Image and video hosting by TinyPic

26 November 2016

Betul ke filem UPIN IPIN JENGJENGJENG SAMPAH???

Hai korang, actually ramai yang tanya aku, best ke Upin Ipin Jeng Jeng Jeng? Best ke best ke? Ramai minta aku review, aku tak sempat nak review sbb esoknya aku terus masuk spital, haha. Idaklah masuk, cuma pergi hospital Ampang untuk checkup, sbb dah rasa sakit, rupanya baru 1cm. Kofkofkof. So mak berehat je lah kat rumah. Kak Nanie lah punya pasal ni! Masin betul mulut. Tapi aku rasa mcm lambat lagi je nak bersalin ni.

Sehari lepas tayangan, viral 1 status hakak ni, katanya Filem Upin Ipin mcm SAMPAH. Ermmmm, tak baik sebenarnya nak labelkan hasil penat lelah orang macam tu kan. Bukan senang nak buat sebuah filem, nak nak filem yang melibatkan animasi dan juga dunia real. Aku dan laki aku salute gila kat Puteri Balqish sebab gaya dia berlakon tu seperti Upin Ipin tu betul-betul wujud. Bukan senang ye. Yelah, bayangkan nak hidupkan watak yang tak ada, mcm mana kan? Tapi Balqish berjaya lakukannya. Tahniah.

Bab yg hakak ' sampah ' tu kata lepas 20 minit baru keluar upin ipinnya, aku rasa tidak lah sampai 20 minit, tak sampai pun. Tp mmg take time lah upin ipin nak keluar, yelah, watak Upin Ipin tu kan mcm datang kejap kejap je, so takkan awal awal dia nak keluar, bila Aqish ada masalah baru Upin Ipin keluar. Memang jeng jeng jeng sikit lah, Upin Ipin takde all the time, jap jap je dia keluar.

Aqish ni anak yatim piatu, dorang duduk di rumah anak-anak yatim, Aqish ni minat sangat-sangat dengan Upin-Ipin, disebabkan dia terlalu percayakan Upin Ipin dan sukakan Upin Ipin, lama-kelamaan Upin Ipin memang muncul depan Aqish bila Aqish dalam kesedihan atau kesusahan. Budak-budak lain tak boleh pun nampak Upin Ipin ni, hanya Aqish sorang je kerana dia terlalu sukakan Upin Ipin, semua barang Aqish mst Upin Ipin, hari hari pakai baju upin ipin jeee. hehe. ( sedikit sinopsis dari aku ) hehe.

Memang Princess tunggu tunggu dan tanya-tanya mana Upin mana Ipin. Dan paling parah bila dia tny mana Mail? mana Mei Mei, mana Ehsan. Alamak!!! Hahaha. Tapi aku cakap lah, dorg takde, ada Upin Ipin jeeee. Then dia faham lah. Tapi yelah, budak kan, mana nak faham sangat, nak nak pulak ada Awie dan David teoh. Mak bapak jelah yang seronok tengok. HAHAHA. makpak yang over!

Cerita ni berunsur emosi sikit, ada sedih, ada juga gelak, time gelak-gelak tu budak-budak memang suka, tp time sedih tu, budak budak tak faham sangat. Mak mak yg over sedih. Hahaha. Budak budak bila part nangis tu dia like, kenapa sedih, kenapa nangis, so kena cerita balik kat dia, kesian kakak nangis, kesian kakak, abg tu nak ambil rumah dia. Gittew.

Bagi aku, budak atas 6 tahun takde masalah untuk faham cerita tu, cuma bawah 6 tahun ni, kita kena explain kat dia, tp bila time upin ipin keluar tu, seronok habis lah, nak nak bila Upin Ipin keluar je, ada lagu ' jeng jeng jeng ' haha. Sampai harini tak habis habis jeng jeng jeng nya.

Untuk lagu, untuk animasi, untuk jalan cerita, bagi aku semua okay, cuma kalau ada watak watak kawan-kawan upin ipin lain. Mst lagi best. Tak sabar tunggu Upin Ipin the movie pulak, mst lagi best. Bagi yang nak menonton, jangan lah pula sebab viral tu korang tak nak pergi tengok, sila pergi, pendapat kita lain-lain, jangan dengar ckp org. Hehe. Ada je orang lain yang bawak anak, okay je, anak dia layan je cerita tu.

Kalau tanya kakak Princess, best tak cerita Upin Ipin? Dia kata besttt! Kesian kakak nangis. Cuma masa takde watak upin ipin tu dia siap ajak keluar. Katanya upin ipin xde. Hahahaha. Sabar jelah. Tapi kami berjaya tunggu sampai cerita habis. Dia seronok masa Awie nyanyi lagu Jeng Jeng Jeng tu.

Tahniah buat team-team ' Upin Ipin Jeng Jeng Jeng ', hope lepas ni dapat lebih menjiwai jiwa anak-anak, sebab sedih-sedih ni anak-anak tak faham sangat, dorang tau nak happy-happy je. hehe.

