27 January 2016

Dewan Kahwin Felda D'Saji Kajang

Pakej Perkahwinan Lengkap Felda D'Saji


Sekarang ni bila cerita pasal nak kahwin, orang akan tanya, nak buat kat mana? rumah ke dewan? kalau yang ada ada sikit tu, buat kt hotel, kihkih. Tapi kalau bagi kita yang biasa-biasa ni, buat kat dewan pun dah memadai. Zaman skrg ni semua buat kat dewan, ruang rumah pun x berapa nak besar, bila di dewan, tetamu selesa, tuan rumah pun senang kerja, ye dak!

Minggu lepas, YB Pengerusi Kump Felda, YB Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah merasmi kan Venue perkahwinan ke 11 Felda D'Saji iaitu Kajang Perdana Avenue. Kajang Perdana Avenue adalah sebuah transformasi daripada tapak pasar Kajang Perdana. Masa mula mula aku sampai sini, dalam hati aku kata, ni ke tempat nya? serius ke?! kenapa cantik sangat! Nak cari parking pun mudah, sbb kawasan dia sangat luas.

kredit pic to abah careno
Kajang perdana avenue boleh memuatkan 700 orang dalam satu satu masa, so jangan risau tentang tetamu jemputan. Ruang terbahagi kepada 2, satu bahagian tengah adalah berhawa dingin, yang boleh memuatkan seramai 200 tetamu, dan dua ruang terbuka di luar boleh memuatkan 250 tetamu di setiap bahagian, so tetamu boleh pilih selesa untuk makan di mana.

ruang hawa dingin
ruang makan luar.

Macam tak percaya tapak pasar boleh dijadikan tempat cantik mcm ni kan, lebih dari Rm1juta juga untuk menyiapkan venue yang serba lengkap mcm ni. tapi mmg berpuas hati, if korang duk bahagian luar pun, mmg tak terasa bahang panas, sbb ada kipas gergasi ni, beranginnn je rasa. hehehe.

Di sini juga dilengkapkan dengan bilik persalinan dan bilik menunggu VIP, mana tau korang nak jemput Vip ke kan. hiks. Sebagai umat islam, mana yang nak siap siap solat disini pun boleh, surau lelaki dan wanita yang selesa juga disediakan, ada selipar dan telekung sekali. mmg terbaik lah! Tandas pun disediakan, untuk OKU dan juga tetamu biasa.


Harga Pakej Perkahwinan Felda D'Saji


Mesti ramai yang tertanya-tanya, berapa pakej dia? Pakej perkahwinan yang dilancarkan oleh Felda adalah serendah Rm25 seorang. Sejak di war-war kan, Felda D'saji telah pun mendapat lebih dr 70 tempahan tau! see! mmg kalau dewan dewan kahwin ni, orang mesti rebut-rebut punya, korang yang nak kawen, kena book awal-awal, ingat tu.


Selain boleh dewan perkahwinan, Kajang Perdana Avenue boleh juga dijadikan tempat untuk pelancaran produk, seminar tapak ekspo dan lain lain lagi, jangan malu malu, if tak jumpa cari tapak yang sesuai, boleh je guna tempat ni. Serbaguna kekdahnyaaa.hehe.

Bab makanan dia, korang jangan tanya lah, serius mmg terbaik sangat sangat! mmg semuanya sedap sedap belaka, pasti majlis akan di ingat sampai 7 keturunan. hahaha. aduhhh~ bila teringat mula lah terliur ni, Cendol songkok tinggi tu! serius mengancam jiwa! hehe.

apam balik yang kalau makan, mesti rasa nk nangis sedap dia.

Terima Kasih Projek Travel kerana sudi menjemput saya, hiks, nanti jemput lagi ye.

Kajang Perdana Avenue
Lot PT 15788,
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang, Selangor

More info, boleh follow atau like

Instagram : D'SajiKajangAvenue

atau untuk tempahan atau pertanyaan, boleh hubungi, 
Nurul Nadia (019-295 6232), En.Azan (014-338 8794), 03-2698 8302 (Pejabat)


2 comments:

Rizziela said...

x pernah tau pun ada dewan ni.. boleh suggest pada sapa2 yg nak buat kenduri nanti kan

Yana Libra said...

menarik gak tmpt ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...