29 January 2015

PENGAKHIRAN MH370

29 Januari 2015, selepas hampir hampir setahun kehilangan MH370,
akhirnya Kerajaan membuat kenyataan bahawa,

Terkini MH370

Declaration of all the crew & passenger have lost their live. Dlm erti kata lain pengisytiharan semua anak kapal & penumpang meninggal dunia. Dengan ini semua waris sudah boleh mendapatkan segala bentuk pampasan.

Search & rescue mission ditukar kpd search & recovery mission. Misi mencari masih diteruskan sehingga semua mangsa dan kapal ditemui atau sehingga tiada lagi harapan.
Terma dan status incident MH370 bukan lagi "hilang" tetapi "kemalangan" (accident).


AKHIRNYA, diumum " kemalangan "
dan bukan hilang, org lain kemalangan kita jumpa mayat,
jumpa sakit baki, tapi yg ni, kemalangan ghaib,
hilang, lost, sembunyi, xtau lah apa lg perkataan lain,
tapi mmg hilang! eh kemalangan yg hilang.

oh please! aku xnk jawapan mcm ni,
hati aku memberontak, nak tahu, ingin tahu,
tapi apakan daya, hanya Allah Swt yang tau,
Dia saja yg tahu segalanya.
kita nk cakap lelebih pun siapa lah kita,
tiada siapa nak dengar,
kecuali Allah.

panjatkan lah doa, andai mereka hidup,
moga mereka selamat,
andai mereka tiada, moga mereka berada di kalangan
orang orang yang beriman.

bertabahlah wahai waris waris.
aku xdpt nk bayangkan kehidupan mereka.
sedih.

walaupun boleh menuntut pampasan,
tapi aku rasa bukan pampasan yg mereka mahu,
tapi mereka mahukan bukti.jawapan yg pasti.
tapi and again, apa kan daya,
berserah lah.





Read More ->>

Masih ada yang sayang


harini satu hari, sibuk godek godek blog ni,
kemas kan apa yang tak kemas, update contact,
update page, update blog SafuraOnlineShop
sambil fikir fikir apa lg yg boleh aku buat,
apa lagik promo yang aku nk buat.hahaha.
dalam kepala hotak ni mcm mcm idea ada,
cuma xterbuat je.

blog sebelah aku tu, SafuraOnlineShop tu dari tahun lepas aku buat,
tahun ni baru aku mula operasi.
tujuan aku wujudkan blog tu supaya nanti senang,
kalau ada org google google product yg dorg nak,
boleh lah terselit entry aku,
mana tau rezeki ada kat salah satu entry tu kan.
hehe.kita cuba jelah nasib, kena rajin sikit lah tapi.
hehe.

aku ni kdg kdg suka sgt perasan, hehe.
perasan mcm ada je org jeling jeling,
pandang serong, perli perli aku,
walaupun aku mcm " rasa " je, tapi ntah lah,
benda tu seakan akan menyiksa aku.
aku sangat x suka perasaan tu.
aku harap ramai lah yg boleh support aku.hehe.
kalau nk tolong promot business aku pon boleh gak,
aku bg barang, then tolong pomot.voley ka?
hehe.

tapi, bila baca komen kwn kwn lain,
masih ramai lagi yg support aku,
td masa baca komen komen dorg,
rasa nak nangis.hehe.like kak Diana Rashid,
dia kenal aku dr zaman aku anak dara, sampai kawen,
sampai lah beranak.hehe.
kawan kawan blogger aku masa aku masih anak dara,
ntah kemana mana dah.semua dh hilang.hehe.
seingat aku kak Diana je ada.hehe.
yang lain lain ramai yg aku kenal lepas aku kawen dan beranak.

thanks buat semua yg masih support aku.
aku sangat sangat memerlukan doa kalian.
heee.thanks korg! 

semoga korg juga dimurahkan rezeki.Amin.





Read More ->>

Easy Dhikr


Assalammualaikum, selamat pagi,
sihat ke? Alhamdulillah suara aku dh kembali pulih,
kalau x, mcm suara jantan.hahaha.teruk betul rasanya.
harini mcm dh ok sikit.selsema pon dh ok.
Alhamdulillah.

semalam aku dh mulakan perniagaan aku,
Alhamdulillah ada jugak rezeki yang masuk,
tak banyak pun xpe, ada sikit sikit janji masuk,
ingat! lepas ni jangan bg duit keluar,
duit keluar untuk benda penting xpe,
jangan bg duit keluar untuk benda benda yg x berfaedah.
tips org org yang kaya mcm tu lah,
dorg takkan benarkan duit keluar,
biar duit masuk je.kikikiki.

so andaikata kalau ada hobi hobi baru ke hape,
abaikan jelah.aku pun nk tutup mata je,
malas dh nk layan hobi aku tu.hahaha.
paham kan hobi apa?

aku nk fokus balik pada bisnes,
dan nk masuk kelas baking.
aku nk take serius dgn minat aku,
aku rasa mcm aku dh tau aku minat apa.
hahaha.boleh x gitu?! haha.

thanks buat office mate aku yg selalu ada dgn aku,
selalu share info info yang best.
geng gossip girl, u know who u are kan! hehehe.
buat kawan aku jugak AZ yang ada time aku suka,
sedih, nangis teresak esak.hanya dia yang faham aku.
so far--- , aku mintak sgt Allah kekalkan persahabatan kami.
Amin.

mulai harini, marilah kita mulakan zikir, jangan lupa berzikir,
banyak khasiatnya.tak caya? pegi baca buku MMR,
hahaha.aku kan promoter x berbayar.hahaha.
MMR - Mudahnya Menjemput Rezeki.