Sekian review dari aku. Hahaha. Jangan lupa, pergi tengok. Tapi korg jgn biar anak tu bosan, kena cerita cerita sikit kat anak yg tak faham tu, kenapa kakak Aqish nangis, kenapa itu kenapa ini. Gittew.

Hehe. Okbai! ( sorry kalau review tak best, tetiba mcm tak reti nk review movie ) hahaha

Kalau nak baca tentang 7 sebab menarik KENAPA korang perlu tonton Cerita Upin Ipin Jeng Jeng Jeng, boleh baca disini :


Lagu Jeng Jeng Jeng : 

25 November 2016

Dah buka 1cm

Hai korang! semalam aku menyepi. hahaha. mana tak sepinya, dah kena seluk semalam, diam lah aku. tak mampu nak berkata apa-apa. itu pun ramai lagi yang WA untuk order Pavlova. Ehhh, aku lupa nak letak notice kat IG SugarlandByRara aku cakap yang aku nak cuti beranak. Adehhh semua tak sempat. Kelmarin kan aku pergi bawa Princess pergi tengok Upin Ipin, siang tu pergi MPH kat Nu Sentral, masa tu rasa mcm okay lagi, mlm tu, maybe sbb banyak sangat jalan, naik tangga turun tangga, then bila sampai je rumah. Ya Allah, sakitnya rasa. Sakit sampai nak angkat kaki naik katil pun kena suruh laki aku.

Sakit tu rasa mencucuk-cucuk di ari-ari. sakitnyaaaa. aku sampaikan nak angkat kaki pun tak boleh, tapi perut tak sakit. Esok paginya pun masih sakit, nak step pun sakit sangat, last-last ajak Papa Princess pergi hospital Ampang. Aku pergi bukan sbb apa, nak tanya je kenapa. hahaha. Risau weh, sebab sebelum ni kan tak pernah rasa, risau kalau apa-apa, kenapa aku sakit sangat. Sakit sampai jalan tu rasa nak nangis.

Sampai hospital. ermmm mcm biasa lah, dorg tau dah 36w, memang kena seluk lah, ( VE ). Aku redha je kena seluk. sbb aku yang nak pegi hospital kan? nasib lah. Cek baby sume ok, tak de masalah, seluk pun baru bukak 1cm. Doktor yg seluk tu lelaki cina, aku tak tau lah dia mcm meroyan sikit masa tu, nak marah-marah, sume staff nurse dia marah. Tetiba dia yg buat VE aku, nasib ko lah safura oiiii! walaupun aku dah lembutkan badan, di rodok-rodoknya aku. Bengang gila aku rasa.

Bleeding jugak lah aku sampai tengah malam semalam, siap keluar ketul lagi. aku tak tau lah ketul apa. Tapi tak nak lah g spital, takut kena seluk lagi. HAHAHA. Aku budget kalau harini tak stop, baru aku pergi balik. Tapi pagi ni just ada coklat-coklat je kat pantyliner, so tak payah lah pergi.

Orang yang paling risau of course lah laki aku, lepas balik spital, dia pergi kerja,asyik lah wasap tanya ok ke tak, ok ke tak. hahaha. Kesian papa, risau sangat lah. Pagi ni aku pergi kerja lagi, banyak benda tak settle lagi hoi. Kena jugak pergi kerja, standby GL, settle kan apa-apa yang patut. Tu pun sibuk duk call 2 3 kali. risau aku sakit. hehehe.

Orang kata 1cm tu biasa-biasa je kan, normal je kan. takde pape, so aku mcm tak risau lah sangat, lagipun skrg aku tak sakit pun. Jalan pun dh ok sikit, dah kena rodok semalam, trus ok. luls. tp sakit jugak lah korg. Aku tak pernah rasa benda ni sblm ni, sblm ni kakak dia kan sonsang, mana ada aku rasa sakit sakit mcm ni.

Ermmm. aku pun tak tau bila aku akan beranak, standby jelah. Semalam baru basuh bedung dengan towel adikbaby. hahahaha. Adik, bila dah ready, adik keluar je okay! ibuu dah ready ni! walaupun takut, tapi rasa excited tetap ada, semoga adikbaby baik-baik je kat dalam tu okay! Kakak princess smlm sampai suruh ibuu ajar dia, mcm mana nak doa bagi ibuu selamat lahirkan adik, sweet sangat tau kakak.

Tapi dalam sweet sweet tu, buat perangai pun tak nak kalah. Haih lah kakak, makin ibuu nak bersalin, makin menjadi-jadi perangai dia. Tak pelah, ibuu sabar je banyak-banyak. Ibuu sayang anak-anak ibuu. Sobs.

