27 November 2015

Luna Kurung Minimalace - Simple and Sweet

Baju Kurung Moden 2015


Ahad last week cousin laki aku buat birthday anak dia, plus neneknya buat kenduri doa selamat skali untuk pergi umrah, MIL aku dgn adik adik ipar dia akan menunaikan umrah sekali lagi, Isnin ni nak berangkat dah. So buat lah kenduri-kenduri sikit.

Aku receive Luna Kurung ni dah lama, tapi tak tahu nak pakai pegi mana, so masa ni lah nk pakai.hehehe. Nak buat pakai g kerja, sayang pulak. hehe. #dahbiasapergikerjapakaibajuburuk. hahaha.

Aku suka sgt LUNA KURUNG dari Minimalace ni sbb dia sangat sweet dan simple, tak sarat, xde bunga xde apa apa. kdg kdg aku suka baju yg sarat, kdg kdg suka yg simple cm ni je, aku pilih warna gold, tapi mcm brown brown pun ada. mcm aku, aku amik size M, M ok lah dgn aku, cuma maybe aku kena diet sket. hahaha. Ingat, jgn pakai baju besar dr size badan kita tau, nt nampak gemuk.

Baju kurung moden 2015
wudhu friendly
Baju ni senang nak gosok, material dari Velvet Satin, dan jugak yg bestnya, dia Wudhu Friendly, skrg banyak dah baju-baju gini kan, senang nk amik wudhu. #melikeysomuch

Instant shawl

Oh ya, Shawl aku jugak dari Minimalace, Minimalace Plus. Gila best shawl ni wei! High Quality Heavy Chiffon, jenis senang nak bentuk, senang gosok. aku suka sbb bukan jenis shawl yg lembik gitu. Aku pakai shawl ni mcm style shawl dua muka tu. sbb now dh malas lilit-lilit. nak tutorial ke? nanti lah eh~ hehehe.

Calissa Shawl Product details - RM30


Minimalace's signature Calissa shawl is back with high-quality heavy chiffon. It is a long shawl with curve finish at both ends. We advised you to hand wash the shawl in cold water with mild detergent.

Types :

- Rolled Hem
- Curve finish on both ends

Measurement :

- Length of shawl : 200 cm
- Width of shawl : 70 cm

Kurung moden 2015
untuk mak-mak pon sesuai,sambil gendong anak.haha

Luna Kurung Product details - RM179

Simple never look this good. We use velvet satin for the smooth and sophisticated finish look. Luna Kurung can be worn for any occasion, just pair it with a necklace and you're good to go.

- Velvet Satin

- Wudu' Friendly

- Machine Wash

sesuai untuk bridesmaid

SPECIAL FOR SAFURA ONLINE DIARY READERS
Discount when u buy Luna Kurung at Minimalace website or walk-in butik 
mention - #LUNABLOG then get LUNA KURUNG just RM155 ONLY!
whoaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

new release, Minimalace Balqis Kurung! whoaaa

B-9-1 Jalan Serai Wangi G 16/G Alam Avenue Section 16, 
40200 Shah Alam, Malaysia

03-5523 4408

Read More ->>

23 November 2015

Telekung Kanak-Kanak Cantik dan Murah

Cara Mengajar Anak Solat


Minat solat ni sebenarnya kita kena pupuk, dari umur 6bulan lagi, anak-anak ni dah cuba sedaya upaya untuk ' meniru ' apa yang kita lakukan, sama ada baik atau buruk, dia mmg akan meniru. Princess kalau dulu, aku panggil papa dia " sayang " dia pon panggil " sayang " jugak.hahaha.

Bab solat pun sama, Princess selalu mengikut kami, masa dia kecil, dia tak mintak untuk pakai telekung pun, tapi dah besar-besar ni, dia mintak nak pakai telekung, ' nak sama mcm ibuu ' dia kata. Sampai aku pakaikan dia telekung aku, besar gabak, kesian dia.hehehe.

Lepas tu aku carikan telekung untuk dia di Jalan TAR, suka sangat lah dia. tp telekung tu dah makin singkat, sbb dia dah meninggi, hehehe. Aku pun meneruskan misi mencari telekung lain untuk keselesaan Princess.


IEM Creation


Lepas tu ternampak telekung di IEM CREATION, whoaaaa cantiknyaaaa, telekungnya cantik, warna pun menarik, siap ada LACE lagi, telekung ibuu pun takde lace tau! hehehe. Aku pilih warna hijau untuk Princess. Telekung dari IEM Creation ni kan, mmg akan padan je dengan anak korang, Princess umur 3 tahun kan, mmg elok je untuk Princess, tak labuh, tak singkat. Telekung dari kain lycra, tak jarang, dan sangat selesa. Suka sangat lah anak dara tu, bukak plastik terus pakai, terus solat! sabar jelah! hahaha.

Telekung kanak-kanak



Harga telekung ready made dari kak Im ni sangat lah murah! mmg mampu milik lah bagi aku. Aku diberitahu, kak Im ni jual murah-murah, cantik-cantik gini sbb dia nak galakkan budak-budak sukakan Solat, rajin-rajin solat, budak-budak ni kita kena pupuk minat dia, betul x?

