09 November 2015

Krabi Anniversary Vacation - Island Hopping ( Phi Phi Island )

Pakej Phi Phi Island Murah dan Best


Hai korang, kembali untuk entry ke-dua, dah baca ke entry semalam? Krabi Day 1. Jangan lupa baca dulu okay! hehehe. Semalam aku pilih gambar dan edit je bape jam, letih gila! sume pic lawa.hahaha #perasan. Picture untuk entry ni aku tak letak watermark pon, sbb dah x larat. hahaha. jangan curik tau pic ai! hahaha. AWAS juga, ada 66 gambar dalam ni. mohon ampun kalau guna data korang banyak.hehehe.


Tips untuk Island Hopping


Aku takde lah bagi tips details tau, aku bg tips ikut style aku jelah, hahaha. perkara yang paling penting kena ada adalah sunblock. penting gila! kami hari 1st ni guna sunblock Cosmoderm, mmg elok kulit, tak terbakar, tapi hari kedua, perginya beli sunblock lain kat 7e, ntah jenama apa, habis terbakar kulit kami. huaaaaa! nanges. mmg burn habis kami bertiga pada hari ke 3 tu. Korang beli sunblock siap siap dari Malaysia tau.

Then ubat-ubatan tu bawak lah, Princess boleh lak dedar-dedar masa hari nak pergi tu, aku bawak ubat demam dia, xpelah bg ubat sbb risau lak kt tempat orang kan, then bawak minyak panas, panadol, activfast, pil chiketion, dan lain lain yang korang rasa perlu.

Glasses, sbb mmg panas, nanti nak tangkap gambar tak lawa pulak sbb mata kena sepetkan. Monopod, Camera, sarung handphone yang kalis air, aku beli Rm10 je kat pasar malam. Tapi yang sadis nya, ada sarung ni yg bocor tau, masuk air, kesian betul. Masa beli, check betul-betul tau. Powerbank. Towel, towel bawak lah towel kecik dan besar. sbb nk ke pulau kan, main air, mmg kena guna byk towel. then makanan. Makanan bawak lah biskut biskut ke hape, sbb lepas mandi, naik bot, seyes sejuk + lapar, aku pon kebulur, rembat coco crunch anak.hahaha.

Oh ya, Selipar dan Beg kalis air, hyper gear ke nama dia? jangan lupa juga okay! Selipar kami siap beli baru, jenama Jeep tu, 2 pasang RM50, so sedondon laki bini, lomantik angat! hehehe

Untuk yang bawak anak, korang boleh lah beli life jacket untuk anak korang, agent akan bagi life jacket, tapi besar lah, Princess pon pakai yg besar punya, nasib lah muat. tapi dia tak selesa lah kan. beli yg murah je pon dah okay. tu sbb aku cakap di entry sebelum ni, umur yg sesuai untuk buat Island Hopping is anak 3 tahun ke atas, kalau tak korang akan letih.

beach thinggy!
makan speghetti beli kt 7E, ni je yang ada tanda Halal.

Pagi tu kami tak sempat nak breakfast. sbb dorang akan datang ambil kita depan hotel jam 8.30am, bestnya pakej kat sini, semua all in, maksudnya, pick up depan hotel ( return ), National Park Fee, Accident insurance, mask, snorkle, life jacket, buffet lunch dan jugak fruits dan mineral water masa atas boat nanti.

Semalam aku dah cerita pasal harga kan? Untuk DEWASA aku dapat 900bath je, Princess pulak FREE! bawah 4 tahun, semua FREE. aku ambil pakage ni from agent, aunty yang aku cerita semalam tu, hehehe. Dorang ni bukak je banyak booth, tapi agency sama je. dorang main harga, tu aku cakap korang kena rajin sket survey, kecuali kalau malas and bajet banyak, so ambik je mana-mana.hehe. Kami ni walaupun bercuti, kami mmg dah budget siap-siap, kami menggunakan belanja paling minima.hehe. Jimat kekdahnya.

DIVA sangat!
seronok naik kenderaan open gini. kat Malaysia tak leh buat eh? hehehe

Barracudas tour Ao-Nang Krabi


Agency untuk Phi-Phi Island ni, kami pilih Barracudas Tour. Serius Barracudas Tour ni mmg best. Kami memilih untuk naik speed boat. Speed Boat kami dalam 225Hp ( mmg laju gila ) dan boleh muat 30 seat. aku dah buat survey sblm ni, aku tak pilih untuk naik Long Tail sbb takut, takut x sampai, stuck tengah laut nanti cm ne? hahaha, tp long tail tu rare tau! Lagi pun beza dia 100bath je, baik naik speed boat, mat saleh selalunya akan naik long tail ni.

daftar dan ambil pelekat. kami yg ke Phi Phi Island dpt pelekat warna hitam
poyo!
Kami dikumpulkan di tepi pantai Aonang. tepi tepi ni mmg banyak sangat kedai, mcm mcm benda untuk island hopping dorang jual, kalau tak sempat beli kat Malaysia, boleh je beli kat sini.hehe.