Bila tengok gambar ni, ibuu rasa sedih, Kakak nampak mcm besar sgt, mcm dah anak dara sangat! Bila tengok muka kakak time kakak tidur, hati ibuu jadi sayu, ntah lah, susah nak describe, kakak ni jenis pandai memujuk. lepas buat perangai, kalau aku nangis, dia mst pujuk. Semalam masa kat hospital, masa aku kena masuk bilik untuk check up, dia nak ikut, siap cakap " kakak sayang ibuu, bg lah kakak ikut ibuu masuk dalam " alahai kakak, mmg lah sayang, tp mana boleh ikut. hehehe.

Kakak sabar ye, sikit je lagi adik nak keluar. Nanti boleh main dengan adik okay sayang! Papa tu, nama adik dah ada ke belum? HAHAHA.

24 November 2016

Cara Memupuk Sikap Berani Anak-anak dengan Bootcamps

Kenapa Anak-anak Perlu Pergi Bootcamps


Assalamualaikum, hai korang, korang selalu tak pergi boot camps masa zaman kanak-kanak dan remaja dulu? serious talk, aku dulu masa zaman sekolah, memang jarang join boot camps. Join rombongan pun jarang, tapi, bila dah sambung belajar, boot camps ni dah jadi acara wajib. Seronok sangat join boot camps.

Tak macam sekarang, sekarang ni sangat banyak sekolah-sekolah yang sudah mula jadikan boot camps ni salah satu dari acara wajib. Dari darjah 1 pun kanak-kanak sudah mula join boot camps.

Kenapa boot camps ni sangat bagus untuk anak-anak? Banyak sangat kebaikan boot camps ni sebenarnya, pada aku sendiri, boot camps ni secara tak langsung, dia akan menyuntik sikap-sikap positif terhadap anak-anak kecil. Perasan tak bila balik boot camps je, anak-anak pasti akan jadi baik, jadi positif, so bagus lah kan. That why boot camps ni perlu berterusan. Supaya aura positif tu takkan hilang, sentiasa ada dalam diri anak-anak.

Aku selalu dengar cerita dari kawan-kawan yang dah ada anak yang umur 8 tahun, 9 tahun yang selalu di hantar ke boot camps ni, memang sikap mereka lain dari anak-anak yang lain. Dia lebih berani dan personaliti mereka juga berbeza dari kanak-kanak lain.

Character Development Program Seven Skies International (SSI)


Ingat tak entry Seven Skies International Islamic School yang lepas, ramai yang tertarik kan dengan sekolah ni. Aku pun sangat sukakan sekolah ni, mana tau kalau ada lebih rezeki nanti, boleh hantar anak-anak sekolah disini.

Okay, berbalik kepada aktiviti boot camps tadi. Sama juga seperti sekolah lain, di Seven Skies International juga mengadakan acara boot camps mereka setiap penggal.

Seven Skies International (SSI), Kuala Lumpur is a school project initiated by Mercy Mission that work as a non-profit organisation helping the Ummah. In brief, Seven Skies International is using the Cambridge syllabus as our academic studies and International Curricular as a base for our Islamic studies, we also provide modules for character development and moral upbringing for students in general.

At the heart of the Prophetic methodology of teaching is a focus on Islamic manners and moral education which can be seen in the hadith narrated by Malik when he said :

The Messenger of Allah, peace and blessings be upon him said, “ I have been sent to perfect good character.” Seven Skies ‘ Character Development program thrives on the hunger for excellence and the pursuit of lasting change on a personal, micro and macro level. Anchored by the indisputable guidance of the Qur’an and sunnah, the program is at the core of SSI. Ushering the winds to spiritual and academic success. We build the character and personality of our children to want success for themselves and to mold their lives accordingly.

Dengan berteraskan prinsip “Allah in the heart, the world in the hands” SSI memastikan pelajar-pelajarnya berjaya dalam kedua-dua bidang akademik dan moral.

BOOT CAMPS di Seven Skies International

Setiap penggal, SSI akan menganjurkan bootcamps. An opportunity to survive the wilderness with a focus on building fearless leaders and know how leadership begins with oneself. The art of fear removal. Untuk mengatasi fobia atau ketakutan terhadap sesuatu supaya hanya takut kepada Allah yang satu. Okay jom tengok aktiviti boot camps mereka, terbahagi kepada dua, iaitu junior boot camp dan senior boot camp.

JUNIOR BOOTCAMP

Our main goal is to build their self-esteem, boost up their confidence level and remove common fears. For our younger students, we included activities that facilitate the removal of fear of heights, improved goal setting and team building skills.

The action packed two-day Boot Camp dated from 29 th September to 1 st October 2016 was fun yet challenging and taught the children the benefit of overcoming obstacles. This trip had included the following visits :

Day 1, KL Tower: At KL Tower, there are various attractions that are suitable for our young students. One of the main attraction is KL Eco Park, whereby it is known to be the only existing ‘green lung’ in Kuala Lumpur.

Students enjoyed the canopy walk that challenged their fear of heights, as well witnessing the azure view of the city. Moreover, they also learnt the flora and fauna that was found in the forest reserve and they will have the opportunity to go to the observation deck in the tower, to eliminate their fear of heights.