Mcm Princess, dia suka sgt ikut aku solat, bila ada telekung, lagi dia suka, tapi solatnya 1 rakaat je, hahaha. Tapi takpelah, sekurang-kurangnya dia tau, dia faham, bila azan, kita kena solat, kena jumpa Allah. kdg-kdg bila dah azan, tp kami buat x tau je, kena marah dengan dia, kena paksa suruh solat.hahaha. Malu gila dengan anak.

Harga Telekung dari IEM Creation :

Telekung Safiya :

1 - 2 tahun RM25 
3 - 5 tahun RM30 
6 - 8 tahun RM35 
9 - 12 tahun RM40

happy kid!
Korang jangan lupa belikan 1 untuk anak dara korang okay! murah sangat dah ni aku rasa, kena dengan kualiti dan kain dia, warna pun cantik-cantik, nanti aku nk beli yang warna purple pulak.hehehe.

warna yang ada.

Tempahan Baju Kurung Murah


Selain telekung, kak IM jugak menerima tempahan baju kurung, jubah untuk dewasa, kalau korang friend dan follow kak IM ni, mmg naik gila tgk kain yang dia upload tu, dah lah cantik, ikut trend, upah pun murah! aku suka lahhhhh! nanti aku nak try tempah jugak dgn kak im. Zaman skrg ni takyah susah susah, ko pos je baju ko tu! senang! nanti dah siap, dia pos kat ko balik. hehehe.

Iem Creation juga sedia menerima tempahan menjahit -

baju kurung biasa/moden/pahang/riau jubah/dress/blouse/skirt wanita dress/skirt kanak-kanak jubah/baju melayu lelaki dan macam-macam lagi

Tempahan di sekitar Bandar Seri Jempol, Bahau, Batu Kikir atau Pasoh, boleh menghantar kain tempahan terus di rumah tailor sendiri : Iem Sarimah 012-9777417
Tempahan di sekitar Putrajaya, boleh menghantar kain tempahan melalui wakil Iem Creation : Zana Adieyza 013-6065246

*Penghantaran melalui pos juga diterima dengan menghantar baju contoh kepada Iem Creation.
Cara menjahit telekung kanak-kanak
baiknya kak IM, siap buat tutorial telekung lagi.
Jangan lupa follow :

Facebook - Iem Sarimah 
Fanpage - Iem Creation 
Instagram - iem_creation
Read More ->>

Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Ramai dah mencuba Thai Red Tea & Thai Green Tea yang sudah menjadi viral di media social. Rata rata mengatakan keduanya lebih kaw dan lebih sedap. Dried Roselle Tea katanya boleh menurunkan berat badan. Boleh diminum panas atau sejuk. Bancuhan sejuk lebih sedap! Kalau nak rasa kesedapan Thai Red & Thai Green Tea ataupun Dried Roselle Tea ni, jemput sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine. Mana tahu ada rezeki nak rasa salah satu darinya.
Khasiat Dried Roselle Tea
Tinggi kandungan vitamin C & antioksida mencegah penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Meningkatkan sistem imun & memberi perlindungan dari radikal bebas.
Baik untuk kecantikkan kulit.
Melancarkan sistem penghadaman & membantu penurunan berat badan.
Meredakan panas badan.
Memutihkan kulit
Mengurangkan kolestrol
Mengekalkan badan yang sihat
Klik banner untuk sertai Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Syarat ² Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Like Fanpage Blog Azhafizah
Follow Blog 
www.azhafizah.com | nadinesblog.blogspot.my

Follow  Google +
 Nadine Jamal

Follow Instagram
 azhafizahmdnornadines.hutndrajamal 

2. Buat 1 entry bertajuk : Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine
3. Copy dan paste code yang telah disediakan di dalam ruangan HTML entry.
4. Publish dan Tinggalkan link entry  & email di ruangan komen entry Thai Tea & Dried Roselle Tea Giveaway by Azhafizah & Nadine

Tempoh Giveaway : 23 November 2015 10:00am- 7 December 2015 11:59pm

Hadiah
1 pek Thai Red Tea x 1 Pemenang
 1 pek Thai Green Tea x 1 Pemenang
1 Jar Dried Roselle tea x 1 Pemenang

Pemenang akan dipilih melalui random picker dan keputusan giveaway akan diumumkan pada 8 December 2015. 

Read More ->>

20 November 2015

bila kau nak HOMESCHOOLING anak kau?

masa mengandung, banyak info pasal mengandung, lepas beranak, pasal breastfeeding, lepas tu carrier, lepas tu lepas tu lepas tuuuuuuuuuuuu semua info akan dicari gali mengikut kesesuaian umur anak ko. Tahun depan Princess dah nak masuk 4 tahun. 4 tahunnnn! ko percaya tak? 4 tahun! aku masih dlm mamai mamai, laki aku? jangan cakap lah, dia masih anggap anak dia baby.hahahaha. Untuk Princess, kami memberikan dia segalanya, #rasanyalah. Makan, Pakai, Kasih Sayang, Didikan, InsyaAllah cukup, sampai lah kami bagi dia sebiji tablet. dari umur dia setahun, dia dah ada tablet sendiri #murahjeponnn.