---------------------------------------------------------------------------------

IKLAN


order untuk Cami Shaper masih dibuka ya!
RM28 sahaja, harga bukak kedai 2015.
hehehe.boleh wasap, or PM untuk order.
TIA ♥





Read More ->>

28 January 2015

Safura Online Shop



Bismillah.moga berlalu lah Episod malas aku.
nak habis bulan Januari dah ni,
haritu bulan December, pompang pompang nak
earn money, tetiba masuk 2015 apa pun x start lg.
banyak benda yg mendatang awal 2015 ni,
Alhamdulillah, ada sikit sikit rezeki kami,
so business belum start lg,
ramai yg dh bertanya kan pasal shake and take,
cami shaper, genie bra, shoes rack, tapi aku x reply.
hahaha.kijam! sory korg! xsempat,
masih lg terkejar sana sini.blog shop aku pun masih
tergendala lg.so bulan 2 ni nk try slow slow.
ambil order balik, kena tune balik steps.

aku nk promosi kan Blog Shop aku,
Safura Online Shop, actually aku xde nama specific lg.
hahaha.masih conflict identity.hahaha.kejap By Safurara,
kejap Safura Online Shop, haha, banyak gila nama.
tapi buat masa ni, FB page aku masih Moms Madness Garage,
sbb aku dh xleh tukar nama page tu, dan Blog Shop
Safura Online Shop, dan IG shop is safuraonlineshop.

aku akan update dr masa ke semasa,
feel free to visit ya!
if nk mencari apa apa pun boleh PM aku,
dan juga kalau nk jd dropship,
pun boleh, akan dpt harga dropship.

mari sama sama betulkan niat,
untuk memajukan ekonomi kita,
untuk memajukan ekonomi org Islam,
mari sama sama pimpin tangan!
ewahhh~ hehehe.




Read More ->>

27 January 2015

BERANGAN boleh ke jadi kenyataan?

aku xtau benda ni bad side of me, or good side,
hahaha.tapi aku rasa dgn benda ni aku happy,
boleh buat aku tersenyum, gembira, dan x rasa masa terbuang.
kikiki.teruk kan?

BERANGAN.aku suka sgt berangan,
dr dulu, dr kecik sampai skrg, aku masih suka berangan,
masa nak kawen dulu, aku berangan nk buat semua benda DIY,
and aku dapat, tapi x semua benda lah.tapi masih DIY,
aku happy, pelamin aku aku nk ala ala Princess,
dan dress aku mcm princess, yes aku dapat,
aku dapat gaun mcm Princess, dan pelamin aku ala ala labu
Cinderella tu.hee happy gila! seronok!

dari angan angan, semua jadi kenyataan,
jenis aku, biar angan angan dulu, dan angan angan
aku akan sematkan dlm minda sampai jd cita cita aku,
cita cita aku akan cuba capai sampai jd kenyataan.
semua benda yg aku nak, aku akan usaha,
dan skrg bila dh ada suami, suami banyak support aku capai
impian aku.hehehe.

paling kelakar masa preggy, teringin sgt nk pegang Beruang Koala.
dan masa Baby Moon kat Aussie dulu, aku dapat pegang Beruang Koala.
Ya Allah, rasa hilang segala kempunan mengandung.hahaha.
pelik pelik permintaan kan! hahaha.aku mmg dah lama nak sgt
pegang beruang koala.mmg impossible lah sebenarnya,
tapi sape kata impossible? boleh je jd kenyataan.

dan suami aku jugak seorang yg suka berangan,
hahaha.oppsss terbocor jugak rahsia,
kami sebelum tidur, mst ada pillow talk,
dan kami akan berangan sama sama,
sampai lah terlelap.hahaha.mcm mcm benda yg kami
angankan, dan aku percaya, kami pasti akan dapat satu hari nanti.
insyaAllah.kadang kadang aku berangan,
sampai bawak dlm mimpi,
bila dh masuk dlm mimpi tu lg best lah wei!
sbb kita terus dpt benda yg kita angan kan tu.hahaha

tapi aku sedar diri, aku x berangan nk benda bukan bukan.
hahaha.baru baru ni aku ada angan angan baru tau.
nk tau x apa???
hehehehe

aku nak DAPOQ PINK! hahahaha.
aku jeles ngan kak redzlin, kak elin ada dapoq pink,
aku pun nak jugak! huaaaa! aku akan pastikan semua benda kaler pink,
sampai senduk or kuali! kalau xde! aku akan cat sampai jd pink.
hahahaha.matiklah!

insyaAllah, kalau aku dh ada rumah sendiri nanti.
doa banyak banyak, dan usaha, jgn nk angan angan je,
usaha xde, tak guna jugak kan! hehehe.

Kitchen , Lovable Retro Kitchen Design : 1950s Retro Kitchen Design With Pink Cabinets And Wooden Flooring And Small Shag Rug And Silver Stove And Refrigerator

Pink Kitchen Application Set


amacam? ohsem kan? opppsss sory lah korg x suka pink.hehe.
but i like it! hehehe.tapi xnk pink pekat mcm pic bawah skali tu,
nak soft pink.huaaa best nyaaa, rasa mcm nk tidur kat dapur.
hahaha.lepas ni boleh lawan kak elin, boleh buat hashtag baru,
#dapoqpinksaya hehehe.

oh bila kan masa itu akan sampai.
xsabar! hehehe.