SSI night activity and sleepover: The students watched an Islamic movie with popcorn and snacks to end their day. Our teachers spent the night with the kids. From this activity, it will allow the children to appreciate the values of being away from their family and also to have some fun time with their peers.

Day 2, Rebel Boot Camp, Taman Rimba, TTDI: Our students enjoyed the outdoor fitness program incorporating aspects of sports conditioning, speed, agility, strength, balanced with a fair amount of fun, mud and friendship. They learnt how to cooperate with their teammates to fulfill the missions/tasks given. These activities was intense, challenging but also fun at the same time.

Day 2, Funtopia: Saving the best for last, kids officially ended their boot camp at Funtopia. At Funtopia, our students definitely enjoyed the indoor sport activities that is designed for the fitness of their body but also incorporating the fun element.

Activities like rope climbing, giant slide and magic maze tested their mental and physical strength, cardiovascular system and also hand-eye coordination. School trips form long-lasting positive memories for students.

At Seven Skies International, Character Development team have dedicated a lot of time and thought into ensuring that this be a profound experience for our students. We pray that they will leave with renewed confidence in themselves, a strong bond with their friends and most of all an overall understanding of their deen.

Senior Boot Camp 2016, Seven Skies International


Character Development team organized a senior boot camp for our senior students from grades 5 to 9. The boot camps are designed to help our students discover new found confidence while building physical, emotional and spiritual resilience.

They learn trust believe in themselves and in others through our team building activities as they work together to explore, solve problems and achieve goals.

The camp was a jungle themed event based in the heart of Negeri Sembilan. The went through an experiential journey which included water adventures (mainly water tubing activities), jungle trekking, survival learning (campass marching, and survival cooking), cave exploring, height activities (such as flying fox), team building activities, and night walks. The chosen venue for this year’s senior boot camp was at Kenaboi Adventure Basecamp, Titi, Negeri Sembilan.

During the 3 day activities, the students had the chance to explore in the depths of Gua Periuk, a location not far from the base camp. This activity definitely challenged their mental and physical state, as they had to go through the steep and narrow alleys and also being extremely cautious with the big boulders and rocks.

Moreover, they also participated in water tubing activities that also incorporated the element of water confidence, with some fun added to it as well. The students learnt valuable skills and ideas for survival in the jungle. They learnt how to do survival cooking using eggs in bamboo sticks and also different techniques on tying knots.

These skills will definitely be useful for any outdoor activities in the future. Furthermore, they did not miss the chance to take part in the jungle night walk. This was one of the challenging activities during the boot camp, since they had to make their way down in pitch black darkness in pairs while sharing a single candle to light the way.

It tested their confidence levels and trust among themselves as well as their peers. At the end of the session, all students made their way down successfully and with a profound appreciation for their sense of sight and the safety of a home.

All in all, these activities had taught them so many values that cannot be obtained in the classroom. Thus, it is important that the students obtain new experience that is not only enjoyable but also challenging their mind and physical strength, and overcoming their fear. As fear removal is one of the school’s theme for boot camp.

The survival and life skills is vital not only for the students, but generally for all human beings in order to prepare for any situations in the future, in sha Allah. At Seven Skies International we provide a premium education with the highest quality learning. This Boot camp will act as part of a child's continuing education, in sha Allah.

Boot Camps Boleh Menangkis Kes Buli


Baguskan boot camps ni, anak-anak belajar berdikari, berkerjasama, dan boot camps juga mengajar mereka erti susah dan senang. Kes buli, lately banyak sangat kes buli yang berlaku di sekolah-sekolah, kenapa? aku rasa sebab anak-anak kurang kesedaran, dan hanya banyak menonton filem dan drama yang tidak elok di televisyen.

Sebenarnya, drama-drama itu lah yang menyumbang kepada sikap dan masalah buli yang berlaku pada anak-anak ini. So dengan adanya aktiviti boot camps ni, pada aku sedikit sebanyak mereka akan belajar bagaimana hendak menghargai nilai persahabatan dan erti persahabatan. Bukan hanya tahu membuli dan menindas rakan sebaya mereka yang lemah.

Pendedahan yang seawal mungkin kepada anak-anak ini lah yang akan menyelamatkan anak-anak kita dari menjadi pembuli atau dibuli. Tambah lagi di Seven Skies International sangat mementingkan dan menerapkan setiap aktiviti dengan konsep Islamik, maka tak lari jauh setiap elemen, sebati dan seimbang dunia dan akhirat. InsyaAllah.

So aku pun rasa nanti, bila Kakak Princess dah masuk sekolah, nak hantar dia selalu ke boot camps, moga-moga dapat aura yang baik-baik sahaja dari kecil, semoga anak-anak kita membesar menjadi anak yang baik-baik dan boleh menjadi leader yang tegas dan terdidik.

For more information about Seven Skies International :

22 November 2016

Emosi semasa mengandung

Tak tau lah nak cakap macam mana kan, emosi ibu mengandung ni dari awal sampai nak beranak tak stabil agaknya kan. Mcm aku lah, dr awal mcm penat, lesu, letih. Second trimester okay, masuk third, dia mula nak emosi balik. Aku sendiri kadang-kadang tak faham, ada ke orang lain sama macam aku. Ke aku sorang je yang mcm ni?

