Image and video hosting by TinyPic

07 December 2015

Tips kekal sihat tanpa mengeluarkan modal

Harini aku berkursus, walaupun dah cukup kursus aku utk tahun ni, tapi bila ada kursus tentang health ni, aku teruja nak pergi, terus daftar nama. Yelah, ilmu ilmu ni tak senang nak dapat, lain instructor lain ilmu dia. So takpelah, kita ambil je. Hehe. Harini instructor kami ialah Ili Abdullah, lelaki ye, bukan perempuan. Hehe. Aku ingat kursus harini dia ajar tentang BMI, tentang pemakanan, tentang kalori, tapi aku salah sama sekali, nota takde, slides xde, meja pun takde. Hahaha. Kerusi semua kena tolak tepi, no notes!! Dia kata, dia nak tulis terus ke dalam hati kami. Ewahhh sangat. Haha.

Sesi pertama ialah sesi senaman, indoor. Encik ili kata, zaman skrg negara kita tengah gila berzumba, seronok ye berzumba, tapi betul ke cara zumba kita tu? Hahaha. Kita main ikut je instructor, tp kita punya steps?? Bersepah habis. Hahaha. Aku gelak sajorrr. Aku lettew bersepah. Haha. Dia kata, kita jangan lah ikut org latin sana, dorg dari dalam perut dah pandai menari, mmg darah dorg mcm tu, kalau kita ni, dh tua baru nk berzumba, mmg lawak jadinya. Kerass!! Hahaha. Ili suruh kami buat senaman jari je pon. Ramai yg faillll.hahaha.

Encik ili mengajar kita cara senaman yang betul, senaman simple, boleh buat dengan anak dengan suami dgn kawan kawan,dia kata, dia buat SENAMAN! bukan zumbaaa. Cuma senaman dia di iringi music. Senaman yg betul katanya senaman yg touch muscle kita, bukan saje saje senaman, sampai sakit sakit peha betis segala. Mmg enjoy sangat lah!!

Ili pesan lagi, nak turunkan berat badan, dlm masa 21 hari, senang je, no sugary drink, no fried food, then senaman, mst akan maintain je berat badan. Jgn makan suppliment, jgn suntik sana sini, tu sume tak kekal, termasuk lah atkinssss. Opsssiiieee.hahaha. tp mmg betul pun, aku dah mengalami semua process tu, mmg tak kekal lama. Sementara je, then kita akan kembali ke bentuk asal, sbb tu aku cuba sedaya upaya diet sendiri skrg. Tp struggle sket lah. Huaaaaaa.

Nak sihat, dia juga pesan, kena jaga makan, kena senaman, kena rehat. Utk dewasa, cukup lah 6jam tidur yg berkualiti. Cukup jam 12am, shut down kan badan kita, tepat jam 6am, bangun. Mandi air sejuk. InsyaAllah. Sihat tubuh badan. Ili jugak pesan, nak sihat kena selalu senyum, kena maafkan semua orang, kena selalu ucap terima kasih. Maka akan bahagia lah kita sesama kita. Jangan ada hasad hasad dengki, jangan stress stress, let it gooo. Tu aku suka, mmg hidup ni kena selalu senyum kan, kalau tak! Mmg runsing jeee.

Dalam badan kita mmg ada sel sel cancer, sel stress, kalau x jaga makan, x jaga badan, tak control stress, maka ion ion tu akan mengalir dalam darah. Mmg akan mengaktif kan sel sel yg tak aktif tu. Takut kan dengar. Tp tu lah kenyataan, kita xnak percaya, tp kena lah percaya. Aku plak takut dengar. Mcm anak anak jugak, ili pesan, jangan bagi anak makan mcm mcm, jangan risau anak ko kurus, tp risau lah jika anak ko obesss. Bahaya tauuu serius bahaya. Beri lah makanan yg bagus bagus untuk anak. Bukan sweets.

Jaga lah kesihatan korang, aku pun risau dgn kesihatan aku, suka sangat makan makanan manis. Once dh dapat kencing manis, habis lahhh. Maka jaga lah. Aku pun insaf kejap, hope lama lah insaf aku ni, tp yg pasti, lepas ni kalau boleh aku nk selalu bersenam, simple je kalau steps dari ili Abdullah ni, mmg best sangat. Jom lah try, boleh visit FB dia. Semua ada kat situ. Jom kita sihat sama sama. Badan sihat, Hati pun sihat. Wiwiwiwiwi. Senam ye, bersenam! hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. Jom sihat sama-sama..
    betul tu kurangkan makan benda manis, masin..
    Byk mnum air..
    Insyaallah ok..

    ReplyDelete
  2. ingtkan askar mana td.. hahaha..

    apa2 diet tp tak beringat mmg xtahan lama punnnn.. heee

    ReplyDelete
  3. rajinnye g seminar kesihatan..:)

    ReplyDelete
  4. Ra, patutlah masa pantang berat aku dr 70kg lebih blh turun smpai 50kg ra sebab aku xminum air manis pun. sepanjang pantang 44hari, aku hanya makan sup sawi tanpa minyak, just rebus je, then ikan bakar. aku langsung xpantang mcm org lain blh mkn ayam ke, ikan goreng ke. mak aku memang bakar ikan hari2, sup sayur plak tak boleh tumis guna minyak. weh, tba2 nak makan benda2 gitulah tiap hari. cuma sehari dlm seminggu blh la cheat kan. haha

    ReplyDelete
  5. fuhh rara..tersentap aku baca..huhuhuhu..badan dah naik dengan jayanya..nak kena diet..nak kena bersenam...audduudud

    ReplyDelete
  6. baik ra!! hihi... #taknakbeliberassebabtaknakmakannasi HAHHAHHHAHA

    ReplyDelete
  7. Bagusnya kursus macam tu...betul la rara...aku dah cuba atkins...memang kurus la kejap pastu mendadak naik ke angka asal...huhuhu...nangis tepi penimbang...skrg cuba diet ikut cara aku sendiri

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com