Read More ->>

26 January 2015

Seminar Jutawan Dr.Azizan Osman


first of all, thanks to k.ain ( officemate ) i yg bgtau pasal Seminar ni,
kalau x, nan hado nak tau.pasal Doc Azizan Osman ni mmg tau lah kan,
lama dh tau, tapi x pernah terdetik dlm hati ni nk pergi join,
TAPI, lepas je kak ain bgtau dia nk pergi Seminar Kuasai Potensi Diri tu,
aku jadi like, hmm nk g jugak lah.mcm excited pulak.
trus register.kalau kita dtg 3 org, bayaran adalah percuma,
sorg kena bayar RM50.

seminar tu hari Ahad, semalam, aku selalu malas kalau seminar seminar ni,
tapi semalam mcm semangat nk pegi.daftar kul 7am,
aku kul 7.10am baru sampai sana.hahaha.wisma MCA tu dekat je dgn rumah.
10minit dah sampai.masa sampai tu, ramai dah org,
Melayu lah aku rasa semua nya, Seminar ni utk 21tahun ke atas je.

kami kat dalam tu x dibenarkan langsung amik gambar,
ada akk kat depan aku tu amik gambar, crew dorg suruh delete terus
gambar tu.cuak gak aku, aku terus simpan phone.hahaha.

sebelum seminar start, kami di sajikan dgn artis artis, 
peserta peserta yg dah berjaya lepas ikuti kursus IMKK
dr Azizan Osman ni, teruja aku tgk dorg.mmg monthly boleh dpt
income ratus ratus ribu, mana x boleh jd jutawan! hish! geram!

sampai acara kemuncak, kul 9am Dr Azizan Osman keluar,
sebelum dia keluar tu, ada lah preview pasal dia, 
wahhh sound effect dgn kejayaan kejayaan dia,
buat kita lg teruja, aku ni asek naik naik bulu roma je,
ntah kenapa pon xtau.hahaha.

sampai lah DAO keluar, semua tepuk tepuk tepuk,
naik lenguh tgn aku, tapi aku tepuk gak lah,
sbb excited gittew~ hahaha.

bila dia keluar je, semua jerit jerit. eh ko dah kenapa ni?
bukan nya zul ariffin pon.hahaha.tp DAO dh kurus sket aku rasa,
perut je menonjol.hahaha.laki aku siap ckp,
nk nk buat cm dia lah, pakai coat yg sendat kat perut.
choii sgt mulut, kutuk multimillionaire tu.haha

mula mula mukadimah dia, dia cakap,
sape yg tak bawak kertas dan pen adalah seolah olah menghina dia.
gulp~ nasib aku bawak.siap tulis dh siap siap.
hahaha.yelah~ dia kata dia niat nk tolong org melayu,
nk naikkan ekonomi, bg seminar FREE, tanpa bayaran,
tapi kalau pen dan kertas pon x bawak,
mmg menghina dia lah tu kan.buat apa kau dtg kalau x bawak pen
dan kertas.

lepas tu dia banyak cerita pasal kisah silam dia,
aku kalau dgr pasal kisah silam org kaya kaya ni,
mmg aku suka.dia seolah olah memberi semangat kat aku,
xsemestinya org yg ada PHD master baru leh jd jutawan,
makcik cleaner pon leh jd jutawan KALAU dia usaha,
keyword dia kat sini, USAHA, MENTOR dan jangan LOST COnnection
dgn ALLAH SWT, tu yg paling penting.

kenapa kena ada mentor? sbb jgn kita buat kerja yg sia sia,
jatuh bangun jatuh bangun, tapi x jumpa jalan,
usaha mmg kena usaha, masa ada benda jatuh dr langit,
dan jugak Allah, semua benda kena mintak tolong Allah,
hidup DAO ni banyak turun naik, dan last skali,
pulang ke pangkal jalan, dekat dgn Allah, 
rezeki yg dtg semua pelik pelik, yg x disangka sangka.

aku pun sama, percaya semua benda tu.semua dtg dr Allah.

tapi, DAO kata, kita boleh jd Jutawan dlm masa 1-3tahun,
tu aku mcm hmmm boleh ke? dia kata dlm diri kita ni banyak suara budak kecik,
hahaha.budak kecik tu mmg selalu je hasut kita.
tapi mmg betul pun apa dia kata.cuba korg bayangkan.
mcm mana kalau aku jd jutawan? korg rasa cm ne?
boleh ke? hahaha.aku bukan x percaya, tapi aku rasa mcm,
boleh ke aku? layak ke aku? hahaha. gittew~

masa dia suruh pejam mata, bayangkan kita dpt apa yg kita capai,
kita jd jutawan, apa yg kita bayangkan,ko tau aku buat apa?
mula mula je aku pejam mata, lepas tu aku bukak mata,
tgk org kiri kanan.hahhaa.sbb aku dgr org menjerit jerit,
melompat lompat.pelik gak aku, tu aku tgk tu.
hahaha.mmg jenis x fokus aku ni.

tapi DAO ni mmg best lah, mmg best gila.
aku pun x reti nk ceritakan mcm mana,
korg wajib pergi! tapi malangnya,
ni seminar FREE terakhir dia.nasib lah aku sempat.
sbb dia kata dia nk move ke peringkat Global pulak.
mmg hebat dia ni.aku mmg inspire betul lah.
aku doakan suami aku leh jadik cm dia.kikikiki.
dan bahagia dunia akhirat.insyaAllah.


Read More ->>

23 January 2015

Tahniah safura!


pagi Jumaat adalah hari untuk kami menimbang.
aku sebenarnya minggu ni aku ada cheat cheat,
tapi aku tetap jaga apa yg aku makan,
sbb aku rasa aku menggigil gigil, badan lemah x bermaya,
sampai MIL and laki aku pun bising,
bila aku diet, aku lapar, aku stress, hahaha.
last last MIL aku suh aku makan nasi.
aku makan nasi dlm 3 4 suap, lebih nya aku mkn nasi,
lepas aku makan nasi, aku rasa bertenaga,
seyes! hahaha. lepas tu mil aku kata,
" dapat mkn nasi, baru boleh senyum " hahaha
mcm malu pulak pada diri sendiri.hahaha.
teruknya kau safura!