Semalam aku dah janji nk cite pasal topi ni kan? hahaha cite pasal topi ni kelakar sangat! aku tergedik-gedik mintak kat suami aku, " sayang nak beli topi ni boleh tak? " laki aku kata, " nak ke?, beli lah " aku pun pilih-pilih lah, cari yang paling murah, 150bath, sbb kedai lain jual 250bath. pastu BERLAGAK pulak, beli yang topi BESAR, kengkonon sangat! tak nak beli topi kecik kecik, last-lastnya, topi tu SERIUS menyusahkan aku.hahahaha. bila dah kena air dia berat + besar plak tu, pas tu nak selit sana selit sini dah payah, pakai plak besar sgt so menganggu orang lain dlm boat. last last aku bad mood dgn topi tu. Laki aku yang pakai topi tu. sbb aku stress dgn topi bedar gabak ni.hahahahaha. pas tu masa balik tu, bila nampak topi lagi, laki aku kata, " nak beli TOPI lagi tak? " hahahahaha choiiii perli aku lettew~

Tapi seyes lah, topi ni untuk melawa dan cover panas ( sikit je ) tapi lain lain menyusahkan jeee! hahaha. Lepas ni kalau nk beli, aku beli yg kecik je.haha.

ramai kan~

then melintas jalan ke laut, depan kedai tadi betul-betul laut, pantai Aonang ni cantik gak, tapi air x jernih lah tapi.hehehe. So! are you ready!!! dah ready nak tengok pulau lawa - lawa?! hehehe. Princess kami pakaikan baju biasa dulu, sbb nanti dah sampai pulau baru tukar bikini dia.hehe. ibuu dgn papa biasa je. takde nak swimming suit bagai, sbb segan~ hiks.

oh btw, kita tak payah nak bawak bawak baju untuk salin, pakai jelah baju yg sama sampai habis island hopping, sbb nanti, dari 1 pulau ke 1 pulau baju korang akan kering, sejuk, tapi boleh lah, sbb cuaca panas kan. takde lah sejuk sgt. Tu yang kena bawak towel tu, mana tau anak sejuk ke, boleh selimutkan dia. Untuk anak perlu lah bawak baju, sbb risau kang demam lak. ( heyyy yappeda ayat )

Pantai Aonang~
wefie 1st!
aku pakai tudung sarung je, senang kije! hahahaha


untuk agency Barracuda ni, kami di guide oleh Alex! Alex ni muka cm orang putih, tapi pelat English Thailand.hehe. mula mula kami cm gelak bila dgr dia ckp, lama lama baru okay, lenggang lengguk speaking dia best ahhhh! hahaha. Alex ni mix Jerman Thailand, bapak Jerman, tp dah lama x jumpa bapak dia. Laki aku lah punya kerja, interview dia. laki aku kannnn! PERAMAH! bukan x kenal.haha.

And lepas dengar alex memperkenalkan diri, dia akan cerita sket lah tentang pulau pulau yang kita akan pergi, untuk 1st Island kita, kita akan ke Bamboo island ( main island ), lebih kurang 45minit dari Aonang. Kami sampai sempat tidur dulu, aku pening kepala weh! nak muntah, tapi mind set, mind set tu penting. lexxx safura, lexxxxx. banyak lagi pulau nak pergi, takkan nak mengada-ngada kan! so aku TIDUR! dah sampai baru acah acah okay,hahaha.

TAPI serius, bila dah sampai, pening, nak muntah, sakit perut semua hilang! mcm MAGIC! sbb korang akan lebih teruja layan keindahan pulau dari layan sakit kepala korang tu.hahaha. Subhanallah, satu perkataan yg aku dan suami x putus putus ucapkan. mmg Ya Allah, air jernih, biru menghijau. haihhh! x boleh nak describe. Princess??? ahh dia tak habis-habis nak mandi je, bukan kira apa dia tu.

Subhanallah~ Rinduuu~ Bamboo Island.
Gambar Lompat jangan lupa.hahaha
errrrr krik krik krik
Crystal Clear~ 
Nampak tak Princess yang seronok habis!!!

This is Bamboo Island. Alex kata dulu banyak bamboo, lepas Tsunami, satu bamboo pon dah takde.hahaha. Yelah kan, teruk juga Tsunami dulu, but dorang dah buat semula tempat ni lelawa. Kami kat sini diberi limit time, mcm stay kat bamboo island ni dlm sejam 10minit je, kalau lewat seminit, 50bath kena bayar.hahaha. takdelah Alex acah acah je, cuma dia nak sume on time lah, sbb risau nanti lewat pulak habis Island Hopping, tapi seyes lah, sangat tak puas.

