Image and video hosting by TinyPic

15 December 2015

Princess - Teruja tengok Hi-5 di Istana Budaya

Hi5 di Istana Budaya


Alhamdulillah, rezeki budak budak ni, dorg menang contest hi-5 haritu. TQ kak Lya dan MAB sbb pilih kami sebagai pemenang, bebudak ni mmg teruja sangat, ibuu pon sgt sgt excited, nenek dorg lg excited siap sponsor baju budak ber dua ni. Masa concert, nenek takde, nenek pergi Umrah. so nenek sponsor baju jelah. Pagi tu teruja sangat Princess, bangun awal. aku pun suap kan dia makan siap siap, sbb nanti taknak lah kat Istana Budaya baru nak terhegeh hegeh cari makanan. Sampai IB, kami terus pergi collect tiket kami. Bebudak ni mmg dah melompat lompat dah nampak hi5 sana sini.haha.


Dalam 1.45pm kami dh masuk dlm dewan, masa tu props dorg semua dah siap dah. Tema persembahan haritu ialah Sleepover Party, masing masing ada mimpi masing masing. Persembahan mcm biasa lah, ada lagu, ada nyanyi nyanyi, ada dance. Princess melompat saje lah. seronok sangat tengok dia.

Macam mana kita tengok Hi5 dalam tv tu, mcm tu lah dorg, mmg menarik sgt persembahan dorg ni, jelas, dorg menari menyanyi pun mmg sangat menarik minat budak. Bukan budak je, mak budak pon sama.hehehe.

papa bosan, mengantuk.hahaha

Persembahan ada 2 sesi, 1 sesi 45minit, lepas tu break 15minit, then lg 1 sesi, masa break tu kami x keluar pun, duduk je dalam dewan, Rebecca Nur Al Islam tu pun ada jugak. pestime aku jumpa dia. Lawa jugak.hehehe.


Masa persembahan bermula, aku rasa mcm nak nangis, nak nangis bila tengok Princess happy, ntah lah kan, mak mak sgt aku ni, mmg rasa hiba bila tengok anak gelak gelak, anak joget joget, seronok sangat. Sampai harini, Princess ingat lagi lagu lagu masa persembahan Hi5 haritu. tak habis habis berjoget.

Masuk kereta, masing masing ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzz. hahaha. letih sangat lah katakan. Aku rasa mcm aku dah hilang pulak skill bercerita. haha. Sori lah kalau cerita aku ni x memberansangkan. mood masih kelaut.hahahaa. bai!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com