17 December 2015

Semut pun nak makan PAVLOVA aku

malam tadi aku OT, sampai rumah 11pm terus sinsing lengan siapkan pavlova XL 2 biji, dan aku selit sebiji pavlova 5.5inch sbb kwn aku nak sangat, asyik tanya je, kesian dia, aku pun selit lah seketul lagi. Aku pulak lampu merah tengah menyala, so badan tu letih sikit lah rasa, pinggang sakit, kaki lenguh lenguh, tapi gigih jugak siapkan order. Banyak order aku kena tolak sbb tak sempat, sory korang, sobs.

Lepas dah masuk 2 biji XL dalam oven, aku naik atas, siapkan princess untuk tidur lepas papa dia gosokkan gigi dia, then aku pun mandi, lepas mandi aku baring jap. Pavlova ni kena bakar lama tau, so aku kena selalu pergi pusingkan timing dia, aku sampai kena set alarm kat fon.haha.

Lepas siap pavlova XL 2 biji, aku masukkan pulak yg 5.5inch ni, oven kecik, so kena lah bakar 2 3 kali, masa ni dah kul 3am tak silap aku. yg kecik ni aku bakar sejam je, siap bakar dlm 4am, aku turun bawah 4.10 am, meringue tengah panas lagi, aku biarkan dulu dlm oven, tapi yg cerdiknya, selalu aku biarkan pavlova tu dalam oven, ni aku pergi keluarkan pavlova ke depan sikit, terkeluar dari oven. 

Aku budjet takde lah semut nak datang, sbb selama ni, aku sejukkan cake dlm oven, mmg semut takkan datang. Tapi dah nak dijadikan cerita, aku terlelap lama pulak smlm, serius tak sedar langsung, aku turun bawah dlm jam 5.30am, aku terpaku, terpana, ternganga, dari mamai mamai aku terus terbuntang biji mata.

PENUH semut kerumut pavlova, penuhhhh! sampai x nampak dah pavlova aku tu.hahaha. aku pun fikir, mcm mana aku nak buat ni, mcm mana niiii. huaaaa nak nangis pun ada, nak pengsan pon hade, aku rasa mcm nak bakar balik meringue tu dgn semut semut tu.hahaha, punya lah setan hasut kan.haha. tapi aku x sanggup lak. berdosa lak rasanya. nak halau semut tu pun xboleh, pavlova bukan boleh di hentak hentak, andai kata nak halau, belah dalam x tau ada banyak mana semut tu kan. so xnak lah take risk, aku terus angkat dr oven, letak je terdedah tepi singki, makan berpesta lah komer~

pagi tadi aku bangun, terus tuju kat pavlova, ingatkan tak habis lg pesta, rupanya dah habis. hehehe. tinggal 2 3 ekor je berlari lari sana sini. aku pun memandang sepi je meringue tu, aku tak sanggup nak jual pulak pavlova yg dah di mamah semut, so dgn berat hati, aku buang jelah, sbb aku nak makan pun tak sanggup. hurmmm~

Ini lah dugaan bakers, semut adalah ' bff ' kami, paling risau sekali. pengajaran jugak buat aku, lepas ni kena more alert, kena lebih hati hati, x boleh terlelap lama lama. sobs~ So malam ni struggle lah selit lagi. 

Tak pelah Safura, minggu ni je kerja keras sikit, next week dah boleh rest, cuti panjang, yeeehaaaa~ Semoga semua semut yg beratus ratus yang makan pavlova aku tu, mendoakan aku murah rezeki. Amin.

pavlova lepas dimamah semut.
pavlova hantaran paksu.
pavlova customers smlm.

BTW, TQ kak Linda sbb order pavlova dengan kita, sedap dia kata, Alhamdulillah.
Korang kalau nak order, boleh WA rara okay, tapi tahun depan lah ye, skrg dah
tak amik dah~ hehehe.

12 comments:

Jueliza Jamani said...

sabar rara takder rezeki tu.. nanti ada rezeki lain pulak...

idzwa kamaruddin said...

laling...ade 1 produk spray ni kalau spray meja ke dapur ke mmg semut or binatang lain tak dtg dekat..nanti kalo ade mase akak pm gmbr tau.

Inani Hazwani said...

Alahai rezeki semut tuu. Mudah mudahan lepas ni murah lagi rezeki kak Rara :D

Normi Nieza said...

sdapnya pavlova..:)

lieyalatif said...

pukul 11 balik...patu gigih membakar...lepatu tu di hurung semut...adoiii akak yg nak menangis rara oiiii...akak yg rase letihnyer...mcm kat umah akak laaa...byk sgt semut...lg2 musim hujan nieh....

eynda said...

Rara kena buat pest control ni... murah rezeki semut yg menetap dgn bakers ye hehe...

Intan Zulhilmi said...

Pavlova sedapnya!!! Dah lama x buat ni...

Zaza Abdul Latif said...

kerja keras kau Ra.. tabah menjalani hidup sebagai rakyat marhain.. lagi tabah pavlova plak kena makan semut.. adoi dugaan apakah ini? :D

Yana Libra said...

sayangnye kena mkn semuttt

nadiah hanum said...

kalau ciknad la, kompom nanges! huwaaa..tapi takper la ra, insyaallah bertambah murah rezeki lepas ni.

Ahlam Miera Shafie said...

sedihnya.. huhuhunrezeki semut..

anis abdullah said...

Sayangnya tapi tu rezeki semut dah tertulis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...