31 May 2015

" Tak de baju lah nak pakai "

Masalah wanita atau masalah mak mak ni satu je! Tak de baju! Baju mcm mana banyak pun dalam almari, mesti akan pening dan tetap cakap, takde baju lah nak pakai esokkkkk!!!

Aku tiap tiap minggu selalu akan gosok baju siap siap untuk seminggu pada hari ahad, so dilema tiap tiap minggu akan datang, duduk depan almari, termenung. Hadehhh!

Masalah perempuan ni lg satu, dlm 2 minggu tak leh pakai baju yg sama, tu aku lah.hahaha.kena pakai baju lain, padahal baju tu tetap org akan perasan baju lama, tp tetap xleh pakai baju yg sama dlm masa 2 mgu.hahaha.rasa paranoid sgt org akan tgk dan ckp " eh dia nk xde baju lain ke " hahahaha.gittew.

Eh banyak lak bebel, ok lah, nak gosok baju jap.

Read More ->>

Power Rangers escort pengantin, hanya di Malaysia

Power Rangers di Malaysia



Andai kata kalau aku peminat tegar power rangers pon, aku idaknya nk suruh power rangers escort aku, hahaha.7 keturunan wei org akan ingat! Hahahaha. Aku x tau lah apa perasaan pasangan ni, pape pun, tahniah lah.hehehe


cepat cepat, power rangers lapar tu.hahaha.

Read More ->>

29 May 2015

Resipi Nasi Ayam Penyet mudah

Nasi Ayam Penyet Homemade


Nasi Ayam Penyet ni boleh di definasikan sebagai makanan
kepada orang yg malas, hahahaha.bukan malas mcm mana,
tapi lebih kepada mereka yang suka makanan yg simple tapi
sedap, yang penting PEDAS! hehehe.

- masak nasi, goreng ayam, buat sup simple, and sambal!
then siap!

sedikit INFO :

Ayam Penyet berasal dari Indonesia, Jawa Timur,
maksud Penyet bukan lenyek yewww,
Penyet tu maksudnya makanan selepas dimasak,
di lumat lumatkan, mcm sambal tu kan,
lepas goreng semua, kita picit dia, kita lenyek dia
kasi lumat.hehehe.gittew cerita dia.

Kehebatan Nasi Ayam Penyet terletak pada sambal dia,
kalau sambal dia sedap, yang lain lain tu ko tak pandang dah!
mesti jadi sedap juga.

Kelmarin mama mertua aku pergi makan ayam penyet,
lepas tu dia cerita kat kami, esok mama nak masak ayam penyet lah,
senang jeee! hahaha.biar betik mama ni, rasa je lepas tu terus nak buat,
hahaha.

so semalam, terjadi lah Ayam Penyet Mama,
hahaha,tapi bahannya tak complete,
tempe xde, timun xde, sup pun last minute baru buat,
hehehe.tapi SAMBAL ayat penyet mama mmg terbaek!
sedap gila wehhh! weekend ni nak repeat buat!

Nasi Ayam Penyet Homemade
Ayam Penyet Mama

Resipi Nasi Ayam Penyet Mudah


untuk Nasi, ( mil aku hanya masak nasi putih )
resipi asal Nasi dia ni dari kak Azlita
korang boleh ubah ubah resipi ikut mcm mana
yang korang sempat nak buat! janji sambal tu je!
1 ekor ayam

Ayam ni potong ikut kesesuaian, biasanya ayam di potong 4 atau di potong 8
cuci ayam bersih-bersih

Ayam kemudian di rebus hingga empuk.
tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.

Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan
untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.

Bahan Perapan Ayam

1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum

1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup

Caranya

Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari,
serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam.
Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus.
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng.
Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun ok!

Bahan Untuk Sup Ayam

Baki air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ dihiris
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng ~ untuk hiasan

Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat
masak nasi dan separuh lagi kita buat sup
Panaskan semula atas dapur
Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
Masak hingga didih
Perasakan dengan garam
Taburkan daun sup dan daun bawang
Bila hidangkan taburkan bawang goreng jika suka.

Jangan lupa Goreng Tauhu dan Tempe okay!


Sambal Penyet!!! power!!!

10 tangkai cili padi ~ atau lebih
10 tangkai cili merah ~ atau lebih
10 biji bawang merah ~ belah 4
3 biji bawang putih ~ hiris
2 biji tomato ~ belah 4
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi

Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi,
bawang merah dan tomato hingga layur

Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen
kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi.
Kisarkan sekali belacan bakar.

Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan
bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum

Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam

Angkat dan hidangkan
Bila nak makan nanti perahkan jus limau.



senang je kan?! selamat mencuba!


Read More ->>

Bahana bola berwarna-warni di indoor playground

Playground berbayar itu BAHAYA


Sejak semakin banyak tempat tempat permainan berbayar
( indoor playground ) like Kidzoona, Kid Zania, Kid paradise,
Kid e-World di Mall, makin pelik pelik pulak penyakit yang timbul,
pernah jugak aku dengar, di celah celah ball yg berwarna warni tu,
ada jugak binatang berbisa, serangga berbisa,
dan aku terbaca juga, ramai juga anak anak yg sakit lepas
bermain di indoor playground ini, memang lah,
kita memilih playground indoor ni sbb dlm aircond,
sejuk, anak anak selesa, tapi pernah tak kita fikir,
bahaya di sebaliknya?

aku sepanjang ada Princess ni, aku baru 3 kali tak silap
bawak budak tu main tempat tempat gini, selalu aku pergi kat
Great Eastern Mall, situ tempat dia bersih, masa umur princess setahun
baru Rm12, tapi masa baru baru ni pergi, dlm awal tahun dulu,
Rm23 tau, sbb princess dh 2 tahun. choiii mahal gila,
tu belum lg pergi E-World ekano tu, Rm50 tau!
mmg gila bapak ah harga, tapi masa tu ingat saje nk bg anak main main,
so bawak lah, tp budak tu x reti main pon,
mak pak je excited, hahaha.anak relax je,
last last anak ajak balik, lebur rm50, then tu jelah
yg kami bawak, lepas tu tak bawak dah,
baik bawak g mandi pool or laut, lagi best!

Bahaya di mana-mana


bahaya mmg akan ada dimana-mana, kan kan,
tapi mana yang tempat kita boleh elak tu, kita elak lah,
kita tawakal je, aku kdg kdg kesian dekat Princess tu,
dia nk main dekat playground kat rumah aku tak bg,
sebab kat situ, mmg BANYAK sgt nyamuk Aedes,
kalau balik dr playground, mesti kena gigit sana sini,
aku risau gak, karang tak pasal je,
last last duduk je rumah.hehehe.

tapi last week, saje bawak dia main dekat Tesco tu,
kalau di tesco ampang, selalu akan ada indoor playground tau,
so saje bawak dia pergi sana, kat sana akan ada kereta yg berlagu tu,
ada bus, ada permainan lain, tapi masa haritu, princess nak masuk dalam,
dia nak main lompat lompat, so aku pon bawak lah masuk,
yg ada kad ahli, bayar rm5 je, so aku dan husband pon
masuk sekali, anak dara aku tu lembik sikit,
kena tolak kang nangis, so mak pak kena lah escort,
hahaha.

masa masuk tu, Ya Ampun, budak budak yg main kat situ,
berlari sana sini, mcm x tentu arah, mainan dia pun byk yg dh x elok,
mcm merbahaya pulak pada anak,
yang mak mak pulak melepak kat sudut tepi playground tu,
anak ntah kemana mana dah main, aku perhatikan je,
Princess pulak, laki aku bawak dia g main,
budak tu mcm biasa, bukan nk main sgt, tak reti,
nk nk tgk budak berlari sana sini, lg lah dia xnk,
tapi gatai jugak nk ajak masuk.

tak sampai 10minit kat situ, dorg dh bosan,
laki aku main jugak lah ball dgn princess,
tak lama tu laki aku terpandang sorg budak tu,
dia jerit kat aku " eh budak tu chicken pox kan? "
lepas tu aku terus pandang budak tu,
YUP! budak tu mmg chicken pox, bintik bintik
dan mak dia mcm tepekkan bedak kat badan dia,

WEIIII ANAK CHICKEN POX,
kau BAWAK MAIN PLAYGROUND!


Ya Allah,aku tak tau nak cakap apa,
terus suami aku cakap, JOM BALIK!
aku pon laju jelah keluar, aku mmg tak kenan sgt
kalau dah mcm tu. Ya Allah, chicken pox kan boleh jangkit,
kenapa bawak anak keluar, dan mak budak tu tak takut ke
anak kau bentan ke apa?

eh ntah lah, aku mcm x boleh fikir lah! aku pelik!
aku pelik tgk mak mak zaman skrg, anak baru 6hari
boleh bawak pergi mall,
anak baru 3bulan bawak pergi down town,
anak chicken pox boleh bawak pergi playground,
aku tak faham, serius aku tak faham!


Bahaya kepada anak orang lain


benda benda mcm ni, sila jgn selfish,
benda tu berjangkit, dan akan menyusahkan org lain,
tolong lah! beringat lah sikit, jgn lah mcm ni.
dan kesian jugak lah pada anak kita,
anak tu tak tahu apa apa.



Virus Measles


kes adik Sha Aleesya ni aku jumpa di FB td,
mak adik Sha kata, doc sahkan anak dia kena Virus Measels,
( Measles ) hehehe, mana mana lah, lebih kurang je nama,
tapi ikut apa yg aku google, Virus Measles ( campak ),
Campak akan naik bintik bintik merah tu,
dia x bahaya sgt actually, cuma demam dan adalah simptom lain,
walaupun x bersentuhan, tapi campak boleh merebak melalui udara,
walaupun tak merbahaya! tapi bila tak memasal kena kat anak kita,
kdg kdg sedih jugak kan! tu sbb aku marah bila mak mak
org lain yang TETAP bawak anak mereka keluar
even dah tau anak tu demam campak lah, chicken pox lah,
aku jadi like, errrrr duduk rumah je tak boleh ke?

vaccine MMR yg kita cucuk utk anak, actually utk elakkan
campak jugak sebenarnya, kalau tak ambil,
anak akan lagi cepat dan senang kena Virus ni,
hmmm, biasalah, isu vaccine takkan habis sampai
bila bila.ye dak.hehehe.

tapi adik Sha dah semakin pulih, Alhamdulillah.
dan aku tetap nak ingat kan diri sendiri,
dan mak mak yg lain, sama sama lah kita,
kalau anak sakit, jangan lah bawak pergi mall,
sbb virus tu akan melekat pada ball,
pada mainan mainan, dan membahayakan budak lain,

ko ingat pekerja Indoor playground tu nak ke lap
or cuci 1 1 ball tu? bertuah lahhh! takde nya!
so kita lah kena jaga jaga, kita lebih tahu tahap kekuatan
anak kita kan?

Penyakit dari Indoor Playground

dan penyakit dari indoor playground ni boleh jadi mcm mcm,
selagi kita boleh elak, kita elak lah, kalau mcm indoor playground
tu pelik ke, tak bersih ke, jangan lah masuk,
hurrrmm, jadi mak ayah ni tak senang rupanya kan,
kdg kdg benda yang tak di jangka itu lah yang akan berlaku
sekelip mata.takut sangat.

semoga anak anak kita sihat sihat belaka ye,
sekian~

( entry ini adalah pendapat dan luahan hati saya,
maaf jika ada yang tidak setuju.or tersalah kata,
jika salah tolong tunjukkan )

Ikhlas dari - mak anak satu
Read More ->>

Design rumah IMPIAN semua WANITA

Design rumah terkini


kami tgh survey design rumah untuk renovation nanti,
bila lalu je kawasan rumah orang, nak nak yang baru lepas reno,
mesti kami akan teruja, kejap kejap, " sayang design ni lawa "
jap jap kang laki aku pulak, " eb syg, design ni cantik "
hahaha, kami terteleng teleng kepala bila tengok design rumah orang,
sampai pening nak pilih nak yang mcm mana.
tapi konsep yang kami laki bini paling nak ialah
PAGAR KACA, kan skrg trend trend pagar kaca,
bila tengok rumah yg berdindingkan kaca tu,
rasa mcm mewah sangat! aku pulak terfikir,
kalau budak baling batu, x pecah ke! hahaha.
of course lah x pecah kan!

kami laki bini memilih konsep ala ala rumah hotel,
bila masuk rumah, rasa mcm tgh sewa hotel,
menginap dlm bilik hotel, suasana tenang, cozy,
sedap mata memandang dan minimalis,
tak nak serabut serabut, kalau boleh nak sebiji
je kerusi, hahahaha.kalau org datang rumah,
bersila lah kat luar.

tadi nampak TheVocket post entry
Rumah lama yang mendapat sentuhan kontemperori
bila aku bukak, Ya Allah! this is the design,
ini lah yang kami mahu, ini lah ini lah!!!!
cantik nyaaa, rumah impian, sebijik mcm ni!
aku trus save all picture and nanti nk tunjuk
kat husband, hahaha ( tetiba husband sbb terpengaruh cite
Dia isteri luar biasa ) hahahaha.

jom ah layan pic, korg mesti teruja gak!!!

rumah design kontemporari

rumah dinding kaca

23 Terrace terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) yang terkenal sebagai sebuah kawasan kelas pertengahan atas pinggir bandar Kuala Lumpur. Rumahyang dibina dalam tahun 80-an ini diubahsuai dari sebuah rumah teres setingkat menjadi sebuah rumah teres dua tingkat yang diatur semula senibinanya dengan sentuhan moden kontemporari dan minimalis.

Bahagian depan muka rumah teres ini memiliki bukaan yang luas, dengan berdindingkan kaca balustrade dan pintu kayu. Ia turut dipasang pintu jeriji keselamatan minimalis dan pintu pagar. Pada waktu senja, rumah berubah menjadi lentera yang menebarkan bayang-bayang realistik di anjung simen di depan rumah ini.

Ini bahagian dalaman rumah 23 Terrace. Apabila dibuka pintu utama, keseluruhan ruang bawah seperti ruang tamu, tangga, ruang makan dan dapur jelas kelihatan. Semua dinding tengah yang asal diruntuhkan bagi menghasilkan bukaan luas dan lapang.

Unik tangga rumah ini apabila ia ke arah 2 hala yang berbeza. Masih mengekalkan ciri minimalis, rekaan tangga ini juga seperti kelihatan tergantung dengan batang-batang besi halus memegang struktur tangga. Dinding batu merah dan siling seperti tidak dikemaskan sempurna pula beri rasa rustic, iaitu dibina dengan cara yang jelas dan mudah.

Dapur pula mengunjur lurus ke bahagian belakang rumah dengan menjadikan kaunter bar sebagai sempadan antara dapur dan ruang makan. Bahagian lorong yang diletakkan 2 buah peti sejuk pula memisahkan ruang dapur kering dan dapur basah.

Bilik tidur utama terletak di bahagian atas rumah ini. Ia memiliki bilik air berdindingkan kaca lutsinar. Bilik ini dilengkapi katil bersaiz queen dan unitentertainment yang diletakkan bersebelahan pintu kaca balkoni.

Bahagian balkoni pula, kelihatan dua buah kerusi rehat di hadapan pagar kaca lutsinar. Walaupun ia bersifat terbuka, dua dinding batu lepa merah yang tinggi di kiri dan kanan beri rasa privasi kepada tuan rumah.

Pengubahsuaian kreatif ini dilakukan oleh syarikat arkitek milik Ar. Dr. Tan Loke Mun. Beliau merupakan salah seorang arkitek yang pernah terlibat dalam mempamerkan idea dan hasil kerja terbaik di International Architecture Exhibition-La Biennale di Venice, Itali pada November 2014. Ia merupakan satu pameran paling berprestij bagi bidang seni bina - sumber The Vocket



tangga unik



konsep rumah moden Kontemporari


amacam dah tengok? ok tak? hebat kan?!!!
tangga tu! aku suka konsep tangga! dan balkoni dia,
aku jd like, errrrr, cantiknyaaaa, best nyaaaa, ntah berapa lah kos ni,
sooo kalau dah suka, marilah kita menabung, marilah laksanakan imipian,
huaaaaaa! bai! selamat berangan! 


Read More ->>

Safura On Magazine!

Advertisement Talent


masuk majalah adalah bukan impian aku,
serius bukan! hahaha.sebab apa? aku tahu tahap aku sampai mana,
tapi! bila ada orang email aku, invite aku jadi talent,
aku rasa mcm, hurrrmmmm, perlu tak pergi?

asalnya, aku tak baca habis habis invitation tu,
aku ingat Dove just invite untuk pergi event biasa je,
ni link cerita invitation tu ( KLIK BACA )
rupanyaaaa! dia panggil supaya jadi talent untuk iklan
syampu Dove Hair Fall Rescue, hahaha.
aku tak tau pon akan keluar majalah ke hape,
selalu tgk org lain je dalam majalan, bila tgk muka sendiri,
rasa mcm pelik pulak.habis aku kecoh kan kat group whatsapp.
hahaha.WALAUPUNNNNN hanya iklan secoet dan gambar sekeping.
hahahaha.teruja lah katakannnn~

sape dah tengok iklan Dove kat You Tube tu?

part aku di minit ke 15, hikhik

Perasaan masuk Majalah


aku sebenarnya tak tau pon muka aku yg sekeping tu masuk majalah,
aku cuma diberitahu yg dorg nk gunakan testimoni aku untuk majalah,
tapi xtau bila keluar,tup tup Mek Onie bgtau aku,
" rasanya nampak akk dlm majalah Wanita "
hah??? apa lagik! trus lah aku ajak opismate aku semua,
g cari majalah Wanita.hahahaha.


dan rupanya, semalam kak Leha pon ada tag aku,
ckp nampak aku on magazine.hahahaha.
adoiii kenapalah aku tak perasan ni!!!
safuraaaaa! hahaha.


walaupun, walaupun muka aku sekeping je masuk,
dan hanya untuk IKLAN, hahahahaha
tapi aku masih berbangga lah, pasti nya aku akan frame
iklan ni, nak tunjuk kat anak cucu nanti,
hahaha.walaupun org lain dah 40juta kali masuk magazine,
ada dapat slot best best, aku ni baru kali pertama, aku tatappp
berbanggaaaaa! hahahaha. eh ni kali ke dua lah,
sebelum ni masuk Harian Metro, untuk iklan Ho Ho Horlick.
hahaha

Gojes masuk paper
aku yang tengah buat LOVE tu, nampak tak.hahaha.
Gojes Blogger

Mak Bangga


mak aku bukan bangga, mak aku gelakkan aku,
hahaha.dia cakap aku ni mcm mcm lah, mcm mcm benda aku nak buat,
hahahaha.tapi dia seronok lah jugak.walaupun muka anak sekeping jd
dlm Majalah Wanita tu.hahaha.Wanita yang majalah Wanita Baru tau,
bukan yang lama, HARGA pon rm7! hahahaha, kenapa x masuk dlm
Majalah Wanita yg rm4 tu je! hahaha.gigih aku beli tadi tau! hahaha.

aku harap, ini bukan kali terakhir aku masuk majalah,
ewahhh~ tinggi angan angan ko yek!
hahaha.lepas ni nak lagi! lepas ni dah ada pengalaman,
dah x kekok nak cakap depan camera.hahahaa.

dan jangan lupa, guna Dove Hair Fall rescue tau!
mmg best! kurang rambut gugur!

Read More ->>

Clearance habis-habisan Adidas

adidas mid year bazaar


tadi aku lalu kat Viva Homes, aku nampak sesuatu yg aneh dari biasa,
aku nampak ada banyakkkkkkk gila motorsikal dan ramai gila org kat Viva Homes
tu, aku mcm pelik, dah kenapa ramai orang, selalu Viva lah tempat yg paling
sunyi.hahahaha.

then aku dengan pantasnya Whatsapp kawan aku,
" akk, ada apa kat Viva, kenapa ramaiii gila org "
last last dia bg pic kat bawah ni, rupanya ada Clearance Sale,
mmg jualan habis habisan ni, mmg gila lah! murah,
berlonggok kotak kasut.

aku tak KIRA! esok aku nak pegi! hahaha.
mana tau leh rembat kasut ke kan! best jugak ni!
jom korg!



price list

Viva Expo Mall
4 days ONLY!
28 - 31 May 2015
10am - 7pm
Read More ->>

28 May 2015

PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY EFG MEGA RAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Salam, EFG akan mengadakan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 buat julung kalinya. Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
#giveaway #raya2015 #EFG #ExchangeFeedGroup#GiveawayEFGMegaRaya2015


Read More ->>

Aksi terlampau MAK-MAK

Hahahhahaa, ini kalau kau x kenang jasa mak kau, aku tak tau lah cik noooonnnnnn! Hahahaha.kdg kdg kita mmg x perasan gaya kita snap pic kan, org lain yg tgk tu yang perasaaaannnnn! Tapi malu weiiii.hahahaha kijam orang yg snap pic ni!!! Kat sogo tuuu! Hahaha.

Read More ->>

Tiada lagi lorong TUNAI di Lebuh Raya

Kad Touch And Go PERCUMA


Semalam, masa kami nak ke Shah Alam,
aku tanya Eida, berapa harga tol, sini da?
aku pon nk keluarkan lah tunai, lepas tu eida kata,
" eh eh tol sini dah xde lorong tunai, sume guna
smart tag atau touch and go " aku mcm ternganga,
ohhhh yekeeee, lah tak tau pulak, mmg aku ada dengar dengar
dan aku jugak pernah membebel kat suami aku,
kenapa lah org org yang menggunakan lorong tunai ni
tak nk guna touch and go kan, sbb TnG kan senang,
tak yah nk beratur lama, touch then blah, kalau ada smart tag
lagi bagus, tak yah bukak bukak tingkap,
nak beli kad Touch n Go pon kedekut eh korg ni! hahaha.

rupanya, skrg ni, kebanyakan lebuh raya dah tak de lorong tunai,
hah bagus lahhhh! tak de lah sesak sangat jalan,
aku pon google google lah info pasal ni,
so jumpa lah beberapa info yang boleh di gunakan.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata pengguna lebuh raya boleh membeli kad Touch 'n' Go sedia berisi dengan nilai RM5 pada harga RM5 (kad adalah percuma) di setiap lorong tol di Mambau dan Lukut.

"Tambahan pula, orang awam boleh juga membeli SmarTAG secara tunai pada harga promosi RM104.95 (termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan) di Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Seremban dan Senawang,"

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) meluaskan promosi PLUSMiles Touch 'n Go dan SmartTAG berikutan pengumuman pelaksanaan kutipan tol secara elektronik sepenuhnya di Plaza Tol Mambau dan Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson mulai 1 Jun ini. 

tol tol yang Lembah Klang pon banyak yang
dah full menggukan lorong pembayaran elektronik ni kan,
dah xde tunai dah.

and bagi yang risau tak sempat nk topup tu,
jangan risau, nanti akan ada 1 lorong untuk topup,
sediakan je duitnya.aku rasa mmg patut semua Tol,
tak payah guna tunai.mmg senang!

kalau ada duit lebih, beli je Smart Tag.
okay! hehehe.

Read More ->>

Selera melampau selepas demam

Selera aku melampau lampau skrg ni, ntah lah kenapa, tapi mmg selalu gitu, kalau lepas baik demam, aku mst berselera, mulut x sedap, tapi selera bukan main lagi, nak makan sushi lah, cendol lah, nasi arab lah dan mcm mcm lagi. Hari Rabu last week, aku dah mula rasa nak demam, tp petang tu masih buat pavlova lg, masuk je magrib, badan jadi panas gila, mata pedih berair, mengigil, aku call suami, suruh tolong belikan 100plus, tekak mcm dh rasa telan duri, perghhhhh.mmg dah lama x rasa mcm tu, aku sampai menangis lah.

Suami suruh mandi, aku mandi tp air yg sejuk tu mcm pukul pukul badan masa mandi, rasa mcm bisa sgt air sejuk tu, lepas solat, nak baca doa, kaki mengkarung, dia tarik, mmg meraung lah aku masa tu, then terus suami ckp, jom g klinik skrg. Trus siap g klinik, masa tu nangis nangis lg.sbb sakit sgt rasa. Jumpa je doc, dia kata, saya cucuk lah cepat sikit.sbb tkt awak x tahan dah, laki aku dia mmg suka kalau tgk aku kena cucuk.dia laju je sokong doc nak cucuk aku, aku pon redha jeeeee.sbb sakit sgt.

Masa ni kena cucuk sakit gila weiiii, sbb laki aku kata doc masukkan ubat banyak, sampai bengkak lengan aku, and till now masih lg sakit lebam tu.hmmm pelik gak sebenarnya.lepas kena cucuk, kebah lah demam aku, tp still lemah lah, sampai harini aku rasa lemau lemau lagi, tp buat buat gigih, siapa yg biasa tgk aku, nampak lah muka aku x sihat and sihat mcm mana, mmg lain. Tapi bila jd mak ni, nk manja sgt pon xleh, ttp kena jaga anak, bg makan, kena masak.kan kan.

Oh cerita pasal selera tu, aku pon x paham kenapa, pg pg perut aku berkeroncong, padahal mlm semalamnya dinner makan nasi, then masuk kul 12 lapar lagi, melampau betul, sampai bos aku tanya " awak ada isi ke?? " huaaaa terkejut aku bila boss ckp cm tu semalam.sbb dia ckp pipi aku nampak tembam.huaaaaa nangis laju laju, so! Bila nak start diet ni???? Penat je diet, last last berat naik balik, sadis ahhhhh.hahahaha.

Tp skrg lapar ni, jom makan roti canai nak! Hahahaha.bai.

Read More ->>

27 May 2015

YEOS Beramal bersama bintang dan MENANG 300,000 duit raya!

Beramal di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik,
kita dah berada di penghujung bulan islam iaitu bulan Syaaban,
dan tak lama lagi, lebih kurang 3 minggu lagi,
kita semua, seluruh umat islam akan menyambut
bulan Ramadhan, bulan yang di tunggu tunggu dan
bulan yang kita ingin rebut dan kumpul pahala dan beramal.

Jangan kata kita, tapi Yeos jugak ingin mengambil kesempatan ini,
untuk memanfaatkan bulan Ramadhan yang mulia, dengan
mengajak kita dan bintang bintang terkenal tanah air
untuk membuat kebajikan dan paling best is!
MENANG DUIT RAYA yang jumlahnya mencecah
RM300,000 wooohooooooooooooooooo~


“Yeo’s melancarkan sebuah program mesra Ramadhan, iaitu Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya bagi menggalakkan amalan baik yang berterusan. Jika sebelum ini minuman Yeo’s telah menjadi santapan ketika berbuka, kali ini minuman berbuka tersebut bakal menjadi nilai derma kepada golongan memerlukan,” kata Ong Chay Seng, Ketua Operasi Yeo’s.


Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya

Pada 25hb Mei yang lalu, aku telah berkesempatan bersama dengan blogger
lain, bersama sama di Majlis Pelancaran Program Sinari Kemuliaan Ramadhan
Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya.
Yeos juga melantik Duta Duta bagi mewakili setiap perisa air Yeos,
dengan adanya artis artis ni sebagai Duta, maka kita sebagai peminat,
mesti akan menyokong artis yang kita suka kan, so dengan cara mcm ni,
kita akan lebih bersemangat dalam menjaya kan misi ini.


Duta Yeos 2015
Staikah Suhaime, Akin, Ajak, Nad Zainal, Heliza Helmi, Ag Hotfm

Penyertaan Melalui We Chat

kita ni kalau sebab nak menang tu, kalau hadiah lumayan,
mesti ramai yang nak join kan, so! YEOS memberi peluang pada kita
semua untuk memenangi duit raya sehingga RM300,000 tauuu!
hahahaha.gila kan! cuma kena ada We Chat je! korang mesti ada we chat kan!
takde mmg tipu lettew~

Cara Menyertai :

Cara menyertai peraduan yeos
step step!

Kempen Sinari Kemuliaan Ramadan Bersama Yeo’s

Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya ini akan berlangsung
dari 25 Mei sehingga 5 Julai 2015. Terdapat banyak lagi
Duit Raya lumayan yang boleh direbut oleh para peserta.
Pemenang bertuah akan berpeluang memenangi Hadiah Utama dengan
sejumlah RM30,000. Hadiah ke-2 juga menarik dengan sejumlah RM15,000.
Pemenang ke-3 pula akan membawa pulang wang tunai RM10,000.
Di samping itu, para peserta turut boleh merebut 42
Hadiah Harian yang ditawarkan iaitu duit raya berjumlah
RM3,000 untuk setiap pemenang. Dalam masa yang sama,
10 pemenang bertuah juga boleh mengaut sebanyak
RM300 yang ditawarkan sepanjang 42 hari itu.

Jumlah sumbangan yang dapat didermakan oleh
bintang-bintang bergantung pada sokongan semua lapisan masyarakat kita.
Setiap satu unit minuman Yeo’s mewakili satu nilai derma yang diperolehi.
Dengan penerimaan rekod WeChat sebanyak 50,000 derma mata,
pasukan bintang tersebut akan dapat mengumpul RM3,000
lalu disalurkan kepada rumah kebajikan yang diwakili masing-masing.
100,000 nilai mata akan mengumpul RM5,000 dan 250,000
nilai derma akan mendapat RM10,000. Ingin memberi lebih lagi,
Yeo’s akan menambah RM10,000 kepada produk diwakili pasukan
bintang yang berjaya mencatat jumlah nilai derma yang paling tinggi.
Jadi, kumpulan bintang manakah yang akan mengungguli di tangga pertama?

Pasukan Bintang
Bintang
Produk Yang
Diwakili
Senarai Rumah Yang Diwakili

1


Akim Ahmad
Yeo's Yeogurt
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ
Atikah Suhaime
Yeo's Yeogurt
Teratak Nur Barakah, Shah Alam

2
Nad Zainal
Yeo's Krisantimum
Pertubuhan Nur Kasih, Klang
Ajak Shiro
Yeo's Teh Kundur
Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiah, Klang

3
AG
Yeo's Laici
Rumah Aman, Sungai Buloh
Heliza Helmi
Yeo's Soya
Rumah Opah Hasnah, Klang

Sumbangan yang terkumpul akan diserahkan ketika lawatan ke
rumah-rumah kebajikan ketika Kem Ramadhan Yeo’s yang
bakal berlangsung pada 11 Julai 2015 di Shah Alam.
Kem Ramadhan Yeo’s ini hanya terbuka kepada 300 orang.

aktiviti “Jumpa & Salam”


Tempat
Tarikh
Masa
MYDIN Mall USJ, Subang Jaya
30-Mei-15
2.00pm - 4.00pm
MYDIN Mall Gong Badak, Terengganu
6-Jun-15
2.00pm - 4.00pm
MYDIN Mall Parit Buntar, Perak
7-Jun-15
2.30pm - 4.30pm
MYDIN Mall MiTC, Melaka
13-Jun-15
2.30pm - 4.30pm

Marilah beramal bersama Akim Ahmad, Atikah Suhaime, Ajak Shiro,
Nad Zainal, Heliza Helmi dan AG, ramadhan ini.
Untuk mengetahui cara penyertaan,
layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my dan
menghubungi talian di 1300-80-2828.



SEMOGA BERJAYA!

Read More ->>

Review | Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Sejak drama TV3 Slot Akasia Hati Perempuan ditayangkan, tudung dan skirt pelakon wanitanya, Yuhanis menjadi tumpuan ramai. Cantik sungguh segala jenis kaler tudung bawal satin yang di pakai Yuhanis dan berjaya menjadi trending walhal tudung satin sudah lama ada di pasaran.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Anda ingin tampil cantik dan bergaya seperti Mia Ahmad semasa hari raya nanti? Masih tercari-cari tudung yang sesuai dengan tema baju raya anda? Kami ada penyelesaiannya.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Grey

Kami menjual tudung bawal satin exclusive gred AAA yang mempunyai 49 warna untuk anda pilih (ada dalam gambar di bawah..scroll ya).

Tudung bawal satin exclusive dengan pelbagai warna menarik mampu meningkatkan seri anda pada pagi raya.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Chocolate

Material kain bawal satin ini adalah Italian Premium Dull Satin. Kainnya tebal, tetapi tidak panas. Material yang digunakan juga tidak berkilat, nampak moist dan mudah iron.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Biru

Tudung bawal satin ini terbentuk elok bila dipakai kerana kainnya yang lembut tetapi mudah dipakai. Yang penting boleh dipakai labuh.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Pink

Sehelai tudung bawal Satin ini berharga RM35. Postage Semenanjung Malaysia RM6/ Sabah Sarawak RM10.

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Harga PROMOSI PENGENALAN RM30 SAHAJA sehingga 1 Julai 2015.

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Jom dapatkan SEGERA Bawal Satin Exclusive

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Jika berminat boleh sms / whatsapp / telegram 013-3560192 atau ke online store: http://onlinestore.irrayyan.com/

Read More ->>

Lawak Princess : Spongebob Menangis

Princess memang dilahirkan dengan mewarisi sikap
pak lawak papa dia, mmg kdg kdg tu gelak sampai nak nangis
kalau dia buat lawak.hahaha.budak budak sekarang ni mmg bijak kan,
princess, sebab dia tak de kawan like adik adik mcm org lain,
so imiginasi dia tinggi sikit dari orang lain.

kejadian masa aku tengah solat dengan officemate aku,
di office, aku pesan, Princess tunggu tepi,
ibuu solat jap dengan Aunty Fira,
so dia pun duduk lah tepi, sambil pegang spongebob,
aku pon solat lah dengan aman,
tak lama kemuadia aku dengar budak cakap,
" Allahhhhuakbarrrr " dan aku nampak kelibat mcm budak
tengah solat, pas tu aku diam lah, sambung solat,

lepas dah rakaat terakhir, nak baca tahiyyat,
aku dengar budak tu cakap,

" eh eh spongebob, jangan nangis, jangan jangan,
kakak solat kejap "


hahahahaha.NASIB tak terburai je gelak aku dengan Fira masa tu,
nasib lah dah habis baca, kalau tak! tak pasal kena ulang solat,
hadeh lah anak! sabar jelah banyak banyak,
rupanya tengah main kakak kakak, then kakak solat jap,
then adik nangis.hahahaha.



Read More ->>

26 May 2015

DEANOOR collection dan lokasi pertama di Malaysia

DEANOOR?

Masterpiece Hand-painted Comtem Batik Made In Malaysia.
DEANOOR adalah sebuah nama gah yang diambil dari nama
pemilik koleksi ini iaitu Datin Noor Fatimah Ishak. Deanoor
adalah sebuah company yang pakar dalam bidang Batik Kontemporari.
Batik dari Deanoor adalah yang direka khas oleh Datin Deanoor.
Idea dan rekaan dari Datin Deanoor adalah sangat sangat exclusive dan
cantik, bukan cantik, tapi cantik gila sampai pensan.

Deanoor bermula pada tahun 1986 dan sangat pakardalam rekabentuk,
pembuatan serta pengeluaran pelbagai
jenis fabrik eksklusif buatan tangan bagi golongan eksklusif dan elit.

Datin Deanoor
with Datin D

Lokasi Jualan DEANOOR

pada 23 Mei 2015 yang lalu, aku dengan blogger blogger lain
sempat menjengah dan melihat sendiri, betapa cantik dan
menariknya koleksi dari DEANOOR di soft launch and preview
Metrojaya Midvalley, Kuala Lumpur
. masa mula mula aku sampai sana,
aku tercair cari jugak. kat mana lokasi tempat DEANOOR ni,
rupanya dia belah dalam sikit, tauuu.hehehe.
bila sampai je, aku like, terpegunnn~ pegang sana, pegang sini,
serius mmg cantik, cantik beribu ribu kali dari batik
yang aku ada untuk pakai hari Khamis untuk pergi kerja.
hehehe.kalau korang tak percaya, meh cuci cuci mata dengan
gambar gambar aku ni.


kemeja batik lelaki
Kemeja Lelaki

Shawl batik Deanoor
Shawl dari Deanoor


Kain pasang Corak Batik yang paling aku suka! huaaaa

MENANGIS!!!
datin Deanoor
Datin DEANOOR!
Kaftan
kak SA try2 koleksi accessories dr Deanoor

Kemeja Lelaki
Kaftan Leopard! ai is suka!

Pencapaian Deanoor


Datin Deanoor bukan calang calang, perniagaan DEANOOR TM
sebenarnya bermula dari luar negara lagi, dan kini baru Datin pulang
ke Malaysia dan memperkenalkan rekaan nya yang sangat ekslusif
di Malaysia, meh nak cerita sikit pencapaian DEANOOR TM di luar negara,

Sekitar tahun 2009, DEANOOR TM telah menyertai pelbagai pameran
serta ekspo di luar negara bagi mempromosikan batik kontemporari
eksklusif di bawah MATRADE sehingga tahun 2011.
Maklum balas yang diterima dari umum adalah sangat-sangat baik ke atas
"MASTERPIECES HANDPAINTED CONTEM BATIK MADE IN MALAYSIA".
Sebagai penghargaan kepada sumbangan dan juga "passion"
Datin Noor Fatimah Ishak terhadap perkembangan fesyen, 

DEANOOR telah dianugerahkan
"The Great Women of our Times Award 2009"
di bawah kategori rekacipta dan stail oleh majalah Malaysian Women's Weekly.

DEANOOR juga telah menempa kejayaan di Milan Fashion Week 2008
setelah mempamerkan hasil rekaan DEANOOR kepada
"top brand designers" seperti Luciano Soprani, Giorgio Armani,
Moschino dan Marella Burani. DEANOOR juga pernah turut
serta di pameran-pameran bersempena dengan International Fashion Week seperti:

Mercedes Benz Berlin Fashion Week 2010
Fashion Expo Abu Dhabi 2009/2010
Malaysia Showcase Dubai UAE 2009/2010
Dubai Fashion Fiesta 2008/2009
Bangkok Islamic Fashion 2010
Jakarta Malaysia Charity Event 2011/2012
Indonesia Batik Summit 2012
In Trade Malaysia 2014
Malaysia Fashion Weekend 2014






Deanoor Training Canter

pada tahun 2012, bertempat di Keningau Sabah,
Deanoor Milano telah menjalan kan satu task iaitu " membatik "
training, dengan koloborasi Yayasan Sabah Group dan training berjalan
selama 16bulan, pengajian tamat dengan jayanya pada Febuary 2014.



Tahniah di ucapkan buat Datin Deanoor atas pembukaan DEANOOR
ni Metrojaya Mid Valley, semoga objektif dan misi datin tercapai.

tak lama lagi, cawangan di Johor Bahru pula
akan menyusul, bersedialah orang JB.hehe

Untuk Sebarang Pertanyaan Ataupun Maklumat Lanjut:

DEANOOR Milano Sdn Bhd

Datin Deanoor
Conceptual Exclusive Fashion Director
+603 | 4101 9856


timishak@deanoor.com.my
sabahbatik1957@gmail.com
bydeanoor@gmail.com



Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...