Snorkel at Monkey Bay, budak kecik tu bukan main lagi, nak jugak snorkel

Then kami terus ke Lohsamah Bay, Pileh Bay, Monkey Bay, Hin Klang untuk snorkeling dan sightseeing. Lohsamah Bay cantik sangat dengan colorful fish and coral, agak dalam jugak, coral jugak kena jaga jaga, sbb ada yang tajam. Monkey bay hanya laki aku je yang turun untuk snorkel, sbb masa ni, arus kuat, aku turun kejap, then naik balik dengan Princess sbb takut.hahaha. Then terus ke Viking Cave, Viking cave ni pon tak boleh turun, tengok dari jauh je, kat sini tempat dorg collect bird nest. tapi Ya Allah, lawanya bukan main, korang tengok warna air tu, kaki laki aku pon mmg nampak kan? mmg mcm ni lah warna air dia. Subhanallah! Subhanallah! Rindunyaaaaa.


Maya Bay


Last destination kami is MAYA BAY! the island yang paling paling paling aku nak pergi. kat sini i tell u! pasir dia, laki aku buat gosok gigi. Memang halus sangat sangat, mmg lembut, pasirnya putih. Ya Allah, susah aku nak cerita kat korang, korang KENA datang sini! tau! kena! hahahaha. air laut dia biru biru kehijauan, JERNIH yang hamat. sampai Princess cakap apa tau, " ibuu kakak tak nak naik boat, kakak nak mandi lagi " hahahahaha. kami kat sini hanya 45minit saje. seyes tak puas, bergambar lagi, mandi lagi.

selfie laju laju, sbb nak mandi! anak dah tazabar.
korang rasa mcm mana?
buat apa tgk ibuu, jom lah lompat!
maaf 18sx hahaha
abam sado ku!
aku kan, sampai duduk je mengadap pulau, laki aku panggil " eb meh lah mandi " aku cakap " TAKNAK " aku nak menikmati je keindahan laut ni.hahahahahaha. seyes! tak puas. Kat sini, kebersihan dorang sangat jaga, no smoking kat sini. kalau nak smoke pon atas boat, boleh, TAPI, puntung rokok jangan buang dalam laut, walaupun kecik je rokok tu pon, no no no buang dalam laut. dorang ni sangat hargai alam, dan mmg jaga sangat sangat. aku mmg kagum habis, kalau KITA? boolayan, buang merata-rata. betul x? pampers pon hado! hahaha.

halus tak? tak tipu tau!

Habis 45minit, kami pon naik boat semula, masa naik boat, sikit pasir pon tak boleh bawak naik.hehe. kena cuci bersih bersih tau. kalau tak, korang tak boleh naik boat. ntah kenapa, maybe sbb nak jaga enjin boat kot. eh yeke? hahaha.


Naik je boat, sume orang dah kelaparan, masa ni lah bekalan makanan korang sangat berguna, hehehe. tp atas boat dorg ada bagi air, air manis, kek-kek, dan paling best bila dorg bagi buah, wohooo sedap sangat tembikai dorang ni, manis yg hamat! baru lepas mandi, dpt pulak tembikai sejuk, perghhh! mmg best! buah buah kt sini sume manis manis, kenapa eh? hahaha.

muka dah x semenggah~ hahahaha
Lepas lapik perut makan buah, kami di turunkan di Phi Phi Don, mcm aku baca blog blog orang lain, dorg makan tepi pantai, dorg bawak siap-siap makanan then hidangkan secara buffet, mcm kami, kami dibawa ke satu restoran, dekat dengan Maiyada Resort, sini mcm tempat baru je, ada kerusi, meja, mmg luas dan bersih, masa kami sampai, dorang dah hidangkan makanan untuk kami, dah lah kelaparan, makanan pulak sedap gila, walaupun mkn simple je, tapi menambah semua orang. Ampun x sempat snap pic makanan ye.hahaha.


Princess tido masa kami makan, penat sgt lah tu, gerak gerak suruh makan dia xnk, last2 tapaukan nasi tu untuk dia, tapi dia tak nak makan nasi, beli pulak burger kat dia, tepi pantai ni ada je orang meniaga air kelapa, pancake, burger, mcm mcm, so suap Princess burger je, laju dia makan. lapar lah tu. Kat sini kami tak mandi pun, pelancong China, je yang mandi, lain lain sume lepak lepak je, letih dah kot.hehe

lepas hujan~
Pantai sini pun cantik, ni baru lepas hujan ni, sbb masa kami sampai je dewan makan tu, hujan turun lebat gila, nasiblah kejap je, risau jugak nak balik ke Aonang dlm keadaan hujan lebat kan. Alhamdulillah, Trip ke Phi Phi Island berjalan sangat lancar, Happy bukan main kami, seronok sangat, Princess pun nampak seronok dia.

