Image and video hosting by TinyPic

22 December 2015

7 Island Sunset Tour at KRABI yang menakjubkan

Aktiviti di Krabi


Betul lah orang kata, kalau kita lambat lambat update cerita vacation kita, lama-lama mesti jadi malas. pastu jalan cerita pun dah lupa. hihi. sebenarnya boleh je kalau tak nak update, tapi dah nama pun blogger kan, mesti lah kena update, nanti bosan bosan boleh baca semula entry ni, dan jugak boleh bantu korang yang nak pergi Krabi pulak. hehe. Entry aku takde lah lengkap sangat, tapi kalau nak tanya apa-apa, boleh je PM tepi. hehe.

Lepas aku up entry Krabi yang lepas, ramai gak PM tanya pasal package Krabi yg aku pergi ni, aku cuba tolong sebaik mungkin lah yek.ngeee~

Serius aku cakap, kami masa kat Krabi ni, mmg gigih sangat, dah letih main air, sampai je Hotel, terus mandi mandi, then keluar balik. pergi jalan. hahaha. sbbnya, MASA tu rasa sangat berharga, MASA pulak pantas sgt berlalu, mentang mentang lah Krabi ni best. cepat je rasa masa tu.

Tup Island
Tup Island

Package Island Hopping Murah di Krabi


Untuk Island Hopping hari ke 3 ni, kami dah beli siap siap masa hari ke 2, lepas balik island hopping PhiPhi Island, Kami terus sewa motor then ke Krabi Night Market pulak. See, apa aku ckp, gigih kannn.hahaha. penat penat balik berenang snorkel segala, then keluar balik g berjalan, sampai Princess tidur atas motor.hahaha. 

Malam tu kami masih berkira-kira, nak pergi ke x ke pulau lagi hari ke 3, penat ke tak? kalau tak pergi ke pulau, nk kemana lagi? takkan nak duk lepak lepak je, bosan pulak kan, last last kami beli je package ke 7 Island Sunset Tour. 

Kami beli pakage ke 7 island sunset tour ni kat aunty yg sama ke Phi Phi Island jugak, sbb aunty tu mmg baik gila! kami dah survey tempat lain, tapi suka lagi beli kat aunty tu. Ntah apa nama dia, aku tak tanya pulak. kofkofkof. Kami dapat pakej dengan Mariam Travel and Tour hanya 750 bath je seorang, Princess masih lagi free, mcm biasa, 4 tahun kebawah mmg FREE lagi. Package ni include transport pergi dan balik, mask and snorkel, life jacket, drinking water, fruits, DINNER ( halal ), national park fee dan insurance. National park fee ni sangat penting tau, korg kena tanya, kalau tak nanti dorg akan charge asing asing pulak. dorg ni bijak sket skrg.hahaha.

gerai tepi jalan, tapi A
Di sebabkan pakage 7 island sunset ni petang, ( dorg pick-up jam 1pm ), so pagi tu kami bangun lewat sikit dlm 10 lebih, then terus g makan. ngeh3. kami makan dekat gerai gerai tepi jalan, gerai sini sangat lah famous, rugi kalau x makan sini plus harga pun murah lagi dr restoran, DAN MURAH! hehehe. Aku siap tapau nasi putih + ayam goreng untuk princess, risau dia lapar atas boat nanti, tapi sape yg lapar tuuuu nanti?? sama sama kita tunguuuu~ hahaha

nasi goreng tomyam
nasi goreng LUPA! hahaha

Ayam goreng 20bath seketul, Nasi goreng 50bath sepinggan, nampak sedap kan ayam goreng tu, mmg sedap lah jawapan diaaaa.hahaha. rindunyaaaaa~ ayam goreng tu serius sedappp!


Mariam Travel and Tour HALAL


Tepat jam 1pm transport pun sampai, betul betul depan hotel. korang jangan risau kalau korg lewat bangun ke hape, sbb dorg akan tunggu, dorg akan ambil num bilik hotel korang nanti, kalau korg lambat, dorg akan gegor bilik korang.hahahaha.