Baru-baru ni, ada kisah pasal Tab, Ipad segala di FB, agak viral gak lah sbb semua mak pak share pasal hal tu, ada ada yg blame diri sendiri sbb bagi tab kat anak. errrrrr. aku no komen, aku mmg bagi tab kat anak, sbb mcm aku cerita dlm post sebelum ni, aku taknak anak aku jadi ' jakun ', sbb dr zaman aku sebelum ada anak, aku ramai tengok budak budak yg suka mengendeng. bila kita bukak fon je, berkerumun budak budak nak tengok fon kita. sume nak cuba tekan, nak cuba explore, apa benda tu? apa benda tu? Kalau boleh, aku tak nak anak aku jadi cm tu. Zaman sekarang kan zaman IT, aku tak pelik jika nanti zaman Princess sekolah, dah tak payah bawak buku dah, semua silibus dah dalam tablet, silap silap makmal komputer pun dah takde, sbb yelah, sekolah dah ada wifi kan, kat rumah pun wifi, mana mana pun ada wifi.

Kalau tengok siri Upin Ipin yang baru, Episod Cuai Cuai Cuai tu, cikgu Melati bg dorg tablet sorg satu, sbb tadika dah x pakai buku, Mei Mei lah orang paling sedih.hahaha.

So berbalik kepada cerita homeschooling ni, sekarang geng-geng mak-mak gojes aku tengah sibuk semua nak homeschooling anak, seronok gila! bagus jugak bila kita ada kwn-kwn yang mcm ni tau, dorang suka kongsi benda yang best-best untuk kebaikan anak kita, bila kita dalam dunia kita sendiri, kadang-kadang kita tak sedar yang kita terlalu leka dengan dunia kita sendiri, banyak sibukkan hal lain dari anak, kwn-kwn ni lah yang tarikkkkkkkkkkkkkkkk kita semula, buat kita buka mata yang, we have to do something! hah gittew~

Aku baru tersedar yang aku dah kena buat sesuatu dengan Princess, Princess budak yang panjang akalnya, dia suka belajar, suka bertanya, suka explore, tapi dia nak dengan kawan, dia nak buat sesuatu benda tu dengan fun, dia tak boleh nak mengadap satu benda tu dengan serius. ABC, 123, Al-Fatihah Alhamdulillah dah kenal, dah boleh baca, so aku rasa, aku kena tolak sikit sikit masa sibuk aku tu, aku kena tumpukan sikit lebih lagi perhatian untuk dia. Aku mungkin terlalu sibuk dengan dunia aku, baking, blogging, dan sebagainya. aku taknak nanti, tetiba sampai masa aku perlu cakap pada diri aku, " aku dah terlambat " Ya Allah, takutnya, tak nak lah mcm tu. Aku nak limpahkan seluruh kasih sayang aku untuk Princess.

Aku nak cuba had kan waktu dia tengok tab. Boleh tengok you tube, boleh tengok Upin Ipin, boleh tengok Marsha and The Bear, boleh tengok Play Doh, tapi kena ikut time. Sebelum ni, waktu dia tengok You Tube adalah Jumaat Sabtu Ahad je ( ahad sampai petang ) tapi now, aku kena buat rombakan lagi.

Isnin hingga Jumaat tu aku kena selitkan sesi belajar + mengaji ( Iqra ) tak boleh mainnnn je, weekend jugak kena selitkan sesi belajar + tengok You Tube. Aku maybe kena korbankan masa aku, aku jugak kena displin, aku jugak kena bangun awal, aku kena prepared semua bahan-bahan. Kalau aku pun kelaut, mcm mana kan. Masa ni lah aku rasa, jadi WAHM tu best. hahaha.


Bila tengok anak sendiri pandai, kita jugak seronok kan, walaupun nanti dia akan masuk sekolah, tapi tak salah kalau kita ajar dia dulu sikit sikit, dapat eja nama sendiri pun dah cukup bagus kan. Tahun depan Princess masih duduk di taska, aku tak hantar pun dia tadika, umur 5 tahun nanti baru hantar tadika, nak tunggu dia betul-betul free diapers, betul-betul bersedia untuk tempuhi dunia baru. Ya Allah, dah besar anak aku. *tears

so start disember ni, aku kena lah homeschooling dia dulu, homeschooling santai-santai, happy happy. Walaupun dekat taska dia ada belajar, kat rumah pun aku kena jugak ajar, dlm masa yang sama, boleh dia main-main dengan aku, aku pun boleh lebihkan masa dengan dia, bonding time kekdahnyaaaa. Papa Princess dah kerja kat sini, senang lah sikit, papa Princess pun boleh gilir gilir jadi Cikgu, Cikgu Ibuu dan Cikgu Papa, hehehe. Mungkin papa boleh jadi cikgu mengaji. hehe. Buku-buku mmg dah banyak sebelum ni, kita habis kan dulu yang tu. Tema kita homeschooling, santai, happy, jimat. hehehe. Takmo bazir bazir.hehe.

