22 January 2016

Kesan tablet dan Ipad kepada anak, tapi masih belum terlambat

Ingat tak dulu aku pernah cerita pasal Princess dan Tab, start dari awal tahun ni, mmg aku dh kurangkan dia dengan Tab, serius mmg bukan senang, dia mmg dr kecik dengan tab dia, dulu aku hanya upload kan video kat dia, now dia dah pandai bukak you tube sendiri, pilih video yang dia nak tengok sendri. lagi suka lah dia. sbb mcm mcm video ada. Walaupun dia tengok benda benda yang education, tapi aku tak suka sgt sbb dia TERLALU leka dgn tab, tak bergerak, tak berkutik. Aku tak salah kan dia, mmg salah aku, dulu konon nak bg dia teransang dan aktif senyum senyum bila dengar and tgk video kat Tab tu, tapi dah besar-besar ni, lain lak jadinya.hehe. Tak pelah, tak payah stress, ada jugak solution dia nanti.

So now aku dah strict sket, Ahad sampai Khamis asalnya TAK BOLEH tengok langsung tab dia, tapi ko ingat senang je, 3 tahun dia mengadap benda tu, tetiba nak lesapkan terus, mmg tak boleh lah kan! cuba kalau kita tetiba internet xde, gila jap kan. hahaha. so aku cuba faham dia jugak, ok xpelah kalau tak boleh, aku bg jugak Tab kat dia, tapi sampai kul 10pm je, lepas kul 10, TUTUP semua, tidur! Alhamdulillah berjaya.

Jam 9.45pm aku dh warning dia, Princess times up! tutup tab, gosok gigi, then tidur. Dia mcm biasa lah, ko ingat dia nk layan ke apa yang aku ckp, dia diam je, buat tak tau je dgn aku, then aku ckp lagi, takpelah, kalau xnk tutup xpe, nanti esok ibuu buang tab kakak tu, langsung tak boleh tengok, lagi padan muka. hah dia takut lah! so ikut ckp aku, tutup tab.

Tapi skrg dia dh bijak sikit, aku warning dia, kakak, tutup tab, dh kul 10, oh tapi dia pulak leh warn aku balik, " ibuu tunggu kejap ye, ini last tau, last " ok xpelah, aku solat dulu kemas bag dia dulu, habis solat aku ckp, " hai kakak, td kata last, ni tak last last lagi pun! " pas tu dia ckp, " ok ok ibuu ni last " aku terus pergi kat dia, nak buat rampasan, ko tau video last dia tu bape lama? 3jam okay! duration dia 3jam!!! aku masa tu xtau nk pitam ke nak hentak kepala aku kt kepala katil.hahaha. kena chong dengan anak weiii! hahahahaha. mmg lah dia kata tu video last, tp kalau 3jam duration dia, kul bape nak tido.hahaha. Aku trus rampas tab, trus tutup lampu, dia pulak boleh gelakkan aku.hahaha. adoi anak!

Then skrg aku banyakkan aktiviti dgn dia, aku pun sibuk, tapi aku cuba yang terbaik, tp kalau papa dia sibuk, aku sibuk, terpaksa jugak bg tab, sbb kalau x mst dia cranky gila gila, yelah xde orang layan dia kan. Tapi bila ada masa, aku selalu ajar dia menulis, membaca, main main dgn dia. Tapi masalahnya, bila time ibuu free, xnak pulak ajak main, tgh busy baking baru nk ajak main. hahaha.

Lagi 1, aku suka bg dia sketch kat hp je, kat hp aku ada apps " sketch book " so aku selalu suruh dia menulis kt situ, mcm mcm icon, mcm mcm warna leh tukar, dia suka sgt lah, so aku bg je dia menulis, melukis kat situ, so dia xde lah nk layan you tube je, dan paling aku syukur Alhamdulillah bila sambil sambil aku ajar tu, dia tangkap apa yang aku ajar, tetiba je dah boleh tulis banyak huruf, aku terkejut jugak sebenarnya, sampai rasa nak nangis, hahaha. Tau tau anak korang mst dah boleh tulis mcm mcm kan, hehe.

So far yang ikut turutan, dia dh boleh tulis A-F, randomly huruf lain mcm K, H, J, T, K Q, dia leh tulsi gak, yang lain lain terutama mcm S, dia susah nak tulis, payah kot bg dia.hehehe. xpe kakak slow slow lah ye, apa pun ibuu tetap bangga dgn kakak. Lepas ni kita mengaji Iqra, tulis 1 2 3 pulak. slow slow.

Aku kdg kdg mengharapkan Princess tu jd perfect, tak nak dia sakit, taknak dia nakal, taknak dia jd budak tak dgr kata, taknak dia jadi budak tak pandai, sume taknak, sume nak dia jadi yang TERBAIK, tapi bila aku fikir balik, dia budak kot, baru 3 tahun 4 bulan, apa yang aku nak expect lebih sgt dr dia, aku ni dulu 3 tahun ntah baru apa benda lah yang aku tau, aku pun nakal kot dulu agaknya, aku pun pernah jadi anak manja dulu, dan kenapa pulak Princess perlu jadi yang terbaik dan perfect sepanjang masa.

ada satu artikel tu mmg sgt menyedarkan aku, yang Hana ada share. kita mengharapkan anak kita sahut bila kita panggil dia dengan sepantas kilat, tapi adakah kita seperfect itu? pandang dulu diri sendiri. adakah kita jugak terbaik?

Anak, kena bentuk, kena ajar, terima kekurangan mereka, build kekuatan mereka. Semoga aku jadi ibuu yang baik, semoga suami aku jadi papa yang terbaik. Papa dia selalu relax je, mak yg over, tapi bila papa tengok anak dia pandai tulis, papa pun over, hahahaha. Papa dia sokmo rasa anak dia baby lagi.

Kesan Tab kepada Princess mmg teruk, sampai tidur jam 3pagi pun hade, aku rasa aku bad mom sgt, dia sampai terlelap sambil tgk tab, dia tahan mata walaupun dia mengantuk. Teruk sgt aku rasa, but now no more, time tidur kena tidur, but kena ckp elok elok, aku perhatikan, kalau marah marah mmg tak jalan, kena pujuk, ckp elok elok baru nak dengar, haih lah anak. ko buat mak ko ni mcm tikus lab ye. hahaha. kena eksperimen semua benda.hahaha.

Kalau pergi kedai makan pun selalu dia mintak hp aku, tapi aku xnk layan, bg dia main tulis tulis jugak, tak yah bg tgk video. hahaha. tulis xpe, nanti ibuu beli buku banyak banyak, conteng lah, hehehe. Macam mana nak bg anak mula membaca pulak eh? aku tak pandai lah, nk bg dia kenal suku kata tu, mcm mana eh? korang ada tips ke?

Video menulis, kat kedai makan pon boleh, hahaha.

1 comment:

aina amin said...

Great effort!betul..klu nak anak korbankan tab,hp dan segala jenis gadget,mak2 ni pun kne korbankan masa dab luangkan masa dgn anak2. Buat la apa2 aktiviti pn.kan?

http://ainaez blogspot.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...