29 January 2016

Apabila Maybank2u Tanya Aku Soalan 3 Tahun Lepas

Cara tukar ' challenge question ' maybank2u


1st of all aku nak bagitahu korang, kalau korang selalu guna m2u, kan ada challenge question yang suka tetiba nak keluar kan, korang mohon lah jangan lupa jawapan, aku dulu sekali dua bernasib baik jugak lah ingat jawapannya, tapi kali ni aku terkena dowhhhh! jenuh dr semalam aku cuba call cust service dorang, tak dapat dapat, ni baru dapat call, FINALLY! haih!

Kisahnya semalam, aku nak buat 1 transaction, sebelum tu okay je, lepas tu baru budak tu kata, amount aku tak cukup, kena tambah lagi singgit, so kisah nk transfer lg singgit tu lah yang jadi masalah, m2u leh tanya aku, " who the best man in your wedding " choiii mana lah aku nak ingat! hadoi! aku buh Fadhlan, salah, Muhammad Fadhlan pun salah! last aku buh Zahari, nama bapak aku, salah jugak! trus dia block. choiii choii choiii!

dah lah masa tu aku sibuk nak check transaction duit cust! Ya Allah, sangat menguji jiwa, aku percaya jelah kat cust, sbb barang nak x nak kena post jugak, dr semalam sampai ke harini, jam 10.30pm td baru dapat, jangan tanya lah bape banyak kali aku call dah. hahaha. habis mantik nk byr bils!

so korang di ingat kan! jangan lupa HAFAL jawapan utk soalan-soalan ni, kalau agak2 lupa, cepat2 tukar soalan tu siap siap, td budak tu ajar aku, suruh tukar soalan, terus aku tukar, pas tu jawapan aku simpan, hahaha. biasalah, 3 tahun lepas kan urat banyak kena belah, putus, so ingatan kureng sket. hahaha. Aku dh pilih 3 lagi soalan senang. hope pas ni tak jadi lagi cm ni.

Cam ne cara nak tukar soalan tu?

1. Home
2. All personal details
3. Change Maybank2u challenge question
4. hah pilih lah soalan mana nak. haha. Siap!

cara reset password maybank2u

Kalau salah soalan, korang xleh nak buat sendiri mcm self reset password tau! kena jugak call, so bertabahlah utk call. nasib lah tahap kesabaran aku tinggi harini. hahaha. okaylah, dah settle semua, siap leh up 1 entry sementara tunggu berita aku upload tu siap. oh keh baiii! nak balik! Happy weekend korang!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...