Semoga aku istiqomah. Semoga semangat aku ni tak datang sekejap je. Semoga nanti, bila aku dan suami dah tua, kami boleh senyum melihat apa yang kami korbankan ini. Ewahhhh~ kalau sembang, nak sampai tua saja, hahaha. Aku, biasalah, kalau berangan, sampai ke lagit ke 7, hahaha.



Kenapa aku cerita semua ni? sbb aku sendiri nak naikkan semangat aku, mungkin juga mak mak yang lain bersemangat juga, mana nak tau kan, moh lah kita. terselit skali doa untuk anak pandai belajar, doa untuk anak mudah menghafal, dan jugak untuk rujukan aku sendiri nanti. Semoga di permudahkan. Doa banyak banyak. heeee. bai ♥
Read More ->>

Cara Atasi Sembelit - Coffee and Poop Friendship

5 Fakta Tentang Najis dan Kopi


Tadi aku nak membuang, tapi dlm toilet dah ada org, aku rasa dia tengah membuang jugak, bapak ahhhhhh, aku mcm nak pitam bau toilet, tapi nak buat mcm mana, kena jugak lah share, makanya, bau kau dan aku bersatu~ hahahahahaha pitams, aku cepat cepat habiskan kerja aku, supaya aku boleh settle dulu, seyes aku nak pengsan. hahaha. #jijik kan cite ni, tapi lawak dohhh! ini lah kenyataan yang kita lalui hari hari, hari hari masuk toilet, or toilet awam, kena kongsi bau najis dgn org lain. aiyooooooo~


Cerita pasal kopi dan najis ni, hahahaha, aiyooo~ kalau utk badan aku, apa yg aku perhatikan, dorg ni BFF tau, aku tiap hari kena minum kopi, dulu aku minum seminggu sekali, tp skrg ni utk elak stress, aku kena bau kopi hari-hari, bila bau kopi tu aku rasa mcm fresh sgt! mmg morning kick start lah utk aku.

Kopi juga atasi sembeli aku, lepas je minum kopi, aku mst akan ke toilet, tak payah paksa, aku jenis kurang jugak nak mkn sayur, buah pun kadang kadang, so kopi penyelamat aku lah. Walaupun org kata jgn minum kafein sgt, tapi hurmmm xleh lah. Aku rasa kopi O lagi ok dari nescafe kan?? ke sama je? hahaha.

BUT dia kata,

" You have no idea what poop has to do with coffee? only 29% of the coffee drinkers are affected by this coffee-poop friendship. You are RARE kind " hahahahahaha. tak semua lah yg peminum kopi ni akan affected, cuma sesetengah je. ada yg minum kopi, tapi tetap sembelit. Nasib nasib lah ye.


tapi aku suka " coffee and poop friendship " ni, lawak dohh! hahaha.
mcm mcm lah kome ni!
Read More ->>

19 November 2015

Hi-5 House of Dream Live Concert in Kuala Lumpur

Tiket Percuma Hi-5


Bila dengar desas desus yang team Hi-5 akan datang ke Malaysia, aku lah yang paling excited, haha, bukan anak ye, tapi mak yg excited, sebabnya, anak perempuannya terlalu addicted dengan rancangan Hi-5, tak cukup di TV, di tab pun habis semua video Hi-5 di download dr You Tube.


Aku rasa semua kanak-kanak kenal dan tau apa itu Hi-5, terlalu popular team ni di seluruh Dunia, bukan anak je yang terleka, sekali dengan mak-mak dia pun terleka menonton. Dia bukan saja ada ' dance ' tapi penuh input input pembelajaran yang menarik , boleh dikategorikan sebagai ' interactive showcase '. Aku pun suka. Sambil main, sambil menari, sambil belajar, sampai kadang-kadang tertanya, eh mcm mana nak ' join ' Hi-5 ni eh?

Tup-tup ada contest! Pihak Malaysia Airlines dan Kak Lya nak bagi 4 tiket percuma kepada 5 pemenang! wooohooooo~ Seronoknyaaaaa! gigih lah aku buat video segala, ni lah yang paling kreatif! hehehe.

Mana video nya? Here we gooooo! hehehe. Hi-5 Dance cover by Sophea dan Zahra. hehehe. beriye sangat melompat, suka sangat! hehehe

yang aktif tu dia lah tu.hehe

Princess mmg suka sangat tengok Hi-5, dari dia baby lagi sehinggalah sekarang, dan 3 tahun dah pun, pakaian berwarna warni team Hi-5, dance steps dan lagu dia sangat menarik, tu sbb Princess suka sangat, sampai mengikut all dialog dan dance steps.

sambil makan pisang pon boleh! hahaha. masa ni 2tahun x silap.

Slogan


Saya layak memenangi tiket ini kerana saya ingin Sophea mendapat satu pengalaman yang berharga, pernah dance bersama-sama dengan team Hi-5!