Tetiba kang rasa panas je mata ni, air mata tetiba mengalir, tetiba kang rasa rindu sangat kat mak, kat adik beradik, kdg kdg boleh msg laki, tanya dia " awak sayang saya tak? " mana lah laki tu tak amuk, tetiba tny mcm tu. Mst lah dia marah. Mst lah dia sayang. Tapi ntah tetiba kepala otak ni suka fikir yang bukan bukan. Subhanallah. Kenapa lah kan.

Tu belum masa anak buat perangai lagi, tahap kesabaran dah sampai kemuncak. Sampai dah tak tau nak cakap macam mana, ko tak larat, jalan pun dah senget senget, tp anak nak minta perhatian. Ya Allah, tengah suap nasi dalam mulut pun rasa nak menangis. Tahan jeee. Aku bukan merungut, tapi aku merasakan sendiri yang emosi aku mmg sangat tak stabil, sampai aku kdg-kdg pujuk diri sendiri. Sabar safura sabar.

Aku bersyukur sangat sangat pada Allah swt sbb dia bagi aku peluang rasa mcm ni, rasa ada satu nyawa lagi di dalam perut aku, dah 36w, aku dah dapat rasa siku, lutut, kecik je bergerak gerak, menggeliat, tersedu, mengeras. Comels sgt, tiap kali rasa pergerakan dia, aku rasa mcm Ya Allah, nikmat, senget senget perut tu akan buat aku rindu nanti, tu sbb aku willing nak mengandung lagi masa umur 35 tahun nanti, sbb aku tahu, masa tu mst aku rindu all this moment.

Tapi, nak menempuh fasa alahan, fasa hormon x menentu tu, alahai, bertabah lah. Ntah lah eh, hati aku mcm kuat mengatakan bahawa aku akan bersalin pada 38w. Tapi ntah lah. Even sekarang pun aku dah bersedia. Tp biar lah baby betul betul dah matang, dah ready untuk keluar, biar dia keluar. Rindu dan tak sabar nak cium bau baby. Bila ingat baby dalam perut, aku terus rasa kuat. Tp bila ikutkan hormon. Terus rasa nak tido je satu hari. Hahahaha.

Ntah lah. Layan lah perasaan ni selagi mampu. Layan sampai lali. Just follow the flow. Kalau ikut laki aku, memang dia suruh aku tidur je. Haha. Tp aku pulak x selera nak tidur saja bila tengok kain dalam bakul menanti. Itu pun boleh mendatangkan emo. Apekahhhh!! Tu belum cabaran dengan org org sekeliling. Tu belum stress masa drive pergi balik kerja. Hahaha. Adoiii cepat lah nak cuti, 2 more weeks to go. Then aku dah cuti sementara tunggu due date. Ermm okay lah. Tu je nak bebel. Bai. Doakan segala urusan aku dipermudahkan ye korang. Amin.

Cara Untuk Melembutkan Hati Seseorang dan Disayangi Oleh Orang Sekeliling

Mandi Bunga Cara Moden


Assalammualaikum, Hai korang, kembali aku bersiaran, sudikah membaca bebelan untuk harini? Harini aku nak cerita pasal satu masalah, tak tau lah sama ada masalah itu datang dari diri kita sendiri atau masalah itu datang dari manusia sekeliling kita.

Korang ada masalah tidak disenangi oleh orang sekeliling tak? atau lambat jodoh? atau ingin mengikat kasih sayang dan melembutkan hati seseorang? ok mari nak cerita. Jika korang ada masalah-masalah ni, kita boleh Ikhtiar, ikhtiar dan cari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah ini.

Ikthtiar adalah suatu fardhu kifayah, jangan berhenti meminta kepada Allah, semoga urusan kita dipermudahkan.

Macam mana cara ikhtiar kita? harini nak cerita salah satu cara, iaitu Mandi Bunga. Tapi zaman sekarang ni, mana pulak nak cari sungai, nak cari 7 jenis bunga bagai kan? Jangan risau, dengan AURA PENGASIH - Titisan Cenuai Shifaa, hanya 7 titisan korang dapat khasiat sama seperti mandi bunga yang selalu diamalkan oleh orang-orang tua kita dulu-dulu. Apa maksud Cenuai tu? Cenuai bermaksud PENGASIH ya kawan-kawan.

Selalu ramai yang salah faham kan, bila sebut tentang Pengasih ni, ramai yang ingat perkara ini bercanggah dari agama Islam kita dan Khurafat, tetapi tidak ye, yang ini, kita mandi bunga, mandi bunga untuk menaikkan aura positif dalam diri, menyerap aura-aura positif bunga yang terdapat dalam Titisan Aura Pengasih ini. Yang penting Nawaitu kita, jangan niat yang bukan-bukan ya. hehe.

