28 December 2015

Random Cerita Cuti 4 Hari

Pavlova Ipoh


TAK BOLEH MOVE ON! huh! rasa kejap sangat cuti 4 hari. kijam! ini sangat kijam! actually dari hari rabu tu aku dah cuti, tapi tak mcm cuti, sbb sibuk siapkan order pavlova, then berkemas kemas. penat gilaaaaa! Aku balik ipoh mesti kena ambil order mini pavlova, kalau tak mesti teruk kena maki, hahaha. haritu dpt order dalam 150 biji semuanya, tu pon banyak aku kena tolak. huaaa maaf korang, mmg tak sempat nak ambil banyak banyak. Bayangkan sampai seketul pun aku tak dapat nak bagi mak aku merasa. hahaha. siap tak cukup seketul untuk customers. TQ korang sbb selalu support! love yah~


Rabu petang tu aku dah sampai Ipoh, jalan tak jem, tapi banyak kereta, biasa lah skrg ni, kalau cuti je, kemahen jalan jem, tak kira lah perayaan ke tak perayaan ke. melampau sangat kan! hahaha. kami sampai mlm tu, tak kemana mana pun, dinner pun makan kat rumah je, laki aku masak. hahaha. malas nak keluar sbb ipoh asal malam jee hujan. so lepak rumah lagi best. Then malam just pergi tesco, cari buah untuk pavlova.

Hari Khamis just lepak rumah, tunggu customers datang amik pavlova, mmg aku duduk melepek jelah kat rumah, sambil makan dan tidur. hahaha. Tetiba esoknya dah hari Jumaat! apekahhhh! Jumaat tu pulak shuben aku xde, dia g settle kerja dia kat Manjung, Princess pergi ikut maksu dia kenduri, Opah pun ada kenduri, aku pulak masih duduk rumah menunggu cust datang collect Pavlova, SAMBIL TIDUR. hahaha.

Malam tu baru ke Tesco, makan kat kedai, then jalan kat tesco. mak aku nk cari lauk sikit. Tapi kat tesco nan hado lauknya, tinggal ayam tua je. choiii~ Sambil jalan jalan, aku jumpa booth cina jual Ros Bud Tea ni. whoaaa suka nyaaa! lama dah aku cari. last last jumpa jugak, murah je dia jual, RM16.90 untuk 30gram. Rasa dia cm ne? hmm nanti aku buat entry lain lah eh.


Malam tu ingat nak train princess tidur tanpa pampers, gigih lah lapik waterproof sheet protector ni, tapi hurmmm, dia kencing jugak, kul 3am masa tu. hahaha. pas tu aku terus pakaikan pampers. hahahahaha. ok nanti kita cuba lagi yek!

aku ada lebih sheet ni, sape nk beli bgtau eh.
konon konon
Sabtu pulak, asalnya plan nak pergi Kampar, ada air terjun kat sana, tapi bila fikir fikir balik mst sesak + hujan hujan ni, risau pulak nak ke tempat tempat cm tu, last last duk rumah je, berkelah kat rumah je, adik beradik mak aku sume datang rumah, then makan ramai ramai, best gila! mak aku masak bubur kacang, buat air cincau. hmm best sangat!

syian numaa majuk.hehe
Bebudak ni seronok sangat lah dapat main ramai ramai, siap merajuk rajuk lagi. hahaha. layan lah labuuu~ And maksu aku buatkan pavlova manggo~ ermmm sedap sangat! suka lahhhh!


Sabtu malam tu kami dah gerak balik KL, sbb dah jangka, mst jem gila kalau balik Ahad, lagi pun laki aku ada kenduri kat Senawang Ahad tu, Alhamdulillah jalan smooth je, walau banyak gila kereta. aku teman laki aku sampai Rawang je, Then ZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzz. hahaha.

Hari Ahad semalam bapak lah panas nya weiiii! Ya Allah, bayangkan masa nak balik, laki aku sampai suruh aku bukak tudung dalam kereta, sbb aku dah sakit kepala sangat sangat, scarf kepala aku sampai basah, bayangkan lah panas nya mcm mana. Sampai ke malam aku sakit kepala, suara pun dah rock ni. hahaha.

budak ni mmg suka rambut menggerbang, ni pun aku paksa ikat.

Lepas tu malam semalam onnie princess dtg rumah, sbb nak tengok baby Qayla. so mama buat makan makan sket, steamboat kat rumah jeee. hehehe. kami sejak ada steamboat and grill ni mmg buat kat rumah je, dh x makan kat johnny tu dah. Laki aku perap kambing lg sedap. hahaha. pas dah kenyang makan, layan Kabhi Kushi pulekkk~ nangis nangis depan tv, sampai laki aku kata, " dah tau jalan cerita pun nak nangis lagi " hahahaha. heh! dia yg tak tau cara tgk hindustan, nak marah kita nangis pulak.hahaha.


Aku dh dapat kalender dgn diary 2016 dah, hehehe. Tq Ris! hehehe. mcm tak sabar lak nak masuk 2016, ntah kenapa ntah! hmm okay lah, nak balik dah. Kak Zan boss aku pun last harini. hmmm lemaunyaaa~ mst lepas ni kerja dah x best. sbb dah xde sape nak marah aku. #ehh. ehehehe. okbai!

7 comments:

lieyalatif said...

uihhhhhhhhh sakan dgn makan2 ni rara...best2...terliur akak tgk satu2 menu kooooo....ye laa air tangan mak kan...pastu makan ramai2 mauu tak syok....

akak balik ahad tu jem teruk....tapi akak tidoo so takde laa rase stress sgt hahaahahahaah

Yana Libra said...

penuh aktiviti weekend ye :)

idzwa kamaruddin said...

tak adil dah ade kalender 2016! hahaha..nak jugakkk!~

Inani Hazwani said...

Seronok bila balik kampung. :D

Diana Rashid said...

Rara..kalau tak nak dia kencing set alarm 2jam sekali untuk kejut dia bangun pi kencing.kalau biar gitu je memang dia kencing jugak.Maisara dulu akak buat gitu la..tapi dengan adik tak try lagi..hehhehe

nini said...

Wohoooooo sodapppp aihhh

nuyu said...

salam.. sis ade lg ke sheet tu? bpe rm sis jual?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...