#‎TodayIsHere‬
#‎MalaysiaAirlines‬
#‎EnrichUrLife‬
#‎EnrichJunior‬

p/s : Andai kata ada rezeki dipilih oleh Malaysia Airlines, berjumpa lah kita di sana ya! Sooo excited! Doakan Sophea dapat tiket ni ya! Aminnnnnnnnnnnnn. Tq Malaysia Airlines, Tq kak lya!
Read More ->>

18 November 2015

Bila suami isteri demam berDUET

Lamanya tak update blog, rindunyaaa, tapi tak de mood nak update apa-apa, lemau, lesu, semua ada, dari update cerita merepek, baik tak payah update, betul tak.hehehe. Aku demam dari hari Ahad haritu, memula Princess demam, then bila dia sihat, kami mak bapak plak demam. hahaha. Kesian btol bila demam berduet-duet ni, sbb masing-masing tak larat, masing-masing lemau, then bila time nak buat susu anak, ko tengok aku, aku tengok ko. hahahaha. last last ada masanya aku mengalah, kdg kdg suami mengalah.

Isnin tu aku datang jugak kerja sbb nak siapkan SKT, lepas tu Selasa mmg dah tak larat sgt dah, so gigih jugak amik MC, dah lah amik MC dengan ubat sampai rm60, huaaa mahalnya ubat sekarang ni, kenapa mahal sgt!!! ada lah ubat batuk, sakit tekak, selsema, demam dengan antibiotik, itu pun dia mcm saje nak cari sakit lain untuk aku. ich tak payah lah, nk mencekik aku lagi lah tu. geram betul!

Dapat rehat sehari semalam, harini dtg kerja, siap kan semua kerja-kerja tertangguh, siap kan kerja-kerja yg baru, then now, yeah dah boleh balik, harini nak makan apa eh, aduhhhh~ runsing nak fikir. okaylah! jumpa esok! entry Krabi aku masih hutang lagi hokkay! tunggu ya! bai ♥

Read More ->>

12 November 2015

CINTA Nora Danish dan Boosned kembali terjalin

Alaaaa blog aku dr dulu mmg banyak cerita pasal retisss, kalau korang baru follow aku, korang mmg takkan tahu, sbb now sejak jd mak mak, aku dah slow cite pasal retis.hahaha. Eh tapi kisah retis yang kali ni, aku rasa mcm suka nak share, ntah kenapa.

Cinta Nora Danish dan Nazri Aziz atau nama IG dia yg lama dulu Bossned, dlm polis evo pon ada sebut nama bossned. hahaha.

baru baru ni ramai yg kecewa sbb dorang ' putus ' sekejap, aku lah salah sorang ni, walaupun kadang-kadang aku mcm tak suka, tp kdg kdg aku suka, eh mcm mana tu? hahaha. ntah lah, suka tengok couple ni. Tapi aku tak rasa dorang putus, aku rasa dorg mcm ada nak hiding something.

DAN kini, nampak mcm dorang dah kembali ' bersama '. hahahah gila stalker!!! hahaha. Aku terkejut bila Ned upload pic perempuan lain, tapi tak tau sapa, then dia up 1 pic dengan perempuan lain, tup tup up lg 1 pic pegang tangan, satu cincin tu yg dijadikan penanda, tuptup Nora Danish pun up pic dia dgn baju yg sama dan cincin yang sama.


Alaaaaaaaaaa kasi hint secara halus ke ni???? hehehe. btw tahniah lah bila dah kembali bersama. Cepat cepat lah kahwin.hehehe. Kami mendoakan ♥
Read More ->>

Cara MUDAH MENGAWAL BERAT badan bagi wanita

Inteemor by Ephyra


Setiap wanita di Malaysia ni mengalami masalah yang pelbagai, ada yg ok luaran, masalah di dalaman, ada yg ok di dalaman, tak ok di luaran. Macam mana dan di mana kita nak cari 1 produk yang elok molek untuk luaran dan dalaman? Nak mix macam-macam produk dalam satu-satu masa nanti risau pulak badan shock, dan duit poket pulak akan keluar banyak ye dak? kalau boleh nak yang semua ada di dalam satu botol dan mampu milik.

Selepas kejayaan produk produk Ephyra sebelum ni, pihak Ephyra telah mengeluarkan lagi 1 produk hebat sepertimana yg aku sebut di perenggan atas tadi, mampu mengawal sistem dalam dan luaran wanita dalam 1 botol sahaja, hebat kan! Ini yang kita mahuuuu! hehe.


Aku taknak lepaskan peluang mencuba Inteemor ni, sbb katanya boleh mengawal berat badan. kihkih, aku kalau bab mengawal berat ke, bab nak kurus ke, aku suka nak follow. Aku tau, ramai yg lain pon suka kan! So selama 3 minggu aku consume Inteemor ni. apa jadi pada aku? moh lah baca lagi.

Apa itu INTEEMOR


Orang akan tanya, apa tu Inteemor? Inteemor ni dalam bahasa mudah orang panggil JAMU MODEN. Zaman skrg dah tak ramai antara kita mampu nak telan air akar kayu, manjakani raw mcm dulu. termasuklah aku, gila kooo! rasa nak pitam. hahaha. bersyukur dengan teknologi sekarang, semuanya dah mudah, jamu pun dah moden kata koooo! tak payah nak pergi gali tanah cari akar serapat, tak payah panjat pokok petik buah delima. hehe.

