31 December 2015

Throwback 2015 and Target 2016

Highlight 2015


Aku asalnya tak nak buat terobek segala ni, tapi demi mengisi masa lapang aku sementara free kat opis ni, makanya marilah kita menaip sedikit cerita tentang 2015 yang bakal meninggalkan kita. Lepas ni dah takde dah tarikh 31 Disember 2015 ye, dah takde! dia akan terus terus teruuussss je. amacam? takut tak kalau fikir, aku takut. Takut gila. Tapi orang kata, kita tak leh nak pikir pikir sangat masa kita kat alam kubur mcm mana, akhirat mcm mana, bagus mengingat mati, tapi jangan fikir mcm mana korg kat dalam tu nanti, nanti boleh gila.hahaha. Cukuplah perbaiki mana kesilapan lalu dan berbuat baik. Aku kalau boleh, nak jadi orang baik baik je, tak nak jadi orang jahat. Aku skrg bukan lah kata TAK NAK langsung nak amik tau hal orang, TAPI aku malas, malas nak amik tau, malas nak jadi mcm dulu, sana sini org cite pasal org tu org ni. Aku sibuk melayan cerita orang. Aku malas dah. Aku skrg hanya dengan life aku, aku baik, aku amik tau, tapi kalau hal DEEP DEEP sangat ni aku malas nak layan. hahaha. Prinsip terbaru aku, u layan i baik, i layan u much much much BETTER! tu je, once buat taik, lantak ko lah. TAPI aku tetap maafkan orang. sape lah aku ni kan xnk maafkan orang.hehe.

HOI PANJANGNYA MUKADIMAH!

Lepas aku mangamalkan perubahan pada diri, Alhamdulillah lah korang~ aku rasa diri aku tenang walaupun kdg kdg ada lah jugak dtg gila nak stress x tentu pasal tu, tu time time nak period lah tu. mst tetiba nk emo nak sentap. hahaha. Rezeki jugak banyak datang, Alhamdulillah Allah bagi. TAPI dengan usaha lah, bukan dengan hanya duduk goyang kaki ye, modal kena keluar sket, then barulah dpt pulangan balik. Kalau modal pun takut nak keluar, hurmmm, krik krik krik lah jawap dia.

Benda yang paling aku rasa ajaib skali dalam tahun 2015 ni ada 2 benda je, but impak terbesar lah dalam diri aku. AKU DAH ADA SEBIJI RUMAH DI KUALA LUMPUR. hahaha. magic kan. Alhamdulillah jugak untuk rezeki ni. Suami aku ada sebuah di Ipoh, aku ada sebuah di KL. Nak cerita pasal rumah, ada benda yg lawak, ada yang sedih, ada macam macam cerita. Tapi best sgt sbb semua urusan perumahan sangat sangat dipermudahkan.

Dalam pertengahan bulan Januari tak silap aku, masa tu hari minggu, aku tidur lagi masa tu, tetiba laki aku gerak, dia kata, eb bangun lah, jom g tengok rumah. sekarang jom. aku like errr rumah? rumah apa ni? then dia kata, jom jelah~ tak payah mandi.hahaha. Rumah tu bawah sikit je dari rumah MIL aku, mmg niat suami aku nak beli rumah dekat dengan mak dia. 

Sampai je rumah tu, pakcik nak jual rumah tu ada. dia tengah bersih bersih kan rumah. cerita nak bermula bila laki aku pergi rumah kawan dia, depan rumah pakcik tu, tup tup dia nampak pakcik tu naikkan sign board, RUMAH UNTUK DIJUAL. tu yang laki aku terus panggil aku ajak g tengok rumah tu.

Pakcik yg nak jual rumah tu dah tua dah, dia nak jual rumah kt KL sbb nk settle down kat kampung, dia pun dah tak larat dah nak uruskan semua benda, anak anak semua dah besar dan dah ada harta sendiri. so dia nak jual je semua rumah dia. And the best part is, dia hanya nak JUAL PADA MELAYU, dia xnk jual kat cina or india. Masa aku masuk rumah tu, walaupun rumah tu mcm tak terjaga org penyewa sblm ni, tapi aku rasa mcm ada sesuatu dalam rumah tu, ada satu daya penarik yang buat aku rasa, nanti kalau aku duduk sini, aku boleh hias rumah ni lawa lawa, jadi tempat perlindungan kami sekeluarga, jadi mahligai kami. tetiba laki aku tanya " mcm mana eb? ok tak? " aku trus hentikan lamunan. " hah? apa? ok ok. " ahahaha itu je aku jawap.

masa tu aku dah mengelamun, mana tmpt aku masak, mana tempat aku bake, aku nampak anak anak aku berlari lari dlm rumah, laki aku tgh lepak tengok tv di ruang tamu, itu yang aku nampak. ntah lah korang, andai korang dah lama mengimpikan benda tu, tetiba Allah bagi, korang akan dapat rasa apa yang aku rasa ni.