Bila kita positif, secara tak langsung, kita memberi aura positif juga kepada orang-orang sekeliling kita. Baru lah buat apa-apa kerja pun menjadi. Sama juga dengan mandi air garam, garam bukit, garam buluh. Mandi air garam pula boleh menambah tenaga kita yang hilang. Kalau rasa badan lemah-lemah, sila mandi air garam ya.

Kelebihan Titisan Aura Pengasih ( 7 Gabungan Bunga )


Seperti yang aku cerita di atas tadi, Penyelesaian untuk masalah tidak disenangi orang sekeliling, Cara untuk mempercepatkan jodoh, cara untuk menaikkan seri wajah, senang je, mandi bunga. Ok jom nak cerita masalah apa lagi yang boleh diselesaikan oleh Aura Pengasih ni.

- Boleh menghindari ganguan sihir.
- Masalah lambat jodoh - Ingin mencari jodoh
- Tidak disenangi oleh orang sekeliling.
- Cara untuk dikasihi oleh orang sekeliling.
- Cara melembutkan hati seseorang.
- Menaikkan seri wajah.
- Pengikat kasih sayang - Mengikat kasih sayang suami isteri.
- Pemanis kata.
- Masalah anak degil - mandikan pada anak. Bila Mak ayah mandi, anak lembut hati, kasih sayang pada mak ayah. ( dengan bacaan ayat pengasih dan syifaa )


Best kan semua kelebihan Titisan Cenuai Shifaa Aura Pengasih ni,

Bahan Utama Aura Pengasih


Titisan Cenuai Shifaa ini terdiri dari bunga-bungaan. 7 jenis bunga telah di adun, bersama bahan lain, dan makan terhasilah Minyak Pengasih Moden ini. Setiap bunga yang digunakan, mempunyai khasiatnya yang tersendiri tau! Bunga apa yang digunakan?

- Senduduk putih
- Kenanga
- Harum sundal malam
- Melor
- Tanjung
- Melati
- Kemboja


Lain-lain bahan yang digunakan ialah :

- Limau Purut.
- Bidara.
- Akar-akar cenuai seperti akar senduduk Putih.


Jangan Dilangkah Aura Pengasih


Setelah diadun semua bunga, dan diperap bersama akar-akar cenuai, titisan ini dibacakan pula oleh dua orang yang berbeza :

- Untuk rawatan Islam ( jin dan sihir )
- Ilmu pengasih ( Rawatan untuk masalah berkaitan kasih sayang, Ilmu yang dirahsiakan supaya tidak disalah guna, tetapi harus untuk menyelamatkan hubungan sesama manusia dan rumahtangga kerana dengki manusia lain )

Bila baca macam menyeramkan kan? Tapi ada orang-orang yang sangat memerlukan ikhtiar-ikhtiar begini, selain berdoa, meminta kepada Allah, kita juga berusahlah lah. Agar semuanya baik-baik sahaja.

Cara Menggunakan Aura Pengasih Dengan Betul

Macam aku, aku yang malas nak bermandi-mandi bagai ni, aku just dropkan titisan Aura Pengasih ni ke dalam diffuser aku. Sebelum tidur, aku akan pasang diffuser, so aku boleh tidur dalam keadaan nyaman dan wangi. Bila bau wangi ni, baru lah lena tidur kan, dan aura-aura positif boleh mengalir dalam badan semasa aku sedang tidur.

Titisan ini sangat wangi tau! yelah, nama pun gabungan bunga-bunga kan, memang lah wangi. Boleh drop ikut level wangi mana yang korang suka, but better dalam titisan yang ganjil, contoh 3 titis, 5 titis atau 7 titis. Untuk Diffuser ni, 3 titis pun dah mencukupi.


Cara Terapi Mandian Aura Dengan 7 Titisan Cenuai Syifaa

Okay ini nak ajar cara nak guna untuk mandi ya.

Cara 1 :

- Titiskan 3 atau 5 atau 7 titis mandian Aura Cenuai ke dalam baldi ( bilangan titisan mengikut keperluan )

- Mandi seperti biasa dahulu, kemudian jadikan mandian aura ini sebagai bilasan terakhir, diikuti niat yang positif. JANGAN dibilas sesudah itu.

Cara 2 :

- Titiskan 3 atau 5 atau 7 titis mandian aura cenuai ke dalam baldi ( bilangan titisan mengikut keperluan )

- Mandi seperti biasa dahulu, kemudian jadikan mandian aura ini sebagai bilasan terakhir, selawat (3x) atau (11x) diikuti niat yang positif. JANGAN dibilas sesudah itu.

Doa pilihan :

“Ya Allah jadikanlah ikhtiarku ini asbab kecantikan aura diriku, penyembuhan rohani dan jasmaniku, kembali pulih sepertimana keluar aku dari perut ibuku dulu. Amin”

Doa ini boleh di amalkan atau tidak, terpulang kepada anda, Lebih cepat kesan jika diamalkan semasa mandi

Waktu sesuai Mandi

Waktu yang paling Afdhal mandian adalah ketika subuh, dan sebelum tidur, kadar mandian terpulang mengikut keperluan individu. Tiada sebarang syarat dan pantang larang.