Inteemor ialah JUS PREMIUM wanita yang dirumus khas untuk kesihatan dan keintiman wanita. Ianya diperkaya dengan pelbagai herba dan kandungan semulajadi yang terbukti berkualiti dari zaman berzaman untuk melengkapkan wanita dari segi kecantikan, kesuburan dan kesihatan wanita persis Gadis Sunti.

Sangat cepat menyerap pada tubuh kerana kandungan adalah dari sumber padat yang diambil dari patinya sahaja. Hasilnya dapat dirasai dalam masa 3 hari jika diamalkan secara berterusan.


Kesan dari pengambilan Inteemor


Aku suka ambil Inteemor pada waktu pagi, lepas subuh aku makan habbatussauda dulu, sampai ke office, duduk duduk kejap, buat kerja, dalam jam 9am, aku ambil sesudu Inteemor, untuk apa? untuk memberi lebih tenaga, aku selalu tidur lewat, pukul 1am, baru tidur, lepas tu subuh dah bangun, berjaga satu hari, 12am, 1am pulak nanti baru jumpa bantal, so aku PERLU ada lebih tenaga untuk bekerja, tu belum bila ada order PAVLOVA lagi hehe. Kalau ada order Pavlova, lagilah kena bersengkang mata.


Kenapa pukul 9am baru aku ambil Inteemor? sbb jika kita ada consume produk lain, kita kena jarakkan masa pengambilan, tak boleh ambil semua dalam masa yang sama. Ingat ya? bahaya tu, biar selepas 2 3 jam, baru ambil produk lain. Lagipun, Inteemor ni boleh di ambil sebelum ataupun selepas makan, takde hal! mcm product lain mmg perlu sebelum makan kan? inteemor tak pe.

Pada aku, lepas lebih kurang 3 minggu consume Inteemor by Ephyra ni, aku sememangnya rasa lebih bertenaga, bangun pagi pun tak susah mcm dulu. Keputihan? mmg hilang, sebelum ni ada sikit-sikit ( biasalah perempuan kan ) now mmg takde dah. Membuang toksin, membuang mmg lancar habis! hahaha. Membakar lemak, ni yang macam best sikit, aku rasa mcm aku dah makan banyak, rasa berat mesti naik kaw kaw ni, tengok tengok sama je 63kg, hehehe. so mmg dia mengawal berat badan kita. best gila kan! bab ni yang paling aku suka. Dalam mengawal, Inteemor juga membakar lemak berlebihan, kalau buat kerja sikit, berpeluh kemahen! rasa panas je badan, best!

Membentuk punggung dan menengangkan. Kalau nampak body aku lawa tu, jgn tanya lagi lah makan apa ye. hahahaha. ok bai!

16 gabungan herba dan bahan semulajadi


Macam aku cerita kat atas tadi, korang dah tak payah nak menggali tanah cr akar serapat, semua ada dalam inteemor ni, sampai 16 jenis gabungan digunakan. whoaaaaaaaaaaaaaaaaa! *jatuhrahang. Inteemor ni sesuai untuk WANITA BERKAHWIN, ANAK DARA, WANITA BERPANTANG dan juga IBU MENYUSU. Ada yang ragu-ragu, eh ibuu menyusu boleh ke makan ni? boleh ke? boleh ke? ehhhh! boleh lah, jangan risau, silap-silap inteemor ni boleh jadi milk booster! mencurah curah susu nanti.

Anak dara pun boleh, jangan risau, anak dara juga selalunya ada masalah keputihan ni, jangan ingat kita tak perlu ambil tahu tentang anak dara kita ye, jgn malu-malu tanya masalah dalaman mereka, kdg kdg mereka taknak bgtau parents.

Untuk wanita yang dah bersalin pun SANGAT sesuai kerana boleh merapatkan pintu rahim, yang dah nak monopus pon boleh, sbb membantu mengatasi masalah kekeringan faraj. opssss sori.

tapi AMARAN - IBU MENGANDUNG TAK BOLEH!!!


Cara Pengambilan - menggunakan sudu plastik

18 - 30 tahun ( 1 sudu besar dua kali sehari pagi dan malam )

31 tahun keatas ( 2 sudu besar dua kali sehari pagi dan malam )

*sebelum ataupun selepas makan

Info tambahan - simpan dalam peti sejuk selepas penutup dibuka.

Rahsia Kecantikan Luaran dan Dalaman Wanita


Banyak sangat kelebihan dan khasiat Inteemor ni, rugi tau kalau korang tak mencuba. Wajib cuba JAMU MODEN ni! hehe. Jaga lah tubuh kita, sihat luar dan dalam, bukan niat untuk sesiapa, tapi niat untuk terus sihat, boleh berkerja dengan kuat dan untuk kebahagiaan suami.


Untuk info lanjut, boleh visit :

Facebook : Oceanlife2u
Instagram : Ephyra2u

atau Hubungi :

019.3999.238
019.3800.779

Selamat bercantik-cantik di luar dan di dalam ♥
Being jealous of a beautiful woman is not going to make you more beautiful.
Read More ->>

11 November 2015

bila NEKAD nak diet semula

Diet Cara Sihat


Semalam dah up satu entry pasal cara meningkatkan metabolisma, harini kami meneruskan misi. hahaha. berpakat dengan officemate, masing-masing pon nak mula diet semula, sume mcm kelaut sangat dah.hahaha. Kali ni kami memilih untuk diet cara sihat. No stall food ( kalau boleh ) semua masak sendiri, no pills, no crush diet. sume slow slow and steady je. hehehe. good luck lah! kofkofkof.

