi sedap! ikan seyes FRESH sangat.

pakcik Aziz!
huaaaaaa rinduuuu!
Lepas makan nasi, jalan lagi, rugi lah kalau masuk tido awal kan, #ehh, hehehe. jalan jalan cari pancake, disebabkan malam 1st day kami tak sewa motor lagi, so jalan kaki area dekat dekat jelah, depan sikit dari kedai namaste ni, ada satu gerai pancake, bukan YAMINLAH, tapi sedap dari Yaminlah.hahaha. nanti cerita entry lain okay! haha. sabaq naaaa! laki aku pulak sibuk cari Manggo Sticky Rice dia tu. hahahaha. hari hari weh kami mkn Nutella Pancake dgn Manggo sticky rice ni, best gila! SYorgaaa! hahahaha

gigih nak jugak topi! choiii! nanti aku cite pasal topi ni! hahaha

Habis jalan jalan, 11PM balik bilik, GET ready for Island Hopping tomorrow! yeay! walaupun bising depan bilik kami tu PUB, tapi memasing tidur lena, papa je keluar semula g cari kedai massage kaki, sabor jelah aku. hahaha.


roughly budget :

Flight Ticket 3 person - RM856.24 return

White Sand Krabi Hotel - Rm427

Taxi to Hotel - 1000bath return

Luggage Wrap - RM10

Makan Gloria Jeans - RM45

Phi Phi Island Tour 2 person - 1800bath

Nutella Pancake - 40bath

Manggo Sticky Rice - 40bath

Dinner - 572bath

TOTAL - RM1693


NEXT ENTRY, Island Hopping
PHI PHI ISLAND! yeay!

p/s sorry for entry yg super panjang.hahaha.
malas nak buat banyak part.

32 comments:

idzwa kamaruddin said...

panjang pun akak baca! best nyer lah ai!

YB Shehan said...

comelnya. cantiknya. besnya

FeeQ said...

Bestnya hahha

Amanda Suria said...

Lagi panjang lagi akak suka especially bab travel ni...

as ♥ Leenda said...

akak bace rararar..jgn risau..ko tulis je..haahhaha

CikNaa said...

bestnya ra!

Mrs Yatie said...

hehe. panjang pun PG sanggup baca. kot-kotlah rezeki nak ke tempat yang sama kan. boleh jadikan panduan. hehe. thanks share! tak sabar next entry :)

Ira Rahim said...

Sungguh excited for next story..

yoorin melacolea said...

aaa..best nya rara..panjang pon xpe..sebab syok lah baca...hahaha

Raihana Humaira said...

Rara aku dah baca dahhhh
Perghhhhh next year aku kumpul duit hehehe

Nursaila Norman said...

cantik gambar2 rara! wpun saila x berapa berani nak vacay luar negara (haha!) cukup lah i baca citer2 kawan je. next entry pleaseeeee :)

PinKy MoMMa said...

ra tengok ari tu pertama punya belanja pn dah pengsannn hahahahaha..

Cik Puan Eka said...

Baca takdak tinggal satu baris pon hahahh. Kite nk sgt gi kerabbi. Haha #ekawishlist tp bila akk kata klu dh besar skit bawa bby lg ok kn. So bertabah tggu mek adra besau skit.

Best nyee tgok incess. Aduh penkek tu. Aaa ngn pulut mango tuu aaaaa.

Azlinda Azman said...

suka akk baca, ra !! Plan nk g Krabi raya aritu, tp xjd sbb cuti dah nzak. Nxt year lah kot ! Mmg nak cari pulau supaya budak pun relax. poket pun relax. Berbanding tempat shopping kan

Zaza Abdul Latif said...

bagus buat 1 part je.. kalau banyak2 part sangat pun org boring.. 1 part cerita pendek je baik buat sekali harong..
anyway Krabi is the best place to have fun wpun bawak anak sebesar Princess.. :)

AziRahmanDot Com said...

Bagus rara update detail skt sbb tengah survey pasal krabi ni hehehe....biar pun panjang akak akan tetap baca..

Noorsha Muhamad said...

cntik gle pulau tu.. waaa..

mas saari said...

bestnya!
mmg tempat impian nak pi suatu hari nanti..

Intan Syafiqah said...

wuhoooo!! bestnyaaaaa

anez zamri said...

Bestnyaaaaa..nak lagi dan lagi..jangan lupa cita pasal topi dan pancake tu..aku igtkan ni..hahahahaha

Faziera193 said...

Hotel yg kak rara duduk tu memang sebelah menyebelah je ngan hotel iera duduk dlu..area aonang dekat ngan laut ni mmg best! Keluar jalan malam2 seronok je rasa kann? Nutella tu mmg aum!! Rindunya nak g lagi!

nuyui a.k.a miss YUI said...

bc ni rasa smgt nk p sana gak..huhuhu

ain.ya.nun. said...

Sebagai urusetia conference di Krabi, akak dah hafal flight time ke Krabi ra. Pukul 7, pukul 4, pukul 5. Haha!

Memang ko rugi amik flight pukul 5 :p

dalila said...

i is baca dr awal spi habis..no skip2..hehe..
wohooo..ngidam nk pegi tp ank kecik lg..harap2 sempat la pegi sebelum peknen lagi n lps baby dh 3thn..hikhik..
memandangkan hubs rara dh kaji keadaan geografi, so i pilih hotel ni la nnt..hihi..pub tu #apeadahal..br happenning..haha..speedy update pelisssss..

#rara pakai instant shawl yg rara jual tu ke?eh..tp nmpk mcm chiffon..santekkkkkkkkkkkkk sgtttttttt..terletak elokk je..tp klu ku pakai musssti nmpk mukaku bolaattt..huwaaaa..

Melissa Muklis said...

bestnyaaaaa, kak..
jeles lahh tengok.. bilalah Lissa punya giliran T_T

siti alfakhishah aman said...

bebels banyak pon alise baca.. janji selit dengan gambar..

Julia Johari said...

masuk list....krabi mmg best lagi2 pantai tu wowwwwwwwww

Aeen said...

aku pun ra kalau tak dah lama dah pegi krabi ni...2x xdpt pegi..kali pertama ticket dah book sampai harinye ticket burn je..sbb time tu terkena tarikh due date bersalinkan raees..hahahah...masa beli ticket xtau pun pregnant..kali kedua tahun ni..company trip..xpegi sbb husband xdpt cuti..sob sob...bile la dpt pegi ni..

anajingga said...

penat Rara taip, seronok baca dan paling suka tengok aksi-aksi princess yang tomei sangat2 tuuu :)

Yana Libra said...

bestnye~~
pancake tu mmg kena try kan. Sana je ada jual kot..hehe

mrs kayrul said...

selamat baca..aku emmang suka baca blog yg karang panjang pasal cite bercuti nie..baru puas hati...kena kumpul duit nie...list g bercuti ke sana plak

::EIDA:: said...

aku datangg raaaaaaaaa.. HAHHAHA heppinyaaa. kemain lan kuar cari massage. kompem kan massage je? hahahahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...