16 December 2015

Halau Princess keluar rumah

Princess skrg perangai dia mcm mcm, kdg kdg buat aku geram sangat, rasa nak cubit cubit je. Hahaha. Princess kalau kakak Zahra dia ada rumah, dia seronok sgt. Dia sayang sgt kakak Zahra dia tu, makan sama, mandi sama, semua sama, kecuali tidur je tak sama, tidur tetap nak dengan ibuu jugak. Haha. Dia kat rumah kan xde kawan, ada ibuu, papa, nenek, mami, mami bee dgn uncle je, tu pun kdg kdg bukan jumpa pun, duk 1 rumah, tapi kdg kdg x jumpa, so hidup dia hanya ada ibuu papa dgn nenek je. Aku paham dia bosan, tapi aku kdg-kdg sibuk baking, papa dia je layan dia, tu pun kdg kdg dia banyak main sendiri je. hmm kesian pun ada. Nasib lah weekend aku selalu jugak bawa dia keluar, g event, g playground, so boleh lah dia main-main.

Haritu masa kakak Zahra dia ada kat rumah, punya lah seronok dapat main, sampai lah dah pukul 10 malam, ibuu Zila dah nak balik, kakak zahra semua nak balik dah, papa dia hantar dia naik atas kat aku, tapi dia nangis nangis, " nak ibuu Zilaaa. nak ibuu Zilaaa " aku pun pujuk lah, " kenapa kakak ni? kenapa ni, esok lah ibuu Zila datang " tapi makin aku pujuk, makin kuat nangis nya. makin kuat dia merengek, aku mcm hmm sabar safuraaa, sabarrrr.

aku pun terus lah kemas beg, sbb esoknya Sabtu lepas subuh terus nk gerak ke Segamat. Dia nangis makin lama makin kuat, makin lama makin kuat, aku pun geram lah, aku terus cakap, " OK! kalau kakak nak sgt ibuu Zila, meh ibuu bungkus kain baju kakak semua " aku pun amik trunki Oren dia tu, aku bungkus semua baju dia, kebetulannya, mmg aku nak kemas baju dia, hahaha. Aku acah acah lah nak halau dia. hahaha.

masa tu aku angkat dia yg tengah merengek tadi dari atas katil, aku angkat dia letak depan pintu bilik, belah dalam bilik lah, belum bukak pintu bilik lagi, aku tanya dia, " pampers nk bawak x? tuala cukup x dua helai ni? cukup tak?? " dia nangis lagi kuat, sambil cakap " tak nak ibuuuuuuuuuuuu taknakkkkkkk ", aku masa tu nak gelak dah, tapi aku tahan je, sbb geram sgt, aku ckp lagi " ohh x cukup eh kain baju ni, meh ibuu tambah lagi", aku amik lg baju tidur dia 2 3 helai, masuk dlm trunki dia, lagi lah dia meraung, " ibuu kakak tak nakkk, tak nakkk " pas tu aku ckp, " tadi nak sangat kan ibuu Zila, ni kenapa xnak pulak? " pas tu dia diam sambil cebek cebek mulut.

" kakak dah tak sayang ibuu ke? kakak dah xnk dengar cakap ibuu ye? " cebek lagi. pastu aku panggil dia, terus dia peluk aku kuat kuat, aku tanya " cakap apa dengan ibuu? " " mintak maaf ibuu " pas tu aku mula lah bebel bebel, hahaha. Angkat balik dia naik atas katil, tepuk sampai dia tidur.

Princess kalau nak tidur mcm tu lah, mmg dia buat perangai, kdg kdg aku dah pujuk elok elok, lagi dia nangis merengek rengek bila aku pujuk, geram sangat rasa. Then dia nak susu, aku buatkan susu, dah buat susu, dia tunjuk tunjuk kat beg baju dia yg aku kemas tu, dia suruh keluarkan baju dr beg tu. hahaha. Dalam pada nak tido tu pun, nangis lagi suruh aku keluar kan baju dia dari dalam beg tu. ahahaha. risau sgt aku anta dia umah Ibuu Zila dia. hahaha.

Lepas aku keluar kan baju dari beg tu, baru lah dia lelap, terus tido sampai pagi. haiiii lah anak. sabar jelah ibuu banyak banyak. Kenapa eh? anak kalau dengan ibuu dia, mst akan buat perangai. kalau dgn papa dia, dgn orang lain, OK jeeee. depan ibuu lah mcm mcm hal.

Bila aku OT, papa dia cakap, tadi anak makan banyak. kalau dengan aku, berkejaran nak bagi makan, bila aku takde, boleh pulak jadi good girl, makan banyak, dengar cakap. haiiiii~ mmg sangat menguji kesabaran. 

Malam ni aku OT, aku dr petang tadi rindu kat dia. Kadang kadang perangainya buat aku geram, kdg kdg buat aku happy, mcm tu lah anak kan. Tapi Princess tetap amanah Allah buat kami, aku akan cuba bagi yang terbaik, tapi kalau bab marah tu, mmg tak boleh elak. MAK mana yg sanggup halau anak? tambah lagi umur 3 tahun.hahahaha. acah acah je tu, and now, bila suruh ikut ibuu Zila, dia takut, terus tak nak.hahahaha. adoii lawak lah.

Princess tu, mana pernah pisah dengan aku, dr lahir, sampai besar, mana pernah tidur jauh dari aku. mst bawah ketiak aku lah. Aku lepas marah marah dia, bila dia dah tidur, atau sebelum tidur, aku akan mintak maaf dgn dia, cakap dgn dia " ibuu mintak maaf sbb marah kakak, ibuu nak kakak jadi good girl, ibuu bukan saje saje marah kakak " dia pun jebik jebik lah bibir tu, sedih lah kononnya.hahaha. Anak kita ni bijak kan, dia paham apa yg kita cakap, cuma saje je nk menguji kesabaran kita.hahaha.

ok lah, panjang sgt dah cerita, tp aku rasa cite ni mmg lawak lah, tak pernah lagi aku buat cm ni, mmy saje aku nk psycho dia.hahaha. lepas ni kena fikir cara lain pulak nak psycho dia.hahaha.

anak manja papa.

6 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

heee fhm dia.. ibu nak "halau" trus dia takut gitu..hihiih

Chekgu Azrine said...

Incess nmpk dah cerdik sgt...
Hamboi ibu nk kena lepuk ke dgn auntie...
Berani nk halau incess el

Yana Libra said...

sbb dia plg rapat dgn mak kot? huhu

idzwa kamaruddin said...

pincess budak bijak ;)

anez zamri said...

Hahahahaha adoii ibu ni..siap tanya cukup tak kain baju mak tiri sgt tuh
Hahaahhaa!mmg ra hannah pun kdg gitu..saje nak perhatian lah tu..

DRAMATIC UNIQ said...

hahahahahaaa... kak ain tergelak baca perkataan "ibu bungkus kain baju kakak semua" tu.. zaman skrng mana ada bungkus2 lagi ibu..!! hahahahaa.. :p

memang gitu lah anak2 ni kan.. nak kata dah besar, mcm kecik lagi.. nak kata tak paham kita cakap, mcm paham. kadang2 lagi pandai cakap daripada kita pula tu.. hehehehee... sabar je lah ibu.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...