Semalam aku dah timbang berat, baru lepas makan masa tu, 63kg! huaaaa. gemoknyaaaa! bila lah nak nampak huruf 5 ni. Mcm tak nampak gaya jeee. Tapi takpe, kita cuba sehabis boleh.

ni jelah pon yg aku suka.

Untuk breakfast kami mmg selalu mkn kat opis je, minum apa yg ada, mmg selalu cereal and biskut je, kul 12 kami akan keluar cari makan, tapi esok, kami nak mula masak sendiri kat office, office kami complete ada semua perkakas, so gigih lah aku beli bekas stainless steel, nak masak sup sup, ala simple simple je, kalau nak mkn ikan ke apa, siap siap foilkan dari rumah, sampai office, grill kan aje. semangat neh masing masing! hahaha. aku siap beli oat, kalau xnak nasi, boleh makan oat je dgn sup.


Alang-alang dah masuk tesco, singgah Mr.Diy skali, beli mainan untuk Princess, beli yg simple-simple je, busy book tu ntah bila aku nak start buat pon tak tau! Princess bila tgk video busy book kat you tube, asek cakap " ibuu kakak nak yg macam ni " haha. ok anak, nanti ibuu buat okay, main ni dulu.hahaha.


Lepas tu cari sabun untuk kulit aku yg allergic ni, hmm mcm mcm sabun lah aku cari, tapi tak jumpa yg sesuai, td jalan jalan tmpt sabun, jumpa yg ni, Franch Neem Soap, boss aku pakaikan anak dia franch oil ni, tp aku x jumpa oil, aku jumpa sabun je, okaylah, try sabun dulu, katanya paraben free. kalau best nanti aku cerita dalam ni okay!


Semoga diet pemakanan sihat kami berjalan lancar, Amin! jom ah join skali! hehehe.
Read More ->>

Krabi Night Market

Cara Jimat untuk ke Krabi Night Market


Kalau ke Krabi, wajib lah kiranya pergi Night Market ni, ntah apa yang wajib pon tak tau, hahaha. tapi dah sume orang pergi, kita pon pegi lah, sekadar memenuhkan itenary. lolz! hahaha, Night Market dorg ni sama je mcm kita ni, cuma dorang punya barangan, more to handmand, handcraft ke orang panggil? gitu lah, and banyak makanannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~ tapi kami x berani pon nak beli, keraguan terhadap kehalalannya sangat tinggi, so kami just jalan-jalan je.hehe.

Kalau korang boleh bawak motor, better korang sewa je motor, sebabnya, bayangkan, kalau naik teksi, korang kena bayar 1000bath pergi balik, lebih kurang RM100 lebih untuk hanya nak pergi pasar malam, WTfish! hahaha. so tak payah, dengan 1000bath tu, banyak benda yang ko boleh buat, kalau sewa motor, korang jimat 800bath, sbb sewa motor hanya 200bath ( sehari ) kalau ambil jam 5pm, 5pm esoknya baru hantar, jimat kan!

tanya jalan.hehehe
rambang mata nak pilih motor.

Kat sini, korang tak payah lesen, kalau tak nak pakai helmet pon boleh, tarak hal, tapi bahaya lah kan, better pakai. Ada motor ni senang, nak pusing pusing Aonang pon senang. alaaa dorg ada je skuter, just preeeggggggggggggg je pulas, apa susah. kat sana semua pun guna motor, dorang mana ada guna kereta.

Sampai je hotel lepas Island Hopping ( phi phi island ) kami terus mandi mandi, jamak, siap siap terus keluar balik. sbb tazabar nak pergi ' krabi night market ' kofkofkof. konon sangat kan! hahaha. Pasar Malam dorg ni kat Krabi town. sebelum nak keluar, kena ada ilmu, laki aku menuntut ilmu jalan nak ke Krabi town dulu dgn receptionist. bawak peta! jangan lupa.

budak ni tak habis habis berangan
seketol kura kura

Kat sini jangan harap lah nak dpt helmet lawa-lawa, ko tengok aku pakai helmet pink tu? cukup lawa dah kan! hahahahaha. choii lah! tapi layankan aje, kat KL xde merasa nak pakai. Princess pon ada helmet, tp besar sket. dah mcm angkasawan dah aku tengok. Tapi dia semangat nak pakai, layankan aje.

Laki aku amik motor Honda ni, skuter, tapi mcm baru, laki aku check tayar dulu, check minyak, tanya mcm mana nak lock, macam mana nak handle, walaupun dah tau, TANYA LAGI banyak kali.hehe. laki aku mmg gitu, double confirm kekdahnya. dorg kat sini friendly sgt, jgn risau lah.

