18 December 2015

Apa yang hebat sangatnya PIRATE COFFEE tu?

Fenomena Pirate Coffee


Sekali pandang design pirate coffee ni sama mcm Starbucks kan? Yelah, sejak Starbucks xleh minum ni, ramai lah yg nk meniru idea dr dorg, bagus lah, tambah pendapatan orang melayu kita, lagipun skrg ni kan zaman viral, masuk je FB, habis viral semua, tapi ingat, viral benda yg bagus bagus je tau, yg tak bagus tak payah lah nk viral.hehehe.

Mana mana skrg sume org upload pic Pirate Coffee, hmm aku pun mula lah sibuk nak try, haritu nak cuba, tapi batuk segala, malas nk minum ais, ni rasa mcm dah sihat sikit, so sibuk lah nak try, memula aku try Pirate Coffee cawangan JB, simpang nak masuk Desaru, aku beli Green Tea, Tapi hurmmmm sedih, tak sedap, cairrrrr sangat, ntah kenapa. 

Adik aku pun ckp xsedap, kalau kat Ipoh, pekat gila, x kedekut. ok baiklah, nanti kita cuba tempat lain punya pulak, tapi aku habiskan jugak lah minum green tea ni, sbb Rm6, rugi kalau buang, jangan membazir yeeee. Amalan syaitonnn~ hahaha.


Pirate Cooffee Pantai Dalam


Dekat Pantai dalam ni pun ada Pirate Coffe jugak. dah lama jugak aku nak cuba, tapi x try try sbb asik lah ramai, malas pulak aku rasa nak menunggu. last last masa hari OT rabu lepas, aku pun singgah beli, sbb tak ramai orang. sini murah sikit, yg biasa RM5 je, kalau MIX Rm7. Aku try yg biasa dulu, sbb risau nanti x sedap mcm kat JB. Rugi lak.hehehe.

Aku pilih perisa Coklat, cara dia bancuh, mcm best gilaaaaaa! coklat serbuk tu dia buh 2 sudu penuh menggunung. perghhh~ mcm tazabar lak jadi aku nk rasa. Kat pantai dalam ni mmg ramai lah org beli, penuh je 24 jam. Review pun ramai yang kata sini punya sedap.

choclate
Dan TERNYATA mmg sedap! perghhh~ mmg pekat melekat. lepas ni aku nk try Choclate Hazelnut lah.hahaha. mst lagi melekat rasa dia. korang cuba lah, ke semua dah cuba, aku je yg ketinggalan.hahaha. Pirate Coffee kat pantai dalam ni ada kad tau, sekali kita beli, akan dapat cop, penuh satu kad nt dpt free 1 cup, wahhhh~ best neh~ pandai marketing. hahaha.

12 comments:

Jueliza Jamani said...

kan rara.. kalo sedap memang repeat kan.. kita tlg org melayu

idzwa kamaruddin said...

alaaaa tertelan telan air liur aka ktau!!

yaya cendana said...

baguslah..boleh ganti starbucks israel tu..hah haaaa

Chekgu Azrine said...

Xpnh cuba sis..xpnh nmpk pun...hahahaha

Melissa Muklis said...

sayangnya pirate coffe takda dekat labuan.. tak boleh laa Lissa rasa T_T

DRAMATIC UNIQ said...

sedapnyaaaa nampak..!!
nak gak Choc Hazelnut.. hehehehee.. nanti kita gi lagi sama2 ehh.. :)

kat Nilai pun ada nampak, tapi selalu time lalu situ mesti brother tu baru nak buka gerai.. baru nak susun2.. haiihh.. kecewa..! :p

mama tisya said...

greentea tgk org ckp sedap tptk tertelan la..bkn taste tekakku ...chocolate sedap...dh pernh try chocolate & mocha yg pirate coffee ni

Ayu Farahana said...

Bestnyaaa! Teringin nak minum gak tapi tak sempat haha

Sheila Adziz said...

mmg femes skang ni kan.. mcm2 brand ada...

Didie Kamila said...

Tak pernah cuba dan tak pernah jumpa lg pun..
Ada caramel tak?hehe
Fuh sedapnye bila teringat Caramel Frappucino..huhu..

nadiah hanum said...

Dah viral can pirate coffee ni..selalu dok nmpk org jual kat wangsa melawati tapi tak pernah lagi singgah sebab malas nak parking..hehee

tifa anvar said...

Ramai yg kata coffee ni sedap. Saya blm smpat trjah lg.
http://iamtifa.blogspot.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...