esok pg nya aku minum coffee,
Ya Allah, nikmatnya dpt bau coffee,
dpt minum, sedapnyaaaa!
tapi skali tu je, lepas tu minum air masak banyak banyak,
jgn lupa tu!

aku ingat berat aku x turun,
aku risau gak.takut nk naik penimbang,
tapi pg td, naik naik penimbang.
aku nampak satu angka yg sgt mengejutkan!
hahahaha.

aku tny laki aku, penimbang ni rosak ke?
sbb kan baru beli yg digital haritu.
laki aku kata, " apa rosak pulak, elok je, nape? beratnaik ke? "
hahaha.saje je kan!

aku cakap, xlah, berat turun, padahal cheat.
hahaha.dlm hati ni happy sgt.
happy sgt sampai pg ni rasa nk telan nasi lemak.
hahahaha.

pape pun, mmg happy, salam Jumaat semua,
semoga kita di berkati Allah, Amin.
next 58kg, come to mama!

bai ♥



Read More ->>

21 January 2015

Cerita tentang Permulaan 2015


badan letih, hidup kelam kabut,
semua datang serentak, rezeki, kebahagian,
kesusahan.

rezeki tak datang bergolek kalau bukan dengan izin Allah dan usaha dan doa,
aku sangat percaya, susah payah sebelum mendapat rezeki.
kalau smooth je perjalanan, bahagianya tak lama,
kalau rezeki tu dtg dengan penuh onak ranjau dan duri,
pasti rezeki tu milik kita, tapi bukan 100%,
bergantung juga dengan izin Allah swt.

jauh lg perjalanan untuk aku cerita kan semua kat sini.
InsyaAllah kalau dh selesai semua, aku akan cerita kat sini.

buku Mudahnya Menjemput Rezeki adalah sangat memberi kesan
kat aku.sangat sangat.aku sangat percaya rezeki Allah.
aku harap, kalau korg berpeluang baca buku tu.
sila baca, korg mst akan teruja mcm aku.

try lah!



Read More ->>

Little words on Wednesday


orang lain wordless wednesday,
aku a little words, sbb rasa mcm nak cakap sket.
tapi xtau nak cakap apa.
semalam x leh nk tido, pusing kiri, pusing kanan,
xleh nk lelap, xtau lah kenapa.
pg ni bangun, mula lah rasa mamai mamai je,
harini OT pulak sampai malam,
hope bertahan lah.pg td pg pg dh buat coffee,
rindu sgt dgn coffee.harini cheat lah,
aku dh x tahan, aku x kuat.hehehe.

ok lah, tu je nk cite.bai ♥




Read More ->>

16 January 2015

Negara Impian


wish list, semoga di permudahkan,
InsyaAllah lepas tu nak pergi umrah.



Read More ->>

Apa akan jadi jika Maroon 5 datang majlis kahwin korang?


aku tengok pun senyum senyum,
holloh3 sweet sgt neh! kalau retis Mesia?
ada kew mcm ni, ke ada yg boleh tiru?
tiru lah.eh mana boleh.retis Mesia kan semua DIVA!!
hahaha.




Read More ->>

Remove mereka dari friendlist


tak tau kenapa tetiba aku nk borak pasal ni,
pernah x dgr yang Whatsapp, Fb, dan media media sosial 
ni, hanya untuk merosakkan hubungan yg di jalinkan.
pernah x?

aku pernah dengar dan pernah rasa,
Suami isteri bercerai, kwn kwn berpaling tadah,
saudara mara putus pertalian saudara,
dan mcm mcm lagik.

simple lah, kita ada kwn, kwn tu sikit sikit nak show off,
sikit sikit nk show off, tapi benda tu bukan penting pun,
dan bukan lah benda yg kita boleh jd " wow " gitu,
tapi tetap nk show off.

tak kurang jugak ada yg like, mr or mrs always right,
mr know it all.kan! semua dia tahu, semua dia yg win,
semua dia pernah makan, semua dia je yg betul.
mesti ramai pernah tengok org mcm ni kan.

aku actually, naik muak, naik malas, naik xde mood nk tgk
post post org yg sebegini, aku rasa mcm hishhh perlu ke?
xperlu kot lah kan, aku lebih suka org yg share video video menarik,
info info pasal parenting, pasal agama, pasal islam,
pasal isu semasa, tapi kalau share benda yg bukan bukan,
or post pic yg bukan bukan.aku jd mcm malas,
dan every 2 or 3 minute, asek post kau je yg keluar.
hish! bosan.

boleh ke kalau just be minimalist, jd org yg berserdehana.
xperlu nk post semua benda.kdg kdg aku pun mcm tu,
aku x sedar apa yg aku post.kengkadang ada org meluat,
tapi kengkadang aku share info info yg kita sama sama perlu.

aku ni kdg kdg, bila nk post apa apa, mesti kena memikirkan
apa yg org lain fikir.dan lepas post, aku akan delete,
hmm mcm hipokrit, setiap apa yg kita buat,
kena jaga hati org.tapi org x pernah jaga hati kita pun,
sedih kan.

hmm aku rasa mcm nk remove seseorang, or dua org,
or banyak org dr fb list aku.sbb aku malas nk mengata dlm hati,
dan xnk menambah kan dosa aku.hehe.
sentap ke hape, belakang kira lah eh.hehehe.

sekian luahan hati.bai ♥




Read More ->>

Minuman Detox + Menghilangkan stress


pagi ni mcm biasa, bangun awal, sediakan breakfast,
mandi, solat, siap siap, pergi kerja,
tapi harini jem lain macam, xtau lah kenapa.
tapi yg bertambah stress nya bila dan sampai Pantai Dalam ni,
aku kena U-turn untuk ke Angkasapuri,
tapi jem nya, ya ampun, dr jam 7.45am - 7.15am aku stuck kat sana,
bayangkan lah.sepatutnya 7.45am tu aku dh punch in dah.
geram sgt, tapi sabar je banyak banyak, nk marah marah pun x guna.
hari Jumaat pulak tu, sabar je lah banyak banyak.
cool kan hati, pulihkan perasaan.hahaha.
nk selfie pun xde mood tau.


