31 January 2016

Gathering Gojes Rumah Mak Mini - Pavlova Hilang Sekelip Mata

Gathering Pertama Gojes 2016


Alhamdulillah, selamat sudah kenduri menyambut menantu house warming mak mimi dan doa selamat dia semalam, mak mimi bagitau aku awal lagi dia nak buat kenduri, so aku dah block date siap-siap, senang, kalau last minute mmg susah, kang clash dengan benda lain, maklum lah, ai kan is always busy. hahaha.

Aku bagitau mak mimi, nanti aku bagi brownies kedut, saje lah nak sedekah, kemahen suka mak! haha. dan dan lepas dia dia boleh lak selit oder pavlova, amboii sgt! sambil menyelam minum air ye! haha.

Rumah baru mak mimi kat Meru Klang, eh yeke? Meru kan mi? ermm mmg jauh lah, dr KL nk dekat sejam, dgn jem nya, nasib lah pavlova aku tu aku simpan dalam " peti ais bergerak " aku, hahaha, hebat kan, boleh bawak peti ais, hehe. Pavlova pun elok je walau jalan jauh, laki aku pulak derhaka arahan maps, dah jadi sejam setengah perjalanan kami. hadoiii.


Masa aku sampai, yang lain lain xde lagi, baru ada si Aznor dgn Ros Anis, lepas tu baru lah Khairul sampai dgn yang lain lain, mak mimi siap boleh berniaga lagi, sabor jelah aku kan! haha. aku rembat 2 helai jubah tak payah gosok! adoiiii bagi balik duit Pavloba kat mak mimi. hahaha.

Banyak gila makanan rumah mak! ada Nasi lemak, ( sedap gila sambal nasi lemak dia weii ) then buah buah, bihun singapore, mee kari, rojak buah ( serius terbaek ) kuih muih, bubur kacang, apam polkadot, banyak gilaaa! hahaha. kenyang gila aku! naik 10kg. choii.

curik pic mak mimi
curik pic pinggan keyrul.hahaha.
Tq mak mimi sbb sudi jemput, x puas nak borak sbb mak busy layan tetamu lain, kami just borak borak sesama kami jelah, apa lagi, sembang pasal anak lah! hahaha. mak mak kann, mana nak larik topiknya.

pic mak mimi.
Semalam mak mimi wasap, Ra, pavlova ko habis sekelip mata, brownies pon sama, x smpt amik gambar, hahahaha. dia siap tanya aku mandrem apa. choii mak! Aku buat dengan penuh kasih dan sayang tauuu, tu sbb sedap, hahaha. Nanti leh oder lagi eh mak! hehe. Aku pancing je bagi tu, sbb nak suh ko oder lagi nanti. hahaha.


Mak mak gojes yang ada, terbaek lah korang!


Gigih mak nak snap pic dengan menampakkan manik tudung dia, katanya jahit sendiri manik tu. hahaha. mak! lawa baju! nak pinjam!


Balik tu kami ikut Duke, dekat sikit, tapi boleh pulak kat tol duke semua lorong toll stuck, aku x tau lah system down ke hape, semua org dh marah weiii! panjang gila jem, mmg choii gila! mcm ni nak buang lorong tunai? fikir lah weiii! menyusahkan org, nak dekat 30minit tau stuck sblm dorg bukak 1 lorong, ingatkan jalan FREE! kena gak byr, buang masa betul!


Sebahagian mak gojes, okay lah gathering utk permulaan 2016, nanti kita gather lagi okayyy! muah!

Nak order Pavlova dan Brownies Kedut? WA Rara 019 477 4240 ( WA ONLY )

17 comments:

Chekgu Azrine said...

Cntik rara dan mak...
Bestnya nmpk ns lemak tu tau..
Jauh sgt nk pegi hari tu...kalau dkt sure dh join..

Amir renovation said...

Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

achiek anis said...

Rara & typo tak dpt dipisahkan... Btw ko nmpk kurus ar ra...

nurul harnani kasmari said...

Insyaallah nak rasa / order brownies kedut rara

Busyra Bt Takiyudin said...

cantik.. btw singgah sini.. :)

Normi Nieza said...

bestnya..meriah..:)

idzwa kamaruddin said...

meriah nyer ;) seronok tgk ko dik rara sentiasa cantik!

CikNaa said...

whoaaaa.. bila masa adanya pavlova tu? tak nampak pong!

Aeen said...

sedeh x dpt join...padahal dah dekat dah..waaaa..
bestnya tgk korang...

Hana Soffelia said...

Pandai kan mu pomot brownies, terus mak mimi order pablova. tapi mak mimi lg pandai r siap berurus niaga hah, terus laku. haha

Adoii, sempoi btl korang.

Raihanah Ahmad said...

wah sedap nampak semua makanan tu, terliur ai

anah said...

gathering best jugak kan, jumpa kawan2

Yana Libra said...

byknye mknnnn :)

mrs kayrul said...

Laju gilers ko update citer....kenan ngan baju mimi...cantik la

Diana Rashid said...

sedap2 nampak semuanya...

Tinggi nya hang Rara oi..
bak mai sikit tinggi tu kat akak ni..ekekek

Cikna said...

Nasi lemak buh kangkung mmg sdp...tpkn cam nmpk seri muka je kat himpunan makanan tu....;-)

dalila said...

Order..order..order cpt..sdp sgt3..nk order gak ni tp xtau bila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...