Okay, settle bab mandi. So korang dah faham kan, semua ini adalah ikhtiar kita. Mandian Aura ini seperti ubat kepada penyakit iri hati manusia, atau Iktiar kita.

Contoh : Bekerja dan berdoa untuk mencari dan mendapat rezeki. Sakit demam perlu jumpa doktor. Sakit mata perlu jumpa doktor mata. Sakit Gigi jumpa doktor gigi. Itulah yg dikatakan Ikhtiar.

Ramai yg salah anggap dengan Ilmu pengasihan walhal sangat bermanfaat. So tak salah jika kita mencuba. Betul tak? Betul kan saya jika saya salah ya.

Semoga entry kali ini bermanfaat harapnya untuk korang semua ya, aku pun tidaklah pandai sangat bab-bab ni, tapi bila sudah diberi peluang mencuba, kita cuba kan? So, selamat mencuba ya.

Harga Untuk Sebotol 30ml Aura Pengasih :
sm RM60
ss RM70

( titisan adalah berbentuk cecair ya, bukan minyak )

Untuk order, boleh hubungi : +6013-6608990

Untuk Info atau Testimoni yang lebih lanjut, Follow :

Laman web :

21 November 2016

Cara Rawat Bibir GELAP atau LEBAM Dirumah Dengan Kos yang Murah dan Selamat

Set Rawatan Untuk Bibir Lebam


Assalammualaikum korang! hai! kembali bersiaran untuk saluran " beauty with Safurara " hahahaha luls. Kembalinya saya untuk bercerita tentang beauty tips. Hoi, mengandung kali ni suka sangat barang cantik, sume item yang wangi-wangi, tapi more to natural, tak suka yang kuat-kuat sangat baunya. Kalau dulu bau petrol tu, aku suka sangat, tapi kali ni, no no no, tak sukaaa, wek wekkkk~

Korang ada masalah bibir lebam tak? ke masalah bibir hitam ke? kita ni ompompuan, walaupun tak merokok, bibir kita ni kadang tu lebam teruk kan? sebab bibir lebam walaupun tak merokok? of course sbb lipstik yang kita selalu guna tu. Aku dulu pernah mengalami bibir lebam yang teruk yang hamat lepas pakai lipstik dari jenama A**N, serius ah lepas tu tak beli dah dari jenama tu.

Bila bibir kita lebam terus, nak pakai lip balm saje pun nampak tak cantik, sbb bibir dah kelabu. kena pakai lipstik berwarna terang untuk cover lebam tu, tak syiok lah kan! kadang-kadang nak juga feeling natural beauty. kihkihkih.

Okay, harini nak cerita kat korang, mcm mana nak rawat bibir yang lebam ni, bibir lebam boleh dirawat sebenarnya, jangan risau, cuma kena sabar sikit lah. Kali ni aku memilih untuk menggunakan rawatan natural dan organik. Nammo lah chemical banyak-banyak sangat, kesian kat baby kan.

Set penjagaan bibir dari Purebysafiyyahosman


Set penjagaan bibir ni ada 3 item, iaitu LIP SCRUB HOMEMADE KISS ME, HOTLIP LIPBALM MADE FOR KISSING, BEETRED CHEEK and LIPTINT. Amacam nama setiap item, menggiurkan kannn~ hehehe. Aku suka sangat 3 3 item ni, sebab bila apply, bau sangat " nyaman " sedap je, bau yang natural, dan yang penting, lagi kerap menggunakan, lagi sihat bibir kita. Sihat dan akan hilang lah lebam bibir tu.

Apa kebaikan Set penjagaan bibir ni?

- Tidak menghitamkan bibir.
- Tidak mengandungi sisa petroleum.
- Tidak merosakkan bibir.
- Tidak mengandungi pengawet.
- Tidak mengandungi bahan kimia.
- Tidak mengandungi pewarna tiruan
- Tidak mengandungi pewangi tiruan

Okay jom go through satu-satu item.


Lip Scrub Homemade Kiss Me

Gambar di atas ialah Lip Scrub Homemade Kiss Me, Lip scrub ni best sangat sebab, kalau TERmakan pun takpe, sbb manis. yelah, gula kan! memang lah manis. hahaha. Aku suka lepas gosok-gosok dibibir, then basuh, rasa lembut je bibir.

Lip scrub ni adalah untuk buang kulit mati di bibir kita, dan memberi kelembapan yang maksimum untuk bibir kita tau. Tak perlu guna hari-hari, cukup hanya 1 - 2x seminggu je. Sambil-sambil mandi tu, gosok je, bukan lama sangat pun, sila jangan malas. hehe.

Bahan utama : Pomegranate, Olive oil, Fine sugar cane organic, Pure honey, Sweet almond oil, Vitamin E oil.