sampai sampai opis, terus buat air,
Green Tea + Lemon + Mint Leaves,
bagus untuk Fat Burning + Digestion + Headaches
rasa cool bila dpt minum, masam masam,
aku sebernarnya rindukan Coffee,
rindunyaaa, rindu bau coffee,
tapi nk buat mcm mana, sabar safura,
ada lg seminggu lebih.sabar ye.
lepas ni boleh minum kopi.

harini jumaat, aku merekod kan berat badan terbaru.
syukur Alhamdulillah.ada penurunan,
puas hati bertahan nafsu selama ini.
aku boleh, aku kuat!


hari jumaat ni, banyak banyak lah berzikir,
banyak banyak bersabar.heee.
salam jumaat semua.



Read More ->>

15 January 2015

harga sebelum bunuh dan selepas bunuh



lolz!
Read More ->>

Review Lipstik Collogen Terlajak Laris

Lipstik Collagen

Sebelum ni aku pakai lipstik NYX, 
kan sebelum ni meletop letop NYX matte tu kan,
kaler dia mmg cantik sgt, menyerlah,
tapi 1 kelemahan NYX tu, bila makan or minum,
cepat sgt hilang kaler nya, so selalu kena touch up,
kalau x touch up, burok bebenor gayanya,
aku ni dah lah malas nk touch-up touch-up neh! hehe

dan lagik 1 yang aku xsuka,
bibir aku jd lebam, hitam,
sebelum ni aku xboleh pakai lipstik Avon,
mcm tu gak, bibir jd lebam.

aku dh lama terfikir mcm nk cr 1 product yg ok,
yg natural yg x gelapkan bibir,
ngat nk cr scrub bibir tu, tp malas lak nk google,
haritu kebetulan ada kedai jual jual jamu ni,
dia bukak booth kat kafe sini,
aku usha usha, nampak lipstik ni,
aku ada jugak tgk lipstick ni dlm tv,
yg iklan kat pasar malam tu kan.hahaha.
aku tgk dia tulis kat kotak tu
" TERLAJAK LARIS " hahaha.
kita ni mmg lah kan, mudah tergoda dan terpedaya dgn ayat
ayat jurujual or apa yg kita nampak atau dengar,
dengan x semena mena, aku pun beli sebatang.hahaha.
RM20 jewww, murah, harga asal RM27 x silap aku.


lipstik cantik, kaler Gold, nampak mewah,
lepas solat, trus pakai.hehehe.
memula aku sapu banyak, merah menyala bibir.
hahaha.then aku sapu sekali je,
nampak natural gila bibir aku, best jugak,
bibir x kering.rasa mungil jewww.hehehe
lipstik mcm ni biasa lah, dia ikut darah gittew,
kalau test kat tangan, dia jd kaler pink,
kalau pakai kat bibir, dia nampak merah merah natural gittew,
so far aku suka lah, senang pakai dan bahan bahan dia pun mcm best je.

Gamat 
 antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.

Minyak Biji Anggur 
merupakan antioksidan yang baik yang dapat menghalang radikal bebas merosakkan kulit.

Collagen 
menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan maka menegang, menganjal dan melembapkan kulit.

Propolis 
sebagai penetral racun dalam tubuh dan sekaligus anti oksidan kuat

aku percaya jelah bahan bahan yg dia tulis ni,
hehehe.hope semua bahan ni mmg ada dlm lipstik ni,
hahaha.

tapi yang aku x suka tu, dia kata, sesuai untuk lelaki dan perempuan,
eh lelaki xyah sibuk ah nk pakai.getik menyampah lak aku nengok!
hahaha.geli geleman.hahaha



omei kan lipstik ni,natural je rasa.heee.
ko nk jegil jegil kan mata tu dah kenapa? hahaha
ok bai ♥


korg try lah pulak.




Read More ->>

Diet Atkins day-8

breakfast + lunch

seronok rasa bila badan dh ringan,
solat pun x de masalah, sebab dr sujud nak naik balik,
ringan je rasa badan, perut pun rasa selesa je,
xfull, xpernah rasa x selesa.

masuk harini, dah 8hari aku xmakan nasi, dan kurangkan karbo,
aku buat atkins actually, tapi ada gak cheat haritu,
tapi lepas cikgu dah jd garang, xberani nk cheat.hehe.
dan aku jugak cuba kuatkan hati aku.
jangan ikutkan perasaan.semalam,sebelah subway,
nakkk sgt mkn subway, pas tu aku pujuk hati,
alaaaa subway x larik, bila bila boleh makan.
kan kan!

masuk hari ke-5, aku dh hilang selera makan,
aku xtau kenapa xde selera, kaki tetiba jd like menggigil,
tapi aku x lapar pun, then cikgu marah, cikgu kata even x lapar pun mkn,
ok cikgu! hehehe.

aku tambah suppliment jugak, aku amik Blackmores Garlic Oil,
best gila kot.mmg buang angin kaw kaw,
badan aku mmg jenis banyak angin tau.
sendawa tu mmg lega, dan Garlic Oil ni ada banyak lg khasiat lain,
korg google lah eh.heee. ( bagus juga untuk eczema )

breakfast untuk suami
setiap pg aku bangun 5.30am - 5.45am gitu untuk bangun masak,
masak utuk breakfast, aku jenis manusia yg xleh mkn telur sgt,
sbb nanti naik gatal gatal, eneczema tapi aku makan jugak sikit sikit,
sbb telur adalah makanan paling mudah untuk disediakan.haha.
lunch pulak aku masak simple simple gak.sup sayur, ayam goreng,
ayam grill.aku malas nk beli kat kafe sbb makanan sana masin masin,
xlalu aku, kalau mkn dgn nasi kira ok lah, kalau mkn lauk saje,
ampunnnn, masin sampai boleh darah tinggi.haha.
so nk jimat dan makan makanan yg berkhasiat,
better masak.heee.

minggu depan habis lah induction aku,
xtau lah bape kg leh turun, tp aku xnk lah turun mendadak sgt,
aku nk lex lex je, xnk sampai stress, doakan aku berjaya! hehe


harini mata juling, bonus masuk dh kan.hahaha
pejam mata, pejam mata.





Read More ->>

14 January 2015

First Time Shopping di Groupon, servis terbaik!

Sebelum ni aku hanya window window shopping je kat Groupon,
Lazada, or tempat tempat lain lg,
aku ni jarang nk membeli tempat gini, dan tak nak terjebak!
TAPI, haritu, jumaat lepas, aku TERbukak groupon,
aku pon xtau kenapa, dan tetiba keluar iklan Wight Scale ni,
Promotion wei! dari Seratus lebih jd RM38 sajeee.
dah lah skrg tgh diet, then penimbang kat rumah aku pulak rosak,
so laju jelah tangan aku ni menekan,
BUY! hahhahahaha. hanya di hujung jari, 
terbeli lah penimbang ni.siap postage kot rm38,
gila x sawan.hehehe.

aku mmg dh lama nk beli penimbang digital ni,
senang dan murah, kalau guna jarum yg old skoll
mcm aku punya tu, susah nk baca, then x accurate lak tu,
dh timbang, kena pandai pandai tambah sendiri berat yg x cukup tu,
haih! x semangat betul nak menimbang kan.haha.
Jumaat aku beli, semalam dh sampai barang aku,
suka gila! servis cepat dan pantas, #lepasnibolehsopimlagik
barang barang kat Lazada ke, Groupon ke, mmg murah murah gila kan,
mcm mana eh dorg leh jual murah?
dan barang dorg tiruan ke eh? x ori kan?
sama je mcm online shop lain jual kan?
tapi made ni China lah kan?


aku harap weight scale aku ni boleh tahan lama,
jgn lah sbb beli diskaun ko nk jahanam cepat pulak.
kecewa mak jemah tau, dh seminggu x mkn nasi ni, emosi lain macam sket.
hahaha.tambah lg kalau peha sakit sbb bersenam,
lg lah emosi kelaut.


dan lg satu, sempat jugak grab bangle ni untuk Princess,
dia kan jeles kan Pandora aku tu, aku semangat lah belikan dia bangle ni,
tapi tup tup sampai, besar gila, tapi dia kata untuk toddler,
toddler pe menda nya kalau aku pun boleh muat.
hish! rugi je, tapi comels tau!

tak pelah, ibuu simpan jelah bangle ni,
nanti princess dh besar, ibuu bg semula.hehe.
korg mst dh dasat soping kat Groupon kan,
aku xleh selalu bukak, kang sket sket duit lesap.
ahaha.ok lah bai!

nk tau berat aku? eh tunggu lah mgu depan, aku bgtau k.hahaha.




Read More ->>

Mr.DIY Tesco Scott Garden : Kalau taknak gila, jangan masuk


harini kami geng Gossip Girl keluar jap,
g Tesco sbb nk cr Lemon + Daun Mint,
geng dak dak detox lah katakan,
asek je beli lemon dgn mint.hahaha.
then skrg ni, kat Tesco Scott Garden ni,
ada Mr.DIY tau, baru je bukak kekdahnya,
baru x baru lah, tapi baru ada lah,
sebelum sebelum ni xde pun.

aku selalu x berkesempatan nk terjah,
so harini sbb xde benda sgt nk cr dlm tesco, 
so aku pergi lah masuk DIY tu,
Ya Ampun, seronok sangat sangat Mr.DIY situ,
tak sama dgn mr.diy kat Ipoh yg aku pergi haritu.
semua barang lain lain.



barang barang kat mr.DIY ni semua murah murah gila,
kalau daiso tu rm5 kan, ni murah lg.setiap barang harganya x sama lah tapi,
tapi! aku suka lah!!! hish, td kalau nk di ikutkan hati,
semua benda aku nk beli, tapi banyak banyak lah sabar dan
muhasabah diri, walaupun bonus dikatakan masuk esok,
tapi kena hati hati, buat nya x masuk?
xke nayeeee? hahahaha. so aku membuat keputusan xnk beli pape.
kofkofkof, percaya x aku x beli pape?


wishlist.



wish list.rm3.50 je ponn!

aku sempat beli cup penyukat tepung untuk buat kek tu,
rm3.50 je satu set tu, sblm ni aku asek pakai mil aku punya cawan,
last last cawan tu sumbing haritu, xtau lah kenapa,
huaaaa, dh lah mahal.telan ailio je lah aku, nasib lah mil aku
jenis cool je.hahaha.

spatula pink.homeih kan, tp x beli pon, sbb x byk cash td.
xcucuk duit.mmg sengaja xnk cucuk, kang habis.haha


and last one! Pudding Cup ni, comei comei comei sgt sgt!
rasa nk nangis, mcm nk beli jugak td,
tp bawak bersabar banyak banyak,
tarik napas panjang panjang, then blah je dari situ,
tak nk beli! ahahahaha.

lain kali nk dtg lagik, nk ajak laki aku,
dia mesti suka, dia mmg suka kedai kedai gini,
tp dia pergi area lelaki jelah, bahagian bahagian dorg,
aku suka bahagian bahagian ni.hahaha.

kalau nk kata brg brg untuk princess tu,
mcm mcm hade wei.geram je nk beli,
tapi xyah lah, dia tu main nya 2 3 minit je,
pas tu nak kemana mana dia letak.

nanti kalau aku dh masuk rumah sendiri,
aku dh tau dh nk beli brg rumah kat mana.
hahahaha~

ok lah.bai ♥

tapi cerita paling WIN harini ialah, berselisih jalan
sebelah dgn kak Yana tapi boleh x bertegur sape,
dia ckp kat Diana, pelanduk 2 serupa.
ok itu cerita paling lawak! hahaha.






Read More ->>

Ekor Pesawat QZ8501

Ekor pesawat AirAsia QZ8501 di Pelabuhan Kumai di Pangkalan Bun ketika ditemui beberapa hari lalu.

dia gah terbang di langit,
dan dia rebah ke lautan,
sedih, pilu, fobia,
aku nk naik kapal terbang pun,
aku rasa mcm takut.
tapi kalau Allah dh tentukan mcm tu,
tetap x boleh elak kan?

moga xde dh kes mcm ni lepas ni kan.

Petikan laporan langsung laman web Channel News Asia yang memaparkan laporan berkaitan bangkai utama pesawat AirAsia sebenarnya masih belum ditemui.

morning~


Read More ->>

13 January 2015

Hand Writing Challenge


Gatai sangat budak Eka ni tag aku.hahaha.
memula aku cuak gak.haih, ramai sgt blogger kena tag ni,
silap silap nanti aku kena lak, ( bajet retis )
tulisan aku dah lah gila tak lawa! hahaha.

last last eka tag aku.hahahaha.ngade tau!
tapi ok lah, ada gak hiburan di petang petang hari ni.
hahaha.

cerita pasal tulisan,
aku mmg bukan seorang yg tulisan cantik,
aku teringin tau nk buat tulisan yg mcm sambung sambung tu,
cantik gila.kemas je, tapi nan hado,
dulu kalau aku ngantuk masa cikgu suruh salin nota Sejarah,
Ya Ampun tulisan aku, aku sendiri nk baca semua pon x paham,
aku ingat lg.hahahaha.

tapi, cuba kalau tgh bersemangat,
contoh mcm baru beli buku latihan ke,
baru masuk sekolah ke, tulisan mmg lawa,
mula mula jelah, pas tu, hahahaha.
sabor jelah~

masa study kat Poly, sama gak,
tapi nasib lah masa tu banyak menaip,
so selamat lah aku, tak payah nk menulis nulis,
hahaha.taip taip, print,
sonang kije! boleh pilih pulak tu tulisan apa yg nak.
hahaha.

skrg ni, dh berkerja,
semua menaip, jgn harap lah nk tulis,
kdg kdg catit minit pon nk taip dlm hp je,
tak nk tulis.hahaha.gila kan!
seyes mmg malas lah tulis.hahaha.

aku dh berangan dah, kalau princess dh sekolah nanti,
buku dia x yah tulis nama pakai tangan,
aku tempah cop je, nama dia tu,
sampai dia tua leh pakai.hahahaha.hover!

tapi kalau bab, balut balut buku, hiasan hiasan,
buat folio ke.hah! bg je kat aku,
tu aku suka! hahahaha.

# dulu ingat lg, buat folio sejarah, kertas tu bakar sket sket tepi dia,
seni sgt lah konon.hahahaha.choi~




Read More ->>

Review : Manisnya Cinta di Cappadocia

Drama atau Filem yang bagus bg aku,
adalah filem yg boleh buat aku senyum dan nangis dgn sendiri
tanpa sedar, dan drama yg bagus aku rasa drama yg boleh
buat aku benci pelakon yg memegang watak dlm cerita tu.
hahahaha.


aku baru lepas tgk movie Manisnya Cinta di Cappadocia.
ampunnnnnn~ cerita tu sangat comels,
sedih di pertengahan dan penghujung yg sangat bermakna,
pelakon pelakon jangan cakap lah, mmg semua Fav aku,
Sam dan Fazura! Rafidah pon comels gila dress-up dlm cite tu.
huaaaaa tetiba hati membuak buak nk g Turki,
2015 ni ada plan nak g satu tempat,
InsyaAllah, tempat impian aku selama ni,
dan aku baru je bercadang kejap kejap td,
nak g Turki pulak.hahahahaha.
for Anniversary ke 5, hahahaha boleh kan?
kita lum sum kan sebagai azam tahun ni lah.
hahahaha.


dari permulaan cerita aku asek tersenyum senyum,
rasa mcm dlm cite dongeng lak,
sampai part tgh tgh, soh seh soh seh aku nangis,
sebak dada rasa, time Eja ( kakak Ifti ) nak meninggal tu,
sedih gilaaaa!

tempat tempat shoot dorg kat Turki pon sgt menarik,
sama mcm dlm gambar! huaaaa thumbs up Red Film,
suka buat aku tergoda tauuu!


Konya,
Sultahani,
Istanbul,
Cappadocia
apa ntah lg nama tempat dia.

nama tempat semua unik.
tempat dorg naik hot balloon tu! perghh!
nak pergi nk pegi!

Sam romantik gila.bawak bus pun hensem,
Fazura mmg comels gila lah kan, xyah sembang,
hotel dia unik unik, ahhhh jatuh hati!
korg kena tengok! kena! nyesal lak aku x tgk wayang.
cerita Fazura x pernah mengecewakan.

tak tau nk ckp apa lg.korg KENA TENGOK!
hahaha.ok bai! nk berangan jap ♥



Read More ->>

Princess : PERANGAI!


Makin besar anak, makin mcm mcm kerenah yg kita kena hadap.
syukur Alhamdulillah, Princess membesar dgn sihat dan bijak,
tapi sakit demam sikit sikit tu biasa lah kan.

Perangai, harini nk borak pasal perangai,
semalam, balik dr school skrg, lately dia asek nk tidur,
mengantuk sgt maybe, malam tidur lewat, pg pg bangun,
then x cukup tidur lah kan, dlm masa perjalanan nk balik rumah tu,
dia tidur kat lengan aku, dia dah xnk tidur kat seat sebelah mcm biasa,
aku pun x tau kenapa, nangis nangis xnk,
aku layankan aje, xnk marah marah dia, sbb baru balik school kan.
kesian pulak kat dia, baru je jumpa ibuu, dh kena marah.
so, lenguh lenguh lah tangan ibuu menahan kepala anak.

sampai rumah dia tidur lg, sebelum magrib dia bangun,
bangun bangun dia merengek rengek,
paling mengada bila nampak papa dia,
aku ni sibuk nk sediakan dinner dia,
dia merengek rengek nak kat aku,
aku pun dukung lah, papa dia habiskan masak dinner dia.
aku baru nk lepak tgk Istikarah CInta,
dia boleh jerit cakap " nk buat kek, nk buat kek "
aku cakap lah, weekend ni lah baru buat kek,
dia melalak lalak lg, nak jugak buat,
aku malas nk marah lg,aku layan kan aje,
dia nak main masuk masukkan tepung tu dlm mixer je sebenarnya,
puas main, habis tepung tumpah tumpah ke bawah,
dia nk mandi, aku suruh dia mandi,
dah mandi, merengek rengek lg, mmg malam td adalah
sangat mencabar buat aku, kena gak cubit sikit kat peha dgn aku,
masa tu lg lah melalak dia, dia nk main handy sealer tu.
last last aku bg, dia diam.lepas tu bg dia makan,
lepas makan dia kata pulak, " buu nk esyem "
" bu nak g speedmart, nk beli esyem "
ok pitammm!

satu pertanyaan aku, anak korg mcm ni x??

aku bukan menyesal ajak dia buat kek sebelum sebelum ni,
aku suka, suka buat aktiviti dgn dia, TAPI!
bila dia buat permintaan yg luar biasa,
masa yg x kena, aku like, hmm lepas ni x payah dh buat pape ok!
hah gitu, tapi x best jugak kalau mcm tu kan,
kena ajr dia, bgtau dia, cakap dgn dia,
tapi kalau dh melalak lalak, cakap pon x guna dah,
bila marah, mula lah tgn ni laju je nak naik,
tapi aku tahannnn je, sabar banyak banyak.

aku jd pelik, sbb dulu masa aku kecik kecik, kami adik beradik x mcm ni,
baik je.hahaha.sbb takut dgn mak, mak aku dulu garang,
dan x berani pun nk main main mcm ni, nk melalak lalak
apatah lg.hahaha.

yelah yelah~ mana nk sama kita dulu dgn anak zaman skrg kan.


tu baru sikit peel nya,
kalau bab meniru org tu, jangan ckp lah, dia mmg win,
kalau aku ckp kat dia, " princess tunggu jap, ibuu nak kencing "
lepas je aku habis kencing, dia lak ckp, " buuu bukak empershh,
incess nk cicing " hah ok pitammm~

pakai baju lak, mmg dah pakai seluar, and baju sendiri,
dr start duk school dulu.mmg semua nk buat sendiri,
berdikari kekdahnya, yg tu yelah, memudahkan kerja ibuu.hahaha

kalau bab belajar, bila aku tanya,
Princess, mana A, dia jawap, ni A,
mana B? dia jawap ni B,
bila tanya lagik, C mana? dia ckp apa tau,
C takde, C hilang.hahahaha.ok pitam,
hentak kepala kat dinding.

bab gosok gigi, kena ambil masa 15-20 minit,
mcm mcm peel dia nk gosok gigi, 
kdg kdg dia boleh ckp kat aku,
ibuu, jap jap, sambil tu dia duk mencangkung,
sambil tongkat dagu.ko rasa???? 

kalau aku buat muka masam, or marah dia,
dia bukan takut dgn aku, dia lg dtg peluk aku adalah,
cair lah hati aku ni, nak marah x jd.
tapi melainkan kalau dia betul betul buat salah,
mmg dia akan nangis sendiri.hah tau lak takut.haha

skrg ni dia dh 2 tahun 4 bulan,
sok sok dah masuk 3 tahun,
aku kalau boleh xnk marah marah dia,
aku nak didik dia baik baik,
tapi bila sampai satu tahap tu,
rasa nk pecah dada ni menahan marah.
aku xtau nak cakap mcm mana.

aku taknak tersalah didik dia,
aku takut sangat, takut dia jd terlalu manja,
tapi nak kata manja x jugak, selalu je kena bebel skrg ni,
bila aku bebel, dia bebel balik kat aku.

Princess bukan lah seorang yg degil aku rasa,
kalau ckp elok elok dia boleh dgr, boleh ikut,
tapi dia mcm suka sgt nk explore semua benda,
kalau ada dpt apa apa barang, dia suka nk suruh bukak,
semua benda nk kena bukak, dia nak tgk isi dalam, 
dia nk leraikan benda tu.dan semua benda nk buat sendiri.

dan kalau org tanya, xnk tambah anak ke,
aku bukan xnk tambah, salah satu sbbnya, sbb ni lah,
aku takut aku terkurang kasih dan sayang kat dia,
aku takut aku x mampu nk handle 2 2,
aku takut.sooo, biarlah dulu, tunggu lah princess dah masuk tadika,
or dh besar sikit lg.

dan, bg ibuu kurus dulu.hahaha.
A video posted by safurafadhlan (@safurara) on
aku harap, aku lebih banyak banyak bersabar lepas ni,
aku selalu berdoa agar aku jd ibuu yg baik,
bersabar banyak banyak dgn kerenah anak.
anak korg mcm mana??


ke ada tips pape, moh lah share.heee.



Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...