Image and video hosting by TinyPic

02 December 2015

Tragedi Pavlova TERGOLEK DOG

Dugaan orang bertunang


Alhamdulillah, lepas beberapa dugaan melanda, selamat dah adik ayer Yaya Natcumi bertunang, tahniah yaya adikku sayang, darah manis lah skrg ni.hehehe. Yaya tempah kat aku Mini Pavlova dan brownies kedut untuk hantaran dia. aku excited sangat sebab ni kali kedua org order untuk hantaran. Aku minat benor lah benda benda deco gini, bila output awesome, aku rasa mcm puas hati sangat sangat! mcm nak nangis.

Aku deco Pavlova dengan penuh kasih sayang, tema yaya warna Pink Purple, so aku buatkan meringue tu kaler Purple, kat luar x nmpk, tapi kalau mkn, nampak lah purplenya tu.hehehe. Then fresh cream tu aku kasih effect warna pink sikit, Allah, cantikkan. hahahahhaa. Matiklah puji deco sendiri.hahahaha. Tapi aku rasa suka sgt, sbb cantik warna dia. celoreng tu pun menjadi.

Pavlova Hantaran
swettangatttt!

Siap deko, aku just letakkan dlm bekas transparent, sbb Yaya punya dulang dah cantik sgt, sbb ada bunga bunga, so aku just letak gini dan ikat je, so nampak lah pavlova tu kan. Tup tup nak dijadikan cerita, masa delivery, kami bersalam-salam cium bagai, ntah mcm mana, " gedebuk " pavlova jatuh! siap terbalik lagi tu, hiasan tu kebawah! kami dua-dua tergamam, terdiam, terpaku! hahahaha.

Yaya angkat pavlova tu, HANCUR! deco tadi semua hilang! hahahahahahaha. senget benget dah buat. kami dua dua menjerit.hahahahaha. Hancur luluh hati aku, patutnya Yaya lah yg frust, tapi aku yg over, sampai rasa nak nangis.hahahaha. Yaya siap cakap " takpe kak rara, yaya lap lap nanti, yaya ikat balik elok2, boleh ni boleh " aku plak cakap " tak boleh yaya, TAK BOLEH!!! " hahaha. udah bertekak kami kat situ.ahahahaha.

rupa Pavlova yg hancur tu. Yaya wasap, aku suruh dia makan je semua.
Lepas tu Yaya dah balik, aku masuk kereta, laki aku cakap, " eb buat lah lain, sayang anta esok pepagi kat dia " tetiba rasa terharu gila aku, bukan nak puji laki, tapi laki aku mmg jenis gitu, baik hati sangat, sampai kdg-kdg ada org pijak kepala dia. Hmmm TQ sayang~ aku pun terus g masuk Tesco, berlari cari stoberi, TAPI malangnya stoberi habis, kiwi plak semua lembik lembik, pelik aku! last last hmm xpelah, kita buh Kinder Bueno lah, janji dapat bagi Yaya yang baru, sampai rumah 10.30pm, terus berperang kat dapur. hahaha.

idea hantaran
Pavlova Coklat
Pavlova Kinder Bueno
Finally, 2am siap semua pavlova, legaaaa! tersenyum sendiri aku, tapi xdapat lah nak deco lebih lebih, ini jelah mampu, aku harap Yaya suka, tak tanya pun dia apa cerita, sbb malas nak ganggu dia, Yaya wasap gambar Brownies Kedut aku atas dulang hantaran dia, alololo sweet sangat, rasa nak nangis, #ehh mmg dasar lah, tu pun nak rasa hiba.ahahahaha.

Apa-apa pun tahniah Yaya Natcumi adek ayer~ semoga dipermudahkan segala. Darah manis ni.hehehe.

Pavlova Murah dan Sedap



Untuk korang yang nak order Pavlova ke, Mini Pavlova ke Brownies Kedut ke, Feel free to WA Rara okay! Email pun boleh, mana mana pun boleh, jangan lupa, 3 hari sebelum ye, lagi awal lagi bagus. sbb kalau lambat tak boleh nak buat. Terima Kasih korang atas suopport, TQsm. #muahmanyak.

Feel free to follow :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Yaya gelak gila baca entri ni tau! Hahaha kak rara dgn husband so sweet sgt :') terima kasih kak rara! Diorang semua kata sedap sgt sgt tau! Terbaik laaa

    ReplyDelete
  2. Hihi.. alhmdulillah semua berjalan lancar..

    ReplyDelete
  3. Sedapnye tengok pavlova tu. Walaupun dah jatih tetap nampak sedap. Haha.. bile blh dapat nie kak rara....?? 😢😢

    ReplyDelete
  4. Alahai sayangnya tapi boleh makan lagi kan tibai jelah..

    ReplyDelete
  5. Alahai...xd rezeki yaya utk yg buah..tp kerlass btul kinder bueno lagi..swdap

    ReplyDelete
  6. betul-betul ujian kan Rara, tahniah buat yaya juga :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya.. rezeki depa nak makan..x jadi hantaran

    ReplyDelete
  8. kalau dekat dah lama order brownies tu..:)

    ReplyDelete
  9. Gigih ko buat cream warna2 macam tu...cantik la

    ReplyDelete
  10. Adududu. Sedapnyaaa pavlova, sedapnyaaa brownies kedut :D

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com