11 December 2015

Hati yang tenang dan senang

Masa aku kursus Personal Health Management, Encil Ili ada pesan, kita ni apa apa pun kena penting kan diri sendiri, baik dengan diri sendiri, jaga diri sendiri, jaga hati sendiri, then baru baik dgn orang lain. Hubungan sesama manusia pun kena jaga, kalau tak hati takkan tenang.

Aku? Dulu aku jenis suka marah, aku seyes jenis baran, jenis cepat sentap sana sini, sana sentap sini sentap, sana nak melawan, sini melawan, bila sakit hati tu, jantung aku sampai nak pecah rasanya, tapi apa gunanya, sampai bila. Betul x? Aku fikir, kalau aku terus terus mcm tu, lama lama aku mst dpt sakit jantung.

Aku slow slow berubah, aku berubah jadi manusia yang boleh terima keadaan, boleh memahami perasaan org lain, berubah jadi manusia yg memaafkan semua org, berubah jadi manusia yang menyenangkan hidup org lain, kemudia sikit sikit aku tengok Allah permudahkan hidup aku, itu lah sbb aku kata, 2015 adalah tahun yg indah buat aku, banyak impian aku dah jadi kenyataan, syukur.

Hari hari aku berdoa, berdoa untuk diri sendiri, berdoa untuk kawan kawan, kalau tak puas hati, cakap depan depan, jangan simpan, jangan jadi talam dua muka, jangan ckp yang, ' aku xnk lah ckp depan dia, biar lah aku pendam ' jangan!! Sila jangan! Nanti boleh makan diri, luah kan. Sila luahkan.

Aku nak nanti, bila aku mati, aku boleh senyum, sbb aku dah maafkan semua org, dan semua org maafkan kesalahan aku. Ingat, jgn berdengki, terima kelebihan org lain. InsyaAllah bahagia hidup.

4 comments:

Inani Hazwani said...

Alhamdulillah. Moga Allah kurniakan yang indah2 buat kita untuk tahun2 mendatang :D

nadiah hanum said...

Indahnya hidup kalau memiliki hati yang tenang kannn..tapi pokok pangkalnya terpulang kat diri sendiri jugak..kita yg menentukan nak hidup yang tenang atau tidak..Semoga 2016 menjadi tahun yg lebih baik untuk rara..:)

idzwa kamaruddin said...

ehh u sama la kiter..akak dulu pun sama..baran la angin la sentap la melawan la tapi skrg dah lame tak lagi..sebab ape sebab nak hidup bertenang dgn family je target hidup skrg nie ;)

btw..nice to see u smlm..terpegun sb tantek sgt!!!! serius cantik la awak dik!

emalin mohd said...

Nak berubah juga tak nak cepat marah-marah. huhu
Nak jadi lebih penyabar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...