11 November 2015

Krabi Night Market

Cara Jimat untuk ke Krabi Night Market


Kalau ke Krabi, wajib lah kiranya pergi Night Market ni, ntah apa yang wajib pon tak tau, hahaha. tapi dah sume orang pergi, kita pon pegi lah, sekadar memenuhkan itenary. lolz! hahaha, Night Market dorg ni sama je mcm kita ni, cuma dorang punya barangan, more to handmand, handcraft ke orang panggil? gitu lah, and banyak makanannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~ tapi kami x berani pon nak beli, keraguan terhadap kehalalannya sangat tinggi, so kami just jalan-jalan je.hehe.

Kalau korang boleh bawak motor, better korang sewa je motor, sebabnya, bayangkan, kalau naik teksi, korang kena bayar 1000bath pergi balik, lebih kurang RM100 lebih untuk hanya nak pergi pasar malam, WTfish! hahaha. so tak payah, dengan 1000bath tu, banyak benda yang ko boleh buat, kalau sewa motor, korang jimat 800bath, sbb sewa motor hanya 200bath ( sehari ) kalau ambil jam 5pm, 5pm esoknya baru hantar, jimat kan!

tanya jalan.hehehe
rambang mata nak pilih motor.

Kat sini, korang tak payah lesen, kalau tak nak pakai helmet pon boleh, tarak hal, tapi bahaya lah kan, better pakai. Ada motor ni senang, nak pusing pusing Aonang pon senang. alaaa dorg ada je skuter, just preeeggggggggggggg je pulas, apa susah. kat sana semua pun guna motor, dorang mana ada guna kereta.

Sampai je hotel lepas Island Hopping ( phi phi island ) kami terus mandi mandi, jamak, siap siap terus keluar balik. sbb tazabar nak pergi ' krabi night market ' kofkofkof. konon sangat kan! hahaha. Pasar Malam dorg ni kat Krabi town. sebelum nak keluar, kena ada ilmu, laki aku menuntut ilmu jalan nak ke Krabi town dulu dgn receptionist. bawak peta! jangan lupa.

budak ni tak habis habis berangan
seketol kura kura

Kat sini jangan harap lah nak dpt helmet lawa-lawa, ko tengok aku pakai helmet pink tu? cukup lawa dah kan! hahahahaha. choii lah! tapi layankan aje, kat KL xde merasa nak pakai. Princess pon ada helmet, tp besar sket. dah mcm angkasawan dah aku tengok. Tapi dia semangat nak pakai, layankan aje.

Laki aku amik motor Honda ni, skuter, tapi mcm baru, laki aku check tayar dulu, check minyak, tanya mcm mana nak lock, macam mana nak handle, walaupun dah tau, TANYA LAGI banyak kali.hehe. laki aku mmg gitu, double confirm kekdahnya. dorg kat sini friendly sgt, jgn risau lah.

Perjalanan ke Night Market yang mendebarkan


Tipu aku kata kalau tak nervous. seyes takut weh! walaupun jalan sini elok, cantik, tapi bila naik motor tempat orang ni takut sikit tau. hahaha. tapi laki aku lexxx je, haha. lepas tgk map, kami ingat sikit sikit je jalan nak ke night market tu. last last nampak 1 gerombolan macam orang Malaysia naik motor, selamber je laki aku benti tepi, tanya " nak pergi night market ke? " budak melayu tu kata " aah bang, tp kami pon tak tau jalan " hahaha. pastu laki aku kata " takpelah, boleh lah follow sekali " makanya, beramai-ramai lah kami, as usual, laki aku kan pak ramah, dia boleh je tegur sapa-sapa. kami pon ride lebih kurang +- 18km untuk ke Night market, sampai jugak finally walaupun hari semakin gelap. kalaupun baru jam 6pm, tapi mcm dah 7.30pm waktu malaysia, jalan dah gelap.

#maaflah, aku tak dpt nak bg route jalan ke Night Market. lupa nak snap picture, sbb Princess tido masa atas motor, lenguh tahan kepala dia.haha.

Sampai je sini, laki aku say thanks lah kat bebudak tu, sbb sudi bg kami join sama-sama, kalau sesat dia, sesat lah kami, tapi Alhamdulillah okay je semua.

aku pon boleh lukis.kofkofkof

Sampai je pintu utama masuk, ada budak tgh berjoget-joget tarian Thai, bila kita nak snap picture, dia stop dance.haha. bijak! waktu keluar situ baru kami bg tips kat dia, kesian dia penat joget.

Kami hanya cari FM je kat sini, agak murah lah dari kat Aonang, Tshirt pon agak murah kat sini, dan ada mcm mcm design, takde lah balik balik i ♥ Krabi, bohsang kan!