Kami pun tanya tentang deposit rumah segala, pakcik tu kata dia tak kisah, ayat dia " cubit peha awak, peha pakcik terasa " gitu lah ayat dia, aku tak berapa paham, tapi maksudnya, bagi lah berapa berapa yang ada, dia tak kisah, dia xnk menyusahkan, asalkan dapat jual rumah tu.

Geran rumah segala, semua dah ada kat tangan laki aku, pakcik tu terus bagi tanpa kata apa apa, dia jual rumah tu MURAH tau dr harga market rumah area situ, tu yang paling aku terharu. Pakcik tu terus angkat signboard yang dia letak tadi, kira rumah tu dah milik kami, TANPA KELUAR SESEN PON! ko rasa mcm mana? 

kalau korang nak tau, lepas je kami balik, dtg india pasangan laki bini bawak deposit rumah 25RIBU CASH! nak book beli rumah tu. bayangkan lah betapa baiknya pakcik tu. bayangkan! dia tolak duit india tu, dia kata dia dah jual kat kami, sedangkan kami tak bawak apa apa. Sampai harini aku tak lupa pakcik tu, aku harap dia sihat sihat selalu dengan isteri dia.

lepas tu bermula lah episod mencari lawyer, buat S&P dan segala mak nenek pasal rumah, semua laki aku yang uruskan, sampai bab pinjaman gov, bapak Eliany tolong, kebetulan last bapak lya kerja kat situ, Lya kata, meh lah lya tolong, Alhamdulillah di permudahkan jugak, Baik sgt bapak lya, TQ pakcik. orang selalu kata, dorg punya pinjaman selalu sangkut kat BPP kan? sampai setahun 2 tahun, tapi aku punya, tak sampai 2 bulan. mmg semua sangat mudah lah. susah nak describe mcm mana.

Laki aku pun baru je pindah duk KL, masih lg di awang-awangan lagi, tup tup dapat beli rumah, pening jugak kepala aku fikir, tapi takpe, Allah ada, rezeki tu ada, jangan risau. InsyaAllah. Aku percaya pada tu je. Itu lah aku rasa benda yang paling bermakna dalam 2015 ni, duit rumah pun dah kena potong 2 bulan lepas, sobs, nangis jugak lah tepi bucu katil, tapi takpe, marilah kerja sekuek kueknya!

PERGI HOLIDAY KE KRABI

awal tahun hadiahkan diri sendiri rumah, akhir tahun hadiahkan diri sendiri percutian pulak, percutian sempena Hari Anniversary aku, pestime bawak Princess ke " luar negara " hehehe. Teruja gila gila! seronok sangat, dan lepas tu, asek nk tengok tix flight jeee.hahaha. dan yang paling best, duit pergi Krabi ni totally hasil berniaga aku, dan duit dividen ASB. kihkih, kami share sorg sikit laki bini. PUAS HATI RASANYA! serius, atas usaha, hasil titik peluh kami, happy sangat kat sana. nak baca pasal KRABI, just search KRABI kat ruang search tepi tu ye. hehe.

SugarlandByRara

Alhamdulillah juga, bakery shop aku makin dikenali, walaupun aku hanya power tang pavlova je, tapi cust keep on cari dan ramai yang repeat order. terharu gila, aku jugak masukkan product product lain dalam sugarland, tapi tu lah, aku masih mencari ruang dan masa, lagipun oven aku kecik je, tak leh nk produce banyak product skali gus. 

My Self

untuk diri aku sendiri, aku bangga sbb aku dah boleh datang kerja awal, puncn IN sebelum jam 8am, walaupun org kata, alaaa goverment, apa ada hal, kerja senang, tapi aku rasa itu tanggungjawap aku, dtg awal, buat kerja elok elok, dan jgn melawan boss.kihkih, nampak nau suka melawan sebelum ni.hehehe. sume masalah boleh settle maaaa. hahaha. Aku skrg mana makeup kat rumah dah, sbb lambat, kalau agak2 bangun dah 6.30am tu, aku trus mandi, solat, pakai baju, sarung tudung.hahaha. then terus gerak, kalau nk tunggu makup, lilit lilit tudung, perghhh mau kul 9 sampai opis.hehe.

Moga prestasi kekal jugak sepanjang 2016 dan sampai aku pencen. Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.

Tapi tahun ni aku kerap demam, Princess pun kerap demam dan batuk, yelah sbb cuaca kan. Alhamdulillah suami aku tak jatuh sakit teruk tahun ni, just demam demam biasa je.