Terima Kasih Ya Allah kerana bagi aku peluang pergi tempat-tempat ciptaan-Mu yang sangat indah ini. tak terkata indahnya. Serius aku akan datang sini lagi, mmg tak jemu. kalau lah banyak duit~ hahaha.

National Park : Oh cerita pasal National Park, kisahnya, National Park fee ni adalah ticket untuk korang jalan jalan dan mandi di Maya Bay dan satu pulau lain, kalau korang tak bayar national park ni, korang tak boleh turun dari boat. sebelum ni aku tak pernah baca dari blog lain. Aunty yg jual pakage ni pada kami cakap, DULU, national park ni 200bath je, dan ditanggung oleh agency, BUT now, national park is 400bath. dan dorang pandai, dorang charge ke atas kita, dah tak lagi bawah agency. so nanti, kalau korang nak tanya harga, tanya agent " INCLUDE NATIONAL PARK or not? " sbb ada yg bagi harga 800bath utk pakage, tapi tak sebut pasal national park, so 800 + 400 jadi 1200bath, dah rugi! mcm aku, 900bath tu all in national park. paham ke tidok ni? kalau tak faham, tanya aku eh.

Aunty agent ni kata, pulau-pulau dorg ni army jaga, mmg masa kami pergi tu, banyak abam abam sado yg pakai baju askar jaga tepi pantai, laki aku kata polis hutan. eh entahlah, tp mmg dorang jaga lah pulau dorang ni. tu sbb cantik kan.

Roughly Budget for Day-2 :

siang - zero. hehehe. Malam tu baru kami ke Night Market.


Next Entry, Krabi Night Market + 7 Island Sunset Tour

Tub Island! 2 pulau yg bersambung
p/s : maaf lah pic banyak sangat. hehehe. hope tak bosan.
aku tak pandai sgt nak cerita details, pape tanya je eh.hehe.
TQ sbb sudi baca. ♥

16 comments:

✿ Ina Ainaa ✿ said...

SubhaNaAllah cantiknyaa permandangan kat pantai ni.. Seriusss nak pergi sangat sangat ke sana

idzwa kamaruddin said...

wahhhhhbest giler!!! terkenang mase terpaksa burn tiket n hotel krabi 2 thn lepas..huwaaaa nangis ar canniiii...

Chekgu Azrine said...

Terbaikla entry rara..
Ttba akk rasa mcm nk sgt pegi krabi..
Nak hanimun dgn lakik..hahahaha..
Peluk2 dlm pantaim.gedik x..hahahha

Dkna Abza said...

cantiknyaaaaa.. best jalan2 anak dah besar..

Norfanil said...

Haritu nak pergi krabi.tapi tak jadi..
takot pergi sorg2. tapi org kate krabi safe.. ye ke?

GIVEAWAY : Hamper RM100 untuk 5 Pemenang

Nory Zoulkefle said...

bestnya lahaiiii....kite dulu pakai sunblock 360 botol kaler oren..okey sgt...balik krabi, muka langsung tak kena sunburn...bestttnya...heheheh

mrs kayrul said...

subhanallah ..cantiknya pulau2 tue rara...jadi lagi x sabar plak nak baca entry seterusnya

adda syuhada said...

bestnyer..

Farah Waheda Wahid said...

Kena bookmark tips ni...Nanti nak island hoping dengan Ash boleh dah lah ni...Ha ha ha...belajar dengan Rara...

nurul harnani kasmari said...

Rara. Tour kita sama. Subhanallah mrmang cantik gile. Allah maha besar. Waktu tgk oantai je rasa kagum sgt. Mcm nk oergi lg. Rinduuuuu

Nursaila Norman said...

cantik gila gambar! guna camera pink tu atau ada edit sikit? kalau edit guna apps apa? huhuhu..cantik sgt! anak dah besar sikit sedap berjalan..bersabar sikit sementara nk tggu Lissa besar sikittttt je lagi..hehe

anez zamri said...

subhanallah cantiknye ra!

meronta-ronta hati nak pergi haha

shaFazie said...

cantiknya pantai...
mudah2an dapat g nanti hihi

::EIDA:: said...

alahaiii rindu Krabi. HAHHAHA kelakooooo okay topi... ade lagi x? simpan ah. buat pergi boracayy HAHHAHAHHAHAHAHHA

haslinda baharin said...

Life jacket untuk baby ada jual di mana ye

Blog_septa said...


Artikel yang bagus gan, artikel yang sangat bagus yach untuk rekomendasi...
Harga Sunblock | pure skin oriflame | Lipstik Matte
Terima Kasih atas artikelnya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...