Kali ni kami naik sejenis kenderaan mcm lori, eh nak kata lori tak lori, nak kata bus tak bus.hahaha. ntah lah hape. tapi mmg rare! berangin je. haha. Cuaca haritu mcm mendung sket, aku dh risau kalau hujan, lepas tu renyai renyai. ermmmm susah jugak hati aku ni. Tapi doa banyak banyak. Kat Krabi ni kena banyak sikit berdoa, hahaha. sbb nya, risau hujan. ( eh kat mana mana pun kena banyak doa jugak kan )

nak pergi pulau pakai shoe, hahaha, layan lah labu~

Beratur untuk ambil sticker. Kali ni kami pergi banyak geng dari China dan Malaysia, best jugak, boleh buat kawan. Tapi budak budak hanya Princess sorg. hehehe. 


Pintu gerbang nak pergi ke boat sangat cantik, bagi aku tempat ni sangat lah cantik. Dia tidak lah di hias sarat, tapi uniknya tempat ni menenangkan aku, ntah lah korang~ aku suka sangat! mmg kalau ada Free Seat Air Asia mmg aku nak rembat lagi pergi Krabi. hurmmm~ tapi dengar kata ticket flight pun nak dikenakan cukai, betul ke? semua kepala bapak pun nak cukai, benci betul aku!


Bila pergi pulau pulau kat Krabi ni, ko dah tak de nafsu nak pegi Lumut or Teluk Batik kat Manjung Perak nun. hahahaha #berlagak! hahaha. Aku tak ingat kami naik big boat jam berapa, tapi masa ni gelap dah, mcm nak hujan, tapi tak hujan hujan pun. Lepas mendengar penerangan, big boat pun gerak. masa tu air surut, sorang terpaksa pick up org lain naik boat kecik, then transfer kat kami ( big boat ).


Seronok sangat naik Big Boat ni, sbb besar, dan boleh duduk belah atas, tapi yang aku geram tu, org yg duk belah atas tu memang lah tak nak berganjak, dah orang nak amik gambar kan, ko ketepi lah sikit, ni tidak, habis masuk ko dalam gambar aku.hahaha. tu tak pe lagi, ni ada yang siap senyum lagi dalam gambar masa kami selfie. hahahahaha. ok lah ok lah nak masuk jugak dalam gambar kami kan, ok lahhhhhhhhhhhhh~ hahaha.


And again, Subhanallah Subhanallah je yang aku zikir dalam hati, mmg cantik sangat pemandangan, bukit bukau, pulau pulau kat sini. Ko tengok lah picture kat atas ni, cantik gila kan! kalau korang kata tak cantik, aku rasa korang mesti jenis tak minat pulau.haha. Ye harus di ingat, korang nak datang sini, korang kena minat kepada pulau tau, kalau tak minat, no point nak datang sini melainkan nak lepak lepak. ada orang cakap BOSAN datang Krabi, hahaha itu lawak!

Tup island, dari jauh dh nampak.
Happy girl!

Dari Phra Nang Cave and Railay Beach, then ke Taming Island. Kami snorkel di 2 tempat, Taming island dgn Chicken island. Gambar kat atas ni Tub Island, kami naik small boat untuk sampai ke Tub ni, sbb big boat tak boleh masuk sini. Tub island tengah tengah dia boleh jalan tau, dia mcm pulau yg bersambung. mmg amazing gila! dari Tub island, boleh jalan je ke Chicken Island. huaaaa. nangisss! Rinduuu~

Suami aku dgn Princess nampak happy gila, kami mmg jenis suka air, so mmg kami enjoy sangat kat sini, Thank Allah sbb temukan aku dengan suami aku, dialah jenis lelaki yang paling cool skali. Susah nak describe, tapi aku mmg bersyukur sangat.

Kenapa nama dia chicken island? sbb mmg nampak cm chicken! hahaha. princess pon tau tu chicken.
suap nasi sambil tgk pulau.
Macam yang aku cakap sblm ni, naik je boat, kompom lapar, Princess tak makan sangat pagi tu, nasib lah ada nasi, aku suap kat Princess, yang lawak nya, perut aku pon kruk krak sama, lapar weiii! dah naik pening dah.hahaha. then aku sapu skali nasi Princess, laki aku senyum je. muahahahaha.

Lepas tinggalkan Tup island, kami ke Chicken island pulak, aku sempat lah snorkel kat sini, berenang sama sama dengan fish, banyak sangat fishhhhh~ seronok! nak tau satu rahsia tak? aku x pandai berenang sebenarnya, hahaha. tapi aku boleh berenang pakai life jacket, kalau x de life jacket mmg aku x pandai. muahahah. aku snorkel kejap je, lepas tu suami pulak berenang, aku layan Princess bagi fish makan, habis semua stock koko crunch bagi fish makan.hahaha.