Papa sempat lagi test power, main game menembak. layankan ajerrr,hehe. Masa ni dah lenguh dukung Princess, sbb dia tido, walaupun 14kg, lenguh weiii!

mini ice cream!
Satu-satunya makanan yg kami cuba kt sini, mini ice cream, hahaha. kecik cinonent je, geram betul aku! sekali ngap je habis. 5 ketoi 20bath, murah jeee. hehe. lain lain x berani nak makan.


Lepas habis pusing, takde aktiviti, kami mencanting batik pulak. hahaha. ala ala sangat kan~ satu canvas ni 20bath je, aku 1, Princess 2 canvas, tu pon dia nak lagi, ahhh sudah! lain kali pulak. then merempit balik ke Aonang. masa ni jalan dah gelap, ada jugak tempat tempat yg xde lampu, aku berzikir je sepanjang jalan, risau weh! hahahaha. laki aku x habis habis borak. Princess kat depan, suka sangat, sbb dah puas tido tadi kan.

Masa balik, kami tersalah simpang tau, tetiba ckp kat laki aku, " eh kita tak lalu pon jalan ni tadi " laki aku pon, " eh eb, lalu ke sini eh, lalu ke eh. " eh eh geram plak aku, cuak pon hado. last last benti tepi tanya org, dia suruh patah balik. mmg betul terlepas simpang.haha. Orang kat sini ada yg boleh cakap Kelantan tau, nasib nasib lah.

Patah balik, masuk simpang, keluar simpang, jumpa Aonang. phewww~ legaaa.hahaha. kalau kita keluar dr Aonang tu, adalah perkampungan perkampungan, Aonang tu je happening sbb banyak pub. on the way balik, jangan lupa isi minyak motor, kang mati tgh jalan, haru plak. laki aku beriye isi sampai 60bath, full tank, tapi kami x guna habis pun, guna suku je.

ntah hape hape.hahaha
bg burung makan.hahaha
angkasawan.

apa je yg kami beli? Burung Merpati untuk Princess + lipas hahahaha.


Dah sampai Aonang, bg Princess makan nasi goreng hotdog, aku makan Somtam. korang tau tak, aku mintak lah somtam tu pedas, sekali dia buat, Ya Allah, mcm nak membunuh. pedas gila nak mampus, geram betul aku, makan jugak lah, lepas tu sume bibir jd Angelina Jolie. choiii!


Then tak lupa singgah Pak Cik Aziz punya gerai, pekena teh tarik + Nutellah pancake, laki aku tak habis habis dgn sticky manggo rice dia. mmg thorbaekkkk!

terangkat!
melancarkan sistem perkumuhan

kengkonon sgt mengadap keindahan sambil makan, padahal! hahaha. Sekian entry Krabi night market. hehehe. Tapi mmg enjoy lah bila naik motor, tak payah risau driver tunggu kita, tak risau nak pergi mana, jimat pon jimat. so! apa lagi, pegi lah usha AA.hehehe.


Roughly Budget Day 2 :

Sewa Motor 200bath

Mini ice cream 20bath

burung merpati + lipas 30bath

Nasi Goreng Hotdog 50bath

Somtam 60bath

Nutella pancake 40bath

Teh Ais 30bath

Manggo Sticky Rice 50bath

Souvenir 200bath

Kanvas 60bath

Total : Rm76

teka ni apa? SABUN! sebiji bau mcm real manggo.
Next Entry, 7 Island Sunset Tour

11 comments:

Chekgu Azrine said...

Sis..kat sana pakai line thailand ke cmne.nti citer ye..mksd akk tukar simkad x

~ NANA ~ said...

macam i dulu pon byk benda tak berani nak makan..haha

Yana Libra said...

bestnyeee...

saya dulu ngan husband honeymoon kat aonang,sewa motor tp tak berani pergi jauh..takut sesat..huhu..ruginyeee...

Nory Zoulkefle said...

wajib pergi krabi night market ni kannn..

mrs kayrul said...

Terus tingin nak makan nutella pancake ..huhuhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

fuhh best2.. helmet tu comel.hihi

anez zamri said...

sonoknyeeeeee!

pandai incess cantik batik tu wehhh!

Zaza Abdul Latif said...

kita kalau ke tempat orang mesti kena adventure.. tahniah buat Dik Pura & Husband.. hihihi

dalila said...

seghonoknyeeeeeee..
lahaii..mati2 ku ingt burung betul yg princess bg mkn tu..skali tgk lipas tu br tau tipu..caption kt bawah..tertipu mak..
lawaa laa princess kaler2 kt canvas tuu..pandai..ok..2 xcukup..hahahaha

Cik Puan Eka said...

Sonoknyaa. Ika suka tgok kraf2 cmtu. Bab mkn tu yang x syiok tu kan sbb mmpu tgok je hahaha. Lipas goreng musti ado kan haha

DRAMATIC UNIQ said...

pandainya Pincess buat sawadikap jugak.. hehehehe.. :)

yang dalam buluh tu apa Ra..? minuman ke..?
jangan kata bamboo shake mcm coconut shake ehh.. hahahahaa.. :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...