TARGET 2016

itu jelah cerita 2015, malas nk cite banyak banyak, nak tengok banyak, dlm IG aku ada, hehehe. ID @safurara ye. meh follow. hehehe. Marilah meneruskan MISI 2016, MISI nak KURUS masih di kekalkan. aku pernah dpt berat 60kg pertengahan tahun haritu, hahaha. tp sikit sikit berat naik balik, choii lah! hahaha. so marilah berusaha utk kurus balik.hehe.

Aku tak target apa apa pun tahun ni, cuma nak simpan duit untuk masuk rumah dan nak renovate rumah kami tu, nanti bila penyewa dah masuk rumah sendiri, kami leh pindah, sambil tu leh renovate mana yg patut.

Then simpan duit nak g holiday lagi, tak de target sangat nak kemana, just tunggu FREE SEAT je.hahaha. bijak dak? Aku nak majukan lagi bisness aku, nak jadi ibuu yang baik, nak jadi isteri yang baik, anak yang baik, menantu yang baik, kakak yg baik, kawan yang baik untuk korang. takde apa yang aku mintak just nak yang baik baik je.

2016 jugak berazam nak bawak bekal hari hari ke opis, x kira lah nak masak ke, nak bawak left over makanan malam semalam ke, asalkan bawak bekal. sbb aku dh mula bawak bekal dr haritu lagi, mmg aku dpt rasa penjimatan di situ.hehe. cuma hari gaji je kita makan luar hokkay!

dan 2016 ni aku nk beli sebijik jam! eh seutas jam, sejak 2 2 jam aku rosak haritu, aku dah lama tak pakai jam, sedih gila, dah lah x biasa hidup xde jam. so nak beli jam! doakan aku dpt beli jam tau! hahaha. lepas tu aku nk pakai lipstik MAC, errr nebesnya nak masuk MAC.hahahaha. Fy nanti i wasap u! hahaha.




ADIK PRINCESS? errrr hold lagi, tunggu pindah rumah.hehehe.

okaylah, aku rasa itu je review dan target 2016 ni, hope semuanya dipermudahkan, sama goes to korang semua. semoga kita menjadi lebih baik dan WARAS, tak macam someone someone tu, yang bila dia bukak mulut je, menyakitkan hati orang. #2kerja. hahahaha. ok bai!

TOMORROW IS THE FIRST BLANK PAGE OF 366 PAGE BOOK, 
so WRITE THE GOOD ONE ♥

14 comments:

idzwa kamaruddin said...

alahai murah rezek iawa kdik dapat beli rumah..doa kan akak jugak dapat pelung macam ko..akak nak beli rumah mcm ko la..org jual sebab nak seteldown..senang citer..

nini said...

Tahniah yunk...byk pencapaian tahun ni...alhamdulillah....moga lebih maju yer...

aswaleyla said...

kipidap k.rara. seronok baca. rasa leyla kat tempat k.rara, mesto seronok. dapat rumah kott. mne x seronok

fifi said...

I baca abis tau..hahaha..

Inani Hazwani said...

Semoga 2016 yang datang banyak juga kenangan yang manis2 boleh dilakar. Hehehe.Selamat Tahun Baru kak :D

Chekgu Azrine said...

InshaAllah rara
Semoga thun 2016 lbh diberkati...lbh happy dan lbh ceria ye utj rara sefamily...
Happy new year sis

anez zamri said...

tah kenapa aku pulak yg sebak baca kisah rumah tu..huhuhu..alhamdulillah ra..ku doakan cepat2 dapat duduk rumah tu..

Anak Lebah Comot said...

Hua...tahniah n good luck for the future!!

anis abdullah said...

Tahniah banyak pencapaian. Semoga 2016 lebih sukses ya.

Nieyl said...

Insya'Allah...
nieyl pun sama mcm tu..
nak berubah..berubah ke arah yang lebih baik..:)

Mama Kembar 3 said...

Seronok baca banyak impian rara tercapai tahun lepas. Paling suka rumah baru tu. Moga makin murah rezeki rara sekeluarga dan juga rezeki pakcik yang jual rumah tu

athi FATHIYAH said...

Alhamdulillah Happy baca :)

e.t.t.y said...

walaupun lambat baca, aku baca sampai habis seketol seketol.

DRAMATIC UNIQ said...

ehh.. nape lah emo sangat hari ni..
masuk blog org tu bergenag airmata.. masuk blog ni bergenang airmata juga..

what happen to me lah..!! issyyhhhkkk... :p

apapun, best of luck untuk 2016 ni Rara..!!
thanks 4 everything tau..tau...!!

*sebak lagi tak abis2*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...