Ni gambar selepas menggunakan Lip Scrub, nampak cerah sikit kan bibir aku, kalau teruskan pakai ni, insyaAllah, tak lah teruk sangat lebam tu. Kalau tidak sebelum ni, memang teruk sangat. Dah mcm merokok pulak. luls.

Kalau nak beli Lip scrub saja, harga dia Rm15 untuk 30gram okay!


BeetRed Cheek and Liptint

Okay! seterusnya, nak cerita pasal Lip Tint ni, ni pun item yang aku paling sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! hahaha. feefeling korea sangatttt! nampak bibir natural, merah-merah delima gittew~ Biasa kalau beli lip tint korea yang dorg jual tu, warna dia mcm fake sangat! then bila nak solat, susah tau nak hilang, tapi Lip Tint Pure By SO ni, tak payah risau, senang je hilang, then Halal, boleh je bawak solat.


Liptint ni, kalau nak apply, kena 2 3 kali tau, tak boleh sekali je, okay mcm ni, dah apply sekali kat bibir, tunggu kering sikit, apply lagi, then kalau tak puas lagi merah tu, apply lagi skali, aku selalu apply 3 kali, kali ke 3, apply di bahagian dalam bibir je, baru lah feeling mcm artis Korea gittew~

Rasa dia manis juga! hahaha.

Tapi sangat best! Dia tak merosakkan bibir tau! dan yang penting, bibir tak hitam, kalau saja-saja nak keluar, apply je liptint ni. DAN YANG PALING BEST! lip tint ni boleh juga dijadikan blusher tau! jangan lupa apply di cheek korang! ni pun aku suka sbb memang nampak natural sangat pipi tu, yelah, kengkonon kan nak pipi nampak merah merah, hehehe.

Bahan utama : Stevia, Beetroot extract, Aloe vera, Castor oil, Vit E oil.

Senang je nak guna, dap dap 2 3 titis secara menegak di pipi, then dap dap kasi nampak rata, tengok mcm aku pakai tu, nampak pipi mcm merah semulajadi kan. hehehe. Feeling Korea lagiiiii. HAHAHA. Aku suka sangattttt!!! Harga untuk 8ml Lip Tini ni hanya Rm26. Berbaloi kan! boleh pakai lama. Princess pun suka nak pakai, tapi aku bagi je sebab mmg selamat untuk anak-anak juga.

Hotlip Lipbalm Made For Kissing

Hah jangan main-main tau nama dia, Made for Kissing tau! hahaha. nak kiss je kena pakai ni, kiss suami je, jgn orang lain pulak. hehe. lipbalm ni, item paling wajib korang ada, kalau rasa-rasa bibir kering je, terus pakai. mesti tak kering. Anak pun kalau bibir kering dan pecah, boleh pakaikan pada dia. Lipbalm yang sesuai untuk kanak-kanak.

Lipbalm ni hanya Rm18 untuk 5ml, pun boleh pakai lama juga, semua item boleh pakai lama, tapi jangan sampai bertahun, sebab dia organic, tiada bahan chemical, 6 - 8 bulan okay lah!

Lipbalm ini boleh digunakan untuk melembabkan bibir,merawat bibir yang luka dan pecah, membantu mencerahkan bibir yang gelap akibat rokok dan lipstick. Boleh digunakan setiap hari.

Bahan utama : Shea butter, Virgin avocado oil, Sweet almond oil, Coconut oil, castor oil, Beeswax, honey, Stevia extract, Vitamin e.


PUREbySafiyyahOsman produk organik Malaysia nombor satu


Masuk yang ni, dah dua kali aku review barang PURE by SO ( Previous Review ). Dan semua produk aku suka dan sangat berpuas hati. Produk organik yang murah dan mampu milik. Kenapa perlu bertukar kepada produk organik? aku rasa tak perlu kot nak ceritakan, semua pun tahu, barangan yang ada chemical ni memang kesan dia nampak cepat, tapi lama-lama penggunaan adalah tak bagus untuk badan kita.

Aku pun slow-slow nak bertukar ke produk yang natural, organik dan less chemical. Risau weh, penyakit macam-macam skrg ni, risau kan. Baik makanan, baik produk kecantikan, atau apa-apa saja barang kegunaan harian kita lah.

Lepas ni, bermacam lagi produk organic yang PURE by SO akan keluarkan, so, korang stay tune okay! harga mereka semua mampu milik itu yang best sangat tu. Gambar-gambar di bawah semua gambar selepas aku menggunakan produk penjagaan bibir dr Pure. Bibir nampak natural je kan. hiks.

So! kalau korang pun nak cuba set ni boleh lah dapat kan segera, Harga each item aku dah tulis kat atas, tapi kalau untuk SET ini, hanya

Rm59(sm), Rm70(ss) 
Postage : Rm7(sm), Rm9(ss)

Boleh beli Online +60194163319 atau 
cod /self pickup : stokis, agent dan dropship
@stokist.purebysafiyyahosman

Jangan lupa Follow : 

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com