Princess paling happy haritu, sbb sana sini ada fish, sana sini boleh bagi fish makan, sampai bayangkan, dia berani sangat tau snorkel dgn fish. dia berani turun dengan papa dia, dia nak pakai google tu, tapi xde size dia. nanti next time aku nak belikan dia 1 set life jacket dgn googles. Aku tak tau lah budak budak ni pakai tenaga celah mana, dorang mmg TAK LETIH kan? tak nak makan sangat, tapi dia punya cargas, kemahen lagi. 

disebabkan kat atas ramai sgt org, last2 kami duk bawah je, tu lah, masa laki ajak td degil.hahaha.
suka sgt piccy ni!
Lepas tinggalkan Chicken island, kami ke Si island utk amik gambar je, then terus ke Poda Island. Poda island, dorg benarkan kami rock climbing, rock climbing ni laki aku jelah yang pegi, ko gila nak suruh aku, hahahaha. idak lah aku. haha. 2 3 kali jugak papa naik, back flip ada, front flip ada, terjatuh tanpa sengaja ada, hahahaha. lawak gila. papa kata batu batu dia tu tajam, kalau salah pijak or pegang, mmg sakit, boleh luka.

Di ingatkan, masa nak terjut, jangan pakai life jacket ya! sbb nanti takut badan korang menekan korang ke bawah, tapi life jacket akan terapung, nanti risau tangan korang terkehel, boleh patah, bahaya tu!


Aku dengan Princess lepak lepas atas boat sambil julur kaki dlm air, best moment dengan Princess! hmm maafkan ibuu sayang sbb terlalu sibuk skrg ni, ibuu janji, nanti kita pergi bercuti lagi ye. kesian kakak. sosb~ sebab aku tak nak beranak lagi, aku rasa aku tak cukup lagi bagi Princess segalanya, banyak masa aku kena korbankan, aku nak manjakan dia puas puas, lepas tu baru bagi dia adik. #jangankecamsaya, mohon doakan yang terbaik ya!


Lepas habis sesi rock climbing, kami ke pesisir pantai Poda Island. kami tak sempat nak kejar sunset, aku sempat snap pic sunset masa atas boat je. Tak pelah, jadiklah, sampai tepi pantai, kami dah x mandi, just snap snap pic je, layan Princess main pasir. 

My ALL! enough said. kawan sekatil + kawan gaduh + kawan gelak + kawan nangis. semua dia.

Our Happy Family, walaupun banyak onak ranjau berduri, but kita bahagia. Doakan kami selalu bahagia ya. T__T 

Lepas lebih kurang 30minit, kami naik semua small boat, then transfer ke Big Boat! kat sini yang penatnya, kita transfer transfer boat tu yang letih, boat besar tak boleh sampai tepi pantai, so kena naik boat kecik, plus dorg ni mmg jaga sangat pantai dorang and marine life. dorang takkan suka suka park boat, nak campak sauh pun dorang akan snorkel sampai ke dasar, cari tempat yang sesuai agar tak merosakkan marine life, mmg dorang sangat sangat jaga, aku kagum!

Sampai je Big boat, makanan dah tersedia. huarrghh. makanan dia, walaupun nampak simple dan bodoh je, tapi sedap weiii! haih! tapi makanan xleh tambah. hahaha. dia buat ngam ngam je. 


Lepas makan last session is berenang tengok PLANKTON! untuk tengok plankton ni, kita tak boleh pancarkan sebarang cahaya, bayangkan dalam pulau yang gelap tu, korang kena turun ke laut, untuk tengok plankton, aku tak turun, Suami aku je turun. laki aku yg lelaki tu pun cakap TAKUT GILA, banyangkan kalau aku yg turun.hhahahahaha. dalam gelap, dalam laut, ko bayangkan apa apa je boleh jadi.hahahaha. tapi jangan risau, sume selamat, dorg akan campak tali untuk korang berpaut. 

kami juga yg di atas boat, tak boleh bukak sebarang lampu, flash pun tak boleh pasang, lampu boat pun di tutup, kami atas boat tu pun bergelap. Princess lex je tak takut.hahaha. Untuk lihat plankton, korang kena kocak kan air, nanti plantok akan menyala, ala ala glow in teh dark tu. but mmg amazing lah! kami yang di atas boat pun dorang akan bagi tengok, dorg curah air dekat atas boat, bila curah tu, plankton tu akan menyala. 

Sampai harini aku tak boleh lupa sangat pengalaman tu. haih! malas lah cerita! korang pergi lah nanti.

then balik semua ke Ao Nammao Pier, asalnya plan, akan makan dia Poda island dan ada fireshow, tapi skrg dah tak dibenarkan buat di tepi pantai, aku pun tak tau kenapa, so fireshow dorg buat kat tepi jalan je. hahaha. boleh lah labuu~

Masa kami sampai, dorang dah sediakan tea panas kurang manis, Ya Allah, haven! bayangkan tengah sejuk sejuk, bg pulak tea panas. hehehe. best gila. Mcm island hopping ke Phiphi island, kami mmg tak salin baju, ada je toilet dlm big boat, tapi malas lah, x selesa. kami salinkan baju Princess je sbb risau dia sejuk sgt. tapi budak tu relax jeee!


kami sampai depan hotel dalam jam 7 lebih pm tak silap. Sampai je hotel, aku terus mandi mandi, siap kan Princess, sbb nak berkejaran pulak ke Yaminlah Pancake. hahahaha. aku nak jugak rasa pancake Yaminlah ni.hahahaha. sblm pergi tour pagi tadi, laki aku tambah lagi duit sewa motor, untuk jalan esoknya skali, tawar tawar just tambah 150 bath je. muehehe.

makcik Yaminlah! hehehe

Bagi aku Yaminlah Pancake sama je mcm pancake pakcik Aziz yg depan hotel kami tu, Yaminlah punya nipis and crispy lagi, tapi okay lah, 2 2 pun aku suka! hehehe. harga pun sama je, 40bath.


Lepas tu kami just jalan jalan je cari sebeniorrr. hehehe. takdelah beli beriya sangat sebenior je, biasa biasa je untuk family. Then singgah lagi gerai Pak cik Aziz makan Nutellah pancake with bananananana. hahaha. sume laki aku punya keje! haven! jangan fikir pasal gemok! hahaha.


Roughly Budget day 3 :

7 Island Tour 2pax 1500bath

Tambahan sewa motor 150bath

Yaminlah pancake 40bath

pakcik Aziz pancake banana 60bath

Souvenir 700 bath 

Total : Rm204

Next entry? Balik KL dan full itenary~ phewwww~ lama nya menaip. hahaha. benda paling payah nk taip entry ialah, EDIT Picture dan PILIH gambar, hahahaha susahnyaaaa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. SERONOK NYER DIK OIIIIIII....jenuh akak baca setiap perkataan ko yang paling tertekan perkataan best tuh..hahaha..

    sebak pun ade baca entry nie..sobss...mak mak sgt nih!

    ReplyDelete
  2. ok masuk wishlist utk honeymoon...hehehehe....tp rasa macam nak bawak dania pi sini plak la...

    ReplyDelete
  3. Rara buat yanie rindu kat Krabi lah.. rasa nak pergi lagi jew nanti.. ermm target lokasi lain plak hihi

    ReplyDelete
  4. Murahnya. Kita baca satu2 sebab best nak tahu.

    ReplyDelete
  5. seronoknye...tak pernah pergi tgk plankton,,huhu

    ReplyDelete
  6. bestnye rara...ko buat akak nak pi krabi ler.... lagi pun senang nak cari mknn halal tu senang tuh..... betul rara, kalo stop update pasal cuti2 kite mmg nak start balik tu amik masa kan....

    ReplyDelete
  7. rara, kat mana ye beli beg hyper gear tue? tq

    ReplyDelete
  8. Akk pun lembs bt entry sbb nk transfer n edit boh watermark

    ReplyDelete
  9. Seronoknya..nak pergi jugak la..ok ke Ra bawak princess..akak risau nak jalan ke sana pasal adik ni la..princess baik ..dok diam je..adik lain macam sikit.tu yang risau la..

    ReplyDelete
  10. murah2 . next time nak pergi lah.

    ReplyDelete
  11. cantik-cantik gambar Rara snap.. makin improve skill snap picture ekk..? bagusss...bagusss.. hehehehehe...

    baca entry ni boleh rasa mcm mana seronoknya u all kat sana.. patut rasa x nak balik kann..kannn... hahahahahaa...

    takpe, next trip..?? 2016..?? ke mana kita.. ewaaahhhh... :p

    ReplyDelete
  12. nak tanyer... life jacket dy sediakam pelbagai size ker???

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com