Perjalanan ke Night Market yang mendebarkan


Tipu aku kata kalau tak nervous. seyes takut weh! walaupun jalan sini elok, cantik, tapi bila naik motor tempat orang ni takut sikit tau. hahaha. tapi laki aku lexxx je, haha. lepas tgk map, kami ingat sikit sikit je jalan nak ke night market tu. last last nampak 1 gerombolan macam orang Malaysia naik motor, selamber je laki aku benti tepi, tanya " nak pergi night market ke? " budak melayu tu kata " aah bang, tp kami pon tak tau jalan " hahaha. pastu laki aku kata " takpelah, boleh lah follow sekali " makanya, beramai-ramai lah kami, as usual, laki aku kan pak ramah, dia boleh je tegur sapa-sapa. kami pon ride lebih kurang +- 18km untuk ke Night market, sampai jugak finally walaupun hari semakin gelap. kalaupun baru jam 6pm, tapi mcm dah 7.30pm waktu malaysia, jalan dah gelap.

#maaflah, aku tak dpt nak bg route jalan ke Night Market. lupa nak snap picture, sbb Princess tido masa atas motor, lenguh tahan kepala dia.haha.

Sampai je sini, laki aku say thanks lah kat bebudak tu, sbb sudi bg kami join sama-sama, kalau sesat dia, sesat lah kami, tapi Alhamdulillah okay je semua.

aku pon boleh lukis.kofkofkof

Sampai je pintu utama masuk, ada budak tgh berjoget-joget tarian Thai, bila kita nak snap picture, dia stop dance.haha. bijak! waktu keluar situ baru kami bg tips kat dia, kesian dia penat joget.

Kami hanya cari FM je kat sini, agak murah lah dari kat Aonang, Tshirt pon agak murah kat sini, dan ada mcm mcm design, takde lah balik balik i ♥ Krabi, bohsang kan!


Papa sempat lagi test power, main game menembak. layankan ajerrr,hehe. Masa ni dah lenguh dukung Princess, sbb dia tido, walaupun 14kg, lenguh weiii!

mini ice cream!
Satu-satunya makanan yg kami cuba kt sini, mini ice cream, hahaha. kecik cinonent je, geram betul aku! sekali ngap je habis. 5 ketoi 20bath, murah jeee. hehe. lain lain x berani nak makan.


Lepas habis pusing, takde aktiviti, kami mencanting batik pulak. hahaha. ala ala sangat kan~ satu canvas ni 20bath je, aku 1, Princess 2 canvas, tu pon dia nak lagi, ahhh sudah! lain kali pulak. then merempit balik ke Aonang. masa ni jalan dah gelap, ada jugak tempat tempat yg xde lampu, aku berzikir je sepanjang jalan, risau weh! hahahaha. laki aku x habis habis borak. Princess kat depan, suka sangat, sbb dah puas tido tadi kan.

Masa balik, kami tersalah simpang tau, tetiba ckp kat laki aku, " eh kita tak lalu pon jalan ni tadi " laki aku pon, " eh eb, lalu ke sini eh, lalu ke eh. " eh eh geram plak aku, cuak pon hado. last last benti tepi tanya org, dia suruh patah balik. mmg betul terlepas simpang.haha. Orang kat sini ada yg boleh cakap Kelantan tau, nasib nasib lah.

Patah balik, masuk simpang, keluar simpang, jumpa Aonang. phewww~ legaaa.hahaha. kalau kita keluar dr Aonang tu, adalah perkampungan perkampungan, Aonang tu je happening sbb banyak pub. on the way balik, jangan lupa isi minyak motor, kang mati tgh jalan, haru plak. laki aku beriye isi sampai 60bath, full tank, tapi kami x guna habis pun, guna suku je.

ntah hape hape.hahaha
bg burung makan.hahaha
angkasawan.

apa je yg kami beli? Burung Merpati untuk Princess + lipas hahahaha.


Dah sampai Aonang, bg Princess makan nasi goreng hotdog, aku makan Somtam. korang tau tak, aku mintak lah somtam tu pedas, sekali dia buat, Ya Allah, mcm nak membunuh. pedas gila nak mampus, geram betul aku, makan jugak lah, lepas tu sume bibir jd Angelina Jolie. choiii!


Then tak lupa singgah Pak Cik Aziz punya gerai, pekena teh tarik + Nutellah pancake, laki aku tak habis habis dgn sticky manggo rice dia. mmg thorbaekkkk!

terangkat!
melancarkan sistem perkumuhan

kengkonon sgt mengadap keindahan sambil makan, padahal! hahaha. Sekian entry Krabi night market. hehehe. Tapi mmg enjoy lah bila naik motor, tak payah risau driver tunggu kita, tak risau nak pergi mana, jimat pon jimat. so! apa lagi, pegi lah usha AA.hehehe.


Roughly Budget Day 2 :

Sewa Motor 200bath

Mini ice cream 20bath

burung merpati + lipas 30bath

Nasi Goreng Hotdog 50bath

Somtam 60bath

Nutella pancake 40bath

Teh Ais 30bath

Manggo Sticky Rice 50bath

Souvenir 200bath

Kanvas 60bath

Total : Rm76

teka ni apa? SABUN! sebiji bau mcm real manggo.
Next Entry, 7 